"Sayang"
Ayyash meraba-raba sisinya. Kosong.
Mata dicelikkan. Kemudian pandangan dihala ke sebelah. Aik? Mana isteri dia ni?
"Anggerik sayang. Mana awak?"
Ayyash bangkit dari baringnya. Pintu sliding door dibuka. Aik..mana isteri dia ni? Pagi-pagi dah menghilang..
"Anggerik..... sayangggg..."laung Ayyash.
"Mana pula bini aku ni.."
Ayyash merayau di sekitar dalam rumahnya. Namun masih tak kelihatan bayang isteri. Halimunan ke isteri aku ni.
Kedengaran suara orang bernyanyi di belakang rumah. Ayyash berjalan ke arah halaman belakang rumah. Terlihat Anggerik sedang bermain dengan kucing mereka yang mereka pelihara.
Anggerik yang leka bermain dengan anak kucingnya langsung tak perasan kehadiran Ayyash yang sudah pun melabuhkan duduk di sebelahnya. Ayyash memerhati dalam diam.
"Comelnya diaaaa!!!! Geram la kita tengok dia. Gebunya bulu." ujar Anggerik geram. Dicium cium bulu mulus anak kucing itu. Anak kucing itu sekadar biarkan saja. Dia pun suka sambil menjilat pipi Anggerik.
"Amboi lekanya dia main dengan anak kucing. Sampai suami kat sebelah pun tak perasan ye." Anggerik terkejut lalu menoleh ke sebelahnya. Ayyash yang sedang tersenyum memandangnya dijeling sekilas.
"Awak ni baby ! Bagilah salam dulu. Sapa ke. Terkejut saya tau. Nasib tak gugur jantung. Kalau tak dah kiok saya." sambil membuat gaya lidar terjelir keluar. Tanda dah mati.
Ayyash ketawa. Haihlah isteri.
"Yelah sayang saya minta maaf. Lepas ni saya sapa awak dulu ye. Maaf ye." Ujarnya lembut. Tangan mengusap kepala isterinya.
Anggerik senyum. Dia mengusap pipi Ayyash lembut. "Tak apalah. Saya gurau je. Tak terkejut sangat pun. Ni awak dah sarap belum?" Soalnya sambil meletakkan anak kucing ke tepi. Anak kucing itu terus bangun bermain sendiri.
Ayyash menggeleng. Dia mencebik bibir. Anggerik menjongketkan kening. "Kan saya dah buat sarapan. Ke awak nak sarapan yang lain? Saya boleh buatkan."
Ayyash menggeleng. "Saya nak sarap dengan awak. Tak best tak ada awak. " Ujarnya manja.
Anggerik gigit bibir bawah. Menahan diri dari menggomol wajah comel suaminya.
"Eeeeee geramnya saya. Comel sangat awak ni. Ha ye ye jom sarap. Awak tak kerja harini?" dia bangkit dari duduknya sambil menarik suami. Namun Ayyash lagi tangkas, dia mendukung isterinya lagak bayi.
Anggerik tanpa banyak cerita terus melingkarkan kaki ke pinggang suaminya. Leher itu dipaut erat.
"Saya masuk lambat sikit. Kerja pun tak banyak. Saya banyak settlekan awal." katanya lembut. Dia menarik kerusi lalu melabuhkan duduk, dengan keadaan masih lagi Anggerik di atasnya.
Anggerik membetulkan kedudukannya. Dia mencedok maggi goreng ke dalam pinggan suaminya. Kemudian dia ingin bangun tapi pinggangnya ditahan dengan lengan Ayyash.
"Duduk je sini sayang. Awak kongsi dengan saya ye. " ujar Ayyash. Tangan dimasukkan ke dalam baju Anggerik, lalu perut yang sedikit buncit itu diusap-usap. Anaknya dan Anggerik.
"Assalamualaikum anak babah. Harini babah nak pergi kerja. Jaga ibu baik-baik ye." katanya lembut. Anggerik ketawa kecil.
"Dia tak respon lagilah awak. Baby kecik lagi." Ujarnya lembut. Ayyash mendongak memandang wajah seri Anggerik. Cantik.
Dia mengangakan mulut apabila Anggerik menyuapnya. Pipi itu dicium sekilas.
"Tak apa. Saya teruja. Hihi. Tak sabar nak tengok perut awak dah besar nanti. Saya nak rasa dia tendang saya. Saya nak usap perut awak, urut kaki awak. Buat macam-macam untuk awak. Saya tak sabar nak lalui saat itu." Katanya teruja.
Anggerik senyum manis. "Saya pun tak sabar baby. "
Dia menyuap lagi maggie goreng ke dalam mulut suaminya. Kemudian disuap pula ke dalam mulutnya.
Ayyash senyum.
"Eh baby ! Awak dah mandi ke belum ?"
"Belum lagi. Hehe"
"Babyyyyyyy ! Pergi mandi ! Ish tak mandi lagi sibuk peluk orang ye. Dengan terus sarap." bebel Anggerik. Ayyash tersengih.
"Sorry sayang. Nanti saya mandi ye. Kita sarap dulu tau."
••••••••••••••••••••••••
"Hai Ayyash. Happy je aku tengok kau harini. Ada berita gembira ke?"
Fariz menyapa Ayyash. Tengok wajah member dia ni berseri-seri je. Kemain bercahaya bagai ada lampu tersuluh kat situ.
Ayyash tersenyum. "Mestilah happy. Tak lama lagi nak bergelar ayah dah aku ni." ujarnya teruja.
Fariz terkejut. Tapi tak lama kemudian dia tersenyum gembira. "Wah Ayyash. Tahniah bro. Aku tumpang gembira. Dah berapa minggu?"
"Dah sebulan dah. Haritu pergi check sebab tengok dia tak sihat je. Rupanya mengandung. Happy gila aku."
Fariz mengangguk. "Tahniah sekali lagi. Jaga kandungan isteri kau baik-baik. Kalau nak minta tolong ke boleh roger aku. Nanti aku share tips. " ujar Fariz.
Ayyash mengangguk faham. Tahu Fariz dah berpengalaman. Maklumlah kawan dia ni dah bergelar ayah kepada 4 orang anak.
Fariz tersenyum nakal. "Boleh la ni jadi menantu aku."
Ayyash menjeling. "Tak ada maknanya."
"Hai guys. You guys cerita apa ni."
Ayyash dan Fariz lantas menoleh ke arah suara itu. Terlihat seorang gadis berbaju ketat berjalan ke arah mereka.
Serentak kedua pasang mata itu digulingkan ke atas. Semak lah minah ni.
"Kau pahal menyemak kat sini? Sakit lah mata tengok kau ni." ujar Fariz kasar. Gadis bernama Sara itu tersenyum gedik. Rambut dipintal manja.
Haruslah tunjuk manja depan dua jejaka kacak. Mana tahu ada yang sangkut dengannya. Tak ke tuah.
"I saja je datang sini. Tengok you guys bergelak sakan, i nak tahu juga topik apa korang borak ni." ujarnya gedik. Mata dikenyit ke arah Ayyash.
Ayyash membuat muka jijik. Kalau Anggerik yang buat memang tergoda juga dia. Ini si minah tak cukup baju yang buat memang dia rasa nak langgar dengan lori.
Fariz mendengus. "Eh berambus lah. Orang geli tahu tak. Tak padan dengan pakaian macam sarung plastik botol. Eh kitorang ni dah kahwin. Tolong lah hormat sikit boleh tak."
Sara menjeling. "Alah laki boleh pasang 4 kan. I boleh jadi yang kedua."
"Kedua kepala hotak kau lah. Kau fikir kau cantik? Eh setakat makeup tebal kay yang harga mahal ni aku tak heranlah. Makin buruk kau tahu tak. Bini aku kat rumah tu lagi lawa berbanding kau. Lagi seksi. Lagi menarik, menggoda. Setakat kau yang macam batang kayu ni apa benda yang menariknya?" sinis Ayyash.
Terkedu Sara dan Fariz dibuatnya. Fariz lah paling terkejut. Tak pernah-pernah Ayyash cakap macam ni. Biasanya dia terus tolak atau diam je. Ni memang sinis habis ni.
Sara menelan air liur. Masih lagi melawan. "You tak kenal i lagi boleh la you cakap macamni. You kahwin dengan i la, baru you tahu siapa paling menggoda---"
"Memang sah sahlah bini aku lagi menggoda. Dia tu tak buat apa-apa pun aku dah tergoda. Lagikan dia mengurat, berjuta-juta kali aku jatuh dalam godaan dia. Kau ni? Apa je kau ada? Jaga lah sikit maruah kau tu. Kau tu perempuan. Ada rasa malu. Rasa segan. Bukan macam ni punya perangai. Eh tolong lah ye. Kalau rasa dah terdesak sangat nak kahwin, dah gatal sangat, pergi cari laki bujang. Bukan laki orang. Kau fikir aku suka ke kau ni? Sampai mati pun tak lah. Cermin lah diri tu. Sorry la aku memang cakap lepas sebab aku memang langsung tak suka kau. Sila berambus dari sini sebelum kau aku pukul." kata Ayyash dingin dan kasar.
Sara menelan air liur. Tahu yang Ayyash tak main-main dengan kata-katanya. Terus dia pergi dari situ. Takut dengan panahan mata dari kedua-dua lelaki itu.
Fariz menepuk bahu kawannya." Baik do kau. Mantap kau bidas dia macamtu. Biar dia rasakan." sokong Fariz.
Ayyash tersengih. "Mestilah. Betul apa aku cakap, bini aku lagi menggoda. Dia punya penangan tu buat aku tak lena tau." seloroh Ayyash. Fariz gelak besar.
"Samalah aku. Bini aku tu tak buat apa-apa lagi aku dah tergoda. Risau dapat anak kelima pula." sakat Fariz nakal. Ayyash menumbuk perlahan perut Fariz.
"Otak kau ni kotor gila. Pergilah cuci sana. Jangan jangkitkan kat aku." tolak Ayyash.
Fariz gelak besar. "Tak apa nanti aku jangkitkan okay. Hahaa"
Share this novel