Si Cantik Bekas Kekasih

Romance Series 280

Sofie masih duduk di kerusi rawatan, memerhatikan Fayyad yang kembali fokus pada pesakit di luar bilik. Tapi dia tak boleh nak alih pandangan. Otaknya masih terperangkap pada nama yang baru saja disebutkan oleh Ain,Natasya Elina.

'Benda tu tak penting pun, Sofie. Fokus pada gigi! Gigi!' Sofie berusaha menenangkan dirinya sendiri. Tapi bagaimana nak fokus bila perasaan tak kena? Bagaikan ada sesuatu yang menyengat di dalam dada.

Dia baru sahaja hampir bebas daripada cinta lama yang menyakitkan. Takkanlah sekarang dia nak mula jatuh hati dengan doktor gigi yang kacak dan misteri ni? Lagipun, doktor Fayyad kan... masih ada bekas kekasih!

Suara Ain dari luar bilik rawatan menyapa telinga Sofie.

“Doktor Fayyad, pesakit Natasya dah tiba. Dia kata nak jumpa doktor dalam bilik ni, boleh tak?”

Sofie merengus perlahan. Hatinya mula rasa tak sedap. Biarpun dia cuba berlagak cool, hatinya seakan-akan retak mendengar nama itu. Apa yang istimewa sangat dengan Natasya Elina tu? Siapa perempuan tu? Sofie cuba tutup perasaan cemburunya yang tiba-tiba membuak-buak.

Fayyad berdiri, mengangkat pelipis sedikit, dan melihat ke arah Sofie.

“Sofie, kejap ya. Saya ada urusan sekejap.”

Sofie mengangguk tanpa berkata apa-apa. Dia cuba buat muka selamba, walaupun dalam hati dah berperang macam-macam. Boleh ke dia buat hati dia tak rasa cemburu?

Fayyad melangkah keluar. Sofie duduk diam, tapi matanya tak lepas melihat ke luar, di mana Fayyad berdiri berbual dengan seorang wanita berambut panjang dan bergaya, mengenakan pakaian yang sangat kemas.

Natasya Elina, mempunyai wajah yang begitu menawan, dengan senyuman yang penuh keyakinan. Jelas sekali, dia bukan calang-calang orang. Dari cara berjalan pun, Sofie boleh rasa aura percaya dirinya yang kuat.

“Cantik betul… tak boleh lawan,” Sofie menggerutu dalam hati.

Sementara itu, suara mereka yang berbual makin jelas kedengaran. Fayyad sepertinya lebih mesra dengan Natasya berbanding dengan Sofie. Mereka berdua macam tak ada halangan.

Tak boleh! Sofie memandang sekeliling, cuba cari apa yang boleh buat dia lupakan perasaan itu. Tapi, tak ada apa-apa yang menarik perhatian. Hatinya terus menerus terfikirkan tentang Natasya, gadis cantik itu.

Dia mengeluh dan memandang cermin di dinding.

“Kenapa aku mesti rasa macam ni?” dia bertanya pada diri sendiri.

Beberapa minit kemudian, Fayyad kembali masuk ke bilik rawatan, wajahnya kembali serius. Natasya sudah tiada.

“Dah selesai?” tanya Sofie, sambil cuba berlagak normal.

“Ya, dia cuma nak jumpa sekejap,” jawab Fayyad tanpa menyebut nama Natasya lagi. Tapi Sofie dapat rasa, ada sesuatu yang tidak dijelaskan.

Sofie mendengus kecil.

“Oh, macam tu. Kawan lama ke?”

Fayyad memandang Sofie dengan mata yang agak pelik.

"Kenapa tanya?”

Sofie terkebil-kebil.

“Eh… tak, tanya je. Kan kita ni kawan?”

Fayyad diam sekejap, sebelum akhirnya memberi senyuman manisnya yang buat jantung Sofie terasa nak melompat keluar dari dada.

“Kami dulu pernah bersama, tapi itu kisah lama,” jawab Fayyad sambil menyusun alat rawatan di meja.

Sofie terkejut.

“Oh… jadi, dia bekas kekasih ke?”

Fayyad mengangguk perlahan.

“Ya. Tapi itu masa lalu. Tak ada apa-apa lagi.”

Mendengar penjelasan itu, Sofie rasa sedikit lega. Sekurang-kurangnya, Natasya bukan ancaman.

Namun, perasaan cemburu masih bercampur aduk dalam hati Sofie. Kenapa pula dia harus risau tentang bekas kekasih Fayyad? Lagipun, dia sendiri bukan nak serius pun dengan doktor tu... kan?

Sofie tersenyum kecil, cuba mengusir perasaan itu.

“Tak apa la. Saya yakin, tak ada orang boleh kacau hidup saya yang tenang ni.”

Tapi walaupun dia cuba meyakinkan diri, cemburu tu tetap ada. Dan yang lebih mengelirukan, dia tak tahu kenapa dia rasa begini.

“Dah habis, Sofie. Tak sakit dah?” Fayyad tiba-tiba bertanya.

“Oh, dah. Terima kasih, doktor.”

Fayyad melemparkan senyumannya yang mengalahkan sinar mentari pagi.

“Jumpa lagi, Sofie. Jangan makan gula-gula terlalu banyak, nanti gigi awak teruk lagi.”

Sofie tersenyum malu.

“Tak janji. Gula-gula tu... sedap sangat!”

Dia beredar dari klinik dengan perasaan yang berbaur. Di satu sudut, dia terasa lega. Tapi di satu sudut lain, rasa cemburu itu masih mencengkam. Hatinya tertanya-tanya, adakah dia benar-benar boleh mengatasi semua ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience