8

Action Series 1619

PERTEMPURAN di antara Unit Gerak Khas Polis Malaysia dengan anggota Militan Gelap telah menumpahkan banyak darah ke bumi. Kemusnahan yang berlaku juga bukan sembarangan. Beberapa buah hancur menerima tembakan peluru. Malah, helikopter yang terbang di udara juga jatuh terhempas mengorbankan penumpangnya.
Pasukan tambahan anggota gerakan polis membuatkan Militan Gelap kecundang akhirnya. Kecekapan anggota polis membenteras jenayah telah melumpuhkan pergerakan mereka apabila tiada lagi jalan untuk melarikan diri kerana dikepung dari serata arah. Ditambah pula dengan angka korban pasukan mereka yang kian menambah.
“Rupa-rupanya kau memberikan kiub palsu kepada aku,” kata Saiful dengan wajah yang bengis. Tangannya telah bergari dan diirngi oleh dua orang pengawai polis bersenjata di sebelahnya.
“Kiub yang aku pasangkan alat penjejak dan pendengar suara,” balas Daruk Zahran sinis.
“Jangan sangka semua ini dah berakhir, Zahran. Kau bunuh orang-orang aku, kau geledah dan ceroboh pangkalan aku, kau biarkan orang-orang aku ditangkap polis dan kau memperbodohkan aku. ini takkan berakhir dengan mudah, Zahran. Kau akan terima nasib kau kelak!” bentak Saiful memberi ugutan.
Datuk Zahran terdiam mendengar ugutan Ketua Militan Gelap itu. Kemudian Saiful dan pengikutnya dibawa naik ke atas trak polis untuk dibawa ke muka pengadilan. Senyuman Saiful yang kelat berbekas di fikiran Datuk Zahran, lalu segera ditepisnya.
Datuk Zahran melihat ramai orang yang kurus dan lemah dibawa keluar dari pangkalan bawah tanah yang tersembunyi di kawasan perbukitan. Tetapi bayang Zaki tetap juga tidak kelihatan. Dia mendapatkan anggota polis yang berada berhampiran tetapi khabar yang diterima tetap menghampakan. Terdapat sebuah kurungan yang suadah terbuka, barangkali Zaki berupaya melarikan diri sebelum ketibaan Saiful ke tempat ini lagi. Pihak polis membuat andaian mereka.

Seminggu kemudian
Pejabat Datuk Zahran, Layar Industries

LELAKi itu berdiri merenung ke luar tingkap bangunan. Menara Layar Industries yang telah dibina bersama arwah adiknya, Fakhruddin beberapa puluh tahun yang lalu. Bermula dari kosong menjadi sebuah syarikat gergasi yang berpengaruh luas ke seluruh dunia dalam bidang pemakanan, perubatan, kenderaan, pembangunan dan persenjataan. Bileh dikatakan, dialah lelaki yang paling kaya di dunia dengan semua perkembangan pesat yang dijalankan oleh syarikatnya.
Namun, kekayaan itu membahagiakannya. Maka, ternyataah ukuran bagi kebahagiaan itu bukannya pada harta benda. Datuk Zahran sedang merindui seseorang. Anak lelakinya berada jauh daripadanya. Hilang tanpa sebarang berita. Sama seperti yang berlaku kepada anak saudaranya kini, Zaki.
“Err tuan, masih belum ada maklumat terkini mengenai Zaki?” tanya Natasha lalu meletakkan secawan kopi di atas meja pejabat majikannya.
“Entahlah. Dia budak yang manja dan hanya suka berseronok. Semenjak kematian bapanya, Fakhruddin sikapnya berubah manjadi tegang. Kasihan dia,” kata Datuk Zahran dengan suara yang mendatar.
“Oh, ya Natasha. Saya dah semak maklumat yang awak berikan kepada saya minggu lepas. Memang ada aktiviti aneh yang sedang berlaku kat pulau ni. Tetapi puncanya belum diketahui. Saya minta awak sampaikan kepada unit pemantau agar meneruskan pencarian dan rahsiakan hal ini daripada pengetahuan umum. Manusia, tak pernah bersedia untuk menghadapi satu lagi serangan semenjak tahun 1997,” kata Datuk Zahran tegas.
“Baiklah tuan. Dan satu lagi makluman. Mira Hafizah, bekas pembantu Puan Melissa sudah lulus dalam semua ujian kelayakan pertukaran jawatan. Malah beliau juga mempunyai rekod prestasi yang amat membanggakan serta kemahiran teknikal yang amat tinggi. Maka bermula minggu ini, Mira Hafizah akan memegang jawatan sebagai Ketua Penyelidikan Teknologi Persenjataan Layar Industries.
Saya sudah sediakan dokuman-dokumen yang berkaitan dengan pengesahan jawatan dan ambil alih tugas, tuan hanya perlu menandatanganinya sahaja. Pertemuan tuan dengan Mira Hafizah bersama anggota majlis akan diuruskan dalam masa yang terdekat,” beritahu Natasha sambil merujuk jadual kerja tablet komputernya.
“Mira Hafizah gadis yang memaklumkan mengenai penculikan Zaki tempoh hari, kan? Baiklah. Maklumkan saya tentang maklumat seterusnya,” kata Datuk Zahran.
“Ya, gadis muda yang berani dan berjiwa kental. Beauty with a brain!” tambah Natasha.
Tut! Tut! Tut!
Panggilan telefon berdering memecahkan perbualan di antara Pengarah Tertinggi Layar Industries dengan setiausahanya. Datuk Zahran menekan satu punat di tangannya lalu panggilan itu terus bersambung dalam mod pembesar suara di dalam pejabat.
“Assalamualaikum, Daruk Zahran. Saya dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bercakap, ingin menyampaikan satu berita. Saiful sudah melarikan diri dari penjara....”
Wajah mereka terus pucat seperti aliran darah berhenti dari mengalir. Tiada kata yang terluah melainkan kerisauan yang berlingkar di jiwa. Sangka mereka petaka ini sudah berakhir, rupa-rupanya kejahatan itu tetap masih berkuasa. Apa yang digusarkan, Militan Gelap mungkin mengambil langkah melancarkan operasi membalas dendam! Ketenangan Daruk Zahran teragut lagi. Dahinya semakin berkerut memikirkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience