HARIS menolak tubuh isterinya perlahan ke sofa. Qalesya menurut, tubuhnya jatuh dalam dakapan hangat lelaki itu. Nafas mereka berdua kian memburu, dada naik turun serentak.
Bibir tebal Haris terus menjelajah ke leher, meninggalkan jejak basah yang membuatkan Qalesya menggeliat kecil. Jemarinya meramas lembut pinggang isterinya, menarik baju nipis itu naik sedikit demi sedikit.
"Abang…” suara Qalesya bergetar, antara ragu dan pasrah. Haris mengangkat wajahnya, menatap mata isterinya lama.
"Sayang percayakan abang?”
Qalesya hanya mampu mengangguk. Senyuman Haris kembali mekar lalu bibirnya sekali lagi, menutupi bibir Qalesya lebih menuntut. Lidahnya menari-nari hingga nafas isterinya tersangkut-sangkut.
Tubuh Qalesya kini terbuka sepenuhnya pada sentuhan. Dia mula melingkarkan kakinya pada pinggang Haris, mendekatkan diri seakan tidak mahu dilepaskan. Jemarinya merayap ke belakang tengkuk suaminya menahan ingin terus melekat bersama.
"Abang…” desahnya, kali ini bukan lagi kerana bimbang tetapi kerana hangat yang mula menguasai seluruh tubuh.
Haris merendahkan tubuhnya, menindih lembut tetapi tetap memberi ruang. Tangannya meluncur di sisi tubuh isterinya, mengusap paha lalu kembali ke pinggang. Gerakannya sabar namun setiap sentuhan membawa getar yang menikam ke dasar tubuh Qalesya.
Dia menggeliat. Jasadnya semakin sukar menahan resah. Nafasnya terputus-putus.
“Abang… saya...”
Haris menekup bibirnya sekali lagi, memadam kata-kata itu. Dia tahu isyarat tubuh Qalesya lebih jujur daripada apa pun. Tubuh wanita itu meronta kecil, mencari irama yang seiring dengan rentak suaminya.
Pelukan mereka makin erat, desah demi desah memenuhi ruang sunyi malam.
"Ah..."
"Ah..."
Angin malam yang masuk melalui tingkap seakan tidak wujud. Hanya hangat tubuh mereka yang saling berpadu.
Qalesya akhirnya tidak mampu menahan. Tubuhnya melentik, jemarinya menggenggam kuat lengan Haris.
"A..." Nafasnya deras penuh keluhan yang terputus-putus.
"Abang… saya… ahh...” suaranya tenggelam dalam ciuman panjang.
Haris merangkulnya lebih erat, merasai sendiri getaran tubuh isterinya yang akhirnya mencapai kemuncak. Qalesya terkulai dalam dakapan.
Tubuhnya masih bergetar halus, wajahnya basah dengan peluh dan air mata kecil yang entah bila menitis.
Haris membiarkan Qalesya larut dalam rasa yang masih berombak. Bibirnya mengucup lembut dahi isterinya.
“Sayang cantik bila macam ni.”
Haris mengusap rambut isterinya perlahan, jarinya menyisir helaian yang basah melekat di dahi. Qalesya masih termengah-mengah, dadanya turun naik, namun dalam pelukan itu dia rasa tenang—seolah-olah dunia luar tidak wujud.
“Sayang cantik bila macam ni,” bisik Haris sekali lagi, nadanya penuh kasih. Qalesya hanya mampu tersenyum kecil, matanya sayu namun penuh puas.
Dia mencium leher suaminya sekilas, sebelum rebah semula di dada bidang itu.
Minit berlalu, hanya bunyi nafas mereka yang mengisi ruang. Haris terus mengusap belakangnya, sesekali mengucup ubun-ubun. Itu rutin yang selalu Qalesya hargai.
Aftercare yang membuatkan dia rasa benar-benar dimiliki bukan sekadar disentuh.
"Awak nak air?” suara Haris lembut, matanya masih memandang penuh sayang. Qalesya mengangguk perlahan.
“Hmm… saya ambil sendiri ya, bang. Tekak rasa kering.”
Haris mahu bangun tapi Qalesya cepat menahannya dengan senyuman.
“Abang rehatlah dulu. Saya kejap saja.”
Dia menarik selimut nipis untuk menutupi tubuhnya lalu melangkah perlahan ke arah kitchen island. Lampu malap di ruang tamu membuatkan langkahnya terasa lengang.
Sampai di dapur, Qalesya membuka peti sejuk, mengambil sebotol air sejuk. Bunyi pintu peti sejuk yang tertutup bergema aneh dalam keheningan malam. Dia menuang ke dalam gelas lalu bersandar pada kitchen island, meneguk perlahan.
Saat itu, ekor matanya menangkap sesuatu di tingkap dapur. Tirai tipis yang tadi bergoyang kini diam kaku namun jelas sekali ada bayangan hitam seolah berdiri di luar, memerhati.
Degup jantung Qalesya pantas. Dia menoleh cepat tapi kosong. Hanya pantulan dirinya sendiri di kaca.
Tangannya menggigil ketika meletakkan gelas di atas meja. Nafasnya terasa berat. Perlahan, seakan-akan ada hembusan halus menyusup ke telinganya.
“Qalesya…”
Dia tersentak, hampir menjatuhkan gelas. Matanya melilau ke seluruh ruang dapur kosong. Suara itu terlalu dekat seperti seseorang berdiri betul-betul di belakangnya.
Tubuhnya kaku. Hanya bunyi degup jantung yang memenuhi telinga.
Qalesya berdiri tegak, jari jemarinya masih menggigil. Gelas di atas meja hampir tergolek. Nasib baik dia sempat menahannya. Nafasnya tercungap, matanya meliar sana-sini, memandang ke segenap sudut dapur.
"Siapa...” suaranya keluar perlahan, nyaris berbisik.
“Siapa dekat sini.”
Tiada jawapan. Hanya bunyi jam dinding berdetik lambat terasa makin kuat di ruang sunyi itu. Dia menelan liur.
“Kalau abang saja-saja nak takutkan saya, hentikanlah. Abang, jangan buat main.”
Hening. Sunyi.
Langkah perlahan bergema dari ruang tamu. Qalesya berpaling cepat. Haris muncul dengan wajah mengantuk, matanya separuh terpejam.
“Sayang, awak kenapa. Lama sangat dekat dapur.”
Dia hampir berlari ke arah Haris, memeluk pinggang lelaki itu erat.
“Bang. Ada orang bisik nama saya. Saya dengar jelas dekat telinga.”
Haris terpinga.
“Bila. Siapa. Tak ada sesiapa pun.”
Qalesya menggeleng, air matanya bergenang.
“Saya dengar. Sungguh saya dengar. Macam ada orang berdiri betul-betul belakang saya.”
Haris mengusap belakang tubuh isterinya cuba menenangkan.
“Mungkin awak penat. Kita baru saja… awak tahu. Badan awak lemah, otak awak mainkan perasaan.”
Dia mendongak, menatap mata Haris.
“Abang tak percaya saya.”
Haris menarik nafas panjang lalu memegang wajah Qalesya dengan kedua-dua tangannya.
“Saya percaya awak. Tapi saya juga tahu awak ni jenis cepat risau. Abang janji, kalau ada benda pelik, abang akan jaga awak.”
Qalesya tunduk, menahan resah.
“Tapi tadi saya nampak. Ada bayang dekat tingkap. Tegak berdiri. Lepas tu hilang.”
Haris berpaling ke arah tingkap dapur, merenung tirai tipis yang bergoyang perlahan. Dia melangkah, menarik tirai itu ke tepi. Hanya gelap malam di luar, pohon bergoyang ditiup angin.
"Tak ada apa pun. Angin saja,” ujar Haris sambil tersenyum.
Qalesya masih memegang lengan suaminya.
“Jangan tinggal saya malam ni. Janji tidur rapat dengan saya.”
Haris ketawa, menunduk dan mencium dahi isterinya.
“Mana pernah abang jauh dari awak. Saya janji, saya tak lepaskan awak walau sesaat.”
Dia menarik Qalesya kembali ke sofa, memeluk tubuh isterinya erat.
“Awak minum air dulu. Lepas tu kita tidur. Jangan fikir bukan-bukan.”
Qalesya meneguk perlahan tetapi tangannya masih bergetar. Sesekali, matanya menjeling ke arah tingkap, seolah-olah bayangan tadi akan muncul lagi.
"Abang.” Suaranya serak.
"Ya sayang.”
"Kalau betul ada benda… kalau betul bukan perasaan saya… apa abang buat.”
Haris menghela nafas, matanya redup.
“Kalau betul ada, abang halau. Abang lindung awak sampai bila-bila. Itu janji saya.”
Qalesya mengangguk, cuba percaya. Dia menyandarkan kepala di bahu Haris, memejam mata rapat. Tetapi bisikan itu masih bergema dalam fikirannya.
“Qalesya…”
Kali ini dia tidak berani membuka mata.
Qalesya berbaring rapat dalam pelukan Haris. Tubuh suaminya hangat. Dada bidang itu naik turun perlahan, menandakan dia sudah kembali lena.
Sedangkan matanya masih terbuka luas. Bayangan di tingkap, bisikan yang memanggil namanya, semuanya berulang dalam fikirannya tanpa henti.
Dia cuba pejam mata rapat-rapat tapi setiap kali kelopak tertutup, bayangan itu muncul semula di ruang minda.
Dia menggenggam lengan Haris kuat, seakan mahu memastikan lelaki itu benar-benar ada di sisinya. Nafasnya cuba dikawal tapi degup jantung kencang itu tidak mahu reda.
Ruang tamu yang samar-samar diterangi lampu kecil di sudut seolah-olah berubah wajah.
"Sayang tidur saja, abang ada,” bisik Haris dalam lena separa sedar, tangannya masih melingkari pinggang isterinya.
Qalesya mengangguk perlahan, padahal hatinya bergelora. Dia cuba menutup telinga dengan bantal kecil tetapi seolah-olah telinganya tetap menangkap bunyi halus. Ada seperti ketukan lembut di tingkap, ritma yang berulang perlahan. Dia membuka mata. Menoleh tapi tidak ada apa-apa yang bergerak di luar.
"Abang… abang dengar tak,” bisiknya cuba mengejutkan Haris.
Suaminya hanya bergumam kecil, menariknya lebih erat ke dada.
Qalesya menahan nafas. Kali ini dia yakin ada sesuatu lain. Bunyi itu tidak datang dari luar. Ia seperti datang dari dalam rumah. Helaan panjang seperti seseorang menghembus udara ke tengkuknya, membuatkan bulu roma di lengannya tegak. Dia memejam mata kuat-kuat cuba menipu diri bahawa semuanya khayalan.
"Qalesya.”
Dia tersentak. Itu suara perempuan. Teramat jelas. Secara berbisik di belakang telinganya. Suara yang tidak pernah dikenalinya seumur hidup.
Matanya terbuka luas namun dia tidak menjerit. Nafasnya terhenti di kerongkong. Dia hanya mampu menggenggam baju tidur Haris sekuat tenaga. Air mata menitis tanpa dipaksa.
'Ya Allah, lindungilah aku...'
Malam itu terasa sangat panjang. Walau dalam pelukan Haris, dia tahu dirinya tidak sepenuhnya aman.
Biarpun Haris seakan enggan mempercayainya.
***
"Aku pun tak dapat nak sure sangat. Tapi aku dengar,babe!" Qalesya memperjelaskan lagi.
"So, sekarang kau nak buat apa? Takkan psikiatris kut. Kau bukannya gila, Sya. And...kau tak rasa ke kalau-kalau semua ini ada kaitan dengan Haris?"
"What do you mean by that?" Qalesya terdongak dari menyisip straw minuman. Mata mereka berpandangan.
"Yela...kau takkan tak dapat rasa kalau-kalau semua ini terjadi selepas kau pilih Haris sebagai husband kau sedangkan kau pun tahu, yang dia dah ada isteri..."
"So, sekarang ini kau nak tuduh aku lah penyebabnya? Aku tahu aku kahwin laki orang,babe tapi his wife bersetuju. Bukannya kitorang berkahwin dekat sempadan pun..." balas Qalesya, membidas.
"Aku tak kata pun begitu. Aku cuma predik saja. Sebab kebiasaannya begitulah..." jawab si rakan dan tunduk hirup minumannya.
Qalesya termenung lama selepas kata-kata Min. Bunyi bising orang keluar masuk café pun hilang dari telinganya. Hatinya rasa dipalu.
"Min…” suaranya perlahan.
“Kau jangan gurau bab ni. Haris cakap dia dah cerai. Dia tunjuk surat pun…”
Nadimah mengangkat kening.
“Surat? Kau betul-betul tengok ke, Sya? Atau dia cuma bagi kau sehelai kertas yang kau percaya bulat-bulat?”
Qalesya terkedu. Ingatannya berlari kembali pada malam Haris menyerahkan dokumen. Sampul coklat, helai yang dilipat dua. Dia hanya sempat melihat cop mahkamah di hujung atas sebelum Haris menarik balik, katanya cukup sekadar tunjuk. Dia terlalu bahagia masa itu, terlalu ingin percaya.
"Aku nampak cop rasmi… aku nampak.” Tapi nada suaranya tidak meyakinkan.
Min memandang tajam, menunduk sedikit supaya hanya mereka berdua dengar.
“Aku ada kawan kerja kat pejabat agama, bahagian rekod perkahwinan. Aku cuba tanya nama Haris. Sya… nama dia masih terikat dengan isteri pertama. Dia tak pernah ceraikan.”
Dunia Qalesya seakan terhenti. Nafasnya sesak, mulutnya kering. Dia ketawa kecil, ketawa kosong.
“Kau tipu aku, Min. Kau nak aku benci dia. Kau nak aku tinggalkan dia.”
"Sya, aku sahabat kau. Aku tak ada sebab nak runtuhkan rumah tangga kau. Tapi aku tak sanggup tengok kau jadi mangsa penipuan. Dia perdaya kau. Dia kahwin dengan kau, sedangkan dia masih suami orang. Kau sedar tak betapa besar dosanya? Betapa besar risikonya untuk kau?”
Qalesya menggenggam hujung meja. Tubuhnya menggigil. Air matanya jatuh juga akhirnya.
“Kenapa Haris buat macam ni… kenapa?”
Min menghela nafas berat.
“Itu yang kau kena cari tahu. Kadang-kadang, benda-benda pelik yang ganggu kau tu… mungkin bukan kebetulan..."
"Kau pasti ke...yang isteri pertama dia reda? Kau pasti dia setuju dilepaskan?”
Ayat itu menikam terus ke hati Qalesya. Malam-malam diganggu suara perempuan misteri. Bisikan di telinga, bayangan hitam di tingkap. Semuanya terjalin dengan satu soalan besar.
Share this novel