Completed
55515
?TAK NAK! Dhia tak nak kahwin dengan Abang Irsyad!?
Suara Dhia bergetar kuat walaupun dadanya terasa sesak. Jantungnya berdegup kencang. Tubuhnya menggigil, bukan kerana takut semata-mata tetapi kerana dia tahu penolakan itu bakal membawa padah.
Wajah Puan Rabiah terus berubah merah padam.
?Kau ingat kau siapa, ha?? tengking wanita itu sambil melangkah laju ke hadapan. ?Berani kau nak reject anak aku??
Dhia menggenggam hujung bajunya. Kali ini dia tekad. Apa pun yang berlaku, dia tidak akan mengalah.
Dengan sisa kudrat yang ada, Dhia terus meluru ke arah Puan Habibah dan Tuan Idlan. Lututnya jatuh ke lantai. Tangannya memeluk kaki atuknya erat.
?Atuk? nenek?? suara Dhia pecah. ?Dhia merayu sangat. Tolong jangan paksa Dhia kahwin dengan Abang Irsyad. Tolonglah??
Air matanya jatuh satu-satu. Walaupun jauh di sudut hati, dia tahu peluang itu terlalu nipis.
?Dhia sayang atuk dengan nenek? Dhia tak pernah berniat nak lawan,? sambungnya teresak-esak.
?Kalau kau betul-betul sayang atuk dengan nenek kau, kau kena dengar cakap kami,? celah Encik Dahlan dengan nada dingin.
Di ruang tamu itu, hanya Irsyad yang tiada. Dan Dhia bersyukur untuk perkara itu. Dia tidak tahu apa yang akan berlaku sekiranya abang saudaranya sendiri berada di situ dan mendengar penolakannya. Abang saudaranya itu sangat baran orangnya dan sebab itu Dhia tidak mahu berkahwin dengan Irsyad. Cukup Dhia rasa rumah ini saja yang menjadi neraka di dunia, bukan rumah tangganya juga.
?Kamu kena kahwin dengan Irsyad,? ujar Tuan Idlan tegas tanpa riak simpati. ?Aku dengan nenek kamu dah tua. Sampai bila kami nak jaga kamu??
Dhia menggeleng kepala perlahan. ?Dhia dah besar. Dhia boleh jaga diri sendiri. Dhia janji takkan susahkan atuk dengan nenek??
Kata-kata itu keluar dengan penuh harapan, walaupun suaranya semakin lemah. Malah, selama ini pun Dhia yang menjaga dirinya sendiri. Jadi itu bukan alasan paling masuk akal yang boleh Dhia terima.
?Kau ni degil betul!? Puan Rabiah menolak kepala Dhia dengan kasar hingga hampir menghentak lantai. ?Kau dengan papa kau sama je. Suka bantah cakap orang tua!?
Dhia tersentak.
?Kalau papa kau ikut cakap mak bapak dia dulu, tak kahwin dengan mama kau? sampai sekarang dia hidup lagi!? herdik Puan Rabiah. ?Umur dia pendek sebab mama kau pembawa sial. Macam kau!?
Dhia mengangkat wajahnya perlahan. Air mata masih mengalir tapi kali ini ada api dalam pandangannya. Dhia tidak suka Puan Rabiah mengutuk arwah mamanya.
?Kalau Dhia ni pembawa sial?? suaranya bergetar tapi jelas, ?kenapa mak long nak Dhia kahwin dengan anak mak long juga??
Semua mata tertumpu padanya.
?Mak long tak takut ke anak mak long pun pendek umur?? sambung Dhia dengan berani buat kali pertama. ?Atau mak long tak kisah? Asalkan dapat harta mama dan papa Dhia??
Satu tamparan kuat singgah di pipi Dhia. Kepalanya terhentak ke sisi. Dunia terasa berpusing seketika.
?Kau memang kurang ajar!? jerit Puan Rabiah. ?Kau memang cari nahas dengan aku!?
Tanpa belas kasihan, Puan Rabiah mencapai tali pinggang lalu melibas tubuh Dhia berkali-kali.
Dhia menutup wajahnya, menahan sakit yang menikam. Tubuhnya mengerang lemah di lantai. Setiap libasan terasa seperti merobek sisa maruah yang tinggal.
?Sudah, Biah!? Puan Habibah akhirnya bersuara. ?Sudah! Kamu nak budak ni mati ke?? Nada itu bukan kerana simpati. Lebih kepada takutkan akibat. ?Kalau mati, satu sen pun kamu tak dapat. Duduk penjara yang kamu dapat nanti!?
Puan Rabiah berhenti. Nafasnya turun naik menahan amarah.
?Biah sakit hati dengan budak sial ni,? katanya kasar. ?Dia dengan mama dia sama je. Dua-dua menyakitkan hati.?
Tuan Idlan bangun lalu melangkah mendekati Dhia yang sudah terbaring lemah. Dia tunduk sedikit, memandang cucunya tanpa sebarang belas kasihan.
?Kamu nak atau tak nak, itu bukan keputusan kamu,? katanya tegas. ?Aku wali sah kamu. Aku ada hak nak kahwinkan kamu dengan sesiapa yang aku mahu.?
Dhia cuba mengangkat kepala. Tubuhnya sakit di sana sini.
?Lebih baik kamu kahwin dengan Irsyad daripada kamu kahwin dengan orang lain. Aku takkan biarkan harta arwah anak aku jatuh ke tangan orang luar,? sambung Tuan Idlan. ?Aku buat keputusan ni demi kebaikan kamu.?
?Kebaikan Dhia?? suara Dhia perlahan, hampir tenggelam. ?Atuk tak nampak ke Dhia selalu kena seksa? Atuk tak kasihan ke pada Dhia??
Air matanya jatuh lagi.
?Dhia ni cucu atuk?? rintihnya. ?Kenapa semua orang benci Dhia lepas arwah papa dan mama Dhia pergi??
?Kamu jangan salahkan kami,? balas Tuan Idlan tanpa emosi. ?Salah kamu sendiri sebab kamu dilahirkan dari rahim perempuan yang kami tak pernah terima sebagai keluarga.?
Ayat itu menikam lebih dalam daripada segala pukulan tadi.
Dhia memejam mata. Air mata akhirnya tumpah tanpa mampu ditahan. Jadi selama ini, kasih sayang yang dia harapkan hanyalah kepura-puraan.
Patutlah selama enam tahun ini, mereka membiarkan dia diseksa di bawah bumbung yang sama.
Patutlah tiada siapa pernah mempertahankannya.
Dhia terlalu naif. Dengan rela hati dia membenarkan mereka tinggal di rumah banglo ini selepas kehilangan kedua ibu bapanya. Dia fikir mereka ikhlas mahu menjaganya.
Rupanya, Dhia sendiri yang menjemput bala masuk ke dalam hidupnya.
****
?ABANG IRSYAD nak bawa Dhia pergi mana ni?? tanya Dhia dengan suara bergetar apabila Irsyad menghentikan kereta di tepi jalan sunyi lalu mengheretnya keluar tanpa amaran.
Suasana sekeliling terlalu sepi. Kalau Dhia menjerit sekali pun, belum tentu ada sesiapa yang akan mendengarnya.
?Asal?? ejek Irsyad dengan senyuman sinis. ?Takut??
Dhia menelan liur. Tubuhnya kaku.
?Oh, tadi bukan main kau berani reject aku,? sambung Irsyad lagi. ?Sekarang kau dah takut kalau aku buat apa-apa kat kau??
?Abang Irsyad?? suara Dhia hampir tenggelam.
?Sekarang?? Irsyad mengeluarkan sebuah pisau dari poket seluarnya lalu mengacukan senjata itu ke arah Dhia. Mata lelaki itu tajam dan penuh kebencian. ?Kau pilih jadi isteri aku dan serahkan semua saham? atau nyawa kau hilang.?
Dunia Dhia terasa berpusing.
?Abang Irsyad sanggup nak bunuh Dhia?? soalnya dengan suara bergetar. Air mata mula mengalir tanpa sedar. ?Dhia sanggup bagi semua saham tu. Semua. Asalkan abang lepaskan Dhia.?
Irsyad ketawa kecil. Ketawa yang langsung tidak mengandungi sebarang simpati.
?Naifnya kau,? ujar Irsyad sebelum tangannya merentap rambut Dhia dengan kasar. Pisau itu kini berada betul-betul di leher Dhia.
Dhia menggigil menahan ketakutan, lebih-lebih lagi apabila terasa hujung pisau itu mula mengguris kulitnya. Nafasnya tersekat. Seluruh tubuhnya menggeletar.
?Kau fikir orang tua tu? senang-senang nak lepaskan kau serahkan saham pada aku?? sindir Irsyad dengan nada penuh racun. ?Dato Ehsan tu balaci papa kau. Dia sanggup sogok BOD lain semata-mata nak lantik kau jadi CEO.?
Irsyad mendekatkan wajahnya ke wajah Dhia.
?Dan kau rasa dia akan senyap kalau kau bagi semua saham kat aku tanpa ikatan sah?? sambungnya sinis.
Dhia menahan nafas. Tubuhnya kaku. Matanya merenung wajah Irsyad yang kini langsung tidak dikenalinya. Wajah abang saudara yang pernah dia panggil keluarga kini berubah menjadi sesuatu yang menakutkan.
?Abang Irsyad?? suara Dhia serak. Air matanya jatuh satu-satu. ?Dhia rayu? lepaskan Dhia. Dhia takkan lawan lagi. Dhia janji.?
Irsyad mendengus. Cengkamannya di rambut Dhia semakin kuat hingga kulit kepalanya terasa perit.
?Sekarang baru kau nak merayu?? sinisnya. ?Masa depan atuk, nenek, mama dengan papa aku? kau tak fikir pula. Masa kau berani buka mulut lawan mama aku, masa tu kau tak fikir apa jadi pada kau??
Dhia menggeleng laju. Tangannya menggigil memegang pergelangan tangan Irsyad yang memegang pisau.
?Dhia salah? Dhia minta maaf. Dhia tak patut cakap macam tu. Tapi Abang Irsyad tak perlu buat semua ni. Dhia boleh keluar dari hidup abang. Dhia takkan ganggu Ilham Holdings lagi. Dhia pergi jauh? Dhia hilang terus,? rayunya teresak-esak.
Irsyad ketawa kecil, ketawa yang membuatkan bulu roma Dhia meremang.
?Kau ingat senang ke?? katanya perlahan, tapi penuh bisa. ?Kau hidup je dah jadi masalah. Kau wujud je dah buat aku nampak macam perampas.?
Pisau itu ditekan sedikit ke leher Dhia. Darah halus mula merembes. Dhia teresak ketakutan.
?Tolong? Abang Irsyad? Dhia takut?? suaranya pecah.
?Bagus,? ujar Irsyad dingin. ?Memang patut pun kau takut. Kau ingat aku nak berlembut dengan kau lepas kau reject aku??
Dhia menggeleng lagi. Lututnya hampir longlai.
?Dhia sanggup buat apa saja. Abang suruh Dhia sign apa pun Dhia akan sign. Dhia serahkan semua saham, semua harta. Dhia tak nak apa-apa lagi,? katanya laju, seperti takut Irsyad tidak memberinya ruang bercakap.
Irsyad menarik rambut Dhia ke belakang sehingga wajah mereka hampir bertentang.
?Aku dah cakap,? bentaknya perlahan. ?Tanpa ikatan sah, semua tu tak ada makna. Kau mesti jadi isteri aku. Baru semua orang tutup mulut.?
?Baik?Dhia setuju kahwin dengan Abang Irsyad?Tolong lepaskan Dhia.? Akhirnya Dhia terpaksa bersetuju tanpa rela hati.
?Kau ingat aku akan lepaskan kau macam tu je?? katanya perlahan, penuh ancaman. ?Belum. Aku belum puas.?
Pisau itu masih di leher Dhia. Jalan sunyi itu menjadi saksi bagaimana seorang lelaki yang digelar abang sanggup mengorbankan segalanya demi kuasa.
Dan Dhia tahu, kali ini nyawanya benar-benar berada di hujung tanduk jadi dia perlu berani untuk selamatkan dirinya sendiri.
?Kau betul nak kahwin dengan aku?? soal Irsyad sinis.
Dhia angguk laju.
Irsyad senyum sinis. ?Kalau macam tu?kau kena buktikan pada aku dulu.? Irsyad terus menarik lengan Dhia menuju ke kereta kembali.
Dhia mula panik bila pandangan Irsyad berubah liar dan menjijikkan.
Dalam kereta itu, bibir Irsyad mula menjelajah wajah Dhia dengan penuh nafsu yang tidak terbendung. Dhia cuba menolak, namun kedua-dua pergelangan tangannya sudah terlebih dahulu dikunci kemas oleh Irsyad, membataskan setiap gerakannya.
?Ini sebagai hukuman untuk kau,? ujar Irsyad dengan nada yang semakin tidak terkawal. ?Dan sebagai bukti yang kau takkan mampu melawan aku lagi. Kau ingat aku bodoh nak percaya kau setuju macam tu je? Kau cuma berpura-pura sebab tak nak mati di tangan aku. Tapi malam ini, aku akan pastikan kau tak ada pilihan lain. Bila maruah kau dah hilang, kau sendiri akan rasa lebih baik mati kalau tak kahwin dengan aku. Takkan ada lelaki yang sanggup terima perempuan yang dah ditebuk tupai.? Sinis Irsyad, dengan senyuman yang sarat kezaliman.
?Lepaskan Dhia! Lepaskan!? Dhia meronta-ronta ketika Irsyad cuba membuka butang bajunya. ?Jangan sentuh Dhia!?
Namun jeritannya seakan tenggelam dalam ruang sempit kereta itu. Dengan sisa kudrat yang masih berbaki, Dhia mengangkat kaki lalu menendang kuat ke celah kangkang Irsyad yang cuba menindih tubuhnya di kerusi belakang.
Irsyad meraung kesakitan. Dalam kekalutan itu, Dhia pantas menyeluk poket seluar lelaki itu, mencapai pisau yang disimpannya tadi. Tanpa berfikir panjang, dia menghunus bilah tersebut ke arah bahu Irsyad.
Darah mula mengalir. Menahan sakit pada dua tempat, Irsyad terundur lalu keluar dari kereta. Peluang itu tidak disia-siakan. Dhia segera membuka pintu dan berlari sejauh yang mampu.
Dia berlari tanpa arah, nafasnya tercungap-cungap, tubuhnya semakin lemah. Dalam keadaan panik dan keletihan, Dhia tidak menyedari sebuah kereta yang meluncur laju di simpang hadapan. Lampu isyarat hijau memberi laluan kepada kenderaan itu, namun tidak sempat untuk pemandunya menekan brek apabila Dhia meluru menyeberang.
Dentuman kuat memecah malam.
Tubuh Dhia terpelanting sebelum terkulai di atas jalan raya yang kini tidak lagi sunyi.
?Mama? papa? Dhia dah penat?? bisiknya perlahan, sebelum pandangannya semakin kabur.
Share this novel
Lagi
Menarik cerita ni