Series
1272
"INTAN RAESS!" Satu suara menegur. Intan di masa itu yang sedang ingin berkemas-kemas untuk pulang, berpaling pada kehadiran seorang lelaki ini.
"Ya. Mana awak tahu nama penuh saya? Kita pernah berjumpa ke sebelum ini?" tanya Intan tetap bersuara lembut dan ramah walau terasa pelik. Sudahlah pemuda itu datang secara tiba-tiba.
"Kitakan satu bangunan. Satu syarikat. Berbeza department saja. Sure kita kat sini tetap akan tahu nama even tak berapa kenal. By the way, aku Zak. Zakuan," balas Zakuan. Intan cuma tersenyum tanpa menyambut huluran tangan itu.
"Oh, it's okay," ujar Zakuan terpaksa menurunkan tangannya semula.
"Macamana dengan kerja. Ok?"tanya Zakuan cuba beramah.
"Okay," balas Intan sambil-sambil pandang jam di paparan skrin laptop. Dia sudah lewat. Syalily rakan sekondonya pasti dah tunggu.
"Hmm, kalau awak tak keberatan. Boleh tak kita jadi kawan?" tanya Zakuan direct.
"Hah?" Intan sedikit terkejut. Datang tiba-tiba kemudian nak berkenalan pula.
"Boleh tu, memanglah boleh. Lagipun, kita dekat sini semua kenalan pun kan? Er, actually saya dah terlewat ni wak," sambut Intan serba-salah.
"Hah, Zak. Buat apa kat sini?" sapa Johan baru tiba dari dalam lif. Zakuan terkejut dengan kemunculan itu. Intan pun sama.
"Awak, malam ni free tak?" tanya Johan pada Intan depan-depan Zakuan.
"ARGH!!!" pekik Zakuan dan terbangun dari atas sofa pejabat. Kelam-kabut dia mengesat mukanya yang berpeluh.
"Kenapa ni? Susah betul aku nak tidur sekarang!" bebelnya menurunkan kedua-dua belah kakinya ke lantai. Menunduk dalam keadaan terkangkang.
"Siapa orang tua itu? Kenal pun tak?" Zakuan bertanya ketika bingkas bangun dan sambil melipat tangan, dia menapak ke arah dinding kaca pejabat.
"Aku tahu apa mahu mu. Hanya aku yang boleh membantu. Pelik. Apa yang aku mahukan pun aku tak tahu. Macamana pula dia pula boleh tahu?" Zakuan bertanya sambil pandang biasan diri sendiri dekat dinding kaca yang ketika sama memaparkan keadaan bangunan-bangunan luar yang gemerlap.
"Tempat itu pula? Hutan tu? Kenapa macam bukan hutan-hutan biasa?" Dia mengomel lagi. Jenuh dia cuba ingat balik mukanya tapi masih samar-samar serupa dalam mimpinya juga.
"Aku tahu apa mahu mu. Hanya aku yang boleh bantu kau. Bantu aku? Dari segi apa?" soalnya yang masih lagi ralit merenung kaca dinding.
"Eh?" Laju dia berpaling. Dahinya berkedut seribu. Dia pandang ke arah cermin kaca semula tetapi bayangan orang tua bongkok yang dia nampak tadi itu, ghaib sudah.
"Ya Allah! Patutlah. Dah dua belas tengahmalam. Eloklah sangat tidur dalam pejabat waktu semua orang dah balik," bebelnya lalu berpusing tubuh bergerak ke arah meja. Capai briefcase.
Kini,
Dr Ruhaila bersiap-siap dan sudah ingin balik ke hostel. Sedang dia berjalan di lorong berdekatan dengan bilik isolasi yang menempatkan subjek aka pesakit baru atau yang agresif, matanya terpandang sosok melintas di depannya dengan begitu pantas sekali.
"Perempuan mana pula tu?" Dia bertanya sambil memandang jam tangan.
"Bukan masa pantauan," desisnya lalu menyelak kembali lengan baju kurungnya.
Dr Ruhaila cuba mengekori perempuan membagi belakang itu. Bajunya tidak menggambarkan sesuatu yang menyeramkan kerana itulah dia berani membuntuti.
"Aik? Cepatnya dia berjalan? Tak beberapa saat aku pandang padang ni?" soal Dr Ruhaila pada kegelapan di hadapan.
"Tidak!!!"
"Hah? Itu suara dari dinding?" Tanyanya dan terus berlari ke depan.
"Aku tak salah. Aku tak salah. Kau jangan ganggu aku. Aku tak salah!" pekik Zakuan semakin menghimpit dinding tubuh berstraightjacket itu.
Perempuan itu langsung tidak bersuara tetapi kian dekat.
"Suara tu macam suara pesakit yang baru masuk tu, kan?" Dr Ruhaila bukan saja terjengah-jengah tapi juga tertanya-tanya memandangkan grille berkunci. Dia tiada akses untuk masuk ke ruangan isolasi.
"Pak Mat! Sekejap!" panggil Dr Ruhaila. Dia bernasib baik menemui pak guard tersebut.
Jaga yang bernama Mat itu berjalan pantas ke arah Dr Ruhaila.
"Ada apa doktor?"
"Pak Mat ada dengar tak?" tanya Dr Ruhaila sambil letak jari ke bibir.
"Memang ada dengar. Sebab itulah saya ke mari ni,"jawab jaga tersebut. Lantas mereka bergerak ke depan untuk membuka grille.
"Sebenarnya dah beberapa hari juga saya dengar, doc," ujar Pak Mat sambil memusing-musing kunci di padlock.
"Lah, kenapa tak beritahu kami? Atau saya?" tanya Dr Ruhaila nyata terkejut.
"Bukannya saya taknak bagitahu tapi terlupa bila dah esok harinya. Ni, dah alang-alang eloklah saya bagitahu. Yang peliknya waktu-waktu macamni. Dia pasti menjerit."
Tuck!
Krek...
Bunyi grille diketepikan dan mereka berdua melangkah masuk ke lorong. Kedua-duanya berpapasan. Setibanya depan pintu cermin, Dr Ruhaila mengeluarkan kad akses lalu dileretkan pada kotak akses. Setelah pintu kaca terbuka, mereka bergegas tatkala mendengar lagi jeritan.
"Jangan ganggu aku. Pergi! Pergi!!!" Zakuan memekik. Matanya masih lagi terpejam. Tubuh masih mengerekot di tepi dinding.
"Zakuan?" tegur Dr Ruhaila yang masuk ke dalam bersama-sama dengan Pak Mat sebagai langkah berjaga-jaga.
"Aku tak salah. Aku tak salah. Aku ...aku cinta..."
Share this novel