Chapter 3

Short Story Series 489

Ayyash mengemaskan lagi baju kemeja yang dipakainya. Minyak wangi disembur sedikit ke badan.

Rambut dibetulkan apabila nampak tidak sedikit kemas. Bunyi pintu bilik air yang dibuka menyebabkan Ayyash berpusing menghadapnya .

Anggerik yang sudah siap berpakaian dipandang. Isterinya sangat cantik mengenakan abaya berwarna soft green direnung penuh cinta dan suka.

Argh ! Anggerik terlalu cantik untuk ditayang di hadapan orang lain. Dan dia tak suka !

"Anggerik~"

Anggerik mengangkat kepalanya. Tangannya yang sedang mengeringkan rambut dihentikan.

"Kenapa husbaby?"

Ayyash bergerak ke arah isterinya. Dia mengambil hair dryer yang ada di tangan Anggerik lalu mengambil tugas itu. Rambut ikal mayang isterinya yang hitam pekat diusap lembut.

"Lawa la rambut awak. Saya suka tengok tau. Cantik berkilat." puji Ayyash. Anggerik tersengih.

Tau dah. Masa dia kecik dulu berapa ramai orang puji dia sebab rambut cantik. Genetik ibu dia kuat ni haha. Abang dengan adik lelaki dia pun lawa je rambut diorang.

"Genetik ibu saya kuat. Adik beradik saya pun macam ni juga kan. Muka jela kami ikut ayah. Tinggi pun ikut ayah."

Ayyash senyum. "Awak tinggi ke?"

Anggerik menjeling.

"Eh awak ni kalau saya gomol karang apa pun tak dapat tau tak. Mentang mentang orang ni pendek. Orang pendek comel tau !"

Ayyash tergelak. Dia memeluk isterinya dari belakang. Hidungnya dilagakan dengan pipi isterinya.

"Ye comel dan cantik. Sebabtu saya gila dengan awak." bisik suaminya. Anggerik tersenyum malu.

Rambut isterinya yang dah disikat dikemaskan sedikit. Hujung rambut isterinya diambil dan dibawa ke hidung. Dihidu dan dicium rambut itu dengan mata terpejam.

Ah....gila.

Anggerik menggeleng. Haih suami suami. Suka betul bau rambut dia.

Getah rambut di atas meja solek diambil. Kemudian rambut isterinya dikumpulkan lalu diikat bun. Tidak terlalu tinggi dan terlalu rendah.

Jangan tinggi sangat. Nanti jadi bonggol unta, haram hukumnya.

"Terima kasih husbaby." ucap Anggerik. Makeup dipakai simple. Shawl yang berada di atas katil diambil lalu digayakan tudung itu. Masih lagi menutup dada.

Keluarga dia pun nasihat supaya pakai tudung pastikan labuh bawah dada. Jangan tayang apa yang tak patut. Malah dia pun tak suka kalau pakai tudung nampak dada.

Alangkah tudung terselak sikit pun dia dah tak selesa.

Ayyash membelek dahulu telefon sambil menunggu isterinya bersiap. Sesekali gambar isterinya diambil.

Haih dah berapa ribu la gambar Anggerik yang dia ambil. Dan semuanya cantik-cantik. Rawr.

"Ok awak. Dah siap ni. Jom." Ayyash bangun lalu berjalan ke arah isterinya. Tangan kecil itu digenggam lalu keluar bersama-sama.

Anggerik senyum kecil. Manja.

•••••••••••••

"So sayang---awak nak apa?" Anggerik membelek-belek baju di hadapannya. Ayyash mengetuk dagu.

"Hmm....saya pun tak tahulah. Saya suka simple simple je tapi kemas. Kemeja ni leceh sebab nak kene gosok."

Anggerik menoleh. Dia mengusap pipi suaminya.

"Habistu nak apa?"

"Saya nak beli hoodie lah. Hoodie saya kat rumah tu dah lama. Dah pudar warna dia. Boleh?" soal Ayyash. Anggerik gelak.

"Ya Allah sayang. Ambil la mana-mana yang awak nak. Duit saya duit awak juga."

Harini Anggerik nak belanja suami dia. Jadi tu yang Ayyash tanya boleh ke tak.

Hoodie diambil dalam 5 helai. Tahu suami dia memang suka dengan baju hoodie.

Ayyash terpandang set couple hoodie. Kemudian memandang isterinya yang sedang membelek baju lain.

Dia mengambil lalu berjalan ke arah isterinya.

"Anggerik---comel tak?" Ayyash menayang set couple hoodie itu. Anggerik menoleh.

"Auw comelnya ! Sweet."

"Macam saya kan?"

Ayyash tersengih. Anggerik menjeling manja. Perasan !

Padahal memang comel pun hik hik.

"Banyaknya barang ! Lapar pula saya bila asyik berjalan je. Jom singgah kedai makan nak?" soal Ayyash. Anggerik mengangguk. Beg-beg pakaian tadi diletakkan di dalam bonet keretanya. Kemudian dia masuk ke tempat duduk penumpang sebelah pemandu.

"Kita nak makan kat mana ni?"

Ayyash mengherotkan mulutnya ke kiri ke kanan.

"Hmm. Kita makan dekat warung jela. Dah lama saya tak makan mee goreng mamak." Anggerik mengangguk laju.

"Samalah saya. Saya teringin nak makan maggie goreng mamak. Rinduu."

Sampai sahaja berdekatan warung, Ayyash memarkir kereta di tepi warung. Enjin kereta dimatikan lalu mereka keluar dari kereta.

"Selamat pagi. Nak makan apa?" soal mamak di kedai itu. Ayyash dan Anggerik yang baru melabuhkan duduk terus memesan menu mereka. Tak lama kemudian mamak itu berlalu pergi.

Kerusi isterinya ditarik merapat ke sebelah. Tangan diletakkan di tempat duduk isterinya. Sebelah tangan menongkat kepala. Memandang wajah isterinya.

Anggerik yang perasan menjongketkan kening. "Kenapa pandang saya macam tu?"

"Saja. Awak cantik sangat. Suka saya tengok." balas Ayyash. Mata merenung mata hazel isterinya.

Anggerik tersipu-sipu. Saja la suami dia ni. Tampar kang.

"Anggerik? Ayyash?"

Mereka mengangkat muka. Terlihat seorang lelaki dan perempuan di hadapan mereka.

"Eh Hawa ! Adam ! Baru sampai ke ?" soal Ayyash. Adam berjabat tangan dengan lelaki itu manakala Anggerik memeluk Hawa.

"Aah baru sampai. Ni si sayang ni mengidam nak makan mamak. Boleh kitorang duduk sini?" soal Adam.

"Eh sila sila ."

Adam menarik kerusi untuk isterinya yang sedang sarat 6 bulan. Sempat pipi wanita itu dikucup lalu duduk bersebelahan Hawa.

"Hawa ! Dah lama tak jumpa kau. Tau tau dah sarat macam ni. " Anggerik mengusap kejap perut Hawa. Adam memesan makanannya dan Hawa pada mamak yang datang ke meja mereka.

Hawa tersenyum. " Sorry la beb. Suami aku ni dia suruh aku duduk rumah je. Risau katanya. Nak contact kau aku dah lost contact masa tukar fon. Huhu."

Anggerik juih bibir. "Hm tanak terima alasan kau ! Aku ngajuk!"

Adam dan Ayyash hanya memerhati saja isteri mereka.

"Aloo beb sorry lah. Ni dah depan mata ni haaa pon. Takmo lah merajuk macam ni. Tampar kang ha. " pujuk Hawa. Adam menggeleng perlahan.

Pipi isterinya dicubit. "Apa cakap macam tu. Turun ke anak nanti sayang."

Hawa sengih kecil. Hihi.

••••••••••••••••••••••••••

"Huwaaa penatnya....!!!!"

Ayyash menghempas badannya ke sofa. Mata dipejam, melepaskan nafas lega. Anggerik tergeleng. Hadeh hai suami.

"Aik---penat betul ni. Tu la shopping banyak sangat. Kalah saya yang perempuan ni."

Ayyash tersengih. Beg-beg tadi diletakkan di atas meja. Tangan menarik isterinya duduk disebelah---kemudian meletakkan kepala di bahu Anggerik.

"Awakkkk...."

"Hmm?"

Ayyash bermain dengan jari isterinya. "Kalau satu hari nanti, kita tak dikurniakan anak---awak okay ke?"

Anggerik terdiam. Kemudian tersenyum nipis. "Husbaby, kalau tak ditakdirkan kita tak ada anak---saya terima seadanya. Cuma mestilah akan sedih sebab semua orang impikan ada anak sendiri. Awak okay ke kalau tak ada anak? Dah setahun kita kahwin---tapi masih lagi tak ada tanda-tanda saya mengandung. Maaf ye tak dapat nak bagi awak zuriat awal." ujar Anggerik sayu.

Ayyash menggeleng. Dia memeluk erat tubuh ramping isterinya.

"Awak tahu tak--- kalau kita tak ada anak, saya tak kisah pun. Supaya perhatian awak hanya pada saya seorang je. Saya tak perlu berebut kasih dengan anak saya. Awak hanya fokus pada saya saja. Malah saya boleh bercinta sepanjang masa dengan awak."

"Tapi bukan bermakna saya tak nak langsung ada anak. Saya pun nak ada anak juga. Sebagai penghibur hidup kita. Awak tahu kan saya kuat cemburu? Saya pun taktahu macam mana nanti kalau kita ada anak."

Anggerik tergelak. "Ye ye betul. Awak ni kuat cemburu. Tapi cemburu tanda sayang kan."

Ayyash mengangguk laju. Kemudian dia teringat sesuatu.

"Tapi kan sayang, saya perasan beberapa hari ni awak macam agak letih. Cepat penat. Dan kadang awak suka pakai t-shirt saya tanpa pakai seluar. Sedangkan awak selalu pakai seluar. Awak tak sihat ke Anggerik?" soal Ayyash risau.

Anggerik menggeleng. "Saya sihat jela. Saya pun taktahu kenapa saya rasa macam tu. Letih tiba-tiba. Pelik juga saya. Tak pernah-pernah saya macam tu."

Ayyash diam. Tak sampai berapa saat matanya membesar.

"Anggerik ! Apa kata nanti kita pergi klinik?"

"Eh kenapa? Saya sihat jela." pelik Anggerik dibuatnya. Dah kenapa suruh pergi klinik. Aku sihat walafiat ni.

"Saya rasa something wrong dengan awak ni. Tak apa esok kita pergi je okay? Ikut je cakap saya." kata Ayyash lembut.

Anggerik mengangguk. Yela encik suami. Saya follow je.

macam makin merapu pulak HAHAHA

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience