Dinner Dengan Doktor Gigi? Biar Betul!

Romance Series 280

Sofie berdiri di hadapan cermin bilik, membelek tudung satin lembut warna dusty pink yang dipadankan dengan blaus putih dan palazo kelabu. Wajahnya nampak berseri, walaupun tangan masih menggigil.

“Leya, aku okay ke ni? Terlebih formal tak?” Dia menoleh pada teman sebiliknya.

Leya yang sedang scroll TikTok mengangguk sambil senyum nakal.

“Kau nampak macam nak pergi akad nikah. Tapi sesuai sangat... untuk bakal tunang doktor.”

Sofie lempar bantal.

“Hoi!”

Debaran dalam dada makin menebal. Malam ini bukan dinner biasa. Ini dinner pertama dengan doktor gigi manis yang buat dia ketagih bukan sebab gula, tapi sebab perhatian.

Dalam kereta, sepanjang perjalanan ke restoran Italian yang Fayyad pilih, Sofie rasa macam nak pusing balik. Tapi mesej terakhir dari lelaki itu kembali bermain di mindanya.

Fayyad D GigiManis:

Tak perlu jadi sempurna. Saya cuma nak kenal awak… tanpa topeng dan tanpa rasa takut.

Ayat tu.... lebih manis dari coklat Ferrero.

Sampai di restoran, matanya menangkap susuk tubuh tinggi yang berdiri berhampiran pintu masuk. Fayyad mengenakan kemeja putih kemas dengan seluar slack hitam. Rambutnya disisir rapi, aura maskulin menyerlah.

“Sofie,” sapa Fayyad sambil bukakan pintu untuknya. “Awak sangat cantik malam ni.”

Sofie tersenyum malu.

“Doktor pun nampak macam keluar terus dari drama Korea. Tapi… dengan bau ubat gigi Colgate.”

Mereka ketawa bersama.

Restoran itu cukup tenang, dihiasi lilin kecil dan bunyi piano yang menenangkan. Pelayan membawa mereka ke meja sudut yang agak privasi.

“Awak selalu ajak pesakit dinner ke, doktor?” soal Sofie selepas memesan.

Fayyad ketawa kecil.

“Ini kali pertama. Sebab awak lain daripada yang lain.”

Sofie menunduk. Jantungnya? Dah tak tahu rentak apa dah.

“Lain macam mana?”

“Awak datang dengan gigi berlubang, tapi awak tinggalkan sesuatu dalam hati saya. Sesuatu yang buat saya tunggu pesakit seterusnya yang bernama… Sofie Humairah.”

Sofie terkedu. Dia menggigit bibir bawah, cuba sembunyikan senyum lebar.

Malam itu, mereka berbual panjang. Dari kisah sekolah, impian zaman kecil, sampailah ke kisah hidup yang tak pernah dikongsi dengan orang lain. Tiada canggung. Tiada rahsia.

Sofie rasa… macam dah lama kenal lelaki ini.

Tiba-tiba, pelayan menghantar pencuci mulut cheesecake dengan topping strawberry.

Sofie ketawa kecil.

“Awak order ni sebab tahu saya suka benda manis ke?”

“Ya. Tapi kali ni, saya nak jadi manis terakhir yang awak pilih.”

Sofie menatap Fayyad.

"Kalau manis tu boleh buat saya sakit, saya sanggup… asalkan doktor yang rawat.”

Dan di meja kecil itu, di bawah cahaya lilin, senyuman mereka bersatu tanpa sarung tangan, tanpa topeng doktor-pesakit.

Hanya dua hati yang mula belajar mengenal rasa cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience