BAB 6

Romance Series 2260

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur mula dipenuhi orang ramai ketika Maya tiba pada awal pagi bersama beberapa orang staf RayMoon Holdings yang lain.

Mereka berkumpul di ruang menunggu berhampiran kaunter daftar masuk, masing-masing membawa bagasi dan beg kerja untuk perjalanan selama seminggu ke Jakarta, Indonesia.

Perjalanan kali ini bukan sekadar pertemuan biasa. RayMoon Holdings sedang membincangkan peluang kerjasama dalam sebuah projek pembangunan komersial di Jakarta bersama rakan strategik tempatan.

Beberapa sesi perbincangan, pembentangan projek, lawatan ke lokasi pembangunan serta pertemuan bersama pihak pelabur sudah disusun sepanjang mereka berada di sana.

Mereka yang menyertai perjalanan itu bukanlah dipilih secara rawak. Setiap seorang mempunyai peranan tersendiri dalam memastikan urusan projek di Jakarta berjalan lancar. Shah dari Finance & Investment Department bertanggungjawab terhadap aspek kewangan dan pelaburan projek, manakala Amir dari Project Development Department terlibat dalam perancangan serta pembangunan projek.

Jiha pula mewakili Legal & Corporate Affairs, terutama bagi urusan kontrak dan dokumen perjanjian, sementara Mira dari Business Development Department bertanggungjawab mengurus peluang kerjasama serta hubungan dengan rakan strategik.

Maya pula hadir sebagai wakil daripada Marketing Department, mengambil alih tempat Taufik yang sepatutnya mengetuai perjalanan tersebut.

Memandangkan dia merupakan individu yang menyediakan proposal dan paling arif tentang pembentangan projek kepada client, kehadirannya penting untuk memastikan setiap aspek pemasaran dan komunikasi projek dapat diterangkan dengan baik.

Dan sudah tentu, perjalanan itu tidak lengkap tanpa Ervin Rayyan sendiri. Sebagai Founder & Executive Chairman RayMoon Holdings, Ervin merupakan orang yang akan mengetuai rundingan utama dan membuat keputusan akhir bagi pihak syarikat.

Maya memeriksa semula kandungan beg kerjanya, memastikan proposal, laptop dan beberapa dokumen penting yang diperlukan untuk pembentangan berada di tempatnya.

“Semua dah ready?” tanya Amir yang berdiri tidak jauh dari meja tempat Maya menyusun barang-barangnya.

Lelaki itu memerhatikannya sejak tadi yang masih tekun memeriksa fail di dalam beg kerja, seolah-olah mahu memastikan tiada satu pun dokumen penting tertinggal sebelum mereka berangkat.

Maya mengangkat wajah lalu memberikan senyuman kecil.

Dia mengangkat satu persatu fail yang sudah disusun kemas di atas meja sebelum memasukkannya kembali ke dalam beg.

“Proposal ada, presentation deck ada, laptop pun ada. Rasanya semua okay,” jawab Maya sambil menepuk perlahan bahagian luar beg kerjanya, seakan-akan mahu meyakinkan dirinya sendiri bahawa segala keperluan untuk perjalanan itu memang sudah lengkap.

“Rasanya?” Amir sengaja mengulang perkataan terakhir itu dengan nada mengusik.

Dia kemudian ketawa kecil sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar, jelas menikmati reaksi Maya yang kelihatan sedikit terganggu dengan cara dia menyakat.

“Kalau tertinggal apa-apa nanti jangan cari saya,” sambungnya lagi sebelum mengangkat kening, sengaja memberikan amaran palsu seolah-olah dia benar-benar tidak mahu terlibat sekiranya Maya terlupa membawa sesuatu.

Maya menjeling ke arahnya sambil menahan senyum. Dia menggelengkan kepala sebelum kembali memeriksa beg tangannya yang masih terbuka di atas meja.

“Awak ni dari tadi macam takut sangat saya menyusahkan awak,” balas Maya, suaranya kedengaran bersahaja dan sedikit mengusik, membuatkan Amir semakin lebar senyumannya.

“Bukan takut,” jawab Amir sambil menggelengkan kepala. Dia memandang Maya dengan wajah selamba sebelum menyambung.

“Saya cuma tahu awak jenis yang akan panik kalau satu benda tak ada.”

Maya terus ketawa kecil mendengar jawapan itu. Dia menggelengkan kepala sambil menutup zip begnya, kemudian menyimpan telefonnya ke dalam ruang kecil di dalam beg sebelum mengangkat wajah semula kepada Amir.

“Awak dah kenal saya,” ujarnya sambil tersenyum, sebelum akhirnya menarik beg tersebut dan bersedia untuk bergerak bersama yang lain.

Tidak jauh dari mereka, Shah sedang berbincang dengan Jiha mengenai beberapa dokumen kewangan dan kontrak yang akan dibawa untuk sesi pertemuan dengan rakan strategik di Jakarta.

Mira pula sibuk menyemak jadual perjalanan dan senarai agenda yang sudah disusun untuk sepanjang minggu.

Masing-masing kelihatan bersedia.

Cuma seorang sahaja yang masih belum kelihatan.

Ervin.

Maya tanpa sedar memandang jam di pergelangan tangannya sebelum matanya beralih ke arah pintu masuk lapangan terbang. Dia cuba meyakinkan dirinya bahawa dia sekadar mahu memastikan ketua mereka sudah sampai, tetapi jauh di sudut hati, dia sebenarnya sedang menunggu seseorang yang lain.

“Boss belum sampai?” tanya Mira apabila menyedari pandangan Maya.

“Belum,” jawab Maya ringkas.

“Dia memang last minute macam ni.” Amir mencelah sambil tersenyum.

Maya baru sahaja hendak menjawab apabila kelibat seorang lelaki tinggi dalam sut gelap muncul dari arah pintu masuk.
Langkahnya tenang dan penuh keyakinan, sementara seorang staf yang mengiringinya membawa sebuah beg kecil.

Ervin.

Seperti biasa, dia tidak perlu melakukan apa-apa untuk menarik perhatian. Kehadirannya sahaja sudah cukup membuatkan beberapa pasang mata menoleh sebelum lelaki itu terus berjalan menuju ke arah kumpulan RayMoon.

“Sorry. Jalan tadi agak packed,” ujar Ervin sebaik sahaja menghampiri kumpulan mereka. Nada suaranya tenang seperti biasa, walaupun jelas dia baru sahaja melalui kesesakan lalu lintas sebelum sampai ke lapangan terbang.

Pandangannya menyapu wajah setiap seorang yang sudah menunggunya sebelum akhirnya berhenti pada Maya.

Hanya seketika.

Namun, pandangan singkat itu cukup membuatkan Maya yang sejak tadi berdiri sambil memegang beg tangannya tersenyum kecil tanpa sedar.

Dia segera mengalihkan pandangan, cuba menyembunyikan reaksi tersebut sebelum sesiapa pun sempat menyedarinya.

“You're late,” tegur Mira sambil mengangkat pergelangan tangan untuk menunjukkan jamnya. Nada suaranya kedengaran bersahaja, seolah-olah tidak mahu melepaskan peluang menyakat ketua mereka yang akhirnya menjadi orang terakhir tiba.

Ervin mengangkat kening sebelum senyuman nipis terukir di bibirnya. Dia tidak kelihatan sedikit pun terganggu dengan teguran tersebut, malah sempat memandang Mira dengan wajah selamba.

“I know. But I'm here,” jawabnya tenang sambil membetulkan sedikit kedudukan tali beg yang berada di bahunya.

Shah yang sejak tadi memerhatikan mereka terus ketawa kecil.

“Nasib baik, boss,” usiknya sambil menggelengkan kepala, jelas sengaja mahu mengenakan Ervin.

Ervin hanya menggelengkan kepala sebelum mengalihkan perhatian kepada Jiha yang sedang memegang telefonnya.

“Everything ready?” tanyanya sambil memandang jadual perjalanan yang berada di skrin telefon Jiha.

“Ready. Boarding dalam lebih kurang empat puluh minit,” jawab Jiha sambil menghulurkan telefonnya sedikit agar Ervin dapat melihat jadual penerbangan tersebut. Dia kemudian menyimpan semula telefonnya ke dalam beg tangan.

“Good. Let's move,” ujar Ervin ringkas sebelum memberi isyarat kepada mereka supaya bergerak.

Mereka mula berjalan menuju ke kaunter daftar masuk. Maya berjalan bersama Mira dan Jiha, manakala Ervin, Shah dan Amir berada beberapa langkah di hadapan.

Suasana lapangan terbang yang semakin sibuk membuatkan mereka perlu bergerak agak rapat antara satu sama lain, dengan bunyi pengumuman penerbangan dan suara orang ramai berselang-seli di sekeliling mereka.

Namun, tidak lama kemudian, langkah Ervin yang pada awalnya sedikit jauh di hadapan mula perlahan. Tanpa berkata apa-apa, dia membiarkan Shah dan Amir terus berjalan sebelum akhirnya berada seiring dengan Maya.

“You okay?” tanya Ervin tanpa menoleh kepadanya. Nada suaranya kedengaran biasa, tetapi ada perhatian yang jelas terselit dalam pertanyaan ringkas itu.

Maya menoleh memandangnya sebelum menjawab dengan senyuman kecil.

“Okay. Kenapa?”

“First time pergi business trip macam ni dengan I?” soal Ervin sambil menjeling sekilas ke arahnya. Pandangannya kembali ke hadapan, tetapi dia kelihatan benar-benar menunggu jawapan Maya.

Maya tersenyum kecil sebelum menggelengkan kepala.

“Bukan first time, tapi cuma kali ni agak lama, sampai seminggu,” jawabnya sambil membetulkan kedudukan beg di bahunya.

“Worried?” tanya Ervin lagi. Kali ini suaranya sedikit perlahan, seolah-olah soalan itu hanya ditujukan kepadanya.

“Tak adalah,” jawab Maya sambil menggelengkan kepala. Dia kemudian menghela nafas kecil sebelum menyambung.

“Saya cuma fikir pasal kerja. Banyak benda nak prepare. Saya takut ada yang terlepas.”

Ervin menjeling sekilas ke arahnya. Ada senyuman kecil yang muncul di hujung bibirnya sebelum dia kembali memandang ke hadapan.

“Don't overthink. You know the project better than anyone in that team,” katanya dengan nada yakin, seolah-olah tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa Maya mungkin tidak mampu mengendalikan tanggungjawab tersebut.

Maya terdiam seketika mendengar kata-kata itu. Dia tahu Ervin bukan sekadar cuba menenangkan dirinya. Lelaki itu benar-benar mempercayai kebolehannya, dan entah mengapa, keyakinan tersebut membuatkan debar yang sejak tadi tersimpan di dalam dada perlahan-lahan reda.

“Tuan yakin sangat dengan saya,” ujar Maya akhirnya. Suaranya kedengaran perlahan, seolah-olah kata-kata itu terlepas daripada hatinya sebelum sempat difikirkan.

Ervin menoleh kepadanya. Kali ini pandangan mereka bertemu untuk beberapa saat sebelum senyuman kecil terukir di wajah lelaki itu.
“I am,” jawabnya ringkas, tetapi penuh keyakinan.

Dua perkataan itu membuatkan Maya kembali terdiam. Dia mengalihkan pandangan ke hadapan, namun senyuman kecil yang terukir di bibirnya sukar disembunyikan.

Entah kenapa, untuk perjalanan selama seminggu itu, dia tiba-tiba tidak lagi berasa terlalu risau.

Dia tahu Ervin mempercayai kebolehannya sebagai seorang pekerja. Namun, entah kenapa cara lelaki itu mengucapkannya membuatkan keyakinan tersebut terasa jauh lebih peribadi daripada yang sepatutnya.

Maya hanya mengangguk kecil sebelum mempercepatkan langkah untuk menyamai yang lain.

Ervin pula sempat memandangnya dari sisi sebelum mengalihkan pandangan.

Perjalanan selama seminggu itu sepatutnya hanya tentang kerja.

Tentang projek.

Tentang RayMoon.

Tentang urusan yang perlu diselesaikan.

Namun, untuk pertama kali sejak mereka semakin rapat, Ervin mula tertanya-tanya bagaimana rasanya menghabiskan masa selama seminggu bersama Maya tanpa jarak pejabat, tanpa waktu kerja dan tanpa alasan untuk mereka berdua menjauh.

Dan persoalan itu sendiri sudah cukup membuatkan dia tersenyum kecil.

*****

Setibanya mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, rombongan RayMoon Holdings disambut oleh beberapa wakil daripada PT Aruna Cipta Properti, syarikat pembangunan hartanah yang bakal menjadi rakan strategik RayMoon bagi cadangan projek komersial di Jakarta.

“Welcome to Jakarta, Mr. Ervin. It’s a pleasure to finally meet you,” ujar seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Adrian Wijaya, Managing Director syarikat tersebut. Dia menghulurkan tangan kepada Ervin dengan senyuman mesra sebelum menyambut ahli rombongan yang lain.

“It’s a pleasure to be here. Thank you for having us,” balas Ervin sambil menyambut salam tersebut dengan senyuman profesional.

Setelah memperkenalkan setiap ahli pasukannya, mereka terus dibawa menuju ke kenderaan yang sudah menunggu di hadapan lapangan terbang.

Mereka tidak terus dibawa ke hotel. Sebaliknya, pihak PT Aruna Cipta Properti membawa mereka terus ke pejabat untuk menghadiri sesi perbincangan yang sudah dijadualkan pada hari pertama.

Setelah tiba, mereka disambut oleh beberapa orang pegawai kanan syarikat sebelum memasuki sebuah bilik mesyuarat yang luas dan moden.

Sepanjang beberapa jam berikutnya, perbincangan berlangsung dengan agak serius. Shah menerangkan unjuran kewangan dan potensi pulangan projek, manakala Amir membentangkan cadangan pembangunan serta konsep keseluruhan projek. Jiha pula memberikan penjelasan berkaitan struktur perjanjian dan beberapa perkara perundangan yang perlu diperhalusi sebelum kerjasama dimuktamadkan.

Apabila tiba giliran Maya, dia bangun membawa proposal yang sudah disediakan sebelum perjalanan tersebut.

Maya menerangkan konsep pemasaran, sasaran pasaran dan strategi untuk memperkenalkan pembangunan itu kepada golongan pelanggan yang bersesuaian.

Cara dia menyampaikan pembentangan cukup yakin sehingga beberapa wakil PT Aruna Cipta Properti kelihatan tekun mengikuti setiap penerangan yang diberikan.

Ervin yang duduk di sebelah Shah hanya memerhatikannya dari tempat duduknya. Sekali lagi dia menyedari mengapa Taufik begitu yakin menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Maya.

“You handled that well,” ujar Ervin sebaik sahaja sesi pembentangan Maya selesai. Dia merendahkan suaranya supaya hanya Maya yang dapat mendengarnya.

Maya menoleh sambil tersenyum kecil.

“Thank you.”

Mesyuarat hanya selesai menjelang petang selepas beberapa perkara penting berjaya dibincangkan dan dipersetujui untuk tindakan selanjutnya.

Selepas itu, barulah mereka dibawa ke hotel tempat penginapan sepanjang berada di Jakarta. Selepas urusan daftar masuk selesai, kunci bilik diagihkan mengikut susunan yang telah dibuat lebih awal.

Maya, Jiha dan Mira ditempatkan dalam satu bilik yang luas dengan dua buah katil bersaiz queen, manakala Shah dan Amir berkongsi sebuah bilik lain. Ervin pula mendapat sebuah bilik sendiri seperti yang sepatutnya, memandangkan kedudukannya sebagai ketua.

Sebaik sahaja masuk ke bilik, Maya meletakkan beg tangannya di atas meja sebelum duduk seketika di birai katil. Jiha dan Mira pula sudah sibuk mengeluarkan barang masing-masing.

Tidak lama kemudian, telefonnya bergetar.

Ervin: Selesa tak duduk bertiga dalam satu bilik? Nak saya ambil satu lagi bilik untuk you?

Maya membaca mesej itu sambil tersenyum kecil. Dia tahu Ervin bertanya bukan sekadar sebagai ketua yang memastikan stafnya selesa, tetapi ada perhatian yang terasa lebih peribadi di sebalik pertanyaan tersebut.

Maya: Selesa je. Tak payah ambil bilik lain. Bilik ni luas, ada dua katil queen. Jiha dengan Mira pun okay.

Beberapa saat kemudian, balasan Ervin muncul.

Ervin: Okay. Kalau tak selesa, let me know.

Maya tersenyum kecil sebelum meletakkan telefonnya di atas katil.

Entah kenapa, perhatian kecil itu membuatkan hatinya terasa hangat.

Dan tanpa mereka sedari, semakin banyak perkara kecil yang membuatkan hubungan mereka terasa semakin dekat.

Perhatian hanya kecil tetapi hati sudah terasa terisi. Rasa dihargai...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience