MALAM itu Medina melihat Noah yang sedang termenung jauh di buaian luar rumah. Medina tersenyum sedikit. Dia mendekati suaminya itu sambil membawa dua cawan air coklat panas.
Noah tersentak sebaik saja Medina duduk di sebelahnya.
Medina senyum lagi. Dia menghulurkan cawan itu pada Noah.
Noah mengambil cawan itu dan tersenyum sedikit.
“Thanks.” Kata Noah dengan senyuman.
Medina tersenyum.
“You’re welcome.” Balas Medina pula. Dia senyum dan memandang ke halaman rumah suaminya yang cantik itu.
Mereka terdiam seketika.
Noah mengerling ke arah Medina.
“Maaf..” ucap Noah sepatah.
Medina menoleh.
“Hm? Kenapa?” Soal Medina pula. Senyuman masih di bibirnya.
Noah menundukkan wajahnya.
“As your husband.. I should treat you better..” kata Noah perlahan.
“But before this, i’ve been going through something. So…” Noah terdiam seketika dan menarik nafasnya.
“It’s kinda hard for me to accept someone new in my life..” Ujar Noah perlahan.
Medina memandang Noah dengan lama lalu dia mengangguk.
“It’s okay. Saya faham aje.” Kata Medina. Tenang. Dia akan menunggu sehinggalah Noah menceritakan tentang kisah silam lelaki itu padanya.
Noah terdiam. Dia memandang Medina dan mengambil tangan isterinya itu.
Medina membalas pandangan Noah.
Noah tersenyum sedikit.
“But i do, Puteri. Saya pun nak kenal awak dengan lebih dalam lagi. Saya pun nak tahu apa yang awak suka dan apa yang awak tak suka.. Saya nak tahu apa favorite food awak.. saya nak tahu favourite color awak. Saya nak tahu apa yang buatkan awak happy..” ujar Noah. Dia merenung mata Medina.
Medina memandang Noah lagi.
Noah mengusap lembut tangan Medina.
“I want to know everything about you..” ujar Noah lagi. Dia tersenyum ke arah Medina.
Medina senyum. Dia membalas pengangan tangan Noah.
“Okay.. if you insist..” Medina ketawa kecil.
“Actually.. saya ni memang suka sangat baca buku. Sejak kecil lagi.” Cerita Medina.
Noah turut tersenyum.
“Genre pula.. romance and mystery..” kata Medina lagi. Dia ketawa sedikit.
Noah hanya senyum dan mendengar saja cerita gadis itu.
“Masa form 5 dulu.. saya selalu juga baca novel kat library. And then saya sanggup ikat perut.. tak makan semata-mata sebab nak beli novel aje.” Kata Medina sambil ketawa.
“Lepas Abah dapat tahu pasal tu, dia marah sangat. Sampai suatu hari tu, dia sorokkan semua novel saya sebab dulu saya tak suka study tapi asyik baca novel..” Kata Medina lagi dengan tawa kecil.
Noah turut ketawa.
“Abah mesti garang kan dulu?” Soal Noah dengan senyuman.
Medina mengangguk. Dia ketawa lagi apabila teringat semua itu.
“Yup. Garang sangat. Tambah-tambah lagi bila dia seru nama penuh saya. ‘Puteri Medina!!’ Fuh. Kecut perut terus.” Kata Medina lagi.
Noah ketawa lagi.
“Dia macam ayah awak lah. Garang. Tapi sebenarnya dia baik aje..” kata Medina lagi. Dia teringatkan ayah mertuanya itu, Encik Luth. Tegas tapi lembut dengan anak-anak dan isterinya.
Senyuman Noah terus mati. Kata-kata Medina membuatkan dia teringat pada ayah kandungnya dahulu.
Garang dan bengis. Malah lelaki itu sering memukulnya sejak kecil lagi.
Medina tersenyum. Dia melihat Noah yang tiba-tiba terdiam.
Medina tersedar sesuatu. Ya Allah..
“Noah..” panggil Medina dengan rasa bersalah.
Noah menoleh sedikit. “Hm?”
Medina mengetap bibirnya.
“Err.. ma.. maksud saya Papa! Dia garang macam tu tapi hati dia ada taman. Siap suka main dengan kucing lagi.” Medina cuba ketawa untuk hiburkan Noah.
Noah tersenyum hambar.
“Haah.. Papa baik sangat.” Kata Noah perlahan.
Medina mengangguk. Dia menarik nafasnya. Rasa bersalah pada Noah.
Noah diam dan menghirup air coklat panas itu.
Medina turut terdiam. Dia menghirup juga air coklat itu.
Noah menarik nafasnya. Dia tersenyum ke arah Medina.
“So, what about you favourite food? Awak ada allergic apa-apa ke?” Soal Noah. Menukar topik perbualan.
Medina mengangkat wajahnya. Dia mengangguk.
“Haah.. saya ada allergic dengan sotong. Kalau saya makan sotong, tangan saya akan jadi merah-merah.” Kata Medina. Dia tersengih sedikit.
Noah terkejut.
“Oh, ya ke? Kalau seafood yang lain okey tak?” Soal Noah
Medina mengangguk.
“Yup. Yang lain-lain tu okey aje. Nasib baiklah.” Jawab Medina sambil ketawa kecil.
Noah tersenyum.
“So, lepasni saya kena alert lah dengan makanan yang makan nanti. Risau juga kalau apa-apa jadi.” Ujar Noah sambil memandang ke arah Medina.
Medina tersenyum segan.
“What’s your favourite color?” Soal Noah lagi.
Medina tersengih.
“Black and red.” Balas Medina.
Noah membulatkan matanya.
“Oh? Saya ingatkan awak suka warna yang lembut, contoh warna pastel macam tu..” Noah ketawa kecil.
Medina mencebik.
“Nope. Not my type.” Kata Medina selamba.
Noah ketawa lagi.
“It’s giving me dark and mysterious vibes.” Ujar Noah.
Medina turut ketawa. “Well..”
Noah tersenyum dan melihat Medina lagi.
“So.. what’s make you happy, Puteri?” Soal Noah lagi. Dia senyum.
Medina merenung lama wajah Noah.
Perlahan-lahan Medina mengukirkan senyuman.
“Seeing your smile.” Jawab Medina sambil merenung mata Noah dengan lama.
Noah terkedu.
Mereka berpandangan lama.
“When i see your smile. It makes me happy.” Kata Medina dengan senyuman.
Noah terus memandang ke arah lain.
“Oh..” getus Noah. Jantungnya berdegup pantas.
Medina menarik nafasnya. Dia menundukkan wajah. Dia tahu pandangan itu. Pandangan yang meningatkannya pada Abang Affan. Lelaki yang tidak membalas cintanya semasa mereka di universiti dahulu.
Medina menghela nafas. Wajahnya berubah keruh.
‘I’m so pathetic..’ getus hati Medina.
“Sorry.” Kata Medina. Dia tahu, Noah pasti tidak selesa dengan jawapannya itu.
“It just.. come out from my head..” kata Medina sambil berpura-pura ketawa.
“Silly right?” Soal Medina lagi. Dia ketawa kecil.
Apa yang dia harapkan? Mengharapkan dirinya untuk dicintai oleh mana-mana lelaki? Termasuklah suaminya sendiri?
Noah memegang dadanya. Jantungnya masih lagi berdegup pantas dengan kata-kata Medina.
Medina terdiam. Perlahan-lahan Medina bangun untuk beredar dari situ.
“Saya.. nak masuk dalam dulu.” Kata Medina perlahan dan berlalu pergi.
Tiba-tiba tangannya ditarik oleh Noah.
Medina tersentak. Noah melihat lama wajahnya.
“What do you think of me, Puteri?” Soal Noah sambil melihat Medina.
Medina terkelu.
“Apa.. maksud awak?” Soal Medina.
Noah turut bangun dan merenung wajah Medina.
“What do you feel about me?” Soal Noah lagi.
Medina tersentak. Jantungnya mula berdebar.
“Sa..saya..” Wajah Medina berubah merah.
Noah masih lagi melihatnya.
Medina mengetap bibir. Dia menundukkan wajah.
“Tell me, Puteri.” Kata Noah lagi. Dia mengangkat dagu Medina supaya gadis itu memandangnya.
Medina berdebar. Dia melihat Noah.
“I.. i think.. i like you. Sebab tu lah saya nak tengok awak happy.” Kata Medina perlahan.
Noah melihat Medina lagi.
“Is it because i’m your husband?” Duga Noah.
Medina mengangkat wajahnya. Dia menggeleng dan melihat Noah.
“No.. I like you. For you. I like you for who you are.” Kata Medina. Matanya berkaca.
Noah terdiam. Jauh di sudut hatinya, dia gembira dengan luahan Medina itu.
Perlahan-lahan Noah mengusap pipi Medina dengan lembut.
Medina memandang ke arah lain. Noah berdiri begitu rapat dengannya.
Medina menundukkan wajahnya.
“I.. like your eyes. I like your smile. I like the way you look at me.. so that’s it. I guess..” Kata Medina dengan malu.
Noah tersenyum. Entah mengapa dia berasa sangat gembira ketika ini.
“Puteri..” panggil Noah. Dia mengusap pipi Medina.
Medina melihat ke arah Noah.
Noah tersenyum.
“Thank you..” Ujar Noah lembut.
Medina tersentak. Oh.. pasti lelaki itu tidak suka dengan luahannya itu. Sama seperti Abang Affan.
Tetapi sangkaannya meleset sebaik saja Noah menariknya ke dalam pelukan lelaki itu.
“Noah..” Medina tergamam.
“Me too, Puteri. I wanna make you happy.” Ujar Noah di dalam pelukan.
Medina terkedu lagi. Dia membalas pelukan Noah. Dia turut tersenyum gembira.
Noah meleraikan pelukan. Dia memandang Medina dengan senyuman. Perlahan-lahan dia mengusap wajah Medina sambil jarinya terhenti ke bibir merah milik Medina.
Medina merenung mata Noah. Jantungnya berdegup pantas.
Noah membalas pandangan Medina.
“Can i?” Soal Noah. Dia mengusap pipi Medina.
Medina mengangguk perlahan. Wajahnya berona merah. Jantungnya berdegup laju. Adakah dia sudah bersedia untuk menjadi milik Noah sepenuhnya?
Medina tersenyum sendiri. Mungkin. Lagipun dia sudah mula mahu menerima Noah dalam hidupnya.
Noah tersenyum sedikit. Dia mengusap lembut pipi Medina lalu perlahan-lahan dia mengucup bibir isterinya.
Medina tergamam dengan tindakan lelaki itu.
Noah tersenyum. Dia mengeratkan lagi pelukan antara mereka lalu dia mengangkat tubuh Medina.
Medina terjerit kecil kerana lelaki itu mendukungnya.
“I want you, princess.” Kata Noah dengan getaran.
Medina memandang suaminya dengan lama lalu dia mengangguk. Dia tersenyum malu dan merangkul leher Noah. Ya. Dia sudah bersedia untuk menjadi milik lelaki itu.
Noah turut tersenyum. Dia mengucup dahi Medina dan terus membawa Medina masuk ke bilik mereka.
****
PAGI itu, Noah melihat Medina yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya. Wajah gadis itu nampak polos dan sangat cantik.
Dia berbaring sambil mengusap pipi Medina. Tangan Medina masih lagi erat memeluk pinggangnya.
Noah tersenyum lagi. Malam itu merupakan malam terindah dalam hidupnya. Bagi Noah, Medina sudah cukup sempurna. Segala tentang isterinya itu sangat sempurna.
Senyuman Medina pada malam itu sentiasa ada di dalam ingatannya. Mata bundar milik gadis itu membuatkan hati lelakinya tidak keruan.
Noah mengusap rambut isterinya. Perlahan-lahan Noah mengucup dahi Medina.
Tiba-tiba tindakkannya terhenti.
‘Apa yang kau buat ni, Noah?’ Bisik satu suara.
Noah tersentak. Dia melihat Medina dengan lama.
‘Kau tahu tak? Perbuatan kau ni akan buatkan dia terluka?’ Bisik suara itu lagi
‘Boleh ke kau bahagiakan dia?’ Bisik suara itu.
‘Kau yakin kau boleh bahagiakan dia?’ Suara itu muncul lagi.
Noah terus menjauhkan wajahnya dari Medina.
Noah mengetap bibirnya. Apa yang dia sudah lakukan? Patutkah dia melayani Medina seperti ini?
“I like you. For you. I like you for who you are..” Kata-kata Medina semalam bermain di fikirannya.
Noah meraup wajahnya. Sekiranya Medina sudah jatuh cinta dengannya, bolehkah dia membahagiakan gadis itu?
“I’m such an idiot..” getus Noah sendiri. Dia terus bangun dari katil dan meluru ke bilik air.
Setelah Noah selesai bersiap. Dia terus melihat Medina yang masih lagi tidur.
Noah menghela nafasnya dan berlalu keluar tanpa meninggalkan apa-apa pesanan pada Medina.
Tak lama selepas itu, Medina membuka matanya. Dia melihat Noah sudah tiada di sebelah.
Medina mengerutkan dahi. Kemana lelaki ktu pergi?
Medina menarik selimut itu dan menutupi tubuhnya. Dia melihat sekeliling. Bayang Noah langsung tiada.
“Awak?” Panggil Medina. Dia turun dari katil dengan perlahan-lahan.
Medina mencapai bathrobe di tepi almari sambil mencari Noah.
Kemana suaminya itu pergi? Kenapa Noah pergi tanpa memberitahunya apa-apa?
Medina terduduk di atas sofa ruang tamu sambil termenung jauh.
“Mana awak..” Getus Medina perlahan.
Adakah Noah menyesali dengan perbuatan mereka pada malam itu?
Air mata Medina menitis perlahan. Siapa dirinya pada lelaki itu? Kenapa Noah melayannya bagai puteri raja pada malam itu tapi hilang pada keesokan paginya?
Medina menyeka air matanya. Mana mungkin Noah turut menyukainya.
Bagi Noah, mereka berkahwin hanyalah disebabkan keluarga.. Dan bukannya cinta.
Medina meraup wajahnya. Hatinya benar-benar rapuh ketika ini. Dia berasa keliru dengan perasaan sebenar lelaki itu.
Siapa dirinya pada Noah Haqimi?
****
NOAH melihat orang yang lalu lalang di taman itu, dia baru saja selesai bersenam di kawasan itu kerana mahu menenangkan fikirannya.
Noah mengelap peluh di dahinya dengan kain yang tersangkut pada bahu.
Noah terus membuka penutup botol air itu dan meminumnya.
Sedang Noah meminum air, dia terlihat seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan 5 tahun bermain di taman permainan itu bersama dengan ibunya.
Kanak-kanak lelaki itu kelihatan sangat gembira sambil ketawa bersama ibunya. Dia terus berlari-lari di taman itu.
Noah memandang ke arah mereka dengan lama.
“Jangan lari-lari sayang, jatuh nanti.” Pesan ibu kanak-kanak itu.
Budak lelaki itu tidak mengendahkan ibunya lalu dia terus terjatuh. Dengan kuat dia menangis pada ibunya.
Noah hanya melihat.
Ibu kepada budak lelaki itu terus memujuk anaknya.
“Itulah, ibu kan dah cakap.. jangan lari-lari? Tengok tu dah jatuh? Nanti kalau ayah marah ibu macam mana? Kenapa degil sangat ni?” Soal wanita itu.
Noah hanya diam dan melihat mereka.
“Sorry ibu..” tangis budak lelaki itu.
Ibu budak lelaki itu terus mengusap rambut anaknya dan memimpinnya.
“Dah, jom ikut ibu. Tadi Aril cakap nak beli toys baru kan?” Soal ibu budak lelaki itu.
Budak lelaki itu terus tersengih. Dia mengangguk laju.
“Nak! Aril nak beli kereta kontrol dengan robot transformers!” Kata budak lelaki itu ceria.
“Okey. Tapi jangan bagitahu kat ayah tau? Nanti ayah marah kita.” Soal Ibu budak lelaki itu dan mereka berjalan pergi.
Budak lelaki itu mengangguk dan meletakkan jari telunjuk ke mulutnya.
Noah tersenyum sedikit ke arah mereka. Dia menghela nafas berat.
Betapa rindunya dia pada arwah ibunya itu.
Tiba-tiba dia teringatkan Medina. Pasti gadis itu kecewa dan marah dengannya.
Noah mengetap bibir. Dia tahu perbuatannya itu telah melukakan hati Medina tetapi dia takut.. dia takut sekiranya dia memberikan hatinya pada Medina, gadis itu akan turut meninggalkannya.
Noah menggengam tangannya sendiri. Mampukah dia bahagiakan gadis itu jika dia sering berperang dengan fikirannya sendiri?
Noah menarik nafas. Dia ingin membahagiakan Medina. Tetapi dia takut jika gadis itu akan meninggalkannya.
Sama seperti arwah ibunya.
Noah menundukkan wajahnya.
‘Maafkan saya, Puteri..’ bisik hati Noah. Air matanya menitis sedikit.
****
MEDINA menyiapkan hidangan tengah hari dengan penuh semangat. Dia cuba untuk berfikiran positif. Mungkin Noah ada hal yang penting. Kerana itulah Noah pergi tanpa memberitahunya apa-apa.
Medina tersenyum dan meletakkan lauk ketam masak lemak cili padi di atas meja makan dan juga pelbagai lauk yang lain.
Medina tersenyum lagi. Pasti Noah sukakan masakannya itu.
Sementara menunggu Noah, Medina membelek-belek majalah di atas sofa. Dia tersentak setelah Noah membuka pintu rumah.
“Assalamualaikum..” kata Noah. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Medina terus bangun dan mendapatkan Noah.
“Waalaikumsalam.” Medina melihat Noah dengan lama.
Medina berdehem. Dia tersenyum sedikit.
“Awak pergi mana tadi?” Soal Medina dengan senyuman.
Noah diam. Dia terus berlalu.
Medina mengerutkan dahinya. Pelik.
“Noah..” Medina menghalang jalan Noah.
Noah menghela nafasnya. Dia mengerutkan wajahnya.
“Kenapa? Saya penat ni.” Jawab Noah dingin.
Medina mengetap bibir.
“Awak.. pergi mana tadi? Kenapa awak keluar tak bagitahu saya?” Soal Medina.
“It’s none of your business.” Balas Noah dingin.
Medina tergamam dengan perubahan lelaki itu.
“Awak cakap apa ni..” Medina cuba mengawal nada suaranya.
Noah menghela nafas berat.
“Awak tak perlu tahu pun pasal saya.” Balas Noah tanpa melihat Medina.
Medina mengetap bibir.
“Are you serious, Noah? After everything happen between us last night..” suara Medina bergetar. Cuba menahan air matanya dari gugur.
Noah mengetap bibir. Ingin saja dia menarik Medina ke dalam pelukannya tetapi hatinya menghalang.
“It was a mistake.” Balas Noah. Dia langsung tidak memandang ke arah Medina.
Hati Medina terus luruh. Kenapa Noah berubah sampai begitu sekali?
“Mistake? Apa awak cakap ni?” Medina mula keliru. Dia memandang Noah dengan lama.
“Noah.. Kenapa awak buat saya macam ni? Siapa saya pada awak? ” Soal Medina dengan sebak.
“Kenapa tiba-tiba aje.. awak berubah?” Soal Medina dengan mata yang berkaca.
Noah memicit kepalanya. Dia memandang Medina dengan kerutan di wajahnya.
“Can you stop?” Soal Noah sambil mengetap bibirnya.
Medina tersentak.
“This is on me! And it’s not about you! Okey? So please.. don’t ask anything.” Kata Noah tegas.
Noah terdiam. Dia terus berlalu namun tangannya ditarik oleh Medina.
“Habis malam tu.. langsung tak beri apa-apa makna pada awak ke?! Siapa saya pada awak?” Soal Medina dengan air mata yang mengalir.
Noah tersentak. Dia melihat Medina yang sudah menangis.
“Why you do this to me..” suara Medina mula serak.
“Saya ingatkan.. awak layan saya macam tu sebab.. awak dah terima saya..” Medina sebak.
Noah mula rasa bersalah. Tidak.. bukan ini yang dia inginkan. Dia tidak mahu melihat tangisan gadis itu.
“Puteri..”
“I’m so stupid..” Medina menangis lagi. Dia berasa sangat benci dengan dirinya sendiri.
“Tak, Puteri..” Noah terus mendekati Medina. Dia meyentuh pipi Medina dan menyeka air mata gadis itu.
Medina melihat Noah. Dia keliru dengan perasaan lelaki itu.
Noah merenung Medina sambil mengusap pipi isterinya dengan lembut.
“Jangan nangis lagi, Puteri. Please.. i’m so sorry..” Noah menyeka air mata Medina.
Medina tidak mampu menahan sebaknya.
Noah menundukkan wajahnya.
“Last night.. it was the best night ever happen to me. And you’re so perfect that i can’t get rid of it.. So beautifully perfect.” Ujar Noah perlahan dan merenung mata Medina.
Medina memandang Noah lagi. Hatinya sejuk semula.
“But something going on with my mind right now and i can’t control it..” kata Noah perlahan.
“I’m sorry, Puteri.. saya harap awak faham.. Can you please.. give me some time to think?” Soal Noah
Medina menarik nafasnya. Dia memegang tangan Noah dan melihat suaminya.
“Apa yang ganggu fikiran awak?” Soal Medina. Ingin menyelami hati lelaki itu.
Noa terdiam lama.
“I can’t tell you right now..” balas Noah perlahan.
Medina menghela nafas. Dia tidak mahu mendesak Noah dengan lebih lagi. Perlahan-lahan Medina tersenyum.
“It’s okay.. saya akan tunggu sampailah awak bersedia untuk ceritakan semuanya pada saya.” Kata Medina dengan lembut.
“I want you to know that i’m here, okay?” Soal Medina lagi. Dia tersenyum manis.
Noah terdiam. Dia cuba untuk mengukir senyuman dan mengusap lembut rambut Medina.
“I’m sorry again..” ucap Noah
Medina menarik nafasnya dan mengangguk. Dia senyum.
“It’s okay..” jawab Medina dengan senyuman. Dia tidak mahu membuat Noah lebih runsing lagi.
“Oh! Saya ada masak lauk sedap harini. Cuba teka apa dia?” Soal Medina dengan senyuman. Walaupun hatinya sedikit terluka, tapi dia perlu memahami suaminya itu.
Noah tersenyum sedikit.
“I don’t know.. ayam ke?” Soal Noah
Medina menggeleng.
“Salah! Saya buat ketam masak lemak cili padi dengan sayur campur. Hehe.” Kata Medina ceria.
Noah tersenyum.
“Oh. That's my favourite. Thanks..” Kata Noah sambil mengusap kepala Medina.
Medina tersenyum gembira.
Noah menarik nafasnya. Dia tersenyum ke arah Medina.
“Saya nak masuk dalam kejap. Nanti kita makan sekali ya?” Soal Noah
Medina mengangguk. Dia tersenyum.
“Okey.” Jawab Medina ceria.
Noah senyum. Dia terus berlalu ke bilik mereka.
Medina berjalan-jalan di sekitar ruang tamu yang besar dan cantik itu. Dia melihat ikan emas yang ada di dalam akuarium.
Medina tersenyum. Rasanya Noah sudah memberi ikan itu makan pagi tadi.
Medina melihat bingkai gambar pada dinding rumah suaminya.
Dia tersenyum melihat gambar Noah ketika konvokesyen bersama dengan Encik Luth, Areena serta Puan Ainul. Pasti Noah bahagia dengan keluarga angkatnya itu.
Medina terlihat satu bilik yang Noah masuk semalam. Dia pelik kerana ketika itu, Noah kelihatan trauma dan sedih setelah keluar dari bilik itu.
Perlahan-lahan, Medina berjalan ke arah pintu bilik itu. Sebaik saja Medina memegang tombol itu, Noah terus menarik tangannya.
Medina tersentak. Dia melihat Noah.
“Eh, awak..” Medina tersenyum sedikit.
Noah tidak membalas senyuman Medina.
“What are you doing?” Soal Noah tegas.
Medina terdiam. “Err.. saya cuma..”
Noah menarik nafasnya.
“Saya tak benarkan awak masuk bilik ni.” Kata Noah.
Medina menelan liur.
“Tapi.. kenapa?” Soal Medina pula.
Noah mengetap bibirnya.
Medina memandang lama wajah Noah. Dia tidak suka jika lelaki itu terlalu berahsia dengannya.
“Ada apa dalam bilik ni? Kenapa saya tak boleh masuk?” Soal Medina lagi.
Noah menghela nafas.
“Actually.. Tu bilik kerja saya. And it’s kind of mess.” Dalih Noah. Kemudian dia senyum ke arah isterinya itu.
“Saya lapar lah. Jom kita makan sekali?” Soal Noah dengan senyuman .
Medina terdiam seketika lalu dia mengangguk.
Semasa mereka jalan bersama, Noah menoleh ke arah Medina.
“Saya harap awak boleh hormat privacy saya.” Kata Noah lembut.
Medina tersentak. Dia terus mengangguk.
“Oh.. okey.” Balas Medina perlahan walaupun hatinya meronta-ronta ingin tahu apa yang ada di dalam bilik itu.
Share this novel