6

Action Series 1619

Di suatu tempat

“LEPASKAN aku! Apa yang kau mahukan sebenarnya?” tengking Zaki apabila dia dikurung di satu tempat yang gelap dan sunyi.
Dirinya seperti berada di bawah tanah kerana keadaan dindingnya yang menyerupai dinding tanah. Cuma terdapat lampu-lampu yang malap menyala untuk memberikan sedikit cahaya yang berbalam-balam. Bahkan, anak tangga dan besi-besi terkumpul juga memenuhi separuh kawasannya.
Dagu Zaki dicengkam dan ditolak segingga jatuh. Kesakitannya amat terasa memandangkan dirinya sendiri belum pulih daripada kemalangan tempoh hari. Berjalan pun masuh lagi bertongkat dan terhinjut-hinjut. Inikan pula untuk melawan.
“Sebenarnya benda ini boleh selesai kalau semua orang berikan kerjasama. Ibu kau juga tak perlu mati tetapi kamu semua terlalu degil!” kata Saiful.
“Kau yang bunuh ibu bapa aku, kan? Sekarang kau nak bunuh aku pulak? Apa tujuan kau sebenarnya? Apa dendam keluarga aku pada kau?” soal Zaki bertalu-talu. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan mereka.
“Tiada sebarang dendam. Cuma kadangkala kekerasan itu diperlukan apabila orang tak mendengar kata kita,” jawab Saiful tanpa bersalah.
“Straight to the point! Kat mana kiub tu?” soal Saiful tegas.
“Kiub apa? Aku tak faham!”
“Pukul dia,” arah Saiful tanpa memperdulikan kesakitan yang sedang Zaki alami.
Mereka terus membelasah Zaki demi mengorek rahsia yang sebenarnya langsung tidak diketahui oleh anak muda itu. Zaki terkulai layu. Darah termuntah dari mulutnya. Matanya hampir sahaja tidak boleh dibuka kerana lebam ditumbuk.
“Mana kiub itu?” asak saiful lagi.
“Sumpah aku tak tahu!”
“Pukul dia,” arah Saiful sekali lagi.

ZAKI terbaring tidak sedarkan diri. Tulangnya seolah-olah retak diterajang oleh orang suruhan Saiful itu. Namun, tiada apa pun maklumat yang diperolehi. Saiful mendengus kencang, kecewa. Dia mundar-mandir seperti orang kematian akal.
“Bagaimana sekarang ni, tuan? Budak ni memang tak tahu apa-apa!” kata Mukhriz.
“Gunakan budak tu untuk ugut Zahran supaya dia bongkarkan maklumat. Tentu dia tak nak seorang lagi kerabatnya mati dibunuh!” jawab Saiful.
Setelah itu, Zaki dibiarkan terkurung dalam sebuah bilik tahanan yang gelap bersama seorang lagi tahanan yang lain. Tetapi usianya mungkin telah lanjut. Dia sekadar terpunduk dan merenung sahaja jasad lemah itu terbaring di atas lantai. Matanya melirik memandang kumpulan penjahat itu pergi. Daripada renungannya seperti dapat ditafsirkan, dia memiliki perasaan dendam yang bergelora di dalam hati. Tetapi tersimpan tidak terluah dalam kesengsaraan menanggung beban amarah.

SAAT orang lain sedang terlena dibuai mimpi, masih ada lagi insan yang berjaga malam menatap skrin komputernya. Runsing dalam asakan masalah yang melingkari diri semenjak tadi.
Baru sahaja Datuk Zahran dimaklumkan mengenai penculikan Zaki melalui Natasha. Beberapa jam kemudian, Saiful sendiri menghubungi dan mengkhabarkan mengenai keadaan anak saudaranya yang telah diculik itu.
Papan kekunci itu ditolak ke tepi, dia duduk bersandar di kerusi seraya melepaskan hempasan nafas yang berat di rengkungan. Semua fail dan dokumen telah dibuka tetapi tetap tidak menemui sebarang jawapan. Dia terlalu yakin bahawa apa yang diminta oleh pengganas itu sudah dimiliki oleh mereka.
“Jika aku tahu perkara begini akan terjadi, aku takkan serahkan projek kiub itu kepada Fakhruddin,” keluh Datyk Zahran.
“Hanya ni ajelah caranya,” ucap Datuk Zahran, lantas bangkit dan keluar dari pejabatnya dengan wajah yang tegang.

KESEJUKAN malam mencengkam kulit. Tanpa kain untuk membaluti tubuh, itulah yang terpaksa dihadapi oleh semua tahanan apabila mereka mengigil seperti hampir lumpuh urat saraf. Seksaan itu sahaja cukup untuk membuatkan jiwa mereka merana di sepanjang malam yang pekat dan kelam.
Di atas tanah yang berdebu, Zaki berusaha untuk menggerakkan sedikit tubuhnya. Ototnya bagai mengejang akibat pukulan yang bertubi-tubi hinggap ke badannya. Dia terjaga dalam kesakitan.
“Kau dah terjaga anak muda?”
Zaki memandang ke arah suara itu. Kelihatan seorang lelaki lewat umur yang gelap kulitnya sedang duduk bersila di atas tempat duduk kurungan. Matanya tajam berbinar tanpa senyuman. Pakaiannya pula compang-camping dan lusuh menandakan sudah lama lelaki itu terkurung di sini.
“Pak cik ni siapa?” tanya Zaki.
“Aku hanya lelaki tua yang menunggu masa untuk mati. Tetapi kau boleh panggil aku, Fateh,” jawabnya.
“Pak cik Fateh, sebenarnya kita kat mana ni?” tanya Zaki lagi dalam keadaan terbaring kerana tidak larat untuk berdiri.
“Nilah tanah darah! Tempat manusia terpisah dengan dunia luar. Sesiapa yang masuk ke sini tiada harapan lagi untuk bebas. Boleh dikatakan, nilah kubur bagi mereka yang ditangkap ke sini,” kata Fateh dengan suaranya ditekankan sedikit dengan mata yang terbeliak. Zaki sedikit kecut melihat reaksinya itu.
“Lelaki bernama Saiful tu siapa sebenarnya? Apa yang dia mahukan?” tanya Zaki dengan riak kemarahan. Dia membenci lelaki yang telah menghancurkan kebahagiaan dia dalam sekelip mata.
“Mereka Militan Gelap, budak! Mereka ganas dan kejam. Membunuh sesiapa aje yang tak sealiran dengan mereka! Segala jenayah di dunia mereka lakukan tanpa rasa bersalah. Tapi, percayalah kau bahawa Saiful tu hanyalah boneka aje? Ada mastermind di sebalik pertubuhan haram ini. Sesuatu yang besar, jauh dari kudrat manusia biasa!” terang Fateh panjang lebar.
“Mereka memang kejam. Kedua ibu bapa saya telah dibunuh oleh mereka tanpa sebab yang jelas! Saya benci mereka!” ujar Zaki mengukuhkan kenyataan Fateh berdasarkan pengalaman yang dialami.
Fateh tersenyum lalu berkata, “Budak adakah kau mahu membalas dendam untuk kedua ibu bapa kau?”
“Jika diberi peluang, tentu saya akan hancurkan Militan Gelap!”
“Bagus. Aku suka semangat kau, budak! Aku akan bantu kau melunaskan dendam kau!” kata fateh.
Fateh bangkit dan menekan urat-urat saraf badan Zaki dengan dua jarinya serta Fateh mencengkam bahu dan pergelangan tangan Zaki dan dikilaskannya. Prak! Terdengar bunyi tulang patah. Fateh melakukan hal yang sama kepada kaki Zaki. Sakitnya hanya TUHAN yang tahu.
Tubuh Zaki ditelengkan dan Fateh menekan-nekan titik saraf akupuntur badan Zaki. Sekali lagi Zaki meraung kesakitan, jari-jemarinya mencengkam dan mencakar tanah sekuat hati. Proses yang terakhir, Fateh memegang leher Zaki dan dikilaskan ke kanan dan ke kiri. Lagak Fateh tidak ubah seperti seorang tabib atau pakar perubatan tredisional yang cekap mencari titik saraf pesakitnya.
“Aduh! apa yang pak cuk buat sebenarnya? Malam-malam dapat rawatan percuma pulak?” rengek Zaki sambil memicit-micit tubuhnya.
Tiba-tiba Zaki tersentak. Dia terdiam dan kebingungan. Matanya terus memandang Fateh.
“Kesakitan saya dah hilang? Tangan dan kaki saya dah boleh gerak?” soal Zaki, hairan.
“Bangkitlah. Dah tiba masa untuk kita melarikan diri dari tempat ni,” kata Fateh dengan tegas.
Zaki berdiri dengan mudah. segala kesakitan hilang begitu sahaja. Fateh jelas bukan orang sembarangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience