"Ayah, mana kita nak cari 40 ribu? Banyak tu." Soal Amirul tanpa belapik. "Shh." Kata Annarra sambil mencubit peha Amirul. "Apa? Betul la?" Bisik Amirul. "Tak mengapa, ayah akan cuba kerja lebih masa...Cuma, kamu semua okay ke kalau ayah balik kerja lewat?" Soal Encik Hafiz sambil memasukkan baju isterinya ke dalam almari hospital. "Tidak mengapa ayah, Narra boleh jaga dorang... Lagipun dorang dah besar." Terang Annarra. "Betul tu! Auya tanyi tattan natal.( Betul tu! Laura janji takkan nakal)," Kata Laura sambil menunjuk jari kelingking untuk buat promise. "Yela tu Kata Daniel yang sejak tadi asyik main dengan milo sambil buat gaya mengejek.
"Ish teyok niel ni tacau auya,(Ish tengok niel tu kacau Laura)," Adu Laura. "Daniel, jangan kacau adik tu," Marah Encik Hafiz. "Hehe sorry."
"Nahh..Fuh penat." Kata Annarra sambil mengelap peluh yelah mana tak penat, masak hampir dua jam.
"Cuba rasa sedap tak," Kata Annarra kepada adik-adiknya. " Uwekk tak sedap laa masin." Kata Amirul. "Hmm....tak jadi lagi." Kata Annarra sambil mengeluh. Ini kali ke 25 cubaan memasak. Annarra cuba sedaya upaya kerana ayahnya terpaksa kerja malam jadi tiada siapa - siapa yang boleh masak.
"Ish abang ni mengada laa makan jela," Kata Daniel yang kesian pada Annarra. "Mana ada tat cedap, cedap je yah.( Mana ada tak sedap, sedap je lah)," Kata Laura tidak mahu kakaknya sedih. "Terima kasih...Tapi kakak kena cuba lagi." Kata Annarra sambil sedih. "Apa susah - susah, kakak suruh je lah ayah beli grab kan senang," Kata Amirul. "Ish kamu ni tahu tak grab tu mahal! Dahla ayah tengah struggle cari duit supaya dapat buat treatment mak... Akak taknak menyusahkan ayah lagipun kakak masih boleh berlajar," Terang Annarra.
____________________________________
--------------3 Tahun kemudian---------------
————————————————————
"Apa? Takkan lagi sekali ayah? Narra taknak asyik ponteng je....Lagipun, dah nak SPM tahun ni. Narra dah banyak pelajaran tertinggal,".Kata Annara di ganggang telefon. "Tolong laa sekali ni je...Ayah janji takkan susahkan Annarra lagi..Ayah tak dapat nak amik adik - adik kamu sebab ada kerja," Terang Encik Hafiz. "Yelah tapi kalini je tau, lepasni Narra tak boleh ponteng dah," Terang Annarra.
"Thank you Narra...Okay laa ayah ada kerja nak siapkan ni," "Hmm okay, tapi ayah balik tak malam ni?" Soal Narra sedikit sedih kerana sejak Puan Nabila masuk hospital, ayahnya sering tiada masa dirumah.
Kadang kala balik lewat malam waktu semua dah tidur dan gerak sebelum subuh... Annarra yang selalu hantar adik - adiknya ke sekolah kerana dia sekolah petang..
"Err sorry ayah tak boleh balik awal laa malam ni. Ada kerja laa." Terang Encik Hafiz. "Okay," Kata Annarra lalu letak ganggang telefon.
Okay, korang kene baca lagi tau...Kalau best komen laa atau nak suruh saya buat pembetulan ke atau ada apa - apa kesalahan ke ataupun nak penambah baikan, Sila tulis di komen...
Share this novel