Completed
55515
RUANG di bilik bacaan rumah banglo itu penuh dengan keluh kesah. Suasana tegang seolah-olah menekan dada sesiapa saja yang berada di dalamnya. Puan Rabiah yang baru melangkah ke arah bilik tersebut terhenti apabila telinganya menangkap perbincangan serius dari dalam. Dia tidak jadi masuk, sebaliknya berdiri di balik pintu yang sedikit terbuka, mencuri dengar dengan wajah yang mula mengeras.
?Macam mana kita nak yakinkan Dato Ehsan dan yang lain?? suara Irsyad kedengaran jelas, bernada resah bercampur marah. ?Dorang tu semua penyokong kuat arwah Pak Su. Dari dulu lagi dorang nak Dhia yang ambil alih Ilham Holdings. Kita tak boleh berlengah lagi, atuk.?
Irsyad yang kini memangku jawatan CEO Ilham Holdings mula rasa kedudukannya tergugat. Sejak kematian Dato Ilham, semakin ramai ahli lembaga pengarah yang bersuara. Mereka mula mempertikaikan kelayakan Irsyad sebagai pemangku dan secara terbuka menyebut nama Dhia Raisya sebagai pewaris sebenar.
?Selagi Dhia tak ambil alih company, selagi tu dorang takkan senyap,? sambung Irsyad dengan nada tidak puas hati. ?Sekarang ni pun dah ada yang berani cakap depan Irsyad yang jawatan Irsyad tu cuma sementara je.?
Encik Dahlan, bapa Irsyad, menarik nafas panjang sebelum bersuara. ?Masalahnya, saham arwah Ilham tu memang atas nama Dhia. Dari segi undang-undang, memang hak dia. Kita cuma bernasib baik sebab Dhia tu masih muda dan tak tahu apa-apa pasal urusan company.?
Irsyad ketap rahang. ?Itu dulu. Sekarang ni dorang dah mula desak. Kalau Dhia dilantik jadi CEO nanti, keluarga belah mama dia pun sibuk nak masuk campur. Habis keuntungan company kita kena kongsi dengan orang luar pula.?
Kata-kata itu disambut dengan kesunyian.
Tuan Idlan yang sedari tadi duduk di kerusi empuk berhadapan rak buku hanya merenung kosong ke arah lantai. Wajahnya sukar dibaca. Tidak sepatah pun keluar dari mulutnya, membuatkan Irsyad dan Encik Idham mula saling berpandangan.
?Atuk?? Irsyad memanggil perlahan. ?Atuk setuju kan kalau jawatan tu kekal dengan Irsyad? At least kita tak perlu kongsi dengan sesiapa. Lagi-lagi keluarga belah mama Dhia. Atuk kan tak suka arwah Mak Su Dahlia. Jadi takkan atuk nak keluarga arwah mak su ikut campur tangan kalau Dhia betul-betul take over company??
Tuan Idlan masih diam. Jarinya perlahan mengetuk kepala tongkat, seolah-olah berfikir sesuatu yang berat.
Diam Tuan Idlan itulah yang paling merisaukan mereka.
Selama ini, Tuan Idlan memang tidak pernah menunjukkan minat untuk menyerahkan syarikat arwah anak bongsunya kepada Dhia Raisya. Malah, sejak awal lagi dia yang mencadangkan Irsyad sebagai pemangku CEO. Namun, perubahan sikap ahli lembaga pengarah kebelakangan ini membuatkan semuanya terasa tidak menentu.
Puan Rabiah yang mendengar dari luar sudah tidak mampu menyembunyikan rasa tidak puas hatinya. Tangannya digenggam kuat. Rahangnya mengeras menahan marah.
?Tak guna betul! Asal budak tu tak ikut mati sekali dengan mama dan papa dia?? gumam Puan Rabiah perlahan.
Tanpa menunggu lagi, Puan Rabiah berpaling meninggalkan bilik bacaan. Langkahnya laju menuju ke dapur, hatinya membuak-buak dengan kemarahan. Baginya, keadaan ini tidak boleh dibiarkan berlarutan.
Dia tidak akan sesekali membiarkan kedudukan anaknya tergugat hanya kerana beberapa orang ahli lembaga pengarah yang kononnya setia pada arwah Dato Ilham, adik kandungnya sendiri.
Lebih-lebih lagi apabila nama Dhia Raisya mula disebut-sebut sebagai ancaman.
?Dhia! Dhia!? pekik Puan Rabiah kuat dari dapur.
Dhia yang baru sahaja hendak melelapkan mata terus tersentak. Jantungnya berdegup laju. Tubuhnya masih lemah, kepala terasa berat sejak petang tadi, namun dia tidak berani melengah. Dengan langkah tergesa-gesa, Dhia keluar dari biliknya menuju ke dapur.
?Ya, mak long?? jawab Dhia perlahan, suaranya serak menahan lesu.
?Kau buat apa, ha? Buat tahi mata?? jerkah Puan Rabiah. Wajah wanita itu bengis, jelas masih dibakar api kemarahan yang tidak pernah padam setiap kali melihat Dhia.
Dhia menunduk. Tubuhnya sedikit menggeletar apabila berdepan dengan pandangan tajam mak saudaranya itu, seperti harimau lapar yang sedang menunggu mangsa.
?Aku suruh kau buat apa tadi?? soal Puan Rabiah lagi dengan nada berang.
?Dhia? Dhia dah lap semua gelas dalam kabinet tu,? jawab Dhia perlahan. Hakikatnya, semua gelas itu memang sudah bersih tapi dia tahu Puan Rabiah sengaja mencari salah.
Puan Rabiah membuka pintu kabinet dengan kasar. Dia mencapai sebuah gelas, memerhati seketika lalu menggosok permukaannya dengan hujung jari.
?Kau lap pakai apa, ha?? tengkingnya sebelum gelas itu dicampak ke lantai.
Bunyi kaca pecah bergema di ruang dapur. Bahu Dhia terangkat akibat terkejut.
?Aku suruh lap gelas pun kau tak reti buat,? ujar Puan Rabiah dengan marah. Tangannya terus merentap rambut Dhia dengan kasar. ?Ada hati kau nak urus company arwah bapak kau? Kalau bukan anak aku, company arwah bapak kau tu dah lama jahanam kalau kau yang uruskan.?
?Mak long? sakit? mak long, sakit?? rintih Dhia sambil cuba melepaskan diri, namun kudratnya tidak mampu melawan.
Puan Rabiah langsung tidak peduli. Dia menolak Dhia hingga hampir tersungkur sebelum mengheretnya mendekati lantai yang dipenuhi serpihan kaca.
?Kalau kau tak nak aku toreh muka kau dengan kaca-kaca ni, baik kau kemas bersih-bersih,? ugut Puan Rabiah. Senyumnya sinis. ?Atau lebih baik aku toreh je muka kau. Confirm kau malu nak keluar rumah. Tak payahlah berangan nak jadi CEO company tu.?
Air mata Dhia bergenang. Tangannya menggigil melihat serpihan kaca yang berkilau di hadapan mata.
?Tolong, mak long? jangan toreh muka Dhia,? rayunya dengan esakan yang cuba ditahan. ?Dhia tak nak ambil alih company papa pun??
Dalam hati, Dhia sanggup hidup merempat di luar sana asalkan dia bebas daripada rumah banglo yang telah bertukar menjadi neraka sejak kehilangan kedua-dua ibu bapanya. Jika syarikat arwah papanya menjadi harga kebebasan itu, dia rela melepaskan segalanya. Asalkan tidak lagi menjadi tebusan keluarga yang membencinya kerana harta.
Puan Rabiah tersenyum puas melihat ketakutan di wajah Dhia.
?Apa yang bising-bising ni?? tegur Puan Habibah yang muncul di pintu dapur.
Puan Rabiah langsung tidak menunjukkan rasa bersalah. ?Ni, Biah ajar cucu bongsu mak ni buat kerja. Nama je umur dah nak masuk dua puluh enam tahun tapi satu kerja pun tak pandai. Habis gelas kesayangan mak pecah dibuatnya.?
Dhia mengangkat wajah memandang neneknya penuh harapan. Namun seperti biasa, harapan itu hancur sekelip mata. Puan Habibah hanya memandang sekilas sebelum berlalu pergi tanpa sepatah kata.
Air mata Dhia jatuh tanpa mampu ditahan. Orang paling tua dalam rumah ini pun sanggup membiarkan dia disakiti.
?Kau kemas sekarang!? arah Puan Rabiah dengan kasar sambil melepaskan rambut Dhia.
Dhia terduduk di lantai. Tangannya terketar-ketar mengutip serpihan kaca. Sampai bila hidupnya harus begini, dia sendiri tidak tahu. Bukan dia tidak pernah melawan tetapi setiap kali itu jugalah dia dibelasah tanpa belas kasihan oleh Irsyad dan ibu bapanya, sementara atuk dan nenek hanya memandang sepi.
Jiwanya hampir hancur. Hidupnya pernah berada di hujung tanduk. Namun Dhia tetap bertahan, mengingati pesan ibu dan ayahnya agar terus kuat walau dunia terlalu kejam.
Tapi sampai bila seorang yang bernama Dhia Raisya harus terus hidup terkurung dalam sangkar penderitaan?
****
?RUMAH siapa ni, bos??
Johan memandang banglo dua tingkat yang berdiri megah di hujung simpang itu. Catnya masih putih bersih, halaman luas terjaga rapi, pagar automatik tinggi menghalang pandangan dari luar. Rumah itu jelas bukan rumah biasa.
Eliyas tidak menjawab. Pandangannya terpaku pada banglo tersebut. Rahangnya sedikit menegang. Sudah sepuluh tahun dia tidak menjejak kaki ke kawasan ini tetapi setiap kali datang ke Pulau Pinang atas urusan kerja, kakinya tetap akan mengarah ke sini juga.
Rumah itu tidak banyak berubah.
Cuma suasana yang terasa berbeza.
Dalam diam, Eliyas berharap dapat melihat seseorang muncul di beranda. Atau sekurang-kurangnya bayangan di sebalik langsir tingkap. Walaupun dia tahu kemungkinan itu tipis.
Orang yang ingin dilihatnya mungkin sudah tidak mengingatinya lagi.
?Bos? bos?? panggil Johan lagi, hairan melihat majikannya terus membisu. ?Bos nak tengok aje ke? Atau bos aim nak beli rumah ni??
Eliyas tersentak sedikit sebelum berpaling memandang Johan dengan wajah dingin.
?Buat apa aku nak beli rumah ni?? balasnya pendek.
Nada itu cukup untuk membuat Johan menggaru kepala. Namun dalam hati Eliyas, ayat yang sebenar tidak pernah terluah.
?Aku cuma nak tengok pemilik rumah ni saja??
Tapi jangan harap Eliyas akan mengaku perkara sebegitu. Dia bukan lelaki yang suka membuka cerita lama. Lebih-lebih lagi pada pembantu peribadinya sendiri.
?Habis tu? Buat apa kita datang sini setiap kali kita datang ke Penang?? Johan masih tidak puas hati. ?Dah macam ritual tahunan pula. Sampai saya dah boleh hafal jalan ke sini.?
Eliyas menghela nafas pendek. ?Jangan banyak bunyi. Balik hotel sekarang.?
?Betul ni? Nak balik hotel sekarang? Esok kita nak balik KL tau. Bos tak nak tatap puas-puas dulu?? usik Johan tanpa memikirkan akibat.
Wajah Eliyas berubah serius. Mata tajamnya terus menikam Johan.
?Drive. Now.?
Nada itu bukan lagi nada santai di luar waktu kerja. Itu nada CEO yang biasa mengarahkan satu bilik mesyuarat penuh eksekutif kanan.
Tanpa berlengah, Johan terus menghidupkan enjin dan menekan pedal minyak. Kereta mewah itu bergerak meninggalkan kawasan banglo tersebut.
Dalam diam, Johan masih tertanya-tanya. Dia bekerja dengan Eliyas Maleeq hampir lima tahun. Lelaki itu dikenali sebagai CEO muda yang tegas, berpengaruh dan jarang membuang masa untuk perkara remeh. Tapi setiap kali mereka ke Pulau Pinang, Eliyas pasti akan singgah di kawasan ini. Duduk dalam kereta, memandang rumah itu seperti sedang mencari sesuatu.
Atau seseorang.
Eliyas tetap memandang banglo itu melalui cermin sisi sehingga ia semakin mengecil dan akhirnya hilang dari pandangan. Dadanya terasa kosong. Sekali lagi dia tidak berpeluang melihat wajah seseorang.
Dia menyandarkan kepala pada kerusi, memejamkan mata seketika. Wajah seorang gadis berambut panjang dengan senyuman lembut terlintas di fikirannya.
Sepuluh tahun bukan tempoh yang singkat.
Dan dia masih kembali ke tempat yang sama.
Kereta itu semakin jauh meninggalkan kawasan perumahan elit tersebut.
Beberapa minit kemudian, pintu dapur banglo itu terbuka perlahan.
Dhia melangkah keluar dengan berhati-hati. Tangannya masih memegang kain lap yang belum sempat disimpan. Dia berhenti seketika di tepi dinding, memerhati ke arah jalan utama.
Sebuah kereta hitam mewah sedang meluncur pergi.
Dhia tidak tahu siapa pemiliknya. Tidak pernah dia nampak kereta itu sebelum ini. Namun entah kenapa, ada rasa aneh yang menyentuh hatinya.
Seolah-olah ada seseorang yang datang dan pergi.
Mata Dhia mengekori kereta itu sehingga hilang dari pandangan. Hatinya tiba-tiba terasa sempit. Dalam benaknya terlintas satu harapan yang mustahil.
?Kalaulah aku boleh menyelinap masuk dalam kereta tu??
Melarikan diri.
Pergi jauh dari rumah yang menyesakkan nafasnya ini.
Pergi tanpa perlu menoleh lagi.
Namun hakikatnya, Dhia masih berdiri di halaman yang sama. Terikat pada rumah yang bukan lagi rumah buatnya.
Dan kereta itu sudah pun hilang di selekoh jalan, membawa bersama harapan yang tidak pernah sempat dia capai.
Share this novel
lagi
Best sgt
Macam mana nak baca full story