Bab 2

Romance Completed 55515

?SAYA tak setuju awak nak suruh Irsyad kahwin dengan budak pembawa sial tu!?

Suara Puan Rabiah bergema kuat dalam ruang tamu tingkat atas. Wajahnya merah padam menahan marah sebaik sahaja mendengar cadangan suaminya.

Encik Dahlan hanya bersandar tenang di sofa kulit, tidak sedikit pun tergugat dengan tengkingan isterinya. Dia sudah menjangka reaksi itu.

Irsyad pula duduk di kerusi bertentangan. Tangannya bersilang di dada, wajahnya serius. Jeritan mamanya langsung tidak mengganggu fikirannya. Dalam kepala, dia sedang menyusun langkah terakhir untuk memastikan Dhia Raisya tidak sempat menduduki kerusi CEO Ilham Holdings.

?Alang-alang awak suka dera dia? baik awak dera dia sebagai menantu,? ujar Encik Dahlan dengan senyuman sinis. ?Taklah nampak kejam sangat. Kat luar sana? orang tak pelik dengar mertua dera menantu. Tapi ibu saudara dera anak saudara sendiri? Itu memang nampak kejam. Tak ada hati perut dengan darah daging sendiri.?

Sindiran itu membuatkan Puan Rabiah merengus kasar.

Irsyad akhirnya bersuara. ?Irsyad rasa idea papa tu masuk akal.?

Puan Rabiah berpaling pantas memandang anaknya. ?Kamu dah gila ke, Irsyad??

?Bila Dhia dah jadi isteri Irsyad?? sambung Irsyad tanpa mempedulikan tengkingan itu, ?BOD takkan berani bising. Dorang tak boleh paksa kalau Dhia sendiri guna kuasa dia untuk kekalkan position Irsyad sebagai CEO. Lagi pun, siapa berani persoalkan keputusan seorang isteri terhadap suami dia??

Puan Rabiah bangun berdiri. ?Punya banyak cara boleh singkirkan budak tu. Kenapa kamu pilih nak kahwin dengan dia? Kamu fikir mama sanggup tengok budak tu duduk dalam rumah ni sebagai menantu??

?Mama?? Irsyad mengeluh kasar. ?Ni je cara paling cepat. Masa dah suntuk. Lusa Dato Ehsan nak umumkan pelantikan Dhia sebagai CEO. Orang tua tu dah dapat majoriti sokongan. Kalau Dhia dilantik sekalipun? tapi sehari sebelum tu kita umumkan pertunangan atau perkahwinan? semua orang akan diam.?

Encik Dahlan mengangguk perlahan.

?Orang luar tak boleh campur urusan rumah tangga. Kalau Dhia sebagai bakal isteri rela lepaskan jawatan dia pada bakal suami dia sendiri? itu hak dia. BOD tak boleh buat apa.?

Puan Rabiah masih tidak puas hati. ?Apa susahnya? Kita lenyap jelah budak sial tu. Kalau dia tak muncul masa hari Dato Ehsan nak lantik dia, semua orang tak boleh buat apa juga.?

Ayat itu keluar selamba dari mulutnya seolah-olah membicarakan perkara kecil.

?Irsyad seorang je anak mama. Mama nak pilih menantu pun tak boleh? Mama nak tengok kamu kahwin dengan perempuan yang setaraf, bukan dengan budak tu. Dia tu bukan jenis menantu idaman!?

?Dhia memang bukan menantu idaman,? celah Encik Dahlan tenang. ?Tapi dia lubuk duit kita.?

Puan Rabiah terdiam seketika.

?Kalau awak nak sangat Irsyad kahwin dengan perempuan pilihan awak, apa susah?? sambung Encik Dahlan lagi. ?Irsyad bukan tak boleh kahwin lain pun. Dua, tiga, empat? terpulang. Yang penting Dhia Raisya tetap kena jadi isteri anak kita kalau awak masih nak bolot harta arwah adik awak tu.?

Suasana menjadi senyap seketika.

Irsyad tersenyum nipis. ?Betul cakap papa. Mama fikir Irsyad teringin sangat ke nak kahwin dengan si Dhia tu? Lepas kita dapat apa yang kita nak? Irsyad kahwinlah dengan perempuan yang Irsyad suka.?

Nada suaranya penuh perhitungan.

?Hmm? apa-apa jelah,? balas Puan Rabiah akhirnya dengan sebal. ?Yang penting mama tak nak kamu betul-betul anggap dia sebagai isteri.?

Irsyad ketawa perlahan. Sinis.

?Mama jangan risau. Irsyad bukan nak hadiahkan Dhia sebagai menantu mama.?

Dia bangun dari tempat duduknya, melangkah ke arah tingkap besar yang menghadap halaman belakang rumah. Wajahnya berubah dingin.

?Tapi sebagai hamba mama.?

Kata-kata itu keluar tanpa ragu.

Puan Rabiah yang tadi berang kini mula tersenyum. Perlahan-lahan wajahnya kembali tenang. Dalam matanya jelas terbayang bagaimana Dhia akan terus berada di bawah telunjuk mereka dan kali ini, bukan lagi sekadar anak saudara yang boleh melawan.

Tetapi isteri yang terikat atas nama.

****

PELUH sudah membasahi dahi Dhia yang hampir setengah jam berdiri di perhentian bas. Matahari pagi sudah mula terasa terik walaupun baru pukul sepuluh. Kedua-dua tangannya menjinjit beg plastik berisi barang basah yang dibeli dari pasar seawal pagi tadi atas arahan Puan Rabiah.

Tiada duit tambahan diberi untuknya pulang dengan lebih selesa. Kalau Dhia lambat sampai rumah, ada kemungkinan dia akan dimarahi. Atau lebih teruk lagi.

?Lambat pula bas ni?? keluh Dhia perlahan. Bahunya sudah lenguh. Jari-jemarinya terasa kebas menahan berat plastik yang basah dan sejuk.

Dia menjeling jam di pergelangan tangan. Pukul sepuluh pagi. Waktu begini biasanya rumah kosong. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.

Kalau Dhia sampai awal, mungkin dia boleh bernafas sekejap tanpa jeritan dan herdikan.

?Better aku naik Grab?? gumamnya perlahan. ?Kalau naik bas, mungkin aku sampai sama waktu dengan mak long? atau lagi lambat. Kalau naik Grab, at least aku boleh singgah beli apa-apa dan makan masa diorang tak ada.?

Dhia tidak bodoh. Dia tahu bagaimana mahu sembunyikan sedikit kebebasan yang dia ada. Dalam rumah itu, semua orang fikir dia sudah tidak punya apa-apa. Fikir semua duitnya sudah dikikis. Hakikatnya, masih ada sedikit simpanan dalam akaun bank atas namanya sendiri. Duit itu digunakan secara rahsia.

Kalau dia naik Grab, Dhia akan turun jauh dari simpang rumah. Supaya tiada siapa tahu. Supaya semua orang fikir dia hanya mampu naik bas.

Telefon dikeluarkan dari beg sandang kecilnya. Dhia menekan aplikasi Grab dengan tangan yang sedikit menggigil kerana penat. Dia menempah kereta dan memandang paparan masa menunggu.

Sementara menunggu, tekaknya terasa terlalu kering.

?Baik aku pergi beli air dulu sementara Grab belum sampai?? bisiknya.

Dengan beg plastik yang berat di tangan, Dhia berjalan perlahan ke arah 7Eleven yang terletak tidak jauh dari perhentian bas. Dia cuba berhati-hati tapi langkahnya terhalang apabila bahunya dilanggar seseorang dengan agak kuat.

Tubuhnya hampir terjatuh kalau tidak kerana satu tangan pantas memegang lengannya.

Beberapa beg plastik tetap terlepas dari genggaman dan jatuh ke lantai.

?Alamak!? Dhia terus melutut mengutip plastik yang bertaburan. Hatinya cemas memikirkan lauk-lauk basah yang mungkin rosak. Dia langsung tidak memandang wajah lelaki yang membantunya tadi.

Lelaki itu memerhati seketika. Tangannya turut membantu mengutip plastik yang jatuh.

?Biar I tolong,? pelawa lelaki itu tenang.

Dhia hanya mengangguk tanpa mendongak. ?Terima kasih, encik??

Lelaki itu tidak menjawab. Dia membongkok lagi dan mencapai sesuatu di lantai.

?Handphone you pun jatuh.?

Dhia mahu ambil telefon itu, tapi dia terdiam bila melihat lelaki itu mengelap skrin telefonnya dengan hujung lengan bajunya. Mungkin skrin telefonnya kotor akibat terjatuh tadi.

?Tak apa, encik? saya boleh??

Ayatnya terhenti bila skrin telefon itu menyala.

Paparan aplikasi Grab masih terbuka. Alamat penghantaran jelas tertera di skrin.

Alamat itu mungkin tidak lengkap seperti dalam memorinya tetapi kawasan perumahan itu cukup membuatkan dada lelaki itu bergetar.

Eliyas mengangkat wajahnya perlahan.

Mata mereka bertentang.

Hatinya seperti dihentak sesuatu.

Wajah itu.

Mungkin lebih matang. Lebih kurus. Lebih pucat dari yang pernah Eliyas lihat sepuluh tahun lalu. Tapi mata itu tetap sama.

?Handphone saya, encik? boleh encik bagi saya?? suara Dhia perlahan, sedikit cemas.

Eliyas masih memandangnya. Suaranya keluar tanpa sedar.

?Nama you siapa??

Dhia terpinga-pinga dengan soalan itu. Belum sempat dia menjawab, telefon di tangan Eliyas berbunyi. Pemandu Grab sudah sampai.

Dhia pantas ambil bila Eliyas tiada tanda-tanda mahu kembalikan telefonnya.

?Haa? saya dah nampak encik. Kejap saya pergi kat kereta encik??

Tanpa menunggu lagi, Dhia melangkah laju ke arah kereta yang berhenti di tepi jalan.

?Eh?? Eliyas tersentak. ?Wait!?

Eliyas mahu mengejar tapi langkahnya terhenti apabila Johan keluar dari 7Eleven sambil memegang plastik minuman.

?Bos, nak pergi mana?? Johan pelik melihat Eliyas seperti mahu berlari. ?Ni mommy bos call saya banyak kali. Sakit telinga saya dengar dia bebel tanya bila anak dia nak balik.?

Eliyas berpaling dengan wajah tegang. Nafasnya masih tidak stabil.

?Huh!? Dia mendengus kasar. ?Kau cakap dengan mommy?aku balik bila urusan aku dah selesai.?

Johan berkerut dahi. ?Eh, bukan hal bos dah settle? Projek kat sini pun tak ada apa problem dah. So? Malam ni la kita balik, kan??

Eliyas memandang jalan. Kereta Grab yang membawa Dhia sudah mula bergerak menjauhi mereka.

?Malam ni? kau sorang je yang balik.?

?Hah?? Johan terpinga-pinga. ?Bos tak balik sekali??

Eliyas tidak menjawab terus. Matanya masih mengekori arah kereta itu hilang di simpang jalan.

Sepuluh tahun.

Dan akhirnya dia melihatnya semula.

Kali ini, Eliyas tidak akan biarkan bayangan itu hilang lagi.

Share this novel

User27274
2026-04-14 00:33:20 

best sgt


NovelPlus Premium

The best ads free experience