Completed
16488
Ayyana bangun dari kerusinya, dia bergerak menuju ke luar dewan. Bosan pula ditinggalkan berseorangan apabila Datuk Dani terpaksa meminta diri untuk bertemu rakan kongsinya. Alang-alang, boleh juga dia tandas. Mengemaskan sedikit tudung yang sudah mula merimaskan ini. Sudah dinasihatkan oleh teman serumahnya agar dipotongkan sahaja rambut mayang mengurainya itu, namun dia sayang.
?Nak pergi mana?? soal Lutfil. Ayyana pandang Lutfil yang bersandar di tepi pintu dewan. Dilemparkan senyum senget.
?Ladies. Why??
?I follow??
?Hah? Nak buat apa? Tandas perempuan kot. Agak-agaklah. Senget,? bebel Ayyana selamba.
?Woi, aku masuk toilet lelakilah. Apa ingat aku senget sangat ke?? Ayyana mencebik. Sekejap beraku-kau. Sekejap saya-awak. Haih, pening dah bos dia ni. Suka hati dia saja.
?Whatever,? Lutfil mengekori langkah Ayyana.
Sebenarnya, dia risaukan Emma. Hampir setengah jam teman wanitanya itu ke tandas, tapi sampai sekarang masih belum keluar. Mahu memanggil Emma, dia segan jika ada staf yang ternampak. Rosaklah reputasi dia sebagai bos. Dia bukannya lelaki yang sebegitu. Untung sahaja Ayyana mahu ke tandas, boleh juga dia bertanya pada gadis itu.
Sebaik sahaja tiba di tandas, Ayyana terus memboloskan diri ke dalam tandas tanpa memandang Lutfil di belakangnya. Lutfil mengangkat bahu. Disandarkan tubuh ke dinding. Niatnya bukanlah untuk ke tandas pun. Lebih baik dia menunggu di luar. Jam di pergelangan tangan dipandang sekilas. Lama pula Ayyana di dalam. Hmmmph!
Share this novel