Rasa Cinta Dalam Gigi

Romance Series 280

Hampir seminggu berlalu sejak kunjungan terakhir Sofie ke klinik gigi Dr. Fayyad Danish. Tapi setiap kali dia buka laci meja belajar, pasti ada sebatang gula-gula yang mencuri perhatian. Paling pelik, sejak insiden 'si cantik bekas kekasih' itu, dia langsung tak makan gula-gula.

“Kenapa kau rasa bersalah bila nak makan benda manis, Sofie?” dia bebel sendiri sambil memusingkan sebatang lolipop strawberry.

Bibirnya dicebik, matanya melirik ke telefon. Beberapa kali dia teragak-agak nak hantar mesej ke nombor klinik Fayyad semata-mata nak tanya… ‘doktor, saya boleh makan lolipop satu batang je tak?’

Tapi dia malu.

Sampai bila nak jadi pemalu ni, Sofie?

“Kenapa kau rasa macam orang bercinta, padahal baru sekali dua jumpa?” dia mengomel lagi.

Sofie mengeluh panjang. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi.

Fayyad D GigiManis:

Hai Sofie. Just nak tanya, gigi awak okay? Ada sakit lagi tak selepas rawatan haritu?

Sofie yang sedang baring atas katil terus melompat macam kena kejutan elektrik. Jantungnya berdegup laju, tangan menggigil nak menaip.

Sofie:

Hai Dr. Fayyad! Alhamdulillah okay. Tak sakit pun. Gigi rasa… tenang.
(Sama macam hati saya bila doktor senyum… Eh?)

Dia padam ayat terakhir dan ganti semula.

Sofie:
Gigi okay. Tak sakit. Terima kasih, doktor.

Lima saat. Sepuluh saat. Dua puluh saat. Balasan masuk lagi.

Fayyad D GigiManis:

Bagus. Jangan lupa gosok gigi selalu, dan… kurangkan gula-gula tu ya?

Sofie tersenyum panjang. Tapi dia tak tahu, yang buat dia senyum tu ayat pasal gula-gula atau sebab doktor gigi manis tu ambil berat?

Dia menaip semula dengan gaya santai.

Sofie:

Hmm… kalau saya berhenti makan gula-gula, nanti hati saya kosong.

Fayyad lambat balas. Beberapa minit kemudian baru mesej masuk.

Fayyad D GigiManis:

Kalau hati awak kosong, saya boleh gantikan dengan senyuman manis saya. Nak?

Sofie tergamam.

Apa ni? Flirting ke? Atau dia memang jenis suka bergurau manis?

Tapi kenapa jantung ni rasa macam kena tikam manja dengan Cupid?

Dia tersenyum sendiri, pipinya merah padam.

Sofie:

Hati saya mungkin penuh dengan gula, tapi doktor... buat jantung saya berlubang.
Boleh tampal jugak tak?

Fayyad:

Tampal boleh. Tapi jantung saya pun kena kesan yang sama sekarang.

Sofie lempar telefon atas bantal. Menjerit dalam bantal macam budak darjah lima jatuh cinta buat kali pertama.

“Aaaaaaaaaa!! Apa ni??!”

Dia berguling-guling atas katil. Rasa macam gigi dia pun senyum sama!

Lepas tarik nafas, Sofie duduk dan termenung.

Perasaan ni... pelik, tapi manis.

Macam caramel cair atas lidah. Lembut, hangat, dan menyenangkan.

Rasa cinta... dalam gigi?

Malam tu, sebelum tidur, Sofie ambil satu gula-gula perisa strawberi, hisap perlahan-lahan sambil pejam mata.

Dan dalam diam, dia mula tertanya-tanya...

"Doktor Fayyad, awak rasa manis sebab senyuman awak... atau sebab awak dah mula tinggal dalam hati saya?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience