'Tahniah tuan, puan. Puan disahkan mengandung. Kandungan dah 3 minggu dah.'
Terngiang-ngiang ayat itu di telinganya. Ayyash tak dapat menyembunyikan rasa gembiranya sehingga dia mencium bertalu-talu pipi Anggerik di hadapan doktor.
Dia menoleh memandang wajah isterinya di sebelah. Anggerik mengusap lembut perutnya.
Tak sangka akhirnya dia mengandung.
"Sayanggg... Alhamdulillah tak sangka kita kan. Hikmah kita sentiasa bersabar. Alhamdulillah dah dapat." ujar Ayyash. Dia mengusap tangan isterinya dengan sebelah tangan, manakala lagi sebelah sedang memandu kereta.
"Itulah tu. Saya pun tak sangka. Baru je kita cakap pasal ni semalam kan. Tau-tau dah lekat." teruja Anggerik.
Tak sabar dia nak kongsi pasal ni dengan family mereka. Mesti ibu ayah mereka happy sangat-sangat. Walaupun mereka tak soalkan pasal ni---namun Anggerik tahu mereka juga ternanti-nanti.
Dan untuk itu---Anggerik bersyukur kerana mertuanya tidak berkata apa-apa. Hanya berkata menunggu rezeki sahaja.
"Sayang ada nak makan apa-apa tak?" soal Ayyash.
"Hmm..saya teringin nak nachos yang femes sekarang ni. Boleh?"
"Boleh sayang. Kejap ye kita cari." Ayyash melihat ke kiri dan kanan---mencari jika ada kedai terdekat.
"Baby---tu sana tu." Anggerik menunjuk ke satu gerai kecil di tepi sebuah kedai.
Ayyash memberhentikan keretanya berhadapan dengan gerai itu. Dia kemudian meminta dua set nachos. Setelah selesai membayar, kereta itu bergerak dari situ.
Ayyash menoleh memandang isterinya yang terpejam mata menikmati nachos.
"Sedap sangat ke?"
Anggerik mengangguk laju.
"Sedap. Nak sikit tak?" Ayyash mengangakan mulutnya. Anggerik mengambil sedikit nachos lalu disuapkan makanan itu ke suaminya.
Sempat Ayyash mengigit hujung jari isterinya---mata kemudian dikenyit nakal. Bibir menguntum senyuman nakal.
Anggerik tersipu malu. Pipinya mula memerah.
"Ish husbaby ! Dah pandai ye sekarang. Siapa ajar?" jeling Anggerik.
"Awaklah sayang. Awak kan selalu buat macam tu masa kita bercinta." selamba Ayyash. Anggerik menggeleng.
Hadehai, lepas ni serik dah.
••••••••••••••••••••
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Anggerik !" berlari kecil Puan Izzati mendekati menantunya. Dipeluk erat tubuh Anggerik.
Ayyash menggeleng. Ibunya memang macam tu. Mentang-mentang menantu kesayangan. Dipeluk tak nak lepas tu.
"Ibu---lemas si Anggerik tu nanti." tegur Ayyash. Puan Izzati tersengih.
Dilepaskan pelukan lalu menekup pipi menantunya. Diusap-usap lembut pipi itu.
"Gebunya pipi. Dulu tak segebu ni." senyum Anggerik ditegur begitu.
"Haa ni mimpi apa datang sini ni?" soal Encik Aqashah setelah mereka melabuhkan duduk di sofa.
Puan Izzati menatang dulang air dan juga sepinggan yang diisi dengan kek dan cookies. Hasil kerajinannya buat masa lapang. Lagipun Puan Izzati memang suka buat kek dan cookies ni.
"Aih ayah---macam tak suka je kami datang." rajuk Ayyash. Encik Aqashah geleng kepala.
"Mana ada tak suka. Suka lah ni. Jarang-jarang nak datang rumah---sebabtu ayah tanya." katanya lembut.
Ayyash dan Anggerik tersenyum.
"Kami ada perkara nak umumkan ni." beritahu Anggerik.
Puan Izzati dan Encik Aqashah berpandangan.
"Apa tu sayang?" soal ibunya lembut.
"Anggerik mengandung. Dah 3 minggu."
Puan Izzati menekup mulutnya. Manakala Encik Aqashah terdiam sebentar sebelum meraup wajahnya, tanda syukur.
"Ya Allah sayang ! Betul ke ni?!" soal Puan Izzati teruja.
Anggerik dan Ayyash mengangguk teruja. Tangan suaminya itu setia melekap di perut isterinya. Diusap lembut perut itu.
"Alhamdulillah tahniah Ayyash, Anggerik. Nak bergelar ibu ayah dah ni." ujar Encik Aqashah gembira.
Puan Izzati bangun lalu duduk di sebelah menantunya. Dipeluk tubuh kecil wanita itu. Kemudian dicium bertalu-talu pipi Anggerik.
Anggerik hanya mengekek ketawa.
"Tahniah sayang ibu. Lepasni kena jaga makan tau apa semua. Jaga baby dalam perut tu. Kalau ngidam apa-apa beritahu Ayyash ye." nasihat Puan Izzati.
Anggerik mengangguk." Baik ibu. Ni---mana Aisyah? Anggerik tak nampak dia dari tadi."
Encik Aqashah mencelah." Dia pergi kedai kejap naik basikal. Tadi ibu nak masak sup tapi sup punjut tak ada. Tu yang Aishah pergi beli kejap."
Tak lama kemudian dengar suara lembut memberi salam.
"Eh along, kak Anggerik. Bila sampai ni?" sapa Aisyah. Barang diletakkan di meja sebelun menyalam abang dan kakaknya.
"Baru je tadi. Datang sini ada khabar gembira nak cakap." beritahu Ayyash.
Aisyah hairan. "Apa tu? eh kejap bagi Ica letak barang kat dapur." gadis itu berlari anak ke dapur. Tak lama kemudian Aisyah keluar balik. Dia melabuhkan duduk di lantai.
"Nanti akan ada orang baru dalam keluarga kita. Tak lama lagi---"
"Along! Along nak duakan kakak Anggerik ke?! Kalau along duakan kakak Ica tak setuju ! Ica tak nak kakak lain selain kak Anggerik ! Along ni tak kesian ke dengan kakak Anggerik ?!" terjah Aisyah dulu. Mukanya mula kemerahan menunjukkan riak marah.
Sampai hati along nak duakan kakak Anggerik !
Mereka ternganga. Tak habis cakap lagi budak ni dah memotong.
Puan Izzati mengetuk kepala anak perempuannya. Mengaduh sakit Aisyah---sambil diusap kepalanya.
"Apa Ica ni ! Along tak habis cakap lagi dah memotong. Ish budak ni lah. Suka betul memotong cakap orang. Cuba kasi dengar sampai habis dulu." bebel Puan Izzati.
Aisyah memuncung. Ala orang risau je.
"Ica risau la ibu."
Ayyash menjeling." Pebende kau ni. Kaki kang ha. Along nak beritahu yang keluarga kita akan ada orang baru. Orang tu dalam perut kakak Anggerik kau ni ha. Gila ke along nak duakan kakak kau ni?"
Aisyah membulatkan mulutnya. Dia tersengih tak bersalah. Kepala tak gatal digaru.
"Hehe sorry along. Ica suspen ni. Hehehe. Eh---KAK ANGGERIK MENGANDUNG?!" jerit Aisyah.
Terangkat bahu mereka. Ayyash memeluk erat tubuh isterinya. Dia mengusap lembut belakang badan Anggerik.
Mata dijegilkan pada adiknya.
"Waaa Ica nak jadi maksu dahhhh. Yey yey yey yey." teruja Aisyah sambil terlompat kecil.
Anggerik senyum lebar. Terhibur dengan gelagat adik iparnya.
•••••••••••••••••••••
Losyen dipicit lalu disapukan di tangan dan kaki Anggerik. Sambil itu dipicit lembut kaki isterinya.
Anggerik tersenyum sambil mengusap rambut Ayyash.
"Dhaffa---dah dah. Meh baring sebelah saya. Saya larat lagi lah sayang. Awak buat saya macam dah sarat pula." ketawa kecil Anggerik.
Ayyash senyum. Losyen diletakkan di atas meja solek lalu kembali ke katil.
Badan direbahkan ke sebelah isterinya. Kepala diletakkan di dada Anggerik, sambil tangannya memeluk pinggang isterinya.
"Tak sabarnya nak tengok perut awak bulat nanti. Mesti comel macam penguin." usik Ayyash.
Anggerik membulatkan mata." Ish sampai hati nak tengok saya macam penguin. Tahulah nanti saya gemuk." bibir dimuncung tanda merajuk.
Ayyash mencium sekilas. Terjegil mata Anggerik.
Gatal !
"Mana ada. Comel ke apa penguin. Nanti jalan terkedek-kedek. HAHAHAHAHA."
Pap !
Anggerik menampar bahu suaminya.
"Ish ! Tak nak kawan ! Dah pergi tidur sana ! Jangan peluk saya malam ni." rajuk Anggerik. Dia melepaskan pelukan suaminya. Kemudian baring membelakangkan Ayyash.
Ayyash gelabah. Isterinya cuba dipeluk lagi namun ditepis.
"Alaa sayang.....saya minta maaf. Saya gurau je." pujuk Ayyash. Tangan cuba memeluk lagi namun ditepis lagi.
Mata mula bergenang.
"S-sayang. Saya minta maaf. Saya tak sengaja. Janganlah tepis sayaa." Ayyash mula menangis.
Anggerik menoleh. Kemudian tersenyum. Dia memusingkan tubuhnya menghadap Ayyash.
Kemudian ditarik lelaki itu ke dalam pelukan. Muka suaminya disembamkan ke leher. Masih terasa lagi badan suaminya terhinjut-hinjut.
Alahai manjanya Ayyash ni.
"Dah dah. Takmo nangis nangis. Saya pun gurau je. Saya tak terasa la." Ayyash masih lagi menangis. Dia memeluk erat Anggerik.
"Janganlah tepis saya. Saya terasa macam awak dah tak sayangkan saya."
Anggerik senyum. Kepala suaminya ditarik lalu dicium ubun-ubun suaminya. Tangan mengusap lembut belakang badan Ayyash.
"Ye husbaby. Saya minta maaf. Lain kali buat lagi ye."
Ayyash yang baru saja berhenti terus menangis semula.
"Tak nak laaaaaaaaaa...."
Anggerik ketawa. Hidung suaminya dicium bertalu-talu. Kepala disembamkan semua ke leher.
"Haha ye ye tak buat lagi. Alolo manja kali dia."
"Janji tak buat lagi?"
"Ye husbaby. Saya janji. Dah tidur jom."
Share this novel