Completed
16488
Ian pandang Lutfil sekilas. Disedut air tembikainya perlahan. Hadi mengisyaratkan sesuatu kepada Ian.
?Pengantin baru fikir apa? Takkanlah teringatkan isteri di rumah? Katanya terpaksa, pelik jugak kalau rindu,? usik Ian. Hadi menyambut dengan tawanya.
Lutfil menajamkan pandangannya. Geram diusik oleh teman-teman baiknya itu. Dulu, bukan main lagi dia mengusik kedua-duanya. Kini, gilirannya pula. Hampeh!
?Bukanlah. Ayyana dah tahu pasal punca sebenar kita orang kahwin. Dia tu macam psikik, boleh tahu? by instinct,? ujar Lutfil.
?Kau sendiri pernah beritahu, Ayyana tu cekap. Memang tak peliklah kalau dia boleh teka. Lagipun, bini aku ada juga beritahu aku selepas majlis akad nikah kau orang tempoh hari. Ayyana tu bijak, Luth. Sekali petik, semua rahsia kau, dia boleh tahu,? balas Ian.
?Ha?ah, aku setuju. By knowing her, she?s not calang-calang perempuan, beb,? sokong Hadi.
Lutfil menggaru belakang tengkuknya.
?Itulah masalahnya. Tak apalah, yang tu no hal. Aku boleh settle. Sekarang ni, macam mana dengan Imran? Korang dah boleh trace apa-apa pasal dia??
Ian mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menekan sesuatu di dada telefon.
?His wife, Selina. Mati-mati kita orang ingat perempuan ni mistress dia. Selidik punya selidik, rupanya isteri dia. Pandai sungguh dia simpan rahsia ni. Selain isteri, dia ada dua orang anak. Hadi dengan aku dah fikir jalan, minggu depan kita orang buat operasi. Kau nak ikut tak??
Lutfil sengih nipis.
?Kau rasa??
Hadi tepuk bahu Lutfil.
?We are Hadi, so??
?Of course, we in,? kata Lutfil dan Hadi serentak. Ian ketawa kuat. Semua mata di restoran di tempat biasa mereka melepak, memandang pelik. Apa ada hal pada mereka, ini dunia mereka. We do what we want; their phrase.
Share this novel