Bab 1 Kebahagiaan bermula

Family Series 2313

Di ruangan dapur yang bersih,kemas dan rapi, kelihatan seorang perempuan berusia 40 tahun sedang memasak.....Sambil memegang kuali, Puan Nabila menjerit "Abangg!!! tolong kejut anak - anak bangun!! Dorang dah lambat ni! Cepat!"

"Ye sayang tengah nak kejut la ni". Jawab Encik Hafiz dari ruang tamu. Lalu Encik Hafiz bergerak menuju ke bilik Annarra anak sulung nya dan Laura anak bongsunya. "Tok, tok" ketuk Encik Hafiz. Encik Hafiz dan Puan Nabila dari mereka berkahwin dan mempunyai anak, mereka tetap menjaga privacy masing - masing walau mereka satu keluarga. "Annarra, Laura cepat baa.." "Ye Ayah kitorang dah siap." Jawab Annarra sopan sementara adiknya sedang menggangtung tuala.

Kemudian ayahnya berlalu ke bilik anak nombor dua dan anak nombor tiga..Mereka berkongsi bilik kerana rumah mereka mempunyai tiga bilik..Satu bilik diduki oleh Encik Hafiz dan puan Nabila, satu lagi diduki oleh Annarra dan Laura dan satu lagi bilik didiami oleh Danial dan Amirul... "Okay semua dah siap nak pergi sekolah?" Soal Puan Nabila. Dia melihat satu - satu anak - anaknya untuk pastikan semua bersedia..Itu adalah kebiasaan keluarga mereka.

"Aik?Mana Amirul?" Soal Puan Nabila. "Macam biasa, masih tidur." Kata Annarra anak sulung yang berumur tiga belas tahun. "Kenapa kamu tidak kejut?" Soal Puan Nabila sambil bergerak menuju ke bilik Amirul. "Sudah banyak kali saya kejut mak, tapi dia taknak bangun," Kata Annarra. "Amirul bangun! Dah lambat ni!" Kata Puan Nabila sambil menggongcangkan badan Amirul lembut. "Alaa Kalau dah lambat, tak perlu laa pergi ke sekolaauh." Kata Amirul sambil menggeliat dan memeluk bantal gebunya lalu terlelap.

Amirul seorang yang pemalas, tidak suka pergi ke sekolah, di sekolah selalu ada masalah disiplin dan suka bermain game dari main di luar rumah. Dia memang begitu sejak usia lima tahun lagi dan sekarang sudah 11 tahun pun masih begitu. "Ish Kamu ni kan, degil betul." Kata Puan Nabila sambil menarik - narik ibu jari kaki Amirul. Puan Nabila tidak pernah naik suara kepada anak - anaknya melainkan dia betul - betul marah sehingga membuatkan semua anak - anaknya takut untuk membuat kesalahan yang sama lagi dan juga disebabkan itu, anak - anaknya tidak pernah menaikkan suara antara adikk - beradik.

"Mak tatyah yah tayan abang yi( Mak tak payah laa layan abang ni. tayau nan tenang tall te ya toyis tuyuh tanyap abang...haa tayu abang tu yata tatut (Kalau nak senang call je laa polis suruh tangkap abang...haa baru abang tu rasa takut.. Hehehe." Kata Laura anak bongsu pelat mereka yang berumur enam tahun masih tadika sambil tergelak kerana berasa lucu dengan apa yang dituturkan. "Ish kamu ni, kamu ingat semua kesalahan biasa polis nak tangkap? polis tu pun sibuk ngan kerja dia." Kata Danial yang berusia 8 tahun itu. "Hahahaha." Laura ketawa.

Puan Nabila tersengih melihat kerenah anak - anaknya yang sedang membesar. "Macam manalah jikalau aku tiada nanti.." Bisik hati Puan Nabila. "Ehh! Dah lambat nii baru teringat." Kata Puan Nabila sambil menarik tangan Amirul untuk masuk ke bilik air. "Annarra, pergi bawa adik - adik masuk kereta. Arah Puan Nabila. Setelah Amirul selesai mandi mereka semua berada di kereta.

"Okay semua anak - anak dah sampai. Sekolah." Kata Encik Hafiz kepada anak - anaknya sambil menghulur tangan untuk bersalam. Dia seorang bapa yang bertanggung - jawab terhadap isteri dan anak - anaknya. Setelah anak - anaknya turun dari kereta, mereka bergerak pula ke office isteri. "Okay bye sayang jaga diri di office." Kata Encik Hafiz sambil menghadiahkan sebuah ciuman di pipi isterinya. "Hehe. Terima kasihh abang. Walau kita dah tua dan ada empat orang anak, abang tetap sweet." Kata isterinya sambil menghulur tangan untuk bersalam . "Dah namanya abang, mana tak sweetnya." Kata Encik Hafiz sambil membuka pintu kereta untuk membuka pintu isterinya.

"Bye abang." Puan Nabila melambai tangan dan melihat kereta suaminya bergerak pergi. Memang menjadi rutin harian untuk Encik Hafiz menghantar anak - anaknya ke sekolah, dan menghantar isterinya ke tempat kerja.

Mesti korang pelikan kenapa hidup dorang bahagia je? Hahaha nantikan apa yang akan terjadi...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience