1

Mystery Series 1272

"NAMA?"

"Zakuan Ilham. Prognosis severe anxiety dan avoidant personality disorder," jawab Salma. Dr Ruhaila mengangguk faham dan menyelak halaman seterusnya.

"Simptom?"

"Terlalu takut pada gelap, botol-botol kecil dan juga perempuan."

"Perempuan?" tanya Dr Ruhaila kembali sambil menjungkitkan keningnya sedikit.

"Ya, doc. Itu adalah simpton-simpton yang kami semua nampak," jelas Salma.

"Kenapa ya?" tanya Dr Ruhaila juga sama meneliti keadaan lelaki itu. Pada pemerhatiannya, Zakuan seorang pemuda yang kacak juga jika rambutnya diperkemaskan.

"Saya dapat tahu, punca dia jadi begini kerana seorang gadis bernama Intan. And get one mystical existing..."

"What do you mean with that statement? Hantu?" Dr Ruhaila sedikit tertawa. Salma pula diam dan tetap mengangguk.

"Hmm, kebarangkalian tu mungkinlah ada. Halusinasi..." ujar Dr Ruhaila pada akhirnya setelah melihat satu lagi laporan. Laporan tersebut, sedikit-sebanyak menggusarkan dirinya juga.

"Mana pergi Intan ni, ya?" Persoalan itu tiada berjawapan. Dr Ruhaila memandang semula ke arah pemuda yang dikenakan straightjacket itu.

"Zakuan...jangan takut. Saya takkan apa-apakan awak. Nama saya Dr Ruhaila."

"Aku...aku...sayangkan dia." Lagi sekali ayat itu Zakuan ucapkan. Tetapi, kali ini depan Dr Ruhaila pula.

"Siapa? Apakah gadis itu bernama Intan?" Teguran Dr Ruhaila menancap renungan kosong itu padanya sambil Salma memerhati.

"Tidak. Tak. Tak!" jawab pemuda berbaju pasung itu seraya tergeleng-geleng. Dr Ruhaila berasa pelik lantas memandang ke arah Salma.

"Betul ke gadis itu Intan? Atau ada watak lain dalam cereka ini?" soal Dr Ruhaila sambil tenung seraya meneliti lagi tingkah, Zakuan Ilham.

"Aku sayangkan dia. Aku cintakan dia. Aku...aku...aku terpaksa... tolong, jangan ganggu aku lagi!" jerit Zakuan setelah mendongak. Makin laju tubuh berstraightjacket itu, menggelupur dan bertingkah seperti orang nak melarikan diri.

Beberapa bulan kebelakang...

"Zak, aku dengar ada staf baru masuk dept Roy. Mari jugak orangnya," ujar Ahmad.

"Mari?" Zakuan tidak jadi nak minum.

"Ahah. Mari, nama dia saja yang aku tak sempat nak tanya Deeba,"ulas Ahmad pula. Ambil sekeping biskut kering dari dalam tong biskut Danish atas meja.

"So, apa kaitannya dengan kita?"Zakuan menyembur. Ahmad menyengih macam kerang busuk.

"Bukan untuk aku. Kalau untuk aku, buat apa aku bagitahu kat kau. Baik aku diam sorang. Lagipun, bini aku kat rumah tu aku nak letak mana,"jawab Ahmad tanpa kona-kona. Straight saja.

"Habistu untuk sapa?" Zakuan menyoal setelah dia juga duduk atas kerusi bar dalam pantri itu.

"Untuk sapa lagi kalau bukan kau. Setahu aku, dalam department kita ni kau tu je yang masih bujang trang tang-tang!" sahut Ahmad sambil mengunyah.

"Gila ke apa? Kenal pun tak dah kau pandai-pandai nak kenenkan kat aku!" bidas Zakuan tersenyun sinis lalu minum lagi.

"Habistu sampai bila nak membujang? Inilah masanya. Dulu kami perkenalkan Syasya kau taknak. Lola kau tolak juga. Rina pun sama. Ke...kau memang taknak jadi macam aku? Family man?" teka Ahmad.

"Siapa kata?" Nafi Zakuan pula.

"So? Kalau tak cuba, mana nak dapat jawapan. Kalau kau betul nak, aku pun boleh tolong..."cadang Ahmad. Dia berniat ikhlas.

Zakuan merenungnya. Ahmad dok angkat-angkat kening.

Sementara itu, di department Intan staff yang baru masuk itu. Dia didatangi seorang pemuda tidak kurang kacaknya juga.

"Staff baru yang Suzan bagitahu tu, ke?" Tegurnya ramah setelah tiba di tepi meja kubikel. Intan menghentikan kerja-kerja menaipnya lantas mendongak.

Sambil tersenyum, Intan mengakuinya.

"Ya, saya."

"Hai, aku Johan. Panggil Han saja. By the way, selamat datang ke Exzec Sdn Bhd."

Intan mengangguk sambil tersenyum.

"Kalau ada apa-apa yang Intan tak dapat nak catch up, cari saja Han ya. Rasanya meja kita pun taklah jauh sangat. Tu..." jelas Johan seraya menghalakan muncungnya ke arah meja di belakang kerusi, Intan.

"Baiklah,"jawab Intan yang masih murah dengan senyumannya.

"Oklah. Han balik meja dulu ya. Oh iya, lunch nanti keluar tak? Ada rehat dengan sesiapa tak?" Sempat lagi Johan bertanya sebelum dia bergerak ke mejanya.

"Keluar sorang. Baru lagikan."

"Hah, kalau macam tu apakata kita rehat sekali?"

"Siapa je yang nak marah. Itu pun, kalau awak sudi lah keluar rehat dengan Han," jawab Johan. Intan tersenyum kembali.

"Cantik..." Puji Zakuan dalam diam. Biarpun sudah seminggu Intan bertugas. Juga dah beberapa kali mereka bertemu, bertembung di lobi juga lif tetapi dia masih lagi tidak ada keberanian nak menegur.

"Cantikkan si Intan tu?" Ahmad berkata dan mengejutkan Zakuan. Zakuan termalu-malu bila dia dapati Ahmad dapat tengok intipan dia itu.

"Apa barang tengok dari jauh. Tu, kau tengok si Han tu lately ni, aku dengar dorang bertambah rapat,"ujar Ahmad lebih kepada nak tusuk jarum hasutan.

"Dah tu, kenapa? Biarlah. Nama pun sama department,"balas Zakuan pula berpura-pura tak mengambil kesah. Namun, jauh di sudut hati dia terkesan juga. Tipulah kalau dia kata, tiada rasa suka memandang keayuan wajah Intan.

"Kau nak cuba tak?" Ahmad mencucuk lagi. Zakuan memandangnya lama. Ahmad menyengih.

"Kalau tak mencuba mana nak tahu apa nasib kita, kan? Tak semestinya dorang tu bercinta kalau rapat sekalipun."

"Nanti-nantilah."

"Betul? Kau tak menyesal?" Provok Ahmad. Dia yakin, sahabatnya itu ada simpan perasaan. Dari cara pandangan pun dia sudah tahu.

"Kalau kau nak, aku ada idea. Alah...kawan-kawanlah dulu. Kalau korang serasi dah boleh teruskan. Kalau tidak, jadi kawan pun ok gak kan?" ujar Ahmad yang tidak habis memprovok. Zakuan memandang Intan seketika sebelum dia pandang, Ahmad semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience