BAB 1

Thriller Series 481

" lambatnya balik. Saya dah tunggu dari tadi,” tegur Qalesya manja sambil membuka pintu.

Haris tersenyum, penat di wajahnya seakan hilang sebaik melihat isterinya.

“Macam orang tak sabar nak tunggu saya pun,” balas Qalesya, menarik tangan suaminya masuk.

“Awak tahu tak saya asyik jenguk jam dari petang tadi. Risau kalau abang balik lewat lagi.”

Haris mengusap lembut rambut isterinya.

“Alahai… manja sungguh. Abang janji lepas ni cuba balik cepat, ya.”

"Janji tinggal janji nanti?” usik Qalesya sambil mengangkat kening.

"Tak. Janji suami pada isteri tak boleh main-main,”kata Haris tersenyum dan mencuit hujung hidungnya.

Qalesya ketawa kecil.

"Abang ni, pandai betul buat saya cair.”

Di meja makan, aroma gulai lemak memenuhi ruang. Qalesya sibuk menyenduk nasi ke dalam pinggan suaminya.

"Abang makan banyak sikit malam ni. Saya masak sungguh-sungguh.”

Haris menyuap sekali, lalu mengangguk.

“Masya-Allah… sedapnya. Sayang belajar dari mana masak macam ni?”

"Google lah, abang. Lepas tu campur dengan perasaan cinta pada suami,” jawab Qalesya sambil menjeling manja.

Haris ketawa kuat.

“Patutlah lain macam rasanya. Penuh kasih sayang. Abang rasa kalau chef hotel pun kalah.”

"Abang ni, pandai bodek.”

"Bodek apa? Abang cakap dari hati.” Haris menjawab lalu mencapai tangan isterinya di atas meja.

“Qalesya, abang bahagia sangat dengan awak. Walaupun hidup kita begini, awak tetap buat abang rasa lengkap.”

Qalesya terdiam, matanya mula berkaca.

“Saya pun sama, abang. Saya cuma nak awak tahu, saya sanggup harungi apa saja asalkan abang ada dengan saya.”

"Janji sayang jangan tinggal abang, ya?” Haris memohon kata janji sambil menatap dalam ibarat kata-kata janji seumur hidup.

"Tak mungkin saya tinggalkan abang. Awak dunia saya sekarang,” balas Qalesya, suaranya bergetar menahan sebak bahagia.

Selepas makan, mereka duduk berdua di ruang tamu. Haris menyandarkan kepalanya di bahu Qalesya.

"Penat?” tanya Qalesya sambil mengelus rambut suaminya.

"Penat sikit tapi bila dapat baring macam ni, hilang semua. Bahu isteri kan ubat paling mujarab.”

Qalesya tersenyum malu.

"Abang pandai sangat ayat manis. Kalau madu abang dengar, mesti dia jeles.”

Haris mengangkat kepala, menatap isterinya.

“Saya dengan awak lain. Awak ni cinta yang segar. Awak buat saya rasa muda balik.”

"Jangan cakap kuat-kuat. Nanti orang kata abang pilih kasih,” ujar Qalesya, separuh bergurau, separuh risau.

"Biarlah orang nak kata apa. Yang penting hati abang jelas. Saya bahagia dengan awak.”

Qalesya terdiam. Suhu wajahnya semerta terasa panas. Dia menyandarkan kepala di dada Haris. Bunyi degup jantung suaminya seakan berlagu, membuatnya rasa dunia ini hanya milik mereka berdua.

“Qalesya...” suara Haris perlahan, tangannya mengusap belakang isterinya.

"Ya, abang?”

"Abang rasa hidup abang berubah sangat sejak ada awak. Kalau dulu balik kerja terus tidur, sekarang abang tak sabar nak balik rumah.”

Qalesya ketawa kecil menyembunyikan rasa terharu.

“Macam ayat drama. Nanti saya percaya betul-betul, susah abang nak lepas.”

"Biarlah susah. Abang memang tak nak lepas.” Haris menatapnya serius.
Qalesya tersenyum malu lalu menunduk.

“Abang jangan manis sangat dengan saya. Takut saya makin manja.”

"Abang suka Qalesya manja. Kalau awak jadi garang macam singa, abang lari dulu,” usik Haris sambil menekup telinga pura-pura takut.

"Abang ni...” Qalesya menolak bahu suaminya namun bibirnya tetap menguntum senyum.

“Saya garang pun sebab sayang.”

Haris meraih jemari isterinya, menggenggam erat.

“Itulah yang abang nak dengar. Sayang untuk abang seorang saja, kan?”

"Siapa lagi kalau bukan awak? Saya ni isteri kedua pun, tetap awak yang saya nampak. Bukan harta bukan pangkat, cuma awak.”

Haris diam seketika, matanya redup menatap wajah isterinya.

“Qalesya... awak tahu tak, abang takut kehilangan awak.”

"Kenapa cakap macam tu?” dahi Qalesya berkerut.

"Sebab awak lembut sangat. Baik sangat. Abang risau orang lain cuba ambil hati awak.”

"Abang jangan mengarut. Saya ni isteri orang. Isteri abang. Hati saya dah ada tuan dia,” balas Qalesya, memandang tepat ke arah suaminya.

Haris tersenyum puas.

“Kalau macam tu, janji dengan abang. Sampai bila-bila pun, awak tetap milik abang.”

"Janji.” Qalesya mengangkat jari kelingking, menghulurkan pada suaminya.

Haris menyambut, lalu ketawa kecil.

“Budak-budak betul. Tapi abang suka.”

Mereka tergelak bersama, suasana hangat memenuhi ruang tamu. Qalesya menatap wajah suaminya.

“Abang...” panggil Qalesya perlahan.

"Hmm?”

Mata Haris masih terpejam, kepalanya enak di bahu isterinya.

"Kalau satu hari nanti orang cuba pisahkan kita, abang percaya tak dengan saya?”

Haris membuka mata, sedikit terkejut dengan soalan itu.

“Kenapa tiba-tiba tanya macam tu?”

"Saja… saya takut kadang-kadang. Dunia kita ni bukan semua orang suka, kan?” Qalesya menunduk, jarinya menguis perlahan hujung kain sofa.

Haris menggenggam tangannya erat.

“Sayang jangan fikir bukan-bukan. Kita bukan hidup untuk puaskan hati orang lain. Kita hidup untuk bahagia bersama. Abang takkan lepaskan awak, apa pun jadi.”

"Betul ya?”

"Betul. Abang janji.” Haris mengangkat dagu isterinya agar mata mereka bertemu.

“Qalesya, abang cintakan awak. Itu takkan berubah.”

Qalesya mengukir senyum kecil.

"Saya pun cintakan abang.”

Haris menarik tubuh isterinya rapat ke dadanya.

“Macam ni lah… bila abang peluk awak, semua rasa takut hilang. Jangan risau. Abang ada.”

Qalesya menutup mata, membiarkan dirinya larut dalam pelukan itu.

Beberapa minit kemudian, Haris mengangkat wajahnya sedikit.

“Sayang nak ikut abang jalan-jalan hujung minggu ni? Kita dah lama tak keluar berdua.”

"Jalan-jalan ke mana?”

"Mana-mana. Cameron Highlands pun boleh. Atau ke pantai. Saya cuti dua hari minggu depan.”

Qalesya tersenyum teruja.

“Serius? Lama betul kita tak bercuti. Saya nak ikut! Tapi… kalau abang bawa saya, nanti orang nampak kita macam pasangan bercinta pula.”

"Kan memang kita pasangan bercinta.” Haris ketawa kecil.

“Cuma beza sikit, kita dah halal.”

"Abang ni...” Qalesya menepuk lengannya, malu bercampur bahagia.

Haris tiba-tiba merenung lama wajah isterinya.

“Awak tahu tak? Sejak awak jadi isteri saya, abang rasa macam dapat peluang kedua untuk hidup.”

Qalesya tersentak.

"Peluang kedua?”

"Ya. Peluang untuk rasa dicintai dengan cara yang abang harapkan. Awak faham maksud abang, kan?”

Qalesya hanya menunduk. Jiwanya tersentuh. Dia tahu, di sebalik senyuman suaminya, ada kisah yang mungkin tak semua orang mampu terima. Tapi itu bukan halangan untuk mereka berdua bahagia.

"Kalau macam tu, abang jangan pernah lepaskan peluang tu,” bisik Qalesya perlahan.

"Abang takkan lepaskan. Awak milik abang, dunia akhirat.”

Pelukan itu kembali erat serta menjadi penyaksian bisu di malam yang hening. Bagi Qalesya, saat itu adalah detik paling indah.

Malam itu, selepas semua bicara manis mereka reda, Haris masih belum melepaskan pelukan.

"Qalesya...” suara lelaki itu bergetar di cuping telinga isterinya.

"Ya, abang...” balasnya lembut.

"Abang rasa... kalau boleh, malam ni masa jangan cepat habis. Abang nak simpan awak erat-erat.”

Qalesya menunduk. Roman wajahnya memerah namun ulas munggil bibirnya tersenyum.

“Abang ni... macam budak takut ditinggal.”

"Memang pun,” jawab Haris pantas, sambil menolak perlahan rambut isterinya yang menutupi pipi.

“Abang takut kalau esok bangun, semua ni cuma mimpi.”

Jari-jemarinya melurut lembut di pipi Qalesya. Wanita itu hanya diam, jantungnya berdegup laju.

"Sayang tahu tak...” Haris menyambung dengan nada penuh maksud.

“Bila abang pandang mata awak, abang nampak rumah. Tempat abang pulang, tempat abang hilangkan segala penat.”

Qalesya menahan nafas. Kata-kata itu bagai alunan lagu yang hanya mereka berdua boleh dengar.

"Abang...” Qalesya memanggil perlahan namun suaranya tenggelam saat Haris menundukkan wajah, bibirnya mencari jemari isterinya dahulu lalu menyentuhnya dengan ciuman lembut.

"Kenapa cium jari saya?” tanya Qalesya malu-malu.

"Sebab dari jari inilah abang rasa kasih awak. Awak suap abang makan tadi dengan tangan ni. Awak belai rambut abang dengan tangan ni. Jadi abang nak hargai dia dulu... sebelum abang hargai awak seluruhnya.”

Qalesya tersipu, wajahnya semakin merona. Haris tidak berhenti di situ. Jari jemarinya kini singgah di pinggang isterinya, menarik tubuh itu rapat.

"Abang...” suara Qalesya hampir berbisik.

"Hmm?”

"Kalau awak terus pandang macam tu... saya tak kuat.”

Haris ketawa kecil, namun matanya tetap serius.

“Memang abang tak nak awak kuat. Malam ni... biar abang yang jadi kekuatan awak.”

Dia mendekat. Bibir mereka bertemu, mula-mula lembut, sekadar menyentuh. Namun bila Qalesya membalas, ciuman itu jadi penuh makna.

Masa seakan terhenti. Hanya bunyi detak jam dinding dan deru nafas mereka mengisi ruang.

Haris mengangkat tubuh isterinya perlahan, membawanya menuju kamar.

"Abang...” Qalesya menyebut namanya lagi, suaranya sudah bergetar.

Haris menunduk di telinganya, membisikkan sesuatu.

“Malam ni, biar abang jadi langit dan awak jadi bulan. Biar kita sama-sama terang dalam gelap.”

Qalesya memejamkan mata, menyerahkan dirinya dalam genggaman lelaki itu.

Jari jemari Haris menyelusuri lengan lantas ke pinggang lalu perlahan-lahan masuk ke bawah baju isterinya.

Qalesya mula bernafas pendek. Sangkar dadanya makin turun-naik. Baju Qalesya dilonggarkan. Bahagian atas dada mula terbuka.

Haris mencium bahu lalu turun ke dada. Haris menanggalkan pakaian Qalesya sedikit demi sedikit.

Qalesya membalas, turut membuka baju Haris dengan tangan menggigil.

Adegan ciuman pasangan itu makin dalam. Berdecitan bunyi saat lidah mereka saling bertemu.

"Ah...sayang..."

Bunyi desahan, bisikan nama masing-masing. Sentuhan Haris makin berani ke seluruh tubuh isterinya, Qalesya hanya mampu menggenggam erat cadar. Qalesya ditarik rapat ke tubuh Haris, sehingga tiada ruang di antara mereka. Nafas keduanya kian deras, tubuh berpeluh.

"Malam ni abang nak Qalesya jadi milik abang sepenuhnya.”

Qalesya mengangguk, menyerah. Pakaian terakhir ditanggalkan. Mereka menyatu di atas katil.

***

Syarifah Aida duduk bersila di hadapan sebuah mangkuk tanah liat. Di hadapannya, beberapa helai rambut bersama seulas limau nipis yang sudah dibelah.

"Aku tak boleh biarkan kau bahagia dengan dia..."

Jemarinya menabur serbuk kuning ke dalam mangkuk lalu menuangkan air yang sudah dijampi oleh seseorang. Bibirnya terkumat-kamit membaca mantera yang diajarkan oleh “mak andam kampung” yang sebenarnya lebih mirip bomoh wanita.

Api kecil pada lilin di hadapannya bergetar setiap kali suara Aida bergetar. Dia menggenggam erat kain kuning, diikat bersama cebisan kertas yang bertulis nama...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience