Completed
55515
SATU tamparan hinggap di pipi Irsyad dengan kuat.
Bunyi itu bergema dalam ruang tamu, membuatkan semua yang berada di situ terpaku. Irsyad sendiri terkesima. Tidak pernah sekalipun dalam hidupnya dia ditampar oleh Tuan Idlan. Lebih-lebih lagi kerana Dhia Raisya, cucu yang selama ini tidak pernah dianggap.
Tuan Idlan tercungap menahan marah. Tangannya yang terangkat tadi masih menggigil.
?Kamu memang bodoh, Irsyad!? tengkingnya lantang.
Irsyad memegang pipinya yang masih pedih. Matanya menyala tetapi sebelum sempat dia membalas, Puan Rabiah sudah melangkah ke hadapan.
?Alah, ayah? tak payahlah marah-marah,? ujar Puan Rabiah selamba. Wajahnya langsung tidak menunjukkan rasa risau. ?Bukannya masalah kita dah selesai ke??
Tuan Idlan berpaling tajam.
?Maksud kamu??
?Macam mana Dato Ehsan nak lantik Dhia sebagai CEO kalau empunya badan sendiri tak ada?? balas Puan Rabiah tanpa rasa gentar. ?Dan sebagai ahli keluarga dia, Irsyad masih layak jadi pemangku CEO. Dalam wasiat Ilham pun dah sebut yang selagi Dhia belum bersedia, kita semua ada hak jadi pengganti.?
Nada suaranya terlalu tenang, seolah-olah apa yang berlaku hanyalah urusan kecil.
?Habis tu?? soal Tuan Idlan dengan suara berat. ?Apa alasan kita nak bagi pada Dato Ehsan??
Puan Rabiah tersenyum nipis. ?Kita cakap je Dhia lari dari rumah. Tak nak pegang tanggungjawab. Tak sanggup urus komitmen besar.?
Irsyad hanya diam tetapi sudut bibirnya terangkat sedikit.
?Dato Ehsan tu yang over,? sambung Puan Rabiah lagi. ?Fikir Dhia dah layak jadi CEO sedangkan budak tu langsung tak ada pengalaman. Kita boleh guna alasan tu. Orang luar mana tahu perangai Dhia. Kita boleh reka apa saja? burukkan dia sikit.?
Tuan Idlan menghela nafas kasar. Wajahnya tegang.
?Walau atuk tak pernah sayang Dhia macam atuk sayang kamu, Irsyad,? katanya perlahan tetapi tajam, ?tak bermakna kamu boleh buat benda melampau.?
Irsyad mengangkat wajah.
?Atuk pejam mata tengok mama kamu dera dia,? sambung Tuan Idlan, nadanya semakin berat. ?Tapi tak bermakna nyawa dia boleh hilang di tangan kamu juga.?
Suasana menjadi senyap.
?Sekarang,? Tuan Idlan menegaskan, ?atuk nak kamu cari dia. Pergi semua hospital. Tak kira Dhia masih hidup? atau dah mati.?
Irsyad mengetap rahang.
Hakikatnya, ketika Irsyad cuba mengejar Dhia tadi, dia memang terdengar bunyi dentuman kuat. Langkahnya terhenti apabila melihat tubuh Dhia terbaring kaku di atas jalan raya. Pemandu yang melanggar Dhia juga turut melarikan diri.
Dan Irsyad memilih untuk berpaling.
Baginya, lebih baik Dhia lenyap dengan cara itu daripada terus hidup membuatkan kedudukannya dalam syarikat tergugat.
****
DI dalam sebuah bilik VIP hospital yang mewah. Seorang perempuan terbaring kaku di atas katil. Dia kelihatan seperti seorang puteri yang sedang lena dalam tidur panjang yang tidak berpenghujung. Kulitnya yang pucat membuatkan wajahnya tampak lebih lembut dan anggun.
Sejak tiga bulan terlantar, tubuhnya semakin susut. Pipinya cengkung sedikit, namun kecantikannya langsung tidak pudar.
Pelbagai peralatan perubatan canggih dipasang pada tubuhnya. Mesin-mesin itu memaparkan bacaan tekanan darah, degupan jantung dan keadaan tubuhnya setiap saat. Jika keadaannya merosot walau sesaat, bunyi amaran akan bergema kuat.
Di luar bilik VIP itu, kawalan keselamatan ketat. Empat orang pengawal ditempatkan khas untuk menjaga keselamatan pesakit tersebut.
Buat kali pertama tubuh Dhia memberi tindak balas bila dia cuba mahu membuka mata namun kelopak matanya terasa terlalu berat dan tubuhnya tidak beri kerjasama.
Pada saat itu, seorang jururawat pertengahan usia masuk untuk menukar drip I.V. Dia sekadar memandang sekilas ke arah pesakit yang koma.
?Kasihan? umur masih muda. Harap awak cepat sedar,? bisiknya dalam hati.
Tanpa disedari jururawat itu, Dhia Raisya sedang berusaha sedaya upaya menggerakkan tubuhnya. Tekanan darahnya naik sedikit demi sedikit. Akhirnya, hujung jarinya bergerak walaupun hanya sedikit.
Sensor pada jarinya segera mengesan perubahan itu.
Jururawat itu tersentak. Dia segera menoleh.
?Awak dengar saya? Awak dah sedar ke?? soalnya lembut, mendekatkan wajahnya.
Tiada jawapan.
Dia segera keluar memanggil doktor.
Beberapa minit kemudian, dua orang doktor masuk bersama tiga jururawat termasuk dirinya. Mereka memeriksa bacaan pada mesin dan keadaan tubuh Dhia Raisya.
?Dia memang sedar sekejap tadi,? ujar salah seorang doktor. ?Tapi stamina dia masih lemah. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Keadaan dia makin stabil dari hari ke hari. Saya rasa dalam satu dua hari lagi dia akan betul-betul sedar. Maklumkan penjaga dia.?
?Baik, doktor,? jawab jururawat itu.
Dia menuju ke kaunter untuk menghubungi waris pesakit. Namun di borang kemasukan, hanya ada satu nombor telefon. Ruangan nama penjaga dibiarkan kosong. Hanya nombor telefon dan nombor bilik VIP dicatatkan.
Dia mengerut dahi seketika sebelum mendail nombor itu menggunakan telefon hospital.
Beberapa deringan kemudian, panggilan dijawab.
??Hello.?
?Hello, saya dari Avenza Private Medical Centre. Ada pesakit koma di sini dan nombor puan tertera sebagai penjaga. Boleh saya tahu puan warisnya??
?Yes, you can say that,? jawab suara wanita di hujung talian dengan nada tenang.
?Pesakit tadi menunjukkan tanda sedar sekejap, tapi kembali lemah. Doktor jangka dia akan sedar sepenuhnya dalam masa satu dua hari lagi. Kami cuma nak maklumkan pada puan.?
Nada jururawat itu jelas teruja. Walaupun doktor hanya menjangka, dia bercakap seolah-olah kepastian sudah di tangan.
Sejujurnya, sepanjang menjaga Dhia Raisya, hatinya sering tersentuh. Ada kesan luka dan parut halus pada tubuh gadis itu yang membuatkan dia tertanya-tanya.
?Puan boleh datang ke hospital?? tanya jururawat itu lagi.
?Baik. Bila ada masa, saya datang. Terima kasih,? jawab wanita itu ringkas. Tiada emosi dalam suaranya.
****
?COME IN,? ujar Eliyas Maleeq. Suaranya kedengaran tegas dan berautoriti. Dia memang tidak suka diganggu ketika sedang terlibat dalam perbincangan serius. Walaupun jelas tidak berpuas hati, raut wajahnya tetap tenang.
Seorang wanita elegan melangkah masuk ke dalam bilik. Bunyi tumit tinggi berketuk halus di lantai ketika dia menghampiri CEO itu.
?Tuan Eliyas, it's almost time for your another appointment,? ujar wanita itu dengan nada profesional. Dia menghulurkan sebuah tablet dan membisikkan sesuatu di telinga Eliyas. Dari sudut pandang orang lain, kelihatan sedikit mengundang salah faham.
?Hm.? Eliyas melirik jam di pergelangan tangan lalu meletakkan dokumen yang dipegangnya ke atas meja.
Dia bangun dan membetulkan sutnya. Serentak itu, semua eksekutif dan ketua jabatan turut berdiri.
?You all have three days to come up with a satisfactory result. Don't disappoint me,? katanya sambil membetulkan tali leher. Pandangan dingin dilemparkan ke sekeliling. Hari ini terasa terbuang sia-sia kerana mereka. Dengan satu lambaian tangan, dia memberi isyarat mesyuarat tamat.
?Baik, tuan,? ujar mereka serentak sambil tunduk hormat.
Eliyas melangkah keluar dari bilik mesyuarat diikuti oleh setiausahanya dan Johan.
Dia menoleh ke arah lelaki yang berjalan di sisinya. ?Asal kau tak ingatkan aku pasal timing??
?Bos, still ada tiga puluh minit sebelum next appointment,? jawab Johan sambil melirik ke arah wanita tadi. ?Saya nak ingatkan nanti, tapi Betty dah buat dulu.?
?Even still ada tiga puluh minit lagi tapi kau patut cakap awal-awal,? balas Eliyas bersahaja. ?Meeting dengan diorang tadi? buang masa je. Tak ada cadangan bernas tapi sibuk nak bertekak.?
?Bos, kita akan gerak pergi next appointment dalam lima belas minit lagi,? ujar Johan bila mereka bertiga sudah berada dalam pejabat Eliyas Maleeq.
?Hmm. Tell me about today's schedule.?
?Yes. Lepas appointment dengan Syed Asyraf, tuan ada dua meeting lagi,? ujar Betty.
Eliyas meneguk air dari gelas lalu mengurut dahi yang terasa berdenyut.
?Tuan? ada satu perkara yang I nak maklumkan, but it's not quite urgent." ujar Betty perlahan.
?Apa dia?? soal Eliyas tanpa mengangkat kepala.
?The lady whom you saved three months ago has gained consciousness today. Pihak hospital baru hubungi pagi tadi.?
Tangan Eliyas terhenti seketika sebelum kembali bergerak seperti biasa. Perubahan kecil itu tidak terlepas daripada pandangan Betty. Dia bertukar pandang dengan Johan.
Jelas sekali, berita itu memberi kesan walaupun Eliyas cuba menyembunyikannya.
****
?RAISYA? akhirnya you tunjuk tanda sedar hari ni. Walaupun cuma sekejap, itu dah cukup buat I rasa lega dan bersyukur,? ujar Eliyas perlahan.
Suaranya tidak lagi sekeras seperti di pejabat. Di dalam bilik VIP hospital itu, dia tidak perlu menjadi CEO. Dia hanya seorang lelaki yang menunggu.
Selesai sahaja pertemuan dengan klien petang tadi, Eliyas terus memandu ke hospital seperti biasa. Selama tiga bulan ini, hampir setiap hari dia akan datang. Duduk di kerusi yang sama. Menatap wajah yang sama. Walaupun Dhia Raisya kekal kaku terbaring tanpa respon.
Macam mana Eliyas boleh jadi penyelamat Dhia Raisya?
Mungkin takdir kali ini berpihak padanya kerana kali ini Eliyas sendiri diberi peluang selamatkan Dhia Raisya dan terus melindungi wanita itu Dan sejak hari itu, dia tidak pernah menjauh.
Eliyas merenung wajah cengkung Raisya. Kulitnya masih pucat, namun semakin ada seri. Pandangannya kemudian jatuh pada tangan wanita itu. Tiga bulan lalu, ada kesan lebam halus di pergelangan dan lengannya. Kesan yang tidak mungkin datang hanya kerana kemalangan.
Dari situ, Eliyas dapat mengagak sesuatu.
Dhia Raisya bukan sekadar mangsa langgar lari.
Dia juga mangsa dera.
Sebab itu Eliyas tidak pernah menghubungi keluarga wanita itu. Lebih pelik, tiada siapa datang mencari. Tiada laporan kecoh. Seolah-olah kehilangan Raisya tidak memberi kesan pada sesiapa.
?Berapa lama lagi you nak jadi sleeping beauty macam ni?? Eliyas bersandar di kerusi, memandangnya tanpa jemu. ?I dah tunggu sepuluh tahun nak jumpa you, tahu tak??
Dia tersenyum nipis, menggeleng perlahan.
?Last three months, you bagi I jumpa you dalam sepuluh minit je. Lepas tu you kelam kabut naik Grab, langsung tak jawab soalan I. And now? dah lebih sepuluh minggu I teman you kat wad ni.?
Sekiranya ada yang melihat dari luar, pasti sukar mempercayai lelaki yang terkenal dengan sikap dingin dan sukar didekati itu kini bercakap tanpa henti, meluahkan segalanya kepada seorang wanita yang tidak sedarkan diri.
?But? I don?t care,? sambung Eliyas, nada suaranya tegas namun penuh keikhlasan. ?I tetap akan tunggu you. Dan kali ni, I takkan lepaskan you lagi. I akan pastikan you selamat berada di sisi I.?
Itu janji Eliyas Maleeq.
Share this novel
macammana nak tahu untuk complete satu cerita ni berapa kena byr..
best
ya betul