Bab 4

Other Series 35058

Eshal dikejarkan ke unit kecemasan zon merah. Idham dan Khadim setia menanti diluar ruangan kecemasan.

" Boss nak air tak? Biar saya beli. " Kata Khadim.

" Pergilah. " Balas Idham.

Khadim bangun meninggalkan Idham disana dan pergi ke kantin.

Selang beberapa minit, telefon milik Idham berbunyi. Dia melihat panggilan dari Azizah. Lalu dia membiarkan panggilan itu tanpa dijawab.

" Ya Allah Kau lindungi Eshal. Kau berilah dia kesempatan untuk hidup didunia ni dan dapatkan hak yang sepatutnya miliknya. " Kata Idham.

Doktor pakar X-ray keluar dari ruangan itu bersama Sofea. Mereka mendekati Idham yang duduk disisi ruangan kecemasan.

" Qadr.. " Panggil Sofea.

" Macam mana Fea? " Tanya Idham.

" Herm, nasib kita cepat. " Kata Sofea.

" Kenapa? " Tanya Idham.

" Dia mengalami koyak usus disebelah kanan, mungkin akibat hentakan atau tendangan yang bertubi-tubi. " Kata Sofea.

" Ya Allah... Jadi Eshal macam mana sekarang? " Tanya Idham.

" Kita akan rawat dia. Don't worry. Banyakkan berdoa supaya dia cepat sembuh dan sedar. " Kata Sofea.

" Kau tempatkan dia dekat bilik rawatan first class. Aku akan tanggung semuanya. " Kata Idham.

" Okey, fine. " Balas Sofea.

" Err, Qadr ikut aku kejap. " Kata Sofea.

Idham menganggukkan kepalanya dan meninggalkan ruangan kecemasan itu.

" Siapa perempuan tu? " Tanya Sofea.

" Kenapa kau tanya? " Tanya Idham rimas dengan pertanyaan Sofea.

" Takdelah. Aku cuma nak tahu. Siapa dia. " Kata Sofea.

" Someone special. " Balas Idham.

" Budak Vokasional? Kau biar betul Qadr. Kau tahu kan yang aku dah lama sukakan kau. Tapi kau tak pernah pun nampak semua tu. " Kata Sofea.

" Lepas kau berpisah dengan wife kau dulu, aku rasa aku ada peluang nak dekat dengan kau. " Kata Sofe lagi.

" Sorry Fea. Perasaan tub tak boleh dipaksa-paksa. Aku tak boleh cintakan kau. Sebab Umar lebih berhak dengan kau. " Kata Idham.

" Umar?? Doktor Pakar tu? " Tanya Sofea.

" Yes. Sebab aku takkan terima kau. Siapa aku dibandingkan Umar, Sofea. Aku hanya boss dekat kedai buku je. " Kata Idham.

" Your lie Qadr. I know you. " Kata Sofea.

" What do you means? " Tanya Idham.

" I know, you CEO syarikat besar dekat dalam dan luar negara. Right? " Tanya Sofea.

" Kau mabuk ke apa Fea? Aku, CEO syarikat besar? Mana aku dapat duit? " Tanya Idham.

" Dah lah Idham Qadr. Tak payah nak sorok lagi. Aku dah tahu semuanya. And aku sanggup jadi pengganti ex wife kau. Aku sanggup. " Kata Sofea.

" Sorry Fea. Kau silap orang. " Kata Idham dan terus bangun dari duduk ya dan keluar dari ruangan Sofea.

" Kenapa kau selalu tolak aku Qadr. Apa kurangnya aku. Semua aku ada, apa lagi yang kurang? " Tanya Sofea diruangannya.

Azizah cuba menghubungi Idham namun semua panggilannya diabaikan oleh anak sulungnya itu.

" Mana abang kamu ni Lya. " Tanya Azizah.

" Mama cuba call. " Kata Idlya.

" Dah banyak kali Mama call tapi abang kamu tak angkat pun. " Kata Azizah.

" Mesti dia ada dengan perempuan tu. " Kata Idlya.

" Betul6nak kena lah perempuan tu. Mama masih tak puas hati lagi soal petang tadi tu. " Kata Azizah.

" Kan ma. Kalau lah tadi Idlya berani, Idlya nak pijak-pijak kepala dia tu. " Kata Idlya.

" Sayang... " Panggil Dato Ghani dari tingkat atas.

" Ye sayang.. Kejap.. " Jawab Azizah.

" Kamu pergi masuk tidur, esok nak sekolah. Tengokkan Mama perempuan tu lagi. " Kata Azizah.

" Boleh Ma. Don't worry. Yang penting Mama bank in Lya duit esok. Lya nak guna untuk ajak Rif'ad makan kat kantin. " Kata Idlya.

" Bila family Ad pindah sini? " Tanya Azizah.

" Dah 2 hari dah Ma. Esok dia baru masuk ke Vokasional. Tapi satu kelas dengan perempuan tu pulak. " Kata Idlya.

" Takpe. Ada baiknya dia dalam kelas tu. " Kata Azizah.

" Hah?? Ma kenapa pulak. Bagi Lya lagi baik kalau dia satu kelas dengan Lya. " Kata Idlya.

" Nanti kita bincang. Papa kamu dah panggil Mama. " Kata Azizah.

" Ingat Ma. Esok nak duit lebih. " Kata Idlya mengingatkan.

" Ye.. " Balas Azizah menaiki anak tangga keatas.

Dato Ghani melihat isterinya itu masuk ke dalam bilik. Dan kembali memandang surat khabar di tangannya.

" Sayang kenapa ni? " Tanya Azizah.

" Abang risaukan Eshal. Mana dia? " Tanya Dato Ghani.

" Yang sayang nak risaukan budak tu lagi kenapa? " Tanya Azizah. Suaranya sedikit meninggi.

" Dah dia satu-satunya anak Abang. Anak kandung abang. Kenalah abang risaukan dia. " Kata Dato Ghani.

" Habis Idlya? " Tanya Azizah.

" Dia anak abang. Tapi buka darah daging abang. " Kata Dato Ghani lagi.

" Sayang tak pernah marah pun kalau abang nak anggap dia sebagai anak kandung abang. " Kata Azizah.

" Takkan sama. Anak tiri dengan anak kandung. " Kata Dato Ghani.

" Kenapa? " Tanya Azizah.

" Sebab semua ni hak milik dia ke? " Tanya Azizah.

" Kalau abang kata ye? " Tanya Dato Ghani.

" Kenapa pulak hak dia? " Tanya Azizah.

" Sebab semua ni harta milik Mama dia. Bukan Abang. Abang hanya menumpang. " Kata Dato Ghani.

" Habis. Apa Sayang nak buat? " Tanya Azizah.

" Berbaiklah dengan dia. Terima dia sebagai anak tiri Sayang. " Kata Dato Ghani lagi.

" Takpe. Saya ada cara untuk mendapatkan hak abang ke atas Villa dan syarikat tu. ' Kata Azizah.

" Macam mana? " Tanya Dato Ghani.

" Sayang tengok dan lihat je. " Kata Azizah.

" Baik. Kalau tak menjadi? " Tanya Dato Ghani.

" Mesti menjadi. " Kata Azizah.

" Okey. Abang tunggu hasilnya. " Kata Dato Ghani.

" Tapi buat masa sekarang ni, kita kena senyap dan buat tidak tahu dia dimana. " Kata Azizah.

" Fine. " Balas Dato Ghani.

Azizah akan menyusun segala cara agar semua harta yang ditinggalkan isteri pertama suaminya akan jatuh ke tangannya tak lama lagi.

Dia akan pastikan semuanya berjalan dengan lancar. Takkan ada sedikit pun cacatnya.

Dia tersenyum lebar bila membayangkan akan hidup kaya lepas ni.

Sedangkan dia tidak tahu, kerja sebenar Idham dan kekayaan Idham yang tidak penah diketahuinya lebih kaya dari keluarga Eshal.

" Esok kita jumpa peguam keluarga Sayang. Kita mulakan langkah esok agar Eshal tak mampu tuntut apa-apa. " Kata Azizah.

" Ikut sayanglah. kalau sayang senang abang turut senang juga. " Kata Dato Ghani.

" Idham mana? " Tanya Dato Ghani pula.

" Qadr, mungkin dia kembali kerja. Tak payah fikir lah dia tu. Dah besar gedabak dah pun. Dah dapat gelaran Duda hot. Jadi biarkan dia. Pandai lah dia cari tempat untuk dia pergi. " Kata Azizah.

Sebenarnya, dia jugalah yang menyebabkan Idham ditinggalkan oleh bekas isterinya. Kerana tidak tahan akan sikap Azizah dan Idlya yang terlalu boros berbelanja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience