Flashbacks
"Aman, aku suka kau, sayang kau dan cintakan kau sepenuh hati....Tapi kau tak hargai langsung dan beri harapan....Time kau susah, aku ada....Time kau senang, Kau..Kau tinggal sendirian dengan masalah aku...Masa engkau ada masalah, aku tolong kau...Time aku ada masalah Kau tinggal aku!!" Pang tamparan ke pipi aman..
"Hahaha...Kau tahu tak aku just gunakan kau....Aku takda rasa sayang sikit pun dekat engkau Annara! Aku nampak kau ihklas mencintai aku, jadi jika ada peluang untuk gunakan kau, buat apa tinggal hahahaha.." Kata Aman dengan bangga.. Annarra dengan Aman sudah bercinta lebih lima tahun...Aman sudah banyak kali janji untuk kahwin....Tapi sebenarnya dia tipu untuk gunakan Annarra...Selalunya tiap makan bersama, Annarra yang akan bayar kerana aman selalu beri alasan tertinggal duit laa..
"Sampai hati kau Aman, buat aku macam ni...Aku benci kau!! Kalau aku boleh patah balik masa, aku pasti tak akan terpedaya lagi! Aku benci kau! Aku benci kau!!" Kata Annarra sambil menangis dan berlarii dari pada sungai tersebut..
Sebenarnya mereka berjanji akan pergi ke sungai tetapi, masa Annarra sampai tempat tersebut, dia ternampak Aman pergi peluk perempuan lain mana tak sakit hati boyfriend sendiri curang....Dan ketika itu, mereka bergaduh teruk hingga rahsia Aman terbongkar.
Aman sudah tidak kisah pasal rahsia itu kerana dia sudah kaya raya setelah mencuri emas di dalam bank dan dibantu oleh Annarra tanpa Annarra sendiri mengetahuinya..Setelah Annarra sampai ke rumah, dia terus menangis didalam bilik dengan kuat dan tiba - tiba Amirul terdengar dan bertanyakan kenapa lalu Annarra cerita segala yang terjadi...
"Tok, tok...," Tatak, semua dah siap matan jom titer pergi hospital lawat mak(Kakak, semua dah siap makan jom kiter pergi hospital lawat mak)," Kata Laura.. Annarra tersentak dari lamunanya yang teringat kisah lama lalu mengesat air matanya. "Kejap kakak siap kamu semua tunggu kat depan rumah." Kata Annarra. "Otay, tatak cepat sitit tau(Okay, kakak cepat sikit tau)," Kata Laura yang tidak sabar mahu berjumpa emak kesayangannya.
Mereka selalunya akan melawat emak mereka tiap - tiap hari minggu. Emaknya tidak boleh hidup tanpa oxygen..Jadi emaknya terpaksa duduk hospital sepanjang 3 tahun itu dan rutin mereka begitu setiap tahun. "Assalamualaikum, mak. Kami datang melawat ni..." Kata Annarra. "Oh no mana mak?" Soal Laura. Di katil hospital kosong lalu mereka terus bergerak menuju ke kaunter.."Nurse maaf kan saya, bilik nombor 307 tu mana pesakit dia?" Tanya Annarra. "Umm kejap ye, saya check dalam sistem..Alamak baru je tadi pesakit itu masuk ke icu kerana oxygen dia drop teruk dan kami sudah try call banyak kali suami pesakit namun tiada jawapan ....Kamu ni anak - anak pesakit itu ke?" Soal nurse di situ sambil melihat satu - satu wajah anak - anak itu.
"Ye kami anak mereka.. Boleh kami pergi tengok?" Soal Annarra sambil memujuk adik - adiknya yang sedang menangis. Baginya seorang kakak perlu pertahankan adik - adiknya bukannya adik - adiknya yang pertahankannya jadi dia cuba sedaya upaya supaya tidak menangis. "Boleh, tapi hanya dua orang boleh masuk dalam satu masa...Sambil berjalan Laura berkata "Sob..sob bagi Laura masuk dulu boleh?" Soal Laura sambil menangis teresak - esak. "Ye sayang," Kata Annarra sambil mengelap air mata Laura
"Emak kami datang, Narra baru bawak makanan kegemaran mak...Tapi macam mana mak nak makan? Mesti mak lapar kan?" Soal Annarra yang menangis. "Makk, tenapa mak tene patai wayar - wayar ni tat bahaya te?(Makk, kenapa mak kene pakai wayar - wayar ni tak bahaya ke)?" Soal Laura sambil memeluk tangan Puan Nabila dan menangis. "Anak..anak mak, jangan menangis, mak okay je. Sakit sikit je ni.." Pujuk Puan Nabila. "Narra, mana ayah? Mesti dia sibuk dan balik lewat malam lagi.." Kata Puan Nabila.
"Hmm macam biasa la mak," Kata Annarra. "Kesian kamu semua terutamanya kamu, Annarra," Kata Puan Nabila. "Kenapa pulak kesian? Kami okay je la...Mak tu yang tak okay," Kata Annarra tidak mahu emaknya bersedih. "Bukan bergitu maksud mak, mak kesian sebab kamu semua kurang kasih sayang sejak mak sakit... Dan maafkan mak, Narra sebab kamu terpaksa jaga adik - adik kamu seorang diri.
"Ehh apa mak ni, jangan cakap macam tu, Narra tidak pernah rasa terbeban," Terang Annarra. "Terima kasih tau," Kata Puan Nabila. "Kalau..," "Maaf dah habis masa melawat," Potong nurse itu. "Okay, nanti Amirul dan Danial akan masuk pula," Kata Annarra. "Jom titer matan matanan mak boleh(Jom kiter makanan mak boleh)?" Soal Laura yang lapar kepada mak nya sambil bergerak menuju ke pintu keluar. "Hahaha ambil laa." Kata Puan Nabila sambil tersenyum melihat gelagat anak - anaknya.
"Aku boleh terima ujian ini dari kau walaupun sangat sukar...Namun, bagaimana aku mahu terima kenyataan yang aku akan tinggalkan anak - anak aku..." Kata Puan Nabila sambil menangis teresak - esak...
"Alamak macam mana ni mak dorang akan mati ke?" Haa korang mesti tertanya tanya kan? haa tengoklaa next episode hehe....
Share this novel