Cerita Jumanji yang dipaparkan itu ditonton sambil berbaring di atas sofa. Jam dinding dilihat sekilas.
"Mana sayang ni...lambatnya balik. Dah pukul 5 dah." gumam Ayyash.
Hmm....bosannya tak ada Anggerik !
"Assalamualaikum."
Ayyash bangkit dari baringnya. Dia memandang Anggerik yang baru masuk ke dalam rumah.
Dia bergerak ke arah Anggerik. Tanpa sebarang kata dia memeluk tubuh comel isterinya.
"Sayangggg----lamanya awak kerja. Lambat balik." gumam Ayyash di sebalik celah leher isterinya yang dilitupi tudung.
Kepala menggesel manja. Rindu Anggerik.
Anggerik tersenyum lebar. Tangan memeluk kejap badan suaminya. Dahi Ayyash dicium sekilas.
"Maaf ye baby. Saya ada banyak kerja tadi. Ni pun tergesa-gesa balik tau. Rindu awak." kata Anggerik.
Mata dikenyit sekilas. Ayyash senyum malu. Pipi gebu Anggerik dicium laju.
"Jom sayang. Kita makan. Saya dah masakkan untuk awak. Lauk kegemaran awak tau. Udang masak lemak dan ayam buttermilk. Ada paprik, banyak saya masak tau." kata Ayyash teruja.
Anggerik menelan air liurnya. Sedapnyaaa......
"Ok husbaby. Tapi bagi saya mandi dulu boleh? Dah berlengas badan ni. Busuk."
Ayyash menggumam. Mata memandang mata isterinya. Sehingga Anggerik hairan.
"Kenapa baby? Ada apa-apa ke?"
"Kalau---saya nak mandi sama-sama dengan awak boleh?" pinta Ayyash perlahan. Anggerik tergelak.
Lahh, itu je ke.
"Boleh sayang. Jom mandi sama-sama." balas Anggerik.
Tak sampai sesaat, dia terasa badannya melayang. Tangan terus memeluk erat leher Ayyash.
Hish, tak reti sabar.
••••••••••••••••
Ayyash memerhatikan isterinya yang sedang makan. Pipi gebu itu semakin bulat kerana dipenuhi makanan.
Dia memandang ke bawah. Tergelak kecil bila melihat kaki isterinya terjuntai sambil digoyang-goyangkan.
Comel sungguh la Anggerik ni.
"Husbaby---janganlah tenung saya macam tu. Malu saya."
Ayyash tersengih. Dia menarik kerusinya ke sebelah Anggerik. Hingga peha mereka berlaga.
"Awak makan pun cantik. Mana saya tak jatuh cinta."
Anggerik menggeleng. Orang dah comot ni dia katanya cantik.
Anggerik yang sedang membasuh pinggan mangkuk itu diperhati Ayyash sambil bersandar di dinding.
Sekalipun dia tak lepas pandang isterinya. Entah magnet apa yang ada pada Anggerik hingga buatkan dia sentiasa nak lihat isterinya.
"Awak---banyak lagi ke nak basuh?" soal Ayyash. Anggerik menoleh ke belakang sekilas .
"Lagi sikit je sayang. Awak kalau ngantuk naik dulu ok? Kejap lagi saya follow."
Ayyash menggeleng. "Saya nak saing dengan awak. Taknak naik sorang." kata Ayyash.
Anggerik tersenyum. Dah agak dah. Ayyash kalau dia ada mesti nak masuk bilik sama-sama.
Anggerik menyapu losen di badannya itu diperhatikan oleh Ayyash.
Aduhai suami dia ni---suka betul asyik perhatikan dia. Dia pun naik meremang bulu roma.
"Kenapa husbaby? Awak dari tadi asyik tengok saya. Ada apa-apa ke awak nak cakap?" soal Anggerik. Dia berjalan ke arah katil. Badan dibaringkan.
Dengan pantas Ayyash terus baring menghempap Anggerik. Kepala diletakkan di dada isterinya. Anggerik tergelak.
"Ya Allah baby, terkejut saya tau. Kenapa ni?" Anggerik mengelus badan suaminya.
Ayyash senyum. "Tak adalah. Saya cuma tertanya-tanya kebaikan apa yang saya dah buat sampai dapat isteri yang sempurna macam awak."
Anggerik senyum. "Saya tak sempurna. Mungkin Allah memang dah aturkan takdir kita untuk bersama. Mungkin awaklah orang yang selama ni saya berdoa pada Allah semoga jodohkan saya dengan seorang lelaki yang boleh terima kekurangan saya."
Ayyash mendongak. Mata meneliti wajah isterinya.
"Nak dibandingkan saya dengan awak---kita jauh beza. Saya ni orang kampung yang datang ke bandar. Saya tak kaya. Pelajaran pun tak tinggi mana. Kerja saya pun biasa je. Gaji tak tinggi macam awak. Rumah ni pun tak besar mana. Saya...saya banyak kekurangan. Ramai orang pandang rendah kat saya sebab saya kahwin dengan awak. Ramai orang tak ikhlas kawan dengan saya sebab saya orang susah. Saya---"
Ayyash terdiam. Bibirnya yang dikucup sekilas ditekup. Anggerik menggeleng.
"Dhaffa---jangan rasa rendah diri dengan apa yang awak ada. Saya tak kisah macam mana pun diri awak. Saya terima segala kekurangan dan kelebihan awak. Saya terima diri awak seadanya. Awak tak kaya, saya tak kisah. Kerja awak biasa biasa je, saya tak kisah. Rumah yang awak beli ni awak kata biasa-biasa je, saya tak kisah. Saya ni pun tak suka rumah besar-besar sangat. Cukuplah untuk keluarga kecil kita duduk pun dah syukur bagi saya. Ramai orang pandang rendah pada awak sebab mereka iri---awak tu pekerja yang bagus. Bos awak sayang awak. Awak buat kerja bagus. Malah gaji awak lagi tinggi daripada yang lain. Sebabtu mereka iri. Mereka iri awak kahwin dengan saya---awak pedulikan je. Bukannya saya kahwin dengan mereka pun. Malah ibu dan ayah saya pun sayangkan awak tau. Abang kakak saya pun suka awak. Saya pun sama. Saya nak awak je."
"Tak kisahlah macam mana awak sekalipun---saya tetap nak awak. Saya dah pesan husbaby sebelum ni ---bila saya kata saya nak awak, bermaksud saya terima segala-galanya tentang awak." Anggerik senyum manis.
Dahi dirapatkan antara satu sama lain." Saya tak akan jemu cakap benda yang sama ni pada awak. Saya cintakan awak seadanya. Tak perlu rendah diri, tak perlu ubah diri. Cukup awak jadi diri awak---dah buat saya selalu jatuh cinta. Segala perbuatan dan ayat awak, sentiasa buat saya di awang-awangan. Bagitau saya, nikmat mana lagi yang saya nak dustakan? Awak merupakan salah satu pemberian Allah pada saya yang amat saya syukur. Yang amat saya kagumi."
Ayyash menangis perlahan. Dia terharu. Anggerik mencium mata suaminya.
"Husbaby---lepasni kalau ada yang cakap macam tu lagi kat awak, awak bagitau saya. Biar saya ajar mereka. Sampai hati buat suami saya terluka. Saya isteri awak pun saya tak pernah marah-marah tau." geram Anggerik dibuatnya.
Tunggu kau. Aku hempuk kepala korang dengan periuk aku yang diturunkan dari 10 keturunan dulu.
Ayyash ketawa kecil. "Terima kasih sayang. Selalu buat hati saya tenang. Selalu ceriakan saya. Terima saya seadanya."
Anggerik tersengih. "Akhirnya, mr beku ni dah cair dengan isteri dia."
Ayyash tergelak. "Sejak saya akad nikah awak lagi saya dah cair teruk. Tak ada lagi encik beku."
Anggerik memeluk suaminya. Dia menepuk-nepuk belakang badan suaminya sambil membaca selawat.
Kedengaran dengkuran halus dari suaminya. Anggerik tergelak kecil.
Baby besar dah tidur. Selamat malam sayang saya.
Dan mereka pun masuk ke alam mimpi yang indah.
•••••••••••••••••••
"Husbaby---bangun. Solat subuh jom. Lagi setengah jam dah nak masuk waktu ni."
Kejut Anggerik. Ayyash membuka matanya perlahan-lahan. Wajah isterinya direnung. Senyuman diukir.
"Selamat pagi sayang. Tunggu saya kejap ye. Saya mandi dulu." Ayyash bangun lalu meregangkan otot-ototnya. Anggerik menelan liur.
Haih encik suami---segaknya awak.
Ayyash mengemaskan cadar katil dahulu. Kemudian, tuala mandi diambil lalu masuk ke dalam tandas.
Salam diberi. Kemudian mengusap wajahnya. Dia menoleh ke belakang.Wajah ayu Anggerik yang memakai telekung direnung penuh rasa cinta.
Tangan dihulurkan. Cepat Anggerik capai lalu dicium. Dahi isterinya dicium lalu badan itu dipeluk kejap. Dia mengangkat tubuh comel isterinya ke atas pangkuannya.
"Kita nak bual santai ke ni awak?" soal Anggerik. Ayyash mengangguk.
"Nak borak apa?"
"Borak macam mana awal perkenalan kita dulu?" tanya Ayyash. Anggerik tergelak.
"Rasanya dah 150 juta kali kita cerita benda ni. Awak tak bosan ke?" Ayyash menggeleng.
Kepala diletakkan di bahu Anggerik. Hidung ditenggelamkan di balik pipi comel isterinya.
"Tentang cerita cinta kita, saya tak pernah bosan. Sebab itulah detik-detik indah kita dulu,sebelum saya angkat awak jadi kekasih halal saya. Permaisuri saya." romantis kata-kata Ayyash buatkan Anggerik rasa ada rama-rama dan bunga tumbuh mekar di perutnya.
Dan mereka meluang masa dengan bercerita. Sekali sekala kedengaran tawa mereka.
Ayyash memakai kasut kerjanya. Dia memandang Anggerik yang sedang mengunci pintu.
Harini mereka matching. Warna putih dan softblue. Ayyash lah harini katanya nak matching.
Saja nak sweet sweet. Baru comel.
"Harini kita naik motor. Boleh tak awak?" soal Ayyash. Anggerik mengangguk laju.
Dia dah lama tak naik motor. Selalu naik kereta je. Ni Ayyash dah sihat ---boleh naik motor. Yey !
Ayyash memakai helmet full face. Kemudian helmet lagi satu disarungkan di kepala isterinya. Kepala dilagakan dengan kepala isterinya yang dah dilitupi helmet.
Anggerik tergelak. Comel nya suami saya.
Motor ZX25R meluncur keluar dari perkarangan rumah mereka. Anggerik memeluk erat suaminya.
Manakala Ayyash dah tersengih-sengih. Suka la tu isteri peluk dia.
Sampai saja di hadapan kafe isterinya, Anggerik turun dari motor. Helmetnya Ayyash buka. Kemudian tudung isterinya dibetulkan.
"Kerja elok-elok sayang. Apa-apa call saya ye." Ayyash cium dahi isterinya. Anggerik salam tangan suaminya. Kemudian pipi Ayyash dikucup kiri dan kanan.
Dia melambai Ayyash sehingga hilang bayangan motor itu. Anggerik senyum.
"Hensem laki aku harini. Grrr."
Risau !
Share this novel