Sudah tiga hari. Tiga hari tanpa pesakit ‘tetap’ yang selalu bising tentang gula-gula dan takut jarum suntikan.
Dan dalam tempoh tiga hari itu, Dr. Fayyad Danish seperti hilang arah. Seolah macam klinik kehilangan aroma strawberi dan suara gedik manja.
“Doktor okay ke? Dah dua kali salah isi borang pesakit,” tegur staf klinik, Aina sambil hulur borang baru.
Fayyad senyum kelat.
“Maaf… mungkin penat.”
Penat? Bukan penat. Tapi rindu.
Rindu dekat seorang gadis yang selalu datang bising-bising tapi sebenarnya nak cari perhatian.
Rindu dekat senyum dia yang comel waktu takut, tapi tetap nak makan manisan lepas rawatan.
Rindu dengan suara dia panggil "doktor gigi manis" walaupun bibir tengah kebas separuh muka.
Dan paling dia rindu... bila Sofie panggil namanya perlahan sambil buat muka comel pura-pura marah.
“Sofie…” bisiknya sambil tengok skrin telefon yang tak ada satu mesej pun dari gadis itu.
Dia buka galeri, buka satu gambar selfie yang mereka ambil selepas sesi rawatan terakhir.
Waktu itu, Sofie bagi cupcake strawberi, dan dia pula bagi satu senyuman yang sebenarnya menyimpan rasa yang dah lama terbuku.
Fayyad D GigiManis:
Awak okay? Tak datang klinik pun. Saya rindu… suara bising awak tu.
Dia taip. Tapi tak tekan ‘send’.
“Saya rindu?” Dia geleng kepala sendiri. “Ni bukan rindu biasa. Ni… penyakit.”
Penyakit cinta.
Sampai waktu lunch pun dia tak lalu makan. Nasi goreng strawberi kegemaran pun rasa tawar. Aina perasan lagi.
“Doktor, kenapa muram je? Gaduh dengan girlfriend ke?”
Fayyad tersentak.
“Dia bukan girlfriend saya.”
“Tapi doktor nak dia jadi girlfriend?”
Fayyad diam.
Ya. Itu sebenarnya yang dia tak tahu nak jawab. Tapi satu hal dia pasti yang Sofie bukan ‘sekadar pesakit’. Dia satu-satunya sebab jantung dia berdegup pelik.
Petang itu, dia nekad. Dia pakai baju kasual dan terus ke universiti Sofie.
Dia tahu waktu Sofie habis kelas, sebab pernah ‘curi tengok’ jadual Sofie dalam fail pesakit.
Tepat pukul 5, dia nampak kelibat gadis itu keluar dari dewan kuliah. Wajah letih, tapi senyuman masih manis.
“Sofie!”
Sofie terhenti. Pandangan mereka bertaut.
“Doktor?”
“Kenapa tak datang klinik?” Fayyad tanya terus, tanpa intro.
Sofie teragak-agak.
“Saya… busy sikit.”
“Busy sampai saya rasa nak tutup klinik terus?”
Sofie ketawa kecil.
“Over la…”
“Tak over. Sebab saya rindu.”
Sofie terdiam.
Fayyad dekati.
“Saya rindu awak, Sofie. Rindu semua tentang awak. Dan kalau awak tak datang jumpa saya esok... saya akan anggap saya tengah sakit gigi dan satu-satunya ubat, cuma awak.”
Sofie tergelak kecil, mata mula bersinar-sinar.
“Mungkin saya kena bawa gula-gula banyak-banyak esok… supaya awak lebih cepat sembuh.”
“Tak perlu gula-gula. Awak je dah cukup manis.”
Dan akhirnya… doktor gigi yang ‘sakit rindu’ itu dapat penawar paling mujarab dengan senyuman seorang gadis yang dah mula penuhi ruang hati dia.
Share this novel