MEDINA membuka matanya dengan perlahan. Dia mengerutkan dahi kerana bilik itu tidak sama seperti dalam biliknya sendiri..
Medina tersedar tiba-tiba.
Oh. Betul lah.. Dia sudahpun berkahwin dengan lelaki yang bernama Noah Haqimi. Lelaki yang langsung dia tidak kenali itu.
Medina menguap dan mengeliat kecil kemudian dia menoleh ke sebelahnya. Alangkah terkejutnya dia setelah melihat Noah sedang tidur dalam keadaan duduk di sebelah katil itu.
Adakah malam itu Noah sedang melihatnya tidur?
Wajah Medina terus berubah merah.
Medina melihat jam pada dinding bilik suaminya itu. Sudah menunjukkan pukul 6:20 pagi. Dia perlu bersiap-siap untuk menunaikan solat subuh.
Medina menelan liurnya. Dia memegang bahu Noah untuk mengejutkan lelaki itu.
“A..awak.. bangun. Dah subuh ni.” Kata Medina lembut.
Noah membuka matanya. Dia sendiri terkejut kerana tidur dalam keadaan begitu.
“Oh.. dah subuh ke?” Noah terus menggosok matanya dan mengeliat sedikit. Tubuhnya berasa sengal setelah tidur dalam keadaan duduk begitu.
Medina tersenyum sedikit. Dia mengangguk.
“Kenapa semalam awak tak tidur aje kat atas katil ni? Kesian awak. Mesti sakit badan tu.” Kata Medina
Noah terdiam seketika. Dia tersenyum.
“It’s okay lah.. saya pun tak sedar yang saya tertidur kat sini semalam. Em, Jom lah kita solat sekali?” Kata Noah dan terus berdiri.
Medina terus mengangguk. Dia tersenyum. Lalu mereka menunaikan solat subuh bersama. Usai saja solat subuh, Noah memusingkan tubuhnya.
Medina terus menyalam tangan Noah dengan lembut. Walaupun mereka masih lagi dalam fasa mengenali, tetapi dia tetap mahu menghormati suaminya itu.
Hati Noah berasa sejuk setelah Medina mengucup tangannya.
Perlahan-lahan Noah menarik nafas.
“Puteri.” panggil Noah
Medina memandang Noah sambil membuka telekungnya.
“Hm?” Soal Puteri pula.
Noah terdiam seketika.
“Esok kita balik ke rumah saya, ya?” Kata Noah
Medina mengangkat keningnya.
“Oh.. okey. Tapi cepatnya? Mama dengan Papa dah tahu?” Soal Medina
Noah memandang ke arah lain.
“Em, Actually.. saya ada banyak kerja nak kena settle kat office. Pasal Mama dan Papa.. Nanti saya akan bagitahu diorang.” Jelas Noah.
Medina terdiam seketika lalu dia mengangguk. Dia tersenyum ke arah Noah.
“Oh i see.. okey lah. Saya ikut awak aje.” Kata Medina dengan senyuman.
Noah membalas senyuman Medina.
“Thanks.” Balas Noah.
Medina memandang suaminya itu. Wajah Noah nampak pucat.
“Awak okey? Kenapa awak nampak macam tak sihat aje? Awak demam ke?” Soal Medina. Dia meletakkan telapak tangannya pada dahi Noah.
Noah terkedu. Dia merenung wajah isterinya itu.
Medina mengerutkan dahi.
“Noah. Awak demam lah. Awak tak tahu ke?” Soal Medina. Terkejut kerana dahi suaminya itu panas.
Noah turut terkejut. Demam? Kenapa dia rasa sihat aje? Tapi..
Tiba-tiba kepalanya berdenyut. Jantungnya mula laju. Tubuhnya rasa tak selesa dan panas.
Noah memicit kepalanya itu.
Medina risau. Dia terus bangun dan memapah suaminya ke atas katil.
Noah menolak lembut tangan Medina. Tidak mahu Medina berasa risau.
“Puteri. Saya okey aje lah.” Halang Noah
Medina mengetap bibir. Dia memandang suaminya itu.
“No. You’re not. Awak tunggu sini kejap. Saya pergi ambil kain basah.” Medina berlalu ke pintu bilik
Noah cuba untuk bangun. Dia memegang kepalanya yang sakit
“It’s okay, Puteri. Awak tak perlu susah-susah untuk saya..” kata Noah. Menghalang isterinya itu.
Medina menoleh.
“Awak tu suami saya. Tak ada istilah susah bagi saya. Tunggu sini.” Arah Medina. Dia terus keluar dari bilik.
Noah hanya memandang. Dia terus menghela nafas berat dan baring di atas katil itu.
Kenapa gadis itu tetap mahu mengambil berat tentangnya sedangkan mereka tidak saling mencintai?
Noah memejamkan matanya. Dia memicit kepalanya yang berdenyut sambil menunggu Medina.
Ketika Medina sedang menyiapkan kain basah, dia terserempak dengan Areena. Adik iparnya.
Medina tersenyum.
“Morning, Reena.” Tegur Medina ramah
Areena memandang sinis wajah Medina.
“Kau jangan nak tunjuk baik lah depan aku.” Kata Areena dingin.
Medina terkedu. Jadi benarlah sangkaannya. Gadis itu memang tidak menyukainya. Tapi kenapa?
Medina berdehem. Dia ketawa sedikit.
“Err.. Reena cakap apa ni? Akak tak faham lah.” Kata Medina dengan kerutan.
Areena mengetap bibirnya.
“Sekarang ni, puas lah hati kau dapat kahwin dengan Abang Noah?” Soal Areena sinis.
Medina terkejut. Kenapa Areena tidak suka dia berkahwin dengan Noah?
“Apa maksud Reena?” Soal Medina keliru.
Areena ketawa sinis.
“You don’t know anything about him! Tapi kenapa kau yang dapat dia?!” Marah Areena.
Medina mengerutkan dahinya. Adakah Areena menyukai Noah. Abang angkatnya sendiri?
Areena mendekati Medina lalu mengetap bibir marah. Matanya merenung tajam wajah Medina.
“Aku tahu yang Abang Noah takkan bahagia dengan kau.. dia kahwin dengan kau pun sebab Mama dan Papa. Bukannya sebab dia cintakan kau. Kau tak layak pun untuk dia.” Kata Areena dengan wajah marah.
Medina menarik nafasnya. Dia tersenyum ke arah adik iparnya itu.
“Jadi siapa yang layak untuk Noah? Reena ke?” Medina menyoal.
Areena tersentak.
“Noah boleh bahagia dengan Reena juga ke?” Soal Medina lembut.
Areena mengetap bibir dengan kuat. Rasa terpukul dengan kata-kata gadis itu.
Medina tersenyum.
“Kalau Reena nak tahu, Akak memang dah setuju dengan perkahwinan ni, dan Noah sendiri pun sudi terima akak sebagai isteri dia. Jadi takkan ada sesiapa pun yang boleh halang perkahwinan kami.” Kata Medina sambil melihat wajah Areena. Dia terus berlalu.
Areena ketawa sinis.
“Jadi kau nak kata yang kau dah mula cintakan Abang Noah?” Soal Areena dingin. Tanpa melihat wajah Medina di belakangnya.
Medina menghentikan langkah. Dia terdiam lama lalu dia tersenyum. Medina mengerling ke arah Areena.
“Mungkin.” Balas Medina bersahaja. Dia tahu Areena akan marah
Areena menggigit bibirnya sendiri. Dia berasa marah.
“Lagipun Noah kan suami Akak. Memang Akak ada hak untuk jatuh cinta dengan suami sendiri, betul kan?” Soal Medina lembut.
Areena terus menoleh ke arah Medina yang melangkah naik ke bilik Noah.
“Tak guna..” getus Areena.
Semuanya berpunca dari Encik Luth dan juga Puan Ainul. Ibu dan ayahnya itu tahu yang dia memang menyukai Noah sejak kecil lagi sebaik saja lelaki itu hadir dalam keluarganya. Tapi mereka sanggup menjodohkan Noah dengan perempuan lain!
Areena mendengus kuat. Berasa benci dengan gadis bernama Puteri Medina itu.
Puan Ainul keluar dari bilik dan melihat Medina naik ke tingkat atas sambil membawa bekas air dan juga kain. Dia mengerutkan dahinya.
Ketika Areena ingin keluar, Puan Ainul berjalan ke arahnya.
“Reena? Kamu nak pergi mana pagi-pagi ni?” Soal Puan Ainul sebaik saja dia melihat Areena memakai kasut sukannya.
“Jogging la, Mama, nak buat apa lagi.” Kata Areena dengan dingin.
Puan Ainul menarik nafas dengan satu-satunya anak perempuan yang dia ada itu.
“Kot ya pun, nanti-nanti lah. Kita breakfast la dulu dengan Abang Noah dan kakak ipar kamu tu..” tegur Puan Ainul.
Areena mendengus.
“Dia bukannya kakak ipar Reena. Entah dari mana perempuan tu muncul. Tiba-tiba aje kahwin dengan Abang Noah.” Bidas Areena.
“Reena!” Encil Luth memandang anak tunggalnya itu. Dia berjalan ke arah Areena.
Areena menghela nafas bosan.
“Perempuan yang kamu sebut tu kakak ipar kamu! Jangan sesekali kamu sebut nama dia macam tu. Sebaik saja Dina dah jadi isteri Noah, dia tetap sebahagian dari keluarga ni juga! Lagipun Dina tu bukannya orang luar. Dia tu anak kawan Papa! Kamu lupa ke?” Kata Encik Luth
Areena mendengus geram. “Argh!”
Dia terus berlaku keluar dengan hati yang panas.
Encik Luth menarik nafas.
“Apa nak jadi la budak ni.. makin menjadi-jadi perangai dia tu.” Bebel Encik Luth.
Puan Ainul mengetap bibir. Dia mengusap bahu suaminya itu.
“Sabar lah, bang.. dia masih lagi tak boleh terima kenyataan yang Noah tu dah berkahwin.. mungkin lambat laun, Reena akan terima juga.” Pujuk Puan Ainul.
Encik Luth menarik nafasnya lagi.
“Tapi Noah tu kan abang dia..” kata-kata Encik Luth terhenti sebaik saja Puan Ainul mencelah.
“Hanya abang angkat. Kita sendiri tak boleh nak halang perasaan Reena macam tu. InshaAllah, suatu hari nanti dia akan terima semua ni.” Kata Puan Ainul lagi.
Dia ingin suaminya itu tahu apa perasaan sebenar Areena pada Noah. Walau apapun, Noah dan Areena bukannya saudara kandung. Kerana itulah, Areena mempunyai perasaan begitu pada Noah.
Encik Luth menghela nafas berat. Dia tersedar sesuatu.
“Eh? Mana Noah dengan Dina? Diorang dah bangun ke?” Soal Encik Luth.
Puan Ainul mengangkat bahu.
“Tadi masa saya keluar, ada lah nampak Dina bawa kain basah. Pelik juga.” Kata Puan Ainul
Encik Luth turut berasa pelik.
****
MEDINA melihat Noah yang tertidur semula. Dia tersenyum.
Perlahan-lahan Medina meletakkan bekas air dan juga kain basah dia atas kabinet meja sebelah katil itu.
Medina menyentuh dahi Noah yang masih lagi panas. Dia teringat kata-kata suaminya tadi.
“Em, Actually.. saya ada banyak kerja nak kena settle kat office.“
Medina menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Tengah demam pun still nak fikir pasal kerja. Takkan lah dia tak ambil cuti kahwin. Apa lah..” getus Medina dengan senyuman.
Dia membilas kain itu dan meletakkannya ke dahi Noah.
Suaminya itu begitu nyenyak tidur. Dengan kesempatan itu membuatkan Medina terus merenung wajah Noah.
Suaminya itu mempunyai kening yang tersusun rapi dan kemas. Hidung Noah pula mancung dan elok terletak. Tona kulit Noah berwarna kuning langsat. Menambahkan lagi ketampanan lelaki itu.
Medina masih lagi meneliti wajah Noah. Matanya terhenti pada bibir Noah yang merah.
“Oh.. nampak macam dia ni tak smoking..” Kata Medina dengan senyuman. Dia sendiri kurang gemar dengan lelaki yang merokok.
Noah membuka matanya dan terus melihat Medina. Dia sedar dengan kehadiran gadis itu.
“No i didn’t.. And actually, smoking is bad for health.” Kata Noah. Dia melihat Medina di hadapannya.
Medina terkejut. Wajahnya berona merah. Pasti Noah sedar yang dia sedang merenung lelaki itu.
“Oh.. sorry.” Kata Medina dengan segan.
Noah tersenyum.
Medina terus bangun dan berdehem.
“Erm.. awak rehat lah dulu.. Saya bagitahu kat Mama dan Papa yang awak tak sihat, okey?” Kata Medina dan ingin berlalu. Namun tangannya ditarik oleh Noah.
Medina terhenti. Lagi sekali dia terkejut sebaik saja Noah memeluk pinggangnya.
“Terima kasih. Sebab risau kat saya..” kata Noah perlahan sambil memejamkan mata. Dia memeluk erat pinggang isterinya.
Medina menelan liur. Perlahan-lahan dia mengusap rambut Noah.
“A..awak kan suami saya? Mestilah saya kena risau.” Balas Medina tersekat-sekat.
Noah senyum.
Tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk.
Medina dan Noah terkejut.
Dengan cepat Medina berlari menuju ke pintu bilik. Dia membuka pintu itu. Kelihatan Encik Luth dan juga Puan Ainul memandang ke arah mereka serentak
“Kamu berdua okey ke?” Soal Puan Ainul risau.
Medina mengetap bibir. Di tersengih sedikit.
“Err.. Noah demam tadi. Tu yang Dina bawakkan kain basah untuk dia.” Kata Medina.
Encik Luth menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Ingatkan apa lah yang jadi tadi.. Ha, tak apa lah. Nanti kamu turun bawah ya? Kita breakfast sama-sama.” Katanya. Dia memandang Noah yang melihat mereka dari jauh. Risau dengan kesihatan anak angkatnya itu.
“Noah. Kamu okey?” Soal Encik Luth.
Noah tersenyum dan membuat isyarat ‘ok’.
“Nanti kalau dah okey sikit, Noah turun.” Kata Noah. Kepalanya masih lagi berdenyut
Encik Luth mengangguk faham.
“Baiklah. Kami turun bawah dulu ya?” Kata Puan Ainul. Dia dan suaminya terus berlalu pergi.
Medina tersenyum. Dia terus mendapatkan Noah.
“Awak tunggu kejap ya? Saya siapkan breakfast kat awak dulu.” Kata Medina.
Noah menggeleng.
“Tak apa. Awak makan lah dulu. Nanti saya turun. Sorry sangat sebab tak dapat nak teman awak.” Kata Noah.
Medina tersenyum.
“Tak ada apalah. Saya faham aje yang awak tu tak sihat. Nanti lepas breakfast, awak makan ubat, okey?” Soal Medina.
Noah mengangguk.
“Okey. Thanks..” kata Noah lembut
Medina tersenyum. Dia terus berlalu. Kemudian dia berhenti dan menoleh ke arah Noah.
“Betul ke ni awak okey?” Soal Medina.
Noah ketawa sedikit. Dia mengangguk.
“Ya. Saya okey.” Balas Noah.
Medina senyum.
“Alright. Tunggu ya? Nanti saya datang balik.” Kata Medina.
Noah mengangguk. Dia senyum. Baik sungguh hati isterinya itu. Dia melihat Medina sudah keluar dari biliknya.
Noah terus mengambil buku nota di lacinya dan menulis sesuatu di atasnya.
Our marriage life : ( Day 2 )
- My Wife. Puteri Medina. She so kind hearted and always taking care of me.
Noah termenung seketika. Dia menulis lagi.
- She deserve better.. But i promised. I wanna be better for her. - Noah Haqimi
Noah tersenyum sedikit. Dan menyimpan buku itu ke dalam lacinya.
****
ENCIK Luth menyuap bihun goreng yang disediakan oleh pembantu rumahnya itu bersama dengan Puan Ainul dan juga Medina.
Encik Luth memandang menantunya itu.
“Kamu dengan Noah macam mana, Dina? Okey ke?” Soal Encik Luth
Medina mengangguk.
“Alhamdulillah. Kami okey. Noah pun baik aje dengan Dina..” kata Medina pada ayah mertuanya itu.
Encik Luth tersenyum.
“Baguslah macam tu.. Kami nak minta maaf lah kalau kamu rasa tak biasa lagi dengan semua ni.. lagipun, kita kan dah jadi macam satu keluarga. Anggap aje yang kami ni pun macam keluarga Dina juga, ya?” Kata Encik Luth
Medina mengangguk. Dia tersenyum.
“Terima kasih, Pa.” Kata Medina. Dia tercari-cari kelibat Areena.
“Em.. mana Reena?” Soal Medina
Puan Ainul menarik nafas.
“Awal-awal lagi dia dah keluar pergi jogging.” Kata Puan Ainul.
Medina mengangguk faham. Oh.. pasti Areena masih marahkannya pasal tadi.
Tiba-tiba Noah turun dari tangga dan berjalan ke arah mereka.
“Eh, Noah? Kenapa turun? Kamu kan demam?” Soal Puan Ainul.
Medina menoleh ke arah Noah yang kini duduk di sebelahnya.
Yang lebih mengejutkan, Noah terus melentokkan kepalanya di bahu Medina.
“Saja. Nak teman isteri Noah breakfast.” Kata Noah bersahaja.
Wajah Medina berona merah. Oh..
Puan Ainul tersenyum-senyum sedikit ke arah mereka.
“Amboi. Baru berpisah sekejap, dah rindu ke?” Usik Puan Ainul.
Noah hanya tersenyum dengan gurauan ibu angkatnya itu.
“Mestilah.” Balas Noah.
Medina tersentak. Dia terus berdehem.
Perlahan-lahan dia menuang air teh pada suaminya itu.
Noah mengambil gelas itu dan mengusap kepala Medina.
“Thanks.” Kata Noah sambil senyum pada Medina.
Medina cuba bertindak biasa. Mungkin Noah berbuat begitu hanya sebab mereka berada di hadapan keluarga lelaki itu saja.
“Oh. By the way, Pa. Mungkin esok Puteri akan balik ke rumah Noah. Lagipun ada hal sikit Noah nak kena buat kat office tu.” Kata Noah.
Encik Luth menghela nafas. Kenal sangat dengan sikap workaholic anak angkatnya itu.
“Kamu berdua kan baru aje kahwin.. kesian kat Dina nanti. Sunyi aje.. Tak pun, bawa lah Dina pergi honeymoon ke apa ke..” Kata Encik Luth.
Noah terdiam.
Medina terus memandang Encik Luth.
“Eh tak apa lah, Papa. Dina faham aje. Honeymoon tu bila-bila pun boleh pergi. Betul kan, awak?” Soal Medina pada Noah.
Noah menarik nafas dan melihat Medina sekilas.
“InshaAllah.” Balas Noah. Dia tidak mahu menghampakan keluarga angkatnya itu.
Medina senyum sedikit. Mereka terus menikmati sarapan pagi itu bersama. Dia tidak mahu Noah terlalu memirkan tentang hal itu sedangkan mereka masih lagi dalam fasa mengenali.
Share this novel