Completed
16488
Hadi meraup rambutnya. Entah kali ke berapa dia harus menempuhi saat seperti ini. Dia tergelak kecil. Ian menghampiri Hadi di ruang menunggu hospital. Dihulurkan sebotol air mineral kepada sahabat baiknya itu.
?Remember, Hadi? Kau pernah hadapi keadaan ni masa aku ditembak dulu,? Hadi angguk.
?Ya. It hurt so much, Ian,? Ian menepuk bahu Hadi perlahan.
?Kau jugak kena ingat, Hadi. Ini jugaklah keadaan kami, perasaan kami bila kau koma hampir setahun dulu. Aku cukup bertuah sebab aku punya injured tak seteruk kau. Apa yang kau rasa ni, kami dah lalui. Kau tahu apa yang Luth cakap pada aku masa tu??
?Apa??
Tika itu, Adelin menghampiri keduanya. Dia melabuhkan punggung di sisi Ian.
?Masa nilah waktu paling berharga untuk kita. Kau tahu kenapa? Sebab dari sinilah kita boleh tahu, insan kesayangan kita akan berjuang untuk kita atau tidak. Luth orang pertama yang kau nampak sebaik sedar koma kan??
?Ya. He was with me every time I need someone to comforting me. But, his action is very sharp. Tak ada sesiapa pun tahu bila dia datang dan pergi??
?That?s what friend for. He come when you need him and disappears for you to take care of him. Appreciate him, guys,? Ian peluk bahu Adelin di atas kata-kata itu. Hadi senyum nipis.
Ayyana mampir. Hatinya tersentuh akan semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh sahabat-sahabat suaminya itu. Walaupun dia dan Lutfil baru sahaja mendirikan rumah tangga, sudah cukup untuk dia mendalami kehidupan seorang Lutfil Hadi, taufiq Allah yang memimpin.
?Macam mana, Mya?? soal Adelin.
Ayyana menggeleng.
?Doktor tak pasti bila Luth akan sedar. Tapi, kecederaan Luth dikira hampir menempah maut. So, we have to wait and see. Sekejap lagi family Luth sampai, tapi Mya kena ke balai kejap. Boleh tak tolong jelaskan pada dia orang pasal Luth??
Serentak itu, dua orang polis wanita mendekati ruang menunggu. Ian, Adelin dan Hadi berdiri. Mereka agak keliru akan keadaan sebenar.
?Mya??
Ayyana ukir senyum. Setitis air mata jatuh di pipi. Perasaan bersalah menebal di dalam hatinya kini. Salahnya kerana cuba masuk campur dalam pergelutan di antara Lutfil dan Imran. Dia yang sebabkan Lutfil jadi begini. Dia segan untuk bersemuka dengan keluarga mertuanya. Lutfil sanggup berkorban untuknya.
?We have to pay to what we?ve done too, kak Adel. Minta diri??
?Wait. Saya, ACP Fariz. Explain,? Ian menunjukkan kadnya. Dua orang polis wanita itu mengangkat tabik.
?Maaf, tuan. Kami hanya mengikut arahan. Puan Mya Ayyana terpaksa kami tahan semula untuk membantu siasatan,? jelas salah seorang polis wanita itu.
Sudahnya, ketiga-tiga mereka hanya mampu melihat Ayyana dibawa pergi. Ayyana perlu membayar untuk kesalahan apa?
Share this novel