Noh sedang duduk bersila di atas batuan sambil berpeluk tubuh semasa menyuarakan peringatan itu. Aku tahu akibatnya. Tapi apa pilihan yang aku ada?
Selepas menyatakan persetujuanku itu, aku terus berundur dan berlalu ke tebing. Terlihat beberapa ekor 'sahabatku' sudah menanti. Aku terjun menceburkan diri bersama mereka dan berenang naik ke permukaan. Mereka hanya menemaniku separuh jalan.
Aku terus berlalu setelah Wok memberitahu bahawa ibuku mengambil upah membantu menjahit pakaian di kedai Siti. Patutlah bila aku ke rumah tadi tiada sesiapa.Dari jauh kedai Siti sudah dapat kulihat. Langkah kaki semakin aku lajukan. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan ibu.
"Nak tempah baju ya?" Soal Kak Siti setelah aku memasuki ruangan hadapan kedainya.
Aku hanya menggeleng. Mataku turut meliar mencari kelibat ibu. Terus aku berlari mendakap erat tubuh ibu bila aku ternampak dia sedang menggantung baju.
"Ana rindukan ibu." Ujarku. Ibu masih dalam dakapanku.Ibu ternyata terkejut dengan kemunculanku. Bila ibu berpaling terus wajahku dikucup dan kami berpelukan bagi melepaskan rindu yang kian sarat.
"Kemana kau pergi selama ini, nak?"
Soal ibuku apabila pelukan dilepaskan. Dia juga membelek wajah dan jemariku. Aku tersenyum melihat reaksinya.
"Tidak kemana. Ana cuma pergi berubat." Jawabku.
Aku sengaja tidak mahu memberitahu ibu yang pakciklah punca segalanya. Aku tidak mahu ibuku kecewa. Ibu membelek tanganku. Wajahnya jelas terpancar riak terkejut dengan perubahanku.
Masuk hari ini sudah genap tiga minggu aku berada di rumah. Maknanya lagi seminggu genap sepurnama dan aku perlu kembali semula kepada Izzat.
Tok tok
Share this novel