Bab 1

Other Series 35058

Eshal keluar dari ruangan Papanya dengan wajah dan badan yang lebam. Tak sangka hanya disebabkan dia meminta sedikit duit untuk membeli barang sekolahnya, Dato Ghani memukulnya hingga begitu sekali.

Semenjak Mama tirinya serta kedua anaknya pindah masuk villa itu, hidup Eshal Medina menjadi sengsara. Sedangkan dulu dia adalah anak kesayangan Dato Ghani serta Datin Khatijah.

Namun disebabkan detik hitam malam disaat pesta ulang tahun perkahwinan mereka, Azizah muncul bersama kedua anaknya dan memberitahu kepada semua bahawa dia adalah isteri kedua Dato Ghani yang dinikahi lelaki itu tahun lepas.

Disebabkan kecewa, Datin Khatijah menelan sebotol ubat tidur. Hingga dia disahkan meninggal dunia akibat lebih dos ubat dalam badan.

Sejak itulah, Eshal Medina seperti hidup menumpang dirumah sendiri. Apa yang dimintanya, selalu dipertikaikan.

Idham Qadr abang tirinya selalu saja melihatnya dengan tatapan sayu. Namun Eshal Medina hanya mampu tersenyum lebar menandakan sakit dihatinya.

Melihat Eshal keluar dari bilik papa tirinya, Idham Qadr menarik lembut tangannya masuk ke biliknya.

Eshal cuba meronta untuk melepaskan dirinya dari lelaki itu. Dengan cepat tapak tangan Idham menutup mulut Eshal kemas.

" Ssshhh.... " Arah Idham agar Eshal diam.

Melihat renungan redup dari lelaki itu, Eshal menganggukkan kepalanya tanda faham akan maksud Idham.

Perlahan-lahan tapak tangannya dijauhkan dari mulut Eshal.

" Kau okey tak ni? " Tanya Idham melihat hampir seluruh lengan lebam dan hujung bibir Eshal pecah.

" Kau tanya aku ke? " Tanya Eshal.

" Habis? Ada sesiapa ke kat bilik ni? " Tanya Idham.

" Duduk sini, biar aku ubat luka kau tu. " Kata Idham.

" Terima kasih. Aku tak perlu bantuan kau. " Kata Eshal.

" Jangan degil. Kau nak ke Papa tahu kau kat bilik aku? " Tanya Idham.

Eshal diam. Dia tahu jika Papanya tahu dia didalam bilik Idham, sudah tentu Azizah akan menuduhnya cuba menggoda abang tirinya itu.

" Kau buat apa sampai Papa buat kau teruk macam ni? " Tanya Idham.

" Kenapalah aku perlu hidup dalam keluarga ni? " Tanya Eshal.

" Maksud kau? " Tanya Idham.

" Aku nak sangat ikut Mama. " Kata Eshal.

" Nak mati? " Tanya Idham.

" Kalau aku mati, aku tak payah nak hadap semua ni. Kau ingat aku suka-suka nak jumpa Papa? Kalau boleh, aku taknak jumpa dia sebab apa? Sebab dia dan Mak kau tu yang menyebabkan aku kehilangan kasih sayang Mama. " Kata Eshal.

" Aku nak sangat keluar dari rumah neraka ni. Aku rela hidup bawah jambatan tu. Dari nak hadap muka korang hari-hari. " Kata Eshal lagi.

Idham melihat, tiada setitis airmata pun yang jatuh ke pipinya.

" Kuatnya kau Eshal. Tapi aku yang tak kuat lihat kau hampir setiap hari dibelasah Papa. " Kata hati Idham.

Tok.. Tok.. Tok..

Pintu bilik Idham diketuk dari arah luar.

" Along... Along... Papa panggil. " Kata Idlya diluar biliknya.

" Kejap lagi aku pergi sana. " Kata Idham sambil memberi isyarat agar Eshal tetap diam disana.

" Okey. Jangan lambat tau. " Kata Idlya.

" Duduk dia. " Kata Idham lepas memastikan bahawa Idlya sudah tidak berada diluar.

Lepas menyapu ubat di hujung bibir Eshal, dia pergi ke almari pakaiannya dan mengeluarkan dompetnya lalu mengeluarkan kad kredit dari dompetnya.

" Nahh.. " Idham menghulurkan kad kredit itu pada Eshal.

" Apa ni? " Tanya Eshal.

" Kau ambik. Gunakan untuk membeli barang keperluan sekolah. Dan aku nak bagitahu kau, kau boleh guna bila-bila masa kad ni. Hasil dalam kad kredit ni adalah hasil titik peluh aku. Takde kaitan dengan duit Papa awak. " Kata Idham.

" Terima kasih. Tapi aku tak perlukan bantuan kau. " Kata Eshal.

" Habis kau nak beli buku guna apa? " Tanya Idham.

" Aku takkan bergantung pada sesiapa lagi lepas ni. " Kata Eshal.

Dia bangun dari duduknya dan melangkah meninggalkan Idham yang berdiri disisi Almari.

" Terima kasih sebab ubat ni. " Kata Eshal lagi dan hilang dibalik pintu biliknya.

" Tinggi Ego kau Eshal Medina. Sebab ni juga lah aku dah lama pendam rasa sayang aku pada kau. Melihat kau sakit, aku turut sama sakit. " Kata Idham.

Dia mula menghubungi seseorang. Dia akan menyediakan keperluan Eshal lepas ni agar Eshal tidak meminta lagi pada Dato Ghani.

" Boss. " Sapa Khadim.

" Tolong aku belikan buku-buku yang akan aku sent kat kat whatsapp lepas ni. Dan aku mintak kau tolong cari sebuah apartment yang dekat dengan Kolej Vokasional tempat Eshal belajar. " Pinta Idham.

" Boleh Boss. Saya akan urus sekarang. " Kata Khadim.

" Aku nak kau rahsiakan tentang apartment tu dari pengetahuan sesiapa termasuk family aku. " Kata Idham.

" Baik Boss. " Kata Khadim.

Panggilan ditamatkan. Dia tersenyum mengenangkan betapa dekatnya dia tadi bersama Eshal hingga membuatkan degup jantungnya berdetak hebat.

" Aku janji akan jaga kau jauh lebih aku jaga nyawa aku Eshal. Dan takkan ada yang dapat sakitkan kau lepas ni termasuk Papa kau. " Kata Idham lagi.

Idham melangkah keluar dari biliknya dan menemui Dato Ghani di bilik utama.

Tokk. Tokk..

" Masuklah. " Terdengar suara dari arah dalam bilik memintanya masuk.

Dia masuk dan melihat Papa tirinya sedang duduk santai bersama Mama dan adiknya.

" Ada apa panggil Qadr? " Tanya Idham.

" Qadr, Papa nak awak uruskan syarikat Papa dalam beberapa bulan ni. Boleh? " Tanya Dato Ghani.

" Qadr terpaksa tolak Pa. Sebab Qadr baru je dapat kerja. " Kata Idham.

" Kerja apa? " Tanya Azizah.

" Jaga kedai buku Ma. " Kata Idham. Sedangkan dia adalah CEO perusahaan besar yang tak pernah keluarganya tahu.

" Dah, dah.. Tak payah kerja disana. Kerja dengan Papa je. " Kata Dato Ghani.

" Terima kasih Pa. Tapi, Qadr taknak bergantung pada Papa. " Kata Idham.

" Idham pun anak Papa juga. Walaupun bukan darah daging Papa, tapi Papa sayang Qadr macam anak Papa sendiri.

" Biar Qadr kerja biasa je Pa. Qadr takut jika berlaku apa-apa dalam syarikat Papa. Maaf Pa. " Kata Idham.

" Kalau dah macam tu, Papa tak boleh paksa kamu. " Kata Dato Ghani.

" Isshhhh... Pa, dia buat bising lah. " Kata Idlya apabila mendengar petikan gitar dari arah bilik Eshal.

" Nak kena lagi budak tu. " Kata Dato Ghani.

" Biarlah dia Pa. Kau ni pun dik. Apa salah dia nak buat apa pun, rumah dia kot. " Kata Idham.

" Dia tu siapa? Menumpang je kat sini. " Kata Idlya.

" Lya, yang menumpang kita bukan dia. " Kata Idham.

" Sebab tulah Mama nak kamu kerja dengan Papa, jaga syarikat Papa tu. Dapat hasil beli rumah untuk kitorang. " Kata Azizah.

" Hai, Mama kan dah ada suami. Jadi sekarang Idham tak perlu lah nak fikir apa yang Mama nak. Mama minta pada Papa. " Kata Idham.

" Along sebab kau terlalu bodoh ni lah, isteri kau tinggalkan kau lari dengan jantan kaya. " Kata Idlya.

" Kau diam Idlya. Setidaknya, aku berusaha mencari nafkah untuk dia dulu. Tapi dia lebih memilih nak hidup senang dari hidup bersusah dengan aku. " Kata Idham.

" Dah korang ni, kalau dah bertemu, nak gaduhhhh memanjang. Dah lah Idham. Dah kau nak kerja kedai buku tu, kau pergilah. Tapi lepas ni jangan pernah terfikir untuk beristeri. " Kata Azizah.

" Kenapa Ma? " Tanya Idham.

" Sebab takde satu pun perempuan akan nak hidup susah dengan kau. " Kata Azizah.

" Jodoh Qadr ditangan Allah Ma. Bukan ditangan Mama. " Kata Idham.

" Kau memang sejak dulu suka melawan cakap Mama kan Qadr. " Kata Azizah.

" Dah lah Biarlah. Dia nak kerja macam tu. Kita biarkan. Tapi kita sokong apa yang di buat ni. Sampai masa nanti, mesti dia nak kerja dengan Abang.

" Asal Abang tak berikan syarikat Abang pada budak yatim tu sudah. " Kata Azizah.

" Jangan risau. Abang akan pastikan dia takkan dapat satu sen pun lepas ni. " Kata Dato Ghani.

Idham yang mendengar menggenggam penumbuknya. Tak menyangka mereka akan membiarkan Eshal lepas ni.

Share this novel

akak jasnin
2024-05-15 20:10:26 

meh baca novel saya takdir ditakdirkan


NovelPlus Premium

The best ads free experience