Bab 3 Sesuatu berlaku

Family Series 2313

"Sayang, bangun sayang harini kita nak pergi swimming pool kalau lambat anak - anak bising nanti." Kejut Encik Hafiz sambil menggongcangkan badan isterinya perlahan.
"Ermm..Kalau kita tidak pergi boleh tak?" Soal Puan Nabila sambil menutup mata. "Eh kenapa pula? Kita kan dah janji ngan anak - anak? Lagipun ni je waktu yang abang ada minggu depan dah start buzy." Terang Encik Hafiz lembut.

"Bukan sayang tak mahu pergi tapi, sayang rasa sakit kepala sangat - sangat." Kata Puan Nabila sambil menyelebungi badannya dengan selimut. "Apa?! Kejap." Kata Encik Hafiz sambil meletak tangan di dahi isterinya. "Allahu...Panas sangat ni sayang..Jap abang amik ubat Panadol." Kata Encik Hafiz tergesa - gesa. Tiba - tiba tangan Encik Hafiz dipaut kemas. "Abang, terima kasih..Tapi takpe sayang boleh pergi amik sendiri...Abang pergilaa bawa anak - anak...Kesian mereka, dahla mereka teringin nak pergi swimming pool tu." Kata Puan Nabila sambil tersenyum.

"Abang takkan pergi tanpa sayang walau satu saat pun. Dah jangan merepek biar abang jaga sayang." Terang Encik Hafiz. "Habistu anak - anak macam mana?" Soal Puan Nabila sambil menggigil. "Haish takpe nanti mereka faham laa tu."

"Nah ubat.. Kalau tak kebah jugak kita pergi klinik." Arah Encik Hafiz sambil menghulurkan ubat. "Tak payah laa demam biasa je." Bantah Puan Nabila kerana dia tahu suaminya tidak akan bawanya ke hospital kerjaan kerana lambat dan akan pergi ke hospital swasta...Namun dia tahu suaminya sedang tiada duit buat masa sekarang. "Dengar cakap abang. Abang tahu sayang risau pasal abang takde duit...Tak perlu risau pasal tu risau pasal diri sayang tu dulu tau? Tidurla." Kata Encik Hafiz risau sambil menyelimuti badan isterinya yang sedang menggigil.

"Aiyah tom titer peti tanti toyam (Ayah jom kita pergi mandi kolam)," Kata Laura anak bongsunya yang pelat itu sudah tidak sabar mahu mandi kolam. "Ermm mana kakak?" Soal Encik Hafiz. "Ata tu tat biyik (Ada tu kat bilik)," Jawab Laura lalu turun ke ruang tamu dengan girang..Dia sudah tidak sabar ingin berenang. "Hello boleh ayah
masuk?" Soal Encik Hafiz didepan bilik anaknya yang terbuka. "Boleh masuklaa. Narra dah siap sorry lambat sikit tadi baju renang hilang, puas cari akhirnya jumpa." Terang Annarra...Dia pun sudah tidak sabar ingin berenang. "Ayah nak cakap sesuatu...Ayah minta maaf banyak - banyak...Ayah cakap ni kat kamu supaya kamu faham..Kamu kan paling besar so ayah harapkan kamu," Terang Encik Hafiz.

"Bagitahu laa jangan risau ayah boleh harapkan Narra hehe." "Sebenarnya tadi waktu ayah bangun, mak kamu menggigil demam teruk sangat." Terang Encik Hafiz lagi. "Hah mak demam? Kalau macam tu Narra nak pergi tengok." Kata Annarra sambil membuka tudung tergesa - gesa. "Eh jangan...Takpe biar mak kamu berehat dia baru terlelap balik." "Habistu macam mana ayah? Ayah masih nak pergi ataupun kita tak jadi pergi?" Soal Annarra sopan.

"Tidak! Kita tak jadi pergi...Takkan ayah sanggup nak tinggal mak kamu sorang - sorang lagipun kalau demam tak kebah, ayah bawak mak pergi klinik tau." "Okay Narra pun takkan tinggal mak...Emm pasal adik- adik Narra rasa mereka akan faham walaupun mereka akan kecewa sikit..Tetapi tidak mengapa saya akan pujuk dorang. Ayah cuma fokus kat mak dulu tau.." Terang Annarra. Dia tidak mahu serabutkan fikiran ayahnya lagi.

"Terima kasih Annarra, kamu memang anak yang baik...Kamu akan dijaminkan syurga...Percayalah," Kata ayahnya lalu mengenyit mata. "Akak, mana ayah dan mak? Lamanya nanti lambat." Kata Amirul yang sedang memakai kasut didepan rumah. "Haah nanti kalau lambat dapat main kejap je...Betul tak milo?" Sampuk Daniel sambil mengelus bulu lebat milo. "Kakak nak cakap sesuatu....Tapi!." "Tati ata (Tapi apa)?" Soal Laura sambil menarik ekor kucing lembut. "Tapi jangan sesekali menganmuk, merajuk dan marah - marah," "auya tanyi (Laura janji)" "Niel janji." "Mirul?" "Taknak kakak ingat Mirul tak tahu? Ni mesti pasal swimming pool kan?" "Ya." "Dah agak! Dari muka akak dah nampak jelas." Terang Amirul. "Okay, macam ni...mak demam panas menggigil dan pening kepala teruk so kita tak jadi pergi." "Haa ata? Tatyah yaa..tita teti jeya(Haa apa? Takyahlaa...Kita pergi jela)." Rungut Laura.

"Tak boleh laa takkan kita nak tinggal mak? Kamu tak ada perasaan ke?" Marah Daniel. "Tatak teyok tu niel mayah auya(Kakak tengok tu niel marah Laura!" Adu Laura. "Daniel," "Ops sorry." Kata Daniel kearah kakaknya. "Emm...Amirul okay?" Soal Annarra. "Alamak dia dah start menangis." Kata Daniel. "Tatyah yah nayis auya tat nayis pun.(Takyah laa nangis Laura tak nangis pun.)" Kata Laura dengan pelatnya kepada Amirul. "Ish diamlaa pelat." Kata Amirul. Annarra hanya mampu geleng kepala melihat Amirul kerana dia sudah masak dengan perangai Amirul yang kasar sedikit.

"Tak baiklah cakap macam tu Amirul."Tegur Annarra. "Tak, sekarang ni apa masaalah kakak?! Takyah sibuk laa." Jawab Amirul kasar lalu bangun masuk ke bilik. Tiba - tiba kedengaran bising di tingkat atas. " Apa kecoh - kecoh kat atas tu? Soal Daniel. "Kamu semua tolong kemaskan beg baju mak kamu," Arah ayahnya. "Okay Annarra dan Daniel terkecoh - kecoh berlari kearah Almari sementara Amirul masih merajuk di dalam bilik.

"Ayah minta maaf kepada kamu semua, tapi mak kamu dah lemah sangat....Ayah nak angkat mak kamu masuk kereta. Annarra ayah tahu kamu boleh jagakan adik adik kat rumah." Kata ayahnya sambil menghulurkan kunci. "Okay ayah jangan risau," Kata Annarra.

Haa mesti korang tertanya - tanya kenapa Puan Nabila sakit? Haa Bacalah..hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience