Bab 1

Psychological Series 13476

MEDINA berjalan-jalan di sebuah kedai buku bersama dengan rakan baiknya, Lola. Dia terus mencari buku yang ingin dikumpulnya sebagai koleksi. Memandangkan dia memang sangat suka membaca buku.

“Dina. Kau tunggu kat sini kejap, eh? Aku nak pergi beli air. Kau nak apa-apa tak?” Soal Lola.

Medina menggeleng.

“Tak.. Kau pergi lah. Aku nak tunggu kat sini aje.” Kata Medina sambil melihat buku-buku di kedai itu.

“Okay. Kejap eh?” Lola terus beredar pergi.

Medina terpandang ke arah buku inggeris yang bertajuk ‘All The Bright Places.’ Buku itu telah pun diadaptasi dan juga menjadi movie kegemarannya.

Ketika Medina ingin mengambil buku itu, terdapat seorang lelaki turut menyentuh buku yang dipegangnya.

Medina tersentak. Dia terus menoleh ke arah lelaki itu.

“Oh. Awak nak buku ni juga ke? Sorry.” Kata Medina sambil mengundurkan tubuhnya. Memandangkan buku itu hanya tinggal satu sahaja.

“No. It’s okay.” Kata lelaki itu. Dia memandang ke arah Medina sehingga membuatkan Medina menundukkan wajahnya.

Jantung Medina berdegup laju. Pandangan lelaki itu sangat menggetarkan hatinya. Kenapa eh?

“Buku ni dah adaptasi sebagai movie. Awak pernah tengok?” Soal lelaki pada Medina.

Medina terpinga-pinga. Tidak sangka yang lelaki itu begitu ramah dengannya. Perlahan-lahan Medina mengangguk.

“Pernah. Best juga movie tu. Tapi sedih.” Kata Medina dengan senyuman sedikit. Dia melihat buku itu dengan lama.

“Awak pun pernah tengok movie tu juga ke?” Soal Medina pula.

Lelaki itu tersenyum. Dia mengangguk.

Medina tersenyum sedikit. Dia menyentuh kulit buku itu.

“Kasihan Violet. She tries to understand him but..” Medina terdiam seketika. Baginya movie itu sangat sedih dan telah menyentuh hatinya.

Lelaki itu turut melihat ke arah buku itu dengan senyuman.

Medina menoleh ke arah lelaki itu. Kenapa senyuman lelaki itu kelihatan sangat sedih?

“He save her.. but she can’t save him.” Kata lelaki itu sambil meletakkan buku itu semula. Sempat lagi dia tersenyum ke arah Medina dan berlalu pergi.

Medina tersentak. Dengan cepat Medina mengambil buku itu dan berlari ke arah lelaki misteri itu.

“Err, Encik!” Panggil Medina.

Lelaki itu menghentikan langkah. Dia menoleh ke arah Medina.

Medina mengetap bibirnya.

“Encik.. Taknak buku ni ke?” Soal Medina

Lelaki itu tersenyum.

Medina terkedu lagi. Kali ini senyuman lelaki itu nampak ikhlas.

“No. I don’t need it anymore. Thanks.” Kata lelaki itu dengan senyuman lalu dia berjalan keluar.

Medina terdiam. Dia melihat buku itu dengan lama. Kata-kata lelaki itu membuatkan dia terfikir.

“He save her.. but she can’t save him.”

Medina terdiam lagi. Dia dapat merasakan seolah-olah mata lelaki itu menyimpan satu perasaan yang sukar untuk Medina fahami.

Siapakah lelaki misteri itu?

Lola menepuk bahu Medina dari belakang.

“Weh. Siapa mamat tu?” Soal Lola. Sempat lagi dia melihat lelaki yang berbual dengan rakannya itu.

Medina tersedar seketika. Dia terus menoleh ke arah Lola.

“Ha? Ohh.. Entahlah. Aku ingatkan dia pun nak buku ni juga.” Kata Medina sambil berjalan ke arah kaunter.

Lola mengangkat keningnya. Dia turut meletakkan bukunya di atas kaunter.

“Tapi handsome juga eh dia tu? Hehe..” Kata Lola dengan gatal.

Medina menggeleng-gelengkan kepalanya dengan telatah rakannya itu. Lola memang pantang tengok lelaki tampan. Tambah-tambah lagi, rakannya itu peminat tegar idol Kpop.

Bak kata Lola, ‘Alah, cuci-cuci mata aje.’

Namun Medina gembira kerana mempunyai kawan baik seperti Lola. Gadis itu sentiasa ada dengannya dari zaman belajar lagi.

Petang itu, Medina dan Lola berehat di sebuah cafe sambil minum air bersama kek.

Lola melihat Medina yang menyuap potongan kek ke dalam mulut.

“Dina.” Panggil Lola.

Medina mengangkat wajahnya.

“Hm?” Soal Medina pula.

“Kau memang dah buat keputusan ke? Kau dah fikir masak-masak?” Soal Lola dengan risau.

Medina akan berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya pada minggu hadapan. Yang lebih mengejutkan, Medina langsung tidak mengenali lelaki itu. Bahkan dia tidak pernah sesekali berjumpa dengan lelaki itu. Lola berasa sangat geram dengan keluarga sahabatnya itu. Mereka ingat zaman sekarang ni macam dulu-dulu ke, nak berkahwin dari pilihan keluarga bagai?

Medina menghirup air itu sambil membaca buku yang dibelinya tadi.

“Haah.” Jawab Medina tanpa ada perasaan. Memang dari dulu lagi dia sentiasa menuruti segala permintaan keluarganya. Bagi Medina. Kebahagiaan Umi dan Abahnya lebih penting dari perasaanya sendiri.

“Tapi tak make sense betul lah, Dina. Kau bukannya kenal lelaki tu pun. Entah dia baik ke jahat ke? Kita bukannya tahu. Ish, aku risau lah.” Kata Lola dengan kerutan di dahinya.

Medina terdiam. Dia menghela nafasnya.

“Aku kenal Umi dengan Abah aku tu, Lola. Diorang sentiasa nakkan yang terbaik untuk anak dia.. Lagipun.. lelaki tu bukannya orang jauh. Anak angkat kawan Umi aku juga.” Kata Medina perlahan.

Lola menghela nafas berat. Satu saja sikap Medina yang buatkan Lola geram. ‘Naif’. Rakannya itu begitu turutkan saja permintaan keluarganya itu.

“Tapi kau pernah ke jumpa lelaki tu? Tak kan? Hati orang ni kita bukannya tahu, Dina.. Tambah pula kau langsung tak kenal siapa lelaki tu. Cuba kalau dia tu kaki pukul? Tak ke bahaya?” Kata Lola risau.

Medina terdiam lagi.

Lola menarik nafasnya.

“Zaman sekarang ni dah moden lah, Dina. Mana ada lagi arrange marriage semua ni. Ish. Aku tak faham betul lah”. Bebel Lola.

Medina menundukkan wajahnya.

“Kau tahu kan yang Umi aku sekarang ni tak berapa nak sihat? Aku taknak lah risaukan dia..” kata Medina. Ibunya baru saja keluar dari hospital kerana darah tingginya itu. Oleh itu lah, Medina tidak mahu membuatkan ibunya berasa lebih susah hati lagi.

Lola terdiam.

“Memang lah.. tapi kebahagiaan kau pun penting juga, Dina. Ni pasal masa depan kau! Sekali kalau kau dah silap pilih suami.. kau takkan boleh nak patah balik! Aku nakkan yang terbaik aje untuk kau, Dina. Aku nak kau happy.” Kata Lola.

Medina tersenyum. Dia menjentik dahi Lola.

“Thanks, Lola.. Tapi jangan risaulah. Aku okey aje.. InshaAllah. Kalau dah memang ditakdirkan jodoh aku dengan dia. Aku terima.” Kata Medina tenang.

Lola menghela nafasnya. Tiba-tiba dia teringatkan Affan. Lelaki itu merupakan senior mereka ketika di universiti dahulu. Hubungan Medina dan juga Affan agak rapat sehingga Lola sangkakan yang mereka berdua itu sudah bercinta dalam diam.

“Tapi.. macam mana dengan Abang Affan? Bukan ke kau suka kat dia dari zaman study lagi?” Soal Lola.

Medina menoleh ke arah lain. Memang dia akui yang dia sangat menyukai lelaki itu. Tetapi sejak Affan mengatakan yang dia hanya menganggap Medina seperti adiknya sendiri sekaligus telah membuatkan Medina berasa putus asa.

Medina menundukkan wajahnya.

“Ya.. Memang lah aku sukakan dia.. Tapi semua tu dah lepas, Lola. Lagipun Abang Affan tak pernah ada rasa cinta tu kat aku. Jadi, untuk apa lagi aku nak pertahankan?” Soal Medina pula.

Lola terdiam. Dia menghirup airnya itu.

“Habis tu? Dengan lelaki yang kau tak kenal langsung ni? Boleh pula kau nak pertahankan?” Soal Lola dengan keluhan.

Medina terdiam.

“Mungkin.. dia boleh jadi yang terbaik untuk aku.” Jawab Medina perlahan.

Lola menyandarkan tubuh di kerusi. Nampaknya, Medina betul-betul dah nekad mahu berkahwin dengan lelaki yang langsung tidak dikenalinya itu.

“Siapa nama lelaki tu?” Soal Lola

Medina mengeluh.

“Noah Haqimi.” Balas Medina.

Lola mengerutkan dahinya.

“Kau ada gambar dia?” Soal Lola.

Medina menggeleng.

“Kau tak pernah tengok muka dia langsung?!” Soal Lola terkejut.

Medina menggeleng lagi.

“Ya Allah. Kawanku.. kot ya pun, tengok lah gambar dia juga. Kang mamat tu sebenarnya dah tua berkedut, ish seram lah aku!” Getus Lola

Medina mengetap bibirnya. Takut juga jika lelaki itu seperti yang mereka bayangkan.

“Kau janganlah cakap macam tu..” Medina memandang Lola dengan risau.

Lola ketawa.

“Ha.. tahu pun takut.” Usik Lola sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Medina hanya diam dan termenung jauh. Demi kebahagiaan Umi dan Abahnya, dia perlu menuruti segala permintaan mereka walaupun jauh di sudut hatinya, dia juga mahukan rasa bahagia.

Noah Haqimi.. lelaki yang bakal menjadi suaminya tak lama lagi. Lelaki yang bakal mengubah seluruh hidupnya. Dapatkah dia memupuk perasaan cinta pada bakal suaminya itu nanti?

“Walau apapun yang jadi.. aku harap sangat yang Noah tu boleh bahagiakan kau.” Kata Lola dengan lelah.

Medina mengangguk perlahan.

Ya. Dia juga turut mengharapkan perkara yang sama dan kini dia telah redha dan menerima saja takdirnya itu.

****

“AKU terima nikahnya, Puteri Medina Binti Muhammad Ilyas dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit, tunai.” Lafaz Noah dengan tenang.

“Sah?”

“Sah.”

Dengan sekali lafaz, Medina telah sah menjadi isteri kepada Noah Haqimi. Lelaki yang langsung dia tidak kenali itu.

Tetapi..

Setelah pertama kali dia melihat Noah. Medina berasa sangat terkejut. Dia langsung tidak menyangka bahawa Noah adalah lelaki yang pernah dia jumpa ketika mereka berada di kedai buku pada minggu lepas.

Kini, lelaki itu telahpun menjadi suaminya.

Medina masih lagi terkejut. Dia melihat Noah yang sedang duduk di hadapan tok kadi itu. Lelaki itu kelihatan tenang.

Noah menoleh ke arah Medina.

Mereka bertentangan mata.

Medina mengetap bibirnya.

Sebaik saja Noah menyarungkan cincin itu ke jari manis milik Medina, jantung Medina terus bergetar.

“Salam tangan suami tu..” Kata Puan Umaidah. Ibu kepada Medina.

Medina menarik nafas dengan dalam dan mengucup tangan Noah. Hatinya kini bercampur baur. Pelbagai rasa ada di dalam hatinya.

Noah hanya memandang Medina dengan lama.

Sebaik saja Medina menyarungkan cincin itu ke jari Noah, lelaki itu terus mengucup dahi Medina.

Medina menahan debaran di dadanya.

Noah sempat lagi melihat Medina.

“Saya harap.. awak tak menyesal dengan perkahwinan ni..” bisik Noah. Pandangan lelaki itu kelihatan dingin.

Medina mengerutkan dahinya. Dia terus memandang wajah Noah.

Lelaki itu langsung tidak memandang Medina sebaliknya dia hanya tersenyum ke arah kamera yang sedang mengambil gambar mereka.

Medina terdiam. Kenapa Noah berkata begitu? Menyesal? Kenapa dia perlu menyesal?

Sepanjang hari persandingan mereka, Noah begitu ramah berbual dengan keluarga mereka. Namun Medina perasan, yang Noah seolah-olah kelihatan terpaksa apabila berkahwin dengannya.

Setiap kali mereka bergambar bersama, Noah hanya tersenyum ke arah kamera tanpa melihat Medina.

Lelaki itu seolah-olah ingin menjauhkan diri dari Medina.

Ketika mereka sedang bergambar, Medina hampir saja terjatuh sebaik saja kasut tumit tingginya itu terpijak pada gaun pengantinnya.

Noah sempat menahan Medina dari jatuh. Mereka berpandangan lagi.

“Be careful.” Kata Noah. Dia memegang tangan Medina.

Jantung Medina berdegup lagi. Noah terus melarikan pandangan.

Selesai saja sesi bergambar, Medina terus melayan tetamu yang hadir. Noah pula sedang berbual dengan rakan baiknya, Faris.

“Tahniah bro, aku doakan kau dengan wife kau happy..” Faris menepuk-nepuk bahu Noah dengan senyuman.

Noah diam. Dia mengukir senyuman.

“Thanks.” Jawab Noah sepatah.

Faris terus tersedar sesuatu. Dia melihat Noah dengan lama.

“Kau okey ke dengan semua ni?” Soal Faris.

Noah melihat rakannya itu. Dia tersenyum.

“Aku.. okey aje. Kenapa kau tanya macam tu” Kata Noah dengan senyuman.

Faris menarik nafasnya.

“Noah. Aku ni dah kenal kau lama tau? Sejak kita kat zaman universiti lagi. Kau takkan boleh nak sorokkan perasaan kau tu.. baik kau bagitahu aku. Kau betul-betul okey ke dengan semua ni?” Soal Faris lagi.

Noah terdiam. Dia menarik nafas.

“Ya. Aku okey. Aku kena okey juga untuk Mama dan Papa aku. Mereka dah banyak berkorban sejak aku kecil dulu.. Dah sekarang ni.. dah tiba masanya untuk aku balas budi mereka.” Kata Noah. Dia melihat ke arah ibu dan ayah angkatnya itu. Kemudian matanya beralih pada Medina.

Dia merenung lama wajah Medina.

“Tapi.. macam mana kalau aku tak boleh bahagiakan dia?” Soal Noah sendiri.

Faris mengetap bibir.

Noah menarik nafas dan terus menggeleng.

“Tak.. aku tak boleh lukakan hati dia..” Kata Noah lagi.

Faris terdiam seketika. Dia memegang bahu Noah.

“Noah. Kau ingat lagi tak pesan Inara? Kau kena control emosi kau.” Soal Faris serius.

Noah tersentak. Hanya Faris saja yang tahu tentang keadaanya.

Perlahan-lahan Noah mengangguk.

Dia melihat Medina yang bergambar dengan keluarganya.

“Isteri kau.. dia dah tahu ke pasal keadaan kau?” Soal Faris.

Noah terdiam. Dia memandang Medina yang sedang ketawa bersama dengan tetamu yang datang.

“Tak.. aku taknak dia tahu pasal tu..” kata Noah perlahan.

“But.. i’ll try. I wanna be better for her.” Kata Noah sambil melihat Medina.

Faris menepuk bahu Noah dengan lembut.

“Baguslah macam tu. Aku nak kau tahu yang aku akan selalu sokong kau dan aku ada aje dengan kau, okey?” Kata Faris pada sahabatnya itu.

“Lagi satu. Aku nak sangat minta kat kau..” Faris menarik nafasnya. Dia melihat wajah Noah.

Noah turut melihat rakannya itu.

“Tolong jangan pendam apa-apa. Kalau kau rasa ada something yang trigger kau. Cepat-cepat kau bagitahu aku dengan Inara, okey?” Kata Faris.

Inara. Ataupun gadis itu dikenali sebagai Doktor Inara. Doktor psikiatri dan juga therapist yang merawat Noah. Mereka bertiga berkawan baik sejak dari zaman universiti lagi. Hanya Faris dan Inara saja yang tahu tentang keadaannya.

Noah tersenyum. Rakannya itu sentiasa menyokongnya walau apa jua keadaan sekalipun.

“Thank you, Ris.” Kata Noah.

Faris tersenyum. Dia menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu.

“Tak ada hal lah. By the way, selamat pengantin baru, bro.” Jawab Faris dengan senyuman.

Noah senyum. “Thanks.”

Puan Ainul, ibu angkat kepada Noah terus mendapatkan Medina

“Tahniah ya, Dina? Mama sentiasa doakan kebahagiaan kamu dengan Noah.” Katanya lembut.

Medina tersenyum sedikit.

“InshaAllah. Terima kasih Mama.” Balas Medina dengan senyuman. Sempat lagi dia melihat ke arah adik iparnya, Areena yang sedang melihatnya dengan pandangan sinis.

Kenapa gadis itu seolah-olah tidak menyukainya?

Medina terus mengukirkan senyuman pada Areena namun adik iparnya itu hanya menoleh ke arah lain.

Lola terus mendapatkan Medina. Dia tersenyum melihat kawan baiknya itu.

“Cantiknya kau, Dina.. Tahniah tau? Aku nak kau happy aje dan aku akan selalu doakan kau. Apa-apa hal kau bagitahu aje aku, okey?” Kata Lola sambil memeluk Medina.

Medina membalas pelukan Lola dengan mata yang berkaca.

“InshaAllah.. Thanks, Lola.” Balas Medina pula.

Lola mengusap pipi kawan baiknya itu. Mereka ketawa bersama.

“By the way, Dina.. laki kau tu bukan ke mamat yang kita jumpa kat kedai buku minggu lepas?” Bisik Lola sambil dia melihat Noah.

Medina berdehem.

“Betul lah dia. Aku pun terkejut juga lepas dapat tahu tadi.” Kata Medina sambil tersenyum ke arah tetamu.

“Ecece. Jodoh yang tak disangka..” usik Lola.

Medina menjeling sambil mencubit lengan Lola.

Noah terus berjalan ke arah Medina.

Lola melihat lelaki itu. Dia tersenyum.

“Hai. Saya Lola. Kawan baik Dina.” Lola memperkenalkan dirinya.

Noah mengangguk faham. Dia tersenyum sedikit.

“Terima kasih datang..” kata Noah.

Lola tersengih.

“Mestilah kena datang. Dina ni bestie for life tau!” Kata Lola sambil memeluk lengan Medina.

Medina ketawa. Dia mencubit pipi rakannya itu.

Noah memandang ke arah isterinya yang sedang ketawa itu dengan lama.

Medina berdebar dengan pandangan suaminya itu. Perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman pada Noah.

Noah terus menoleh ke hadapan.

Puan Umaidah serta Encik Ilyas, ibu dan ayah kepada Medina terus mendekati mereka berdua.

Medina terus memeluk ibu dan ayahnya. Noah pula menyalam tangan mereka.

“Alhamdulillah, syukur semuanya dah selesai.. Abah dengan Umi nak Dina tahu yang kami semua sayang sangat kat Dina.. kami selalu doakan kebahagiaan Dina. Abah nak Dina jadi isteri yang solehah ya? Dina kena hormat suami selalu.. dan sentiasa ada kat sisi Noah..” pesan Encik Ilyas. Dia mengusap kepala Medina yang begitu cantik dilitupi dengan tudung bawal chiffon berwarna peach.

Medina mengangguk. Dia tersenyum sedikit.

Puan Umaidah mengusap wajah Medina dengan lembut.

“Dina kena ingat tau? Sekarang ni syurga Dina bukan kat tapak kaki Umi dah.. Syurga Dina sekarang ada pada Noah. InshaAllah, bahagia milik kamu berdua. Umi sayang sangat kat kamu.” Pesan Puan Umaidah dengan sebak.

Medina mengangguk. Air matanya terus mengalir. Dia memeluk erat tubuh uminya itu. Agak sukar untuk dia meninggalkan keluarganya dan bersama dengan lelaki yang baru saja dia kenali..

“Noah jaga anak Abah baik-baik ya?” Soal Encik Ilyas sambil menepuk bahu Noah.

Noah tersentak. Dia melihat Medina lalu perlahan-lahan dia mengangguk.

“InshaAllah..” balas Noah perlahan.

Medina melihat Noah yang hanya memandang ke arah mereka.

Tiada senyuman di bibir suaminya. Tapi pandangan Noah kelihatan lembut.

Noah seolah-olah memberikan satu tarikan pada Medina. Pandangan dingin lelaki itu membuatkan Medina ingin mengenali suaminya dengan lebih dalam lagi..

Adakah Noah ikhlas menerimanya sebagai isteri?

****

MALAM itu, Medina menunggu Noah di dalam bilik mereka. Tetapi lelaki itu masih lagi tidak muncul.

Medina mengetap bibirnya. Kenapa dia berasa tidak sedap hati?

Ketika Medina bangun dari katil, Noah sudah pun membuka pintu bilik.

Medina terkejut. Dia terus berdehem.

“Err.. awak tak mengantuk lagi ke? Dah malam ni..” kata Medina lembut.

Noah tersenyum. Dia agak terleka seketika apabila melihat kecantikan semula jadi milik isterinya itu.

“Tak. Awak pula?” Soal Noah dengan senyuman.

Medina terpana seketika setelah melihat senyuman Noah yang kelihatan ikhlas itu. Bukankah semasa majlis tadi, lelaki itu seolah-olah dingin dengannya? Tapi malam ini.. Noah nampak ikhlas.

Medina menggeleng perlahan.

“Be.. belum.” Jawab Medina tergagap-gagap.

Noah tersenyum. Dia melihat ke arah sofa biliknya.

“Well.. Can we talk? For a while?” Soal Noah. Dia memandang wajah Medina.

Medina tersentak. Dia melihat Noah lalu perlahan-lahan dia mengangguk.

Noah tersenyum. Mereka terus duduk di sofa sambil terdiam seketika.

“Saya langsung tak sangka.. awak lah gadis yang saya jumpa kat kedai buku haritu.” Kata Noah sambil melihat Medina.

Medina berdehem. Dia menundukkan wajahnya.

“Itu lah.. saya pun terkejut juga..” balas Medina pula. Dia ketawa sedikit.

Noah tersenyum lagi. Dia melihat Medina.

“Do you mind if i call you.. Puteri? I mean, your name is Puteri Medina, right?” Soal Noah.

Medina terkejut lalu dia mengangguk laju.

“Ya. Awak boleh aje nak panggil apa pun. Dina boleh. Puteri pun boleh.” Kata Medina dengan segan.

Noah tersenyum.

“Ok then. I will call you Puteri.” Kata Noah lembut. Dia merenung mata Medina.

Medina membalas pandangan Noah. Hatinya tiba-tiba rasa sesuatu. Manisnya senyuman lelaki itu..

“Okey..” jawab Medina perlahan.

Noah menarik nafas dan menoleh ke hadapan.

“Puteri.” Panggil Noah

Medina menoleh.

“Ya?” Soal Medina pula. Jantungnya bergetar sebaik saja Noah memanggil namanya begitu.

Noah menoleh ke arah Medina.

“Boleh saya tahu kenapa awak terima perkahwinan ni?” Soal Noah dengan rasa ingin tahu.

Medina terus memandang Noah. Kemudian dia menundukkan wajahnya.

“Oh..” getus Medina perlahan

“Saya terima awak pun sebab.. permintaan Umi dengan Abah. Bagi saya, kebahagiaan Umi dengan Abah lebih penting dari segalanya..” jawab Medina.

Noah tersenyum sedikit. Dia memandang gadis itu.

“Kebahagian mereka lebih penting.. Tapi macam mana dengan awak pula? Awak okey ke terima lelaki yang langsung awak tak kenal ni sebagai suami awak?” Soal Noah

Medina terdiam. Dia sendiri tidak boleh berkata apa-apa kerana Noah telahpun menjadi suaminya.

Noah mengetap bibirnya setelah melihat Medina yang hanya mendiamkan diri.

“Kenapa..” Noah ketawa sedikit.

Medina melihat suaminya itu dengan keliru.

“Kenapa awak sanggup korbankan kebahagiaan awak? Kenapa awak terima perkahwinan ni? You actually had a choice, Puteri! But i.. i didn’t have that..” kata Noah dengan kecewa.

Noah tidak mempunyai pilihan lain dan hanya menuruti permintaan keluarga angkatnya kerana dia mahu membalas budi mereka. Puan Ainul dan Encik Luth telah menjaganya sejak dia berumur 12 tahun lagi.. Kerana itulah, dia akan selalu menuruti permintaan mereka.

Tetapi Medina.. gadis itu masih lagi mempunyai pilihan untuk menolak perkahwinan itu.

Medina tersentak. Terkejut dengan perubahan suaminya. Adakah Noah juga terpaksa menerima perkahwinan itu?

“A.. apa maksud awak? Awak pun tak setuju dengan perkahwinan ni ke?” Soal Medina keliru.

Noah tersentak. Tidak.. dia tidak mahu Medina sedar tentang perkara itu.

Dia terus memandang Medina.

“Ma.. maaf..” Kata Noah dan menundukkan wajahnya.

Medina melihat wajah Noah yang pucat itu.

“Awak okey ke?” Soal Medina risau.

Noah menelan liurnya. Dia terus mengukir senyuman.

“Ya. Saya okey..” balas Noah dan memandang Medina dengan senyuman.

Medina menarik nafasnya.

“InshaAllah.. saya akan cuba belajar untuk cintakan awak..” kata Medina perlahan. Dia mengetap bibir kerana segan dengan lelaki itu.

Tetapi adakah lelaki itu baik-baik saja? Medina sedar sepanjang perkahwinan mereka tadi lelaki itu kelihatan begitu dingin dengannya.

Noah tersenyum lagi. Dia menarik nafasnya.

“Sebenarnya.. saya berkahwin dengan awak pun sebab Mama dan Papa juga..” kata Noah dan melihat ke hadapan.

Medina hanya mendengar.

Noah menoleh ke arah isterinya itu.

“Awak tahu kan yang saya ni cuma anak angkat mereka aje?” Soal Noah

Medina mengangguk. Walaupun Noah hanyalah anak angkat Puan Ainul dan juga Encik Luth, tetapi keluarga mertuanya itu kelihatan sangat sayang pada Noah seperti anak mereka sendiri.

“Bagi saya.. kebahagiaan mereka pun penting juga pada saya.” Kata Noah dengan senyuman.

Medina tersenyum sedikit. Dia mengangguk.

“Jadi.. kita sama-sama berkorban untuk kebahagian mereka kan?” Soal Noah sambil ketawa sedikit.

Medina tersenyum. Dia memandang Noah dengan lama lalu dia menggeleng.

“Nope. Bagi saya.. Tu bukannya pengorbanan..” kata Medina lembut.

“Saya ikhlas terima perkahwinan ni atas kerelaan saya sendiri.. Sebaik saja saya jadi isteri awak, saya dah berjanji dengan diri saya untuk jadi isteri yang baik dan taat pada awak..” ujar Medina dan merenung mata Noah.

Noah tersentak.

“Saya akan sentiasa ada kat sisi awak dan takkan pernah tinggalkan awak. Lagipun.. saya kan isteri awak? Dan tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya. InshaAllah sampai bila-bila..” Kata Medina lembut.

Noah menundukkan wajanya. Air matanya mengalir sedikit.

‘Ya Allah.. Aku dikurniakan seorang isteri yang baik.. tapi macam mana kalau aku lukakan hati dia suatu hari nanti?’ Bisik hati Noah.

Medina tersentak. Dia melihat air mata Noah yang mengalir tiba-tiba.

“Awak? Awak okey ke?” Soal Medina dengan risau. Dia cuba menyelak rambut yang menutupi dahi suaminya itu.

Noah terkejut. Dia menghalang sentuhan Medina sehingga menampakkan kesan parut di lengannya.

Medina mengerutkan dahinya apabila melihat parut yang sepanjang 5 inci di lengan suaminya. Bagaimana Noah boleh memiliki parut sepanjang itu?

Medina melihat Noah dengan risau.

“Kenapa.. dengan tangan awak?” Soal Medina

Noah terus menutup lengannya itu dan berdiri.

“Tak.. tak ada apa.. awak tak mengantuk lagi ke?” Soal Noah dengan senyuman.

Medina diam. Dia turut berdiri dan mengetap bibirnya.

“Boleh lah. Mengantuk juga. Awak pula?” Soal Medina dengan senyuman. Tidak mahu menyampuri hal yang menimpa suaminya itu. Walaupun parut di lengan Noah itu masih lagi bermain di fikirannya.

Noah tersenyum.

“Jom lah kita tidur. Kasihan awak letih.. dengan majlis tadi tu..” Kata Noah sambil mengusap rambut Medina.

Pada mulanya dia memang agak tergamam setelah melihat aurat gadis itu buat kali pertama.

Medina mengetap bibir. Jantungnya begitu laju sebaik saja Noah mengusap kepalanya.

“Okey.. tapi..” Medina bermain dengan jari-jemarinya sendiri.

Noah melihat Medina.

“Maaf sebab.. saya tak bersedia lagi untuk jadi isteri awak yang sepenuhnya.. saya cuma..” Medina menundukkan wajahnya kerana malu.

Noah tersenyum.

“Tak apa. Saya faham aje pasal tu.. Dan saya takkan sesekali paksa awak selagi awak tak bersedia. Jadi sekarang ni awak tidur dan rehat dulu okey?” Kata Noah lembut.

Medina melihat Noah dengan senyuman. Baik juga suaminya itu.

“Okey. Terima kasih.” Balas Medina dengan gembira. Dia terus baring di atas katil suaminya sambil menarik selimut.

“Selamat malam.” Kata Medina dengan senyuman. Noah yang duduk disisi katil hanya tersenyum.

“Goodnight..” balas Noah sambil melihat isterinya yang sedang tidur itu.

Setelah Medina nyenyak tidur, senyuman Noah terus hilang. Dia terus bangun dan mengambil botol ubat di dalam laci meja sebelah katilnya.

Noah terus turun ke bawah dan meletakkan air mineral ke dalam gelas.

Satu demi satu suara yang muncul di fikirannya. Noah memejamkan mata dengan kuat.

‘Entah la.. Dalam hati ni macam tak ada apa-apa. Rasa kosong.’

Fikiran Noah masih lagi berlegar.

‘Macam mana kalau dia akan tinggalkan aku?’

‘Macam mana kalau dia tak bahagia sepanjang jadi isteri aku?’

‘Aku taknak lukakan hati dia.. aku takut kalau aku tak boleh bahagiakan dia..’

‘Why can’t i be normal?’

Noah memandang ubat itu dengan lama. Perlahan-lahan dia memasukkan sebiji ubat itu ke dalam mulut dan meminum air itu.

Tak lama selepas itu, suara-suara itu mula hilang dari fikirannya.

Noah termenung lama. Dia tidak mahu Medina mengetahui tentang penyakitnya itu. Sudah hampir 7 tahun dia berlawan dengan penyakitnya yang dikenali sebagai BPD (Borderline Personality Disorder). Walaupun kini dia telahpun berusia 27 tahun, dia masih lagi bergantung dengan ubat-ubat itu setiap kali fikirannya berasa terganggu.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.

Noah melihat skrin telefonnya itu. Nama Inara muncul pada skrin.

Noah menarik nafas dan menjawab panggilan gadis itu.

“Hello.” Kata Noah.

Inara tersenyum. Dia berjalan ke arah luar rumahnya.

“Hi, Noah.. Selamat pengantin baru. Maaf sebab aku tak dapat datang ke majlis kau harini..“ kata Inara dengan rasa bersalah.

Noah duduk di atas kerusi dapurnya.

“No. It’s okay. Aku faham aje yang kau tu sibuk.” Balas Noah.

Inara menarik nafas. Kemudian dia tersedar sesuatu.

“Oh! Am i disturbing you guys?” Soal Inara risau.

Noah memandang ke tingkat atas. Nasib baik keluarganya sudah pun tidur selepas majlis itu selesai dan juga ahli keluarga mereka yang lain beransur pulang.

“Tak pun.. kenapa kau call aku ni?” Soal Noah. Matanya mula berat setelah mengambil ubat itu.

Inara terdiam seketika. Walaupun Noah dan Faris hanyalah rakan baiknya sejak mereka belajar di universiti lagi, tetapi sudah lama dia menyimpan perasaannya pada Noah. Kerana itulah dia ingin merawat penyakit Noah dan menjadi therapist lelaki itu.

Setelah dia mengetahui tentang perkahwinan Noah, hatinya terus hancur. Mana mungkin Noah akan membalas cintanya. Bagi Noah, mereka hanyalah sekadar kawan baik.

Inara menarik nafas lagi. Dia tersenyum. Dia perlu belajar untuk melupakan rasa cintanya pada Noah. Walaupun sukar untuk dia lupakan rasa itu.. namun dia perlu kuat untuk kebahagiaan lelaki itu.

“Nothing. Aku cuma nak tahu pasal condition kau. Kau dah makan ubat ke? So far macam mana harini? Ada apa-apa yang ganggu fikiran kau?” Soal Inara. Walau apapun dia perlu bersikap profesional demi memulihkan penyakit Noah.

Noah melihat botol ubat itu dengan lama. Pandangannya kosong.

“I don’t know.. everything happens too fast..” jawab Noah perlahan.

“Aku rasa macam mimpi..” kata Noah dengan pandangan kosong.

“Am i doing the right thing?” Soal Noah pula.

Inara menarik nafasnya lagi.

“Noah. Kau sendiri dah buat keputusan ni untuk terima dia dalam hidup kau.. and i know this is the right choices.” kata Inara

Noah diam.

Inara tersenyum.

“What about her? Is she okay with you?” Soal Inara

Noah diam. Dia teringatkan senyuman Medina.

“My wife.. she looks nice. Dia baik. Cantik.. Mungkin dia lah jodoh yang ditakdirkan untuk aku..” kata Noah. Dia tersenyum sedikit.

Tiba-tiba senyuman Noah hilang.

“Tapi.. dia nampak parut aku yang dulu.. Macam mana kalau aku.. tak boleh nak bahagiakan dia? Macam mana kalau suatu hari nanti.. aku akan lukakan hati dia?” Soal Noah lagi. Dia terus berdiri. Dia meraup wajahnya.

“Dia pun akan tinggalkan aku juga ke?” Noah mengenggam gelasnya itu dengan kuat.

“Kau rasa dia akan bahagia ke dengan aku?” Soal Noah lagi. Dia mengerutkan dahinya.

“Noah. You’re splitting.” Tegur Inara. Perubahan emosi Noah memang sangat mudah untuk dia jangka. Itulah salah satu simptom penyakit yang dihidapi Noah. Perubahan emosi yang tidak dijangka.

‘Splitting’ terjadi tanpa pesakit itu sedar. Ianya boleh berlaku pada bila-bila masa saja mengikut situasi dan keadaan. Salah satu contoh ketika pesakit sedang ketawa gembira bersama keluarga dan tiba-tiba pesakit itu akan berubah murung atau rasa marah sekiranya ada sesuatu yang ‘triggered’ mereka dalam masa yang sama.

Noah tersentak. Dia melihat gelas itu dengan lama.

“Oh.. Maaf.” balas Noah. Dia memegang kepalanya.

“I did it again. Didn’t i?” Kata Noah sambil melepaskan nafasnya.

Inara menghela nafas.

“Noah. Aku nak kau janji dengan aku. Yang kau takkan sesekali skip ubat yang aku bagi tu. And then, kau kena kawal emosi dan fikiran yang ganggu kau. Do something yang boleh buat kau happy and think positive. If ada something yang trigger kau pada masa tu, make sure kau boleh kawal and tell us. Immediately.” Pesan Inara. Sudah hampir 3 tahun dia menjadi doktor psikiatri yang merawat pelbagai jenis penyakit yang mempunyai mental illness. Dan Noah adalah satu pesakitnya.

Semuanya terjadi disebabkan trauma yang dihadapi oleh Noah sejak lelaki itu kecil lagi.

Ketika mereka di universiti, Inara sudah boleh mengesan simptom yang ada pada Noah, perubahan emosi Noah sering mengganggu hubungan persahabatan antara mereka termasuklah Faris. Dan paling teruk, Noah pernah mencederakan dirinya sendiri ketika mereka belajar di universiti dahulu. Faris juga pernah bergaduh besar dengan Noah kerana Noah sering menghilangkan diri dengan alasan ingin tenangkan fikirannya.

Kerana itulah Faris dan Inara ingin memulihkan semula kesihatan lelaki itu.

“Pasal wife kau pula, kau just go with the flow and don’t think about anything else. I mean.. kau boleh aje berkenalan dengan wife kau tu dulu.. Be friends with her.” Kata Inara.

“Kenal dulu peribadi dia and build a good relationship with your wife.” Pesan Inara.

Seperti biasa Inara akan menolak peluangnya untuk mendapatkan hati Noah. Baginya, kesihatan Noah lebih utama.

Noah mengetap bibir.

“Tapi..” Noah mula berasa tidak yakin. Bagaimana kalau Medina mengetahui tentang penyakitnya itu? Adakah Medina akan pergi meninggalkannya juga?

Inara tersenyum.

“Aku faham yang kau taknak dia tahu tentang penyakit kau. Tapi, lambat laun dia akan tahu juga, Noah.. dia tu isteri kau. Baik buruk kau dia kena terima.. Kalau kau rasa tak bersedia lagi untuk bagitahu semua tu, perlahan-lahan kau cuba open up dengan dia.” Kata Inara.

Noah terdiam seketika.

“And just remember.. That we all here for you, Okey?” Kata Inara.

Noah mengangguk.

“InshaAllah. Thanks, Nara.” Kata Noah dengan senyuman tawar.

Inara senyum.

“You’re welcome. Take care, Noah. I wish the best for you and your wife.” Kata Inara.

Noah terdiam seketika. Dia menarik nafas.

“Okey. Thanks again..” balas Noah.

Tak lama selepas itu mereka mematikan talian.

Encik Luth keluar dari biliknya untuk meminum air. Dia melihat anak angkatnya itu sedang duduk di kerusi dapur.

“Noah? Kenapa tak tidur lagi ni? Isteri kamu dah tidur dah ke?” Soal Encik Luth sambil berjalan ke arah Noah.

Noah mengangkat wajah. Dengan cepat dia terus mengukir senyuman.

“Oh, Noah haus aje tadi.. tu yang turun bawah. Puteri pun dah tidur.” Kata Noah dan bangun dari kerusinya itu.

Encik Luth melihat Noah. Dia tersenyum setelah melihat anak angkatnya yang sudah meningkat dewasa itu. Dan kini, Noah telahpun menjadi seorang suami. Betapa bangganya dia apabila melihat lelaki itu.

“Papa gembira sangat, Noah. Papa harap kamu boleh jadi suami yang baik untuk Dina.. Papa tengok Dina tu pun baik juga orangnya.” Kata Encik Luth sambil tersenyum.

Noah terdiam lama. Dia mengangguk.

Encik Luth senyum lagi.

“Papa selalu nakkan yang terbaik untuk kamu. Walaupun kamu dah berkahwin, kamu tetap anak Papa sampai bila-bila.” Kata Encik Luth.

Dia ingat lagi ketika dia mengambil Noah menjadi anak angkatnya dahulu. Pada mulanya Noah masih lagi tidak selesa dan berasa takut dengan keluarganya memandangkan ada sejarah hitam yang terjadi pada keluarga kandung Noah dahulu.

Noah memandang Encik Luth dengan mata yang berkaca. Nasibnya baik kerana dia dikurniakan keluarga angkat yang sentiasa menyayanginya seperti anak sendiri.

“InshaAllah.. Thanks, Pa..” Kata Noah. Hatinya terasa sebak dengan tiba-tiba.

Encik Luth menepuk-nepuk bahu Noah dengan senyuman. Dia sudah menganggap Noah seperti anak kandungnya sendiri.

Noah berdehem.

“Noah.. nak naik atas dulu.” Kata Noah

Encik Luth mengangguk.

“Baiklah. Jaga isteri kamu tu elok-elok.” Pesan Encik Luth.

Noah tersenyum sedikit. Dia terus naik ke biliknya. Dia melihat Medina yang masih lagi nyenyak tidur.

Dia merenung wajah Medina yang tetap kelihatan cantik walaupun sedang tidur. Noah duduk di sisi katil dan melihat wajah isterinya itu.

Bulu mata gadis itu sangat lentik. Hidung Medina pula kecil dan mancung.

Noah masih lagi meneliti wajah isterinya yang sedang tidur itu. Matanya terhenti pada bibir Medina yang mungil.

Noah menelan liur dan terus menarik nafasnya. Dia tersenyum sedikit.

‘Nampak letih betul.’ Bisik hati Noah.

Perlahan-lahan dia menyelak sedikit rambut yang menutupi dahi Medina.

Noah tersenyum. Dia mengeluarkan buku notanya di dalam laci lalu dia menulis sesuatu.

Our marriage life : ( Day 1 )

- My Wife. Puteri Medina. She looks nice and she smiles at me.. Is that a good start? - Noah Haqimi

Noah melihat lagi ke arah Medina. Matanya mula berat. Mungkin kesan dari ubat yang dimakannya tadi. Dia meletakkan semula buku itu ke dalam laci lalu dia pun terlena dengan keadaan duduk sambil berlapikkan tangan di sisi katil sebelah Medina.

Hi, Readers! Ni first time saya tulis novel based on psycholigical and my own experience. Ramai orang tak sedar tentang mental illness yang semakin meningkat kat sekeliling kita. BPD merupakan mental illness yang serius dan sering misunderstood oleh orang ramai disebabkan emosi mereka yang berubah-ubah. Dari murung, marah dan sedih. Bagaikan roller coaster. Based on my experience sebab saya sendiri pernah diagnosed dengan MDD (Major Depressive Disorder) dan anxiety . Tapi berkat sokongan keluarga and kawan2, saya masih takkan give up untuk teruskan minat dalam menulis novel. Sokongan readers juga sangat bermakna bagi saya. Tq so much for support! :D <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience