BAB 13

Mystery Completed 16488

Ayyana menjemput tetamu yang datang masuk ke rumah. Melebar senyumnya kerana ada yang sudi menemaninya ketika ini. Kehadiran wanita yang dikenalkan Lutfil ketika majlis akad nikah mereka hari itu menyenangkan Ayyana. Dia tahu, wanita itu sangat hebat. Tengoklah siapa suaminya. Pernah terdetik di hati Ayyana, suami wanita itu sangat easy-going person.

?Jemputlah duduk. Kenapa tak bawa anak-anak sekali?? soal Ayyana kepada tetamunya itu.

?Hmmm, Mya tahulah Fariz tu. Risau sangat. Semalam lagi dia hantar anak-anak balik rumah keluarga dia. Kebetulan, ibu dan baba kak Adel datang sini. Alang-alang, biar ajelah dia orang tinggal di rumah keluarga Fariz sekejap,? jelas Adelin ramah.

?Elok jugak tu. Kak Adel okey ke tinggal kat sini? Manalah tahu, tak selesa ke?? Adelin senyum.

?Kak Adel okey aje, Mya. Arahan suami, kita perlu ikut. Lagipun, kak Adel boleh tolong tengokkan Mya. Tak adalah Luth risau, Mya seorang di rumah??

?Mya bukannya apa, kak Adel. Mya lebih risaukan Luth. Dia bukannya truly police, terlibat pulak dengan kes Mya ni. Imran tu bukannya sembarangan orang, kak,? Ayyana meluahkan kerisauannya.

?Mya, tahu tak pasal three-friend forever??

?Hah? Apa tu, kak Adel??

?Fariz, Luth dan Hadi. Selepas dah bertahun kahwin dengan Fariz, barulah kak Adel tahu. Itupun, Fariz yang buka cerita. Pasal Luth pun kak Adel tak tahu. Kak Adel kenal Luth masa Luth datang melawat kak Adel di hospital, kak Adel admit ward untuk lahirkan Raykal. Emmm, six months ago,? Ayyana mula menunjukkan minat.

?Mya pun kenal abang Ian dan abang Hadi masa hari kita orang akad nikah hari tu. Luth tak pernah pun bercerita pasal three-friend forever dia orang tu,? Adelin tergelak kecil.

?Mungkin Luth masih nak sesuaikan diri dengan Mya kot. Kalau Mya nak tahu, perangai three-friend forever ni sama. Mya tahu kan dia orang punya prinsip?? Ayyana angguk laju.

?We do what we want??

?Exactly. Dia orang ni memanglah kita nampak macam kaku atau mungkin tak ada perasaan. Tapi, Mya. Dalam hati ada taman. Sekali dia orang keluar aura romantik, serius? Mya pun tak jangka. I?ve experienced that, Mya. It was so fun since I know that Fariz won?t cheat behind me,? Bersemangat Adelin menceritakan pe?el ketiga-tiga mereka.

?Insha Allah. Mya dah kenal Luth sebelum kahwin, boleh dikatakan rapat jugaklah. Mya selesa dengan Luth, tapi tulah. Mya macam janggal sikit bila dah kahwin ni. Luth pun macam jaga batas dia dengan Mya. Nak bergurau pun, Mya dah tak reti even Luth cuba nak talk informal dengan Mya,? Adelin usap bahu isteri sahabat baik suaminya itu.

?Luth pun tengah sesuaikan diri. Mya cubalah berterus terang dengan Luth apa yang Mya rasa. Insha Allah, you both will know each other deeply. Sebelum kahwin kan boleh aje mesra-mesra, selepas kahwin kenalah lebih lagi,? Ayyana tersipu.

Tenang sedikit hatinya setelah meluahkan pada Adelin. Wanita itu memang first class advisor. Fikirannya terbuka. Mungkin itulah yang membuatkan Ian terpikat pada Adelin. Teka Ayyana sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience