Bab 3

Psychological Series 13162

PETANG itu, Medina berjalan-jalan di halaman luar rumah keluarga mertuanya sambil melihat pokok bunga yang banyak di situ.

Puan Ainul memang sangat suka menanam pelbagai jenis bunga. Terdapat banyak bunga orkid, bunga raya, bunga mawar dan macam-macam jenis bunga lagi.

Medina tersenyum. Tiba-tiba dia ternampak seekor kucing parsi berwarna putih sedang bermain dengan rama-rama di halaman rumah.

Kucing parsi itu milik Encik Luth. Walaupun Encik Luth garang, tapi dia memang sangat sukakan kucing.

Medina terus membelai kucing itu dengan senyuman.

“Hai, sayang.. comelnya awak.. nama apa ni?” Medina terus mengangkat kucing comel itu.

“Nama dia Elsa.” Kata Puan Ainul dari belakang sambil tersenyum. Dia berjalan ke arah Medina sambil membawa dulang minuman.

Medina terus menoleh. Dia ketawa sedikit.

“Eh, Mama..” Medina terus membantu ibu mertuanya dengan meletakkan dulang minuman itu di atas meja kecil halaman rumah.

“Elsa? Amboi.. Bukan ke Elsa tu dari movie Frozen?” Soal Medina sambil ketawa.

Puan Ainul turut ketawa. Dia mengangguk.

“Sebenarnya, Reena yang namakan kucing ni Elsa. Dia cakap bulu kucing ni putih macam rambut Elsa.” Jelas Puan Ainul sambil ketawa. Dia mengusap kucing milik keluarganya itu. Mereka berdua terus duduk di atas kerusi pada halaman luar rumah.

Medina ketawa dengan kata-kata Puan Ainul. Dia juga sangat sukakan kucing. Dengan lembut Medina mengusap kepala Elsa yang manja itu.

Puan Ainul tersenyum melihat Medina.

“Terima kasih, Dina..” ucap Puan Ainul

Medina mengangkat wajah.

“Hm? Kenapa?” Soal Medina pula.

Puan Ainul tersenyum. Dia teringat semula senyuman yang diberi oleh Noah pada Medina pagi tadi. Tidak pernah dia melihat senyuman yang ikhlas itu dari wajah anak angkatnya.

“Terima kasih sangat.. sebab Dina sudi terima Noah dalam hidup Dina.. Tak pernah Mama tengok Noah senyum macam tu.” Kata Puan Ainul perlahan. Dia termenung jauh.

Medina terdiam. Dia ingin mengetahui lebih lagi tentang suaminya itu. Bagi Medina, senyuman Noah bagaikan satu misteri.. dan dia ingin merungkai misteri itu.

Medina melihat wajah ibu mertuanya.

“Mama.. Boleh Dina tanya something?" Soal Medina

Puan Ainul tersenyum. Dia sudah mengagak. Pasti Medina ingin mengetahui lebih lagi tentang Noah.

“Tanya lah, Dina. Kamu kan dah macam anak Mama juga.” Kata Puan Ainul.

Medina tersenyum sedikit. Dia mengusap kucing itu.

“Hmm.. Malam semalam.. Dina ada ternampak parut yang panjang kat tangan Noah. Ermm.. Macam mana tangan Noah boleh jadi macam tu?” Soal Dina ingin tahu.

Puan Ainul terdiam seketika. Dia melihat Medina.

“Noah.. tak bagitahu kamu lagi ke pasal tu?” Soal Puan Ainul pula

Medina menggeleng.

Puan Ainul menarik nafasnya. Nampaknya Noah masih lagi belum bersedia mahu menceritakan tentang hal itu.

Medina melihat Puan Ainul yang diam.

“Dina rasa.. Dina berhak tahu pasal Noah.. dia kan suami Dina..” kata Medina lagi.

Puan Ainul menoleh ke arah Medina. Bukan dia tidak mahu menceritakan tentang hal itu, tapi dia perlu menghormati anak angkatnya. Kerana dia tahu, kejadian itu merupakan trauma yang terbesar dalam hidup Noah.

Medina memegang tangan Puan Ainul. Dia tahu Noah seorang lelaki yang baik. Kerana itulah dia ingin mengenali Noah dengan lebih dalam lagi.

“Please, Mama. I need to know more about him.” Ujar Medina lagi.

Puan Ainul menghela nafasnya lagi. Dia menundukkan wajahnya lalu dia melihat Medina.

“Noah.. he got abused by his own father.” Kata Puan Ainul dengan getaran. Matanya berkaca apabila teringatkan kejadian itu.

Medina tersentak. Noah didera? Oleh ayah kandungnya sendiri?

Puan Ainul terdiam lagi. Dia memandang ke arah lain.

“Mama ingat lagi, masa pertama kali Mama jumpa Noah.. waktu tu, Mama dengan Papa nak balik ke kampung sebab jumpa dengan kawan Mama kat sana..” cerita Puan Ainul.

Medina terus mendengar.

“Masa Papa tengah drive, dia tak perasan ada seorang budak lelaki yang baru aje balik dari sekolah nak lintas jalan. And then, Papa terlanggar budak tu.. Dan budak lelaki tu adalah Noah. Sejak tu lah, kami rasa bersalah sangat dan sentiasa ambil berat pada Noah. Kami sanggup tanggung kos hospital and semua rawatan Noah. Berharap Noah boleh maafkan kami..” jelas Puan Ainul.

Medina mengetap bibirnya.

“Mama dan Papa rasa kasihan sangat dengan Noah masa tu. Tangan dengan kaki Noah penuh dengan kesan berbirat. Macam kena dera.. Bila Mama tanya pasal tu, Noah cuma cakap yang dia bergaduh dengan kawan sekolah aje. Mama langsung tak puas hati dengan jawapan dia.. dan Mama buat keputusan untuk jumpa juga dengan keluarga Noah..” Kata Puan Ainul dengan keluhan.

Medina terdiam. Tidak menyangka kisah silam Noah tragis sampai begitu sekali.

“Sejak dari tu.. Mama dengan Papa tak pernah berhenti dari melawat Noah dan arwah Ibu dia. Arwah tu baik sangat orangnya.. Lemah lembut, cantik.. dan penyayang.. Lagipun wajah Noah saling tak tumpah macam arwah ibu dia. Sebab tu lah Noah sayang sangat dekat arwah.” Kata Puan Ainul. Berharap yang Noah turut menyayanginya speerti ibu kandung sendiri.

“Walaupun arwah Ibu Noah tak pernah bagitahu kami pasal suami dia, tapi kami tahu, yang Ayah Noah memang selalu pukul mereka berdua..” Puan Ainul menyeka air matanya.

“He’s a drug addict, Dina. Mama dengan Papa cuba nak selamatkan Noah dan arwah Ibu dia dari lelaki tak guna tu. Tapi Ibu Noah halang kami.. Sebab dia taknak susahkan Mama dan Papa lagi.. Dia cuma minta.. kalau apa-apa jadi kat dia nanti.. kami perlu jaga Noah macam anak kami sendiri.” Cerita Puan Ainul. Medina perlu megetahui tentang hal itu kerana gadis itu telahpun menjadi isteri kepada Noah.

Air mata Medina mengalir juga. Berasa simpati dengan nasib lelaki itu.

“Dan itulah.. kali terakhir Mama jumpa dengan arwah..” kata-kata Puan Ainul terhenti. Nafasnya sesak apabila mengingati kejadian itu.

“Mama menyesal sangat masa tu.. kalaulah kami bertindak lebih awal dulu.. Mesti semuanya takkan jadi.” Kata Puan Ainul kecewa.

Medina mengerutkan dahinya. Kenapa dengan ibu Noah?

“Apa dah jadi dengan ibu Noah? Noah tak apa-apa ke masa tu?” Soal Medina dengan laju.

Puan Ainul meraup wajahnya.

Medina memegang bahu Puan Ainul. Memberi kekuatan pada ibu mertunya itu.

“Mama..” Dina mengusap bahu Puan Ainul.

“Ibu Noah kena bunuh dengan suami dia sendiri.. depan mata Noah.” Puan Ainul sebak.

“Allahuakhbar..” Medina menutup mulutnya. Air matanya terus mengalir. Tidak menyangka semua itu terjadi pada Noah. Suaminya itu.

Puan Ainul memandang Medina. Air matanya mengalir.

“Noah.. Noah macam mana..” Medina mengetap bibirnya.

Puan Ainul menarik nafas. Terlalu perit untuk dia menceritakan tentang itu.

“Mama nak Dina tahu yang Noah tu seorang lelaki yang baik. Sangat baik.. tapi Mama tak tahu apa yang ada dalam fikiran Noah lepas dia tengok arwah Ibu dia kena tikam dengan ayah dia sendiri.. Sampaikan satu tahap tu.. Noah buat benda yang sama juga pada Ayah dia.” Puan Ainul memegang bahu Medina dengan tangisan.

Medina tersentak. Ya Allah..

“Tolong jangan salahkan Noah, Dina.. Mama tahu Noah bukan macam tu.. dia terlalu sayangkan arwah ibunya. Ayah dia selalu pukul mereka. Sebab tu lah Noah tak boleh berfikir apa-apa lagi masa tu.. dia dah tak macam dulu lagi. Senyuman dia bersama arwah Ibu dia.. dah hilang.” Kata Puan Ainul sebak.

Air mata Medina mengalir.

“Mama tak sanggup tengok Noah menderita lagi. Sebab tu lah Mama dengan Papa dah buat keputusan untuk jadikan Noah sebagai anak angkat kami. Kami nak Noah rasa semula kebahagiaan tu.. Walaupun Mama bukanlah ibu kandung Noah, tapi Mama dah janji dengan arwah untuk jaga Noah dan besarkan Noah sampai lah Noah berjaya.. dan Alhamdulillah semuanya termakbul.”

Medina tersenyum sedikit. Dia menyeka air matanya.

Puan Ainul memegang tangan Medina.

“Dina.. boleh Mama minta sesuatu dari kamu?” Soal Puan Ainul sebak.

Medina mengangguk. Dia membalas pandangan ibu mertuanya.

“Boleh Mama. Apa-apa aje.” Kata Medina lembut.

Puan Ainul tersenyum sedikit.

“Mama nak minta pada Dina.. Tolong kembalikan semula senyuman Noah.. itu aje yang Mama nak.. Sebab Mama tahu, cuma kamu seorang aje yang boleh kembalikan Noah yang dulu..” kata Puan Ainul sambil memeluk Medina.

Medina tersentak. Dia mengusap bahu Puan Ainul dengan lembut. Muncul di hatinya untuk membahagiakan Noah. Sepanjang mereka bersama, lelaki itu sangat baik dengannya. Noah tidak sepatutnya mendapat layanan seperti itu oleh ayah kandungnya sendiri.

“InshaAllah Mama. Dina akan sentiasa ada kat sisi Noah.” Balas Medina lembut.

Puan Ainul tersenyum. Dia mengusap wajah Medina.

“Kamu tahu tak, Dina? Sejak pertama kali Mama tengok kamu.. Mama dah berkenan sangat nak jadikan kamu sebagai menantu Mama. Kamu dengan Umi kamu tu baik sangat. Tak sia-sia kamu jadi menantu Mama..” kata Puan Ainul dengan senyuman.

Medina tersenyum sedikit.

Puan Ainul turut tersenyum.

“Tapi yang buat Mama lagi happy, bila tengok senyuman Noah pagi tadi. Tak pernah Mama tengok Noah macam tu. Cara dia pandang kamu.. cara dia senyum kat kamu..” Puan Ainul tersenyum. Dia ingin melihat Noah gembira semula.

“Mama tahu.. ada sesuatu dalam hati dia. Cuma dia masih lagi keliru..” kata Puan Ainul.

“Firasat Mama mengatakan yang kamu adalah kebahagiaan Noah, dan Noah adalah kebahagagiaan kamu..” katanya lagi.

Medina terkedu. Jantungnya berdegup laju apabila mendengar kata-kata ibu mertuanya itu.

“Mama happy sangat.. Mama sentiasa doakan kebahagiaan kamu berdua, ya?” Kata Puan Ainul gembira.

Perlahan-lahan Medina mengangguk. Dia tersenyum.

“Amin. Thanks, Mama.” Balas Medina lembut.

Dia juga turut megharapkan perkara yang sama. Sebaik saja dia menjadi isteri kepada Noah Haqimi. Cinta yang perlu dipupuk dalam hatinya hanyalah untuk suaminya seorang. Setianya juga hanyalah pada Noah Haqimi sahaja. Dan rasa kasih serta hormatnya hanya milik lelaki itu.

“Dina janji.. Dina akan kembalikan Noah Haqimi yang dulu balik..” Kata Medina sambil tersenyum. Dia menghulurkan jari kelingkingnya pada Puan Ainul.

Puan Ainul ketawa. Dia menyatukan jari mereka.

“Terima kasih, Dina.. Mama bersyukur sangat.” Ucap Puan Ainul sebak. Dia memeluk Medina lagi.

Medina hanya tersenyum. Dia sudah berjanji untuk bahagiakan suaminya dan ingin melihat lelaki itu gembira semula.

****

MALAM itu, Medina menyiapkan katil mereka sambil melihat jam di dinding. Sudah pukul 12 malam. Tadi ketika dia naik ke atas, Noah tiada di ruang tamu. Puan Ainul mengatakan yang Noah berada di luar rumah sambil menghirup angin malam.

‘Tapi.. dah lewat sangat ni.’ Bisik hati Medina. Medina terus turun ke bawah untuk mencari suaminya.

Kelibat Noah tiada. Kemudian dia berlalu ke arah dapur. Kelihatan Noah sedang memegang botol ubat. Belum sempat Noah menelan ubat itu, Medina menegurnya dari belakang.

“Awak?” Panggil Medina.

Noah terkejut. Dia menoleh ke arah Medina. Sangkanya Medina sudah tidur. Dengan cepat dia sorokkan botol ubat itu ke belakang tubuhnya.

Medina hanya memandang.

Noah tersenyum.

“Puteri? Awak tak tidur lagi ke?” Soal Noah pula

Medina menggeleng.

“Tak. Saya tunggu awak.” Kata Medina sambil melihat Noah.

Noah mengerutkan dahinya. Dia berdehem.

“Kenapa? You don’t have to. Lagipun dah malam ni.. awak tidur lah.” Ujar Noah.

Medina memandang Noah dengan lama. Lelaki itu masih lagi merahsiakan sesuatu darinya.

“Ubat apa tu?” Soal Medina.

Noah mengetap bibir. Dia terus menarik nafas.

“Hm? Err.. Tak.. tak ada apa..” dalih Noah. Dia senyum.

Medina terus mendekati Noah.

Noah merenung wajah isterinya itu.

Medina membalas pandangan Noah.

“Boleh saya tahu.. tu buat apa?” Soal Medina lagi.

Noah mengetap bibirnya.

“No. It’s nothing.” Balas Noah sepatah. Wajahnya dingin.

Medina menarik nafas. Dia terus merampas botol ubat itu dari Noah. Belum sempat Medina membaca detail pada ubat itu, Noah sudah mengambilnya semula.

“What are you doing, Puteri?” Soal Noah. Dia cuba mengawal emosinya seperti yang dipesan oleh Inara.

Medina tersentak. Noah seolah-olah marah. Tetapi lelaki itu masih lagi boleh mengawal nadanya.

“Saya cuma.. nak tahu tu ubat apa aje. Saya risau kalau awak sakit lagi.” Kata Medina perlahan.

Noah menarik nafasnya. Dia terus memandang ke arah lain.

“Oh.. it just.. I have insomnia. So.. i take this when i can’t sleep.” Kata Noah tanpa melihat Medina.

Sedangkan itu adalah ubat untuk sakit yang dialaminya. Inara menyuruh Noah mengambil ubat itu setiap malam sekiranya Noah ingin melupakan segala kejadian yang buruk dahulu dalam fikirannya.

Medina mengetap bibir. Perlahan-lahan dia mengangguk.

“Oh.. okey..” balas Medina.

Noah hanya mengerling ke arah Medina sekilas.

Medina memandang Noah.

“Err, demam awak dah okey ke?” Soal Medina. Dia terus meletakkan belakang tangannya di dahi Noah.

Medina tersenyum lega. Rasa panas di dahi suaminya itu sudah berkurangan.

“Alhamdulillah. Nasib baik dah kurang sikit panas tu.” Kata Medina dengan senyuman.

Noah terkedu. Dia menolak lembut tangan Medina.

“Kenapa awak selalu buat macam tu?” Soal Noah.

Medina mengangkat keningnya.

“Hm? Maksud awak?” Soal Medina pula.

Noah menghela nafasnya. Dia memandang lama wajah Medina.

“Why you keep doing that? Why you act like you care about me?” Soal Noah serius.

Medina tersentak. Perubahan Noah yang dingin secara tiba-tiba telah membuatkan Medina keliru dengan personaliti sebenar lelaki itu.

Medina memaksa untuk senyum.

“Why?” Medina menyoal sendiri. Dia menundukkan wajahnya.

“Because.. you’re my husband.” Balas Medina.

Noah terdiam.

“So, that’s it?” Soal Noah.

Medina mengangkat wajahnya dan memandang Noah.

“Tugas seorang isteri.. kena selalu ada kat sisi suami dia. Kena jaga dia.. dan sentiasa bersama dengan dia. Tak kira lah disaat susah atau senang sekalipun.. Isteri tetap kena selalu ada kat sisi suami.” Balas Medina.

Noah merenung mata Medina.

Medina tersenyum.

Noah dapat merasakan ada perasaan halus hadir dalam hatinya.

“But.. you don’t love me, Puteri..” Kata Noah sambil memandang Medina.

Medina terdiam lama. Dia mengambil tangan Noah dan mengucup tangan suaminya itu.

“I WILL. I will love you. For the rest of my life.” Balas Medina. Dia sudah berjanji dengan dirinya untuk belajar mencintai Noah dan menerima kehadiran lelaki itu dalam hidupnya.

Noah tergamam.

Medina tersenyum. Walaupun jantungnya itu berdegup dengan laju. Wajahnya pula sedang membahang, tetapi dia perlu bertindak biasa untuk gembirakan Noah semula.

Noah dapat merasakan debaran yang kuat dalam dadanya. Kenapa dia rasa begini?

“Dan saya takkan menyesal dengan semua ni.. Saya akan tetap ada kat sisi awak. InshaAllah sampai bila-bila..” Tambah Medina lagi.

“Stop, Puteri.” Noah memegang kedua-dua pipi Medina.

Medina terkedu.

Noah merenung tepat mata Medina.

“Kenapa..” Noah memandang Medina dengan lama.

Medina hanya membalas pandangan Noah.

“I don’t think i can control myself if you keep saying this again..” Nada suara Noah sudah mula lembut.

Medina tergamam lagi. Pandangan Noah benar-benar menggetarkan hati wanitanya.

“Wh.. what do you mean?” Jantung Medina berdegup laju.

Noah merenung lagi mata Medina. Hampir saja dia tidak boleh mengawal dirinya itu. Dia mahu Medina menjadi miliknya sebaik saja hati Medina untuk dirinya seorang. Dan hatinya pula hanya untuk Medina.

‘I wanna be better. For her.’ Bisik hati Noah.

Noah mengusap pipi Medina dengan lembut sambil merenung mata Medina lalu perlahan-lahan dia mengucup dahi isterinya dengan lama.

Medina terkejut.

Dengan cepat Noah melepaskan kucupan dan berlalu pergi. Dia perlu menenangkan dirinya.

“I’m sorry.” Kata Noah. Dia terus naik ke biliknya.

Medina terduduk di atas kerusi sambil memegang dadanya yang berdegup laju kemudian tanggannya beralih ke dahi. Masih terasa lagi kucupan Noah di dahinya itu.

****

KEESOKKAN harinya, usai saja sarapan pagi, Noah dan Medina sudah bersiap untuk berangkat pulang ke rumah mereka.

Medina melihat Encik Luth dan Puan Ainul sedang berbual dengan Noah di ruang tamu.

Wajah Medina membahang apabila teringatkan tentang kucupan Noah di dahinya semalam. Dia terus menarik nafas dan berjalan ke arah keluarga mertuanya itu.

Bayangan Areena langsung tiada. Benci sungguhkah adik iparnya itu padanya?

Puan Ainul memeluk bahu Medina.

“Bila-bila nanti, kamu berdua datang lah tengok Mama dengan Papa kat sini, ya?” Kata Puan Ainul sambil memeluk menantu kesayangannya itu.

Medina senyum.

“InshaAllah, Ma. Ada masa nanti kami datang sini. We will miss you.” Kata Medina. Puan Ainul begitu baik dengannya. Rasa bersyukur kerana dikurniakan ibu mertua yang baik.

Encik Luth melihat Noah dan menepuk bahu Noah.

“Noah.” Panggil Encik Luth

Noah menoleh. Dia melihat ayah angkatnya itu.

“Ya, Pa?” Soal Noah

Encik Luth senyum. Cepat betul anak angkatnya itu membesar.

“I wish your happiness with Dina.. Papa nak tengok Noah happy balik.. Boleh?” Soal Encik Luth dengan senyuman.

Noah terdiam lama lalu dia senyum.

“I will.” Balas Noah.

Encik Luth terus memeluk Noah.

Tak lama selepas itu, mereka berdua terus pergi dan bertolak ke rumah Noah.

Sepanjang perjalanan, Noah dan Medina hanya mendiamkan diri.

Medina berdehem dan melihat pemandangan luar.

Noah mengerling sekilas lalu dia melihat ke hadapan sambil tenang membawa kereta.

“I’m sorry about last night.” Ujar Noah memecahakan suasana sepi antara mereka.

Medina menoleh. “Hm?”

Noah terdiam.

“I kiss you without your permission.” Kata Noah.

Wajah Medina terus membahang.

“Oh…. Hahaha! Cium kat dahi aje pun. Tak ada apa lah. Biasalah tu.” Kata Medina sambil ketawa yang dibuat-buat. Kekok!

Noah mengerling ke arah Medina.

“Awak tak kisah ke?” Soal Noah.

Medina mengangkat kening. Aduh topik tu lagi!

“Haha.. Buat apa nak kisah? Awak kan husband saya.. ikut suka awak lah nak buat apa pun. Tapi jangan lah lebih-lebih. Kalau lebih-lebih saya pun takut.” Ujar Medina lagi. Rasa seperti ingin keluar dari kereta itu.

Noah terus ketawa.

“You so funny.” Kata Noah dengan tawa.

Medina terpegun. Dia leka apabila melihat gelak tawa dari lelaki itu.

‘Kan handsome bila ketawa macam tu…’ getus hati Medina.

Medina senyum melihat Noah.

Noah menghentikan tawanya. Mereka berpandangan seketika lalu Noah berdehem. Dia melihat ke hadapan.

“By the way.. awak baca buku apa lagi?” Saol Noah. Menukar topik perbualan.

Medina membetulkan duduknya.

“Oh.. Saya suka baca buku karya dari Collen Hoover. Best tau buku dia. And my favorite book is.. It Ends With Us.” Kata Medina dengan senyuman.

Noah mengangkat keningnya. Dia tersenyum.

“Oh. Romance?” Soal Noah.

Medina mengangguk. Dia ketawa sedikit.

“Hee.. biasa lah. Perempuan kan? Oh, tapi saya ada collection buku yang lain juga. Macam ‘Shatters Me’ series. Omg. Aaron Warner is a bae.” Ujar Medina dengan teruja.

Noah menyembunyikan senyumannya. Tidak menyangka dia boleh melihat sisi comel dari gadis itu.

“Juliete so lucky for real. Ack.” Kata Medina dengan senyuman lebar.

Tiba-tiba dia tersedar sesuatu. Alamak. Pasti Noah langsung tidak faham tentang buku itu.

Medina berdehem. Dia terus terdiam.

“Ops. Sorry. I’m a bit excited. Haha.” Kata Medina dengan malu.

“No. It’s okay. Just go on. Saya suka bila dengar awak cerita pasal buku-buku tu.” Kata Noah dengan senyuman.

Wajah Medina berona merah.

“Oh.. okey.. saya ada bawa buku-buku tu.. Nanti saya tunjuk kat awak.” Kata Medina malu.

Noah senyum. Dia mengangguk.

“Alright.” Balas Noah sambil tersenyum.

****

SEBAIK saja Medina tiba di kediaman Noah, dia tergamam apabila melihat kekemasan dan kecantikan rumah besar itu. Design rumah yang minimalist dan menenangkan.

Medina melihat terdapat backyard di belakang rumah suaminya berserta meja dan kerusi rehat di luar.

Noah tersenyum apabila melihat isterinya yang terpegun itu. Dia mengangkat bagasi Medina dan mereka berjalan masuk ke dalam rumah.

“Cantiknya rumah awak. Nampak elegant.” Puji Medina.

Noah hanya tersenyum.

“Rumah kita juga.” Balas Noah.

Medina berdehem. Segan pula.

Noah turut senyum.

“Oh. Before that.. I wanna show you something.” Kata Noah.

Medina memandang Noah dengan tanda tanya. Lelaki itu membawanya ke sebuah bilik. Sebaik saja Noah membuka pintu bilik itu, terdapat banyak buku-buku yang tersusun pada rak. Dah macam library!

Medina terlopong. “Wah…”

Noah tersenyum. Dia ketawa sedikit.

“Saya pun suka kumpul buku juga. My favorite all the time is Harry Potter and Twilight.” Kata Noah sambil mengambil buku Harry Pottter dan berikannya pada Medina.

Medina tersenyum lebar. Dia melihat buku itu.

“Wow. No wonder lah kita jumpa kat kedai buku haritu..” Kata Medina dengan tawa.

Noah senyum lagi. Dia melihat Medina.

“So now.. This is all yours. Bilik bacaan ni dah jadi milik awak.” Ujar Noah lembut.

Medina terkejut.

“Hah? Betul ke ni?” Soal Medina dengan tidak percaya. Betapa gembiranya dia ketika ini. Lola kena tahu pasal itu!

Noah mengangguk. Dia senyum lagi.

Medina menutup mulutnya kerana berasa gembira yang teramat sangat. Dia terus meneliti buku-buku di situ.

“Omg. Hunger Games pun ada!” Kata Medina ceria. Dia mengambil buku itu. Kemudian matanya terpandang buku yang bertajuk The Chronicles Of Narnia.

Medina terlopong. Dia mengambil buku itu lalu dia melihat Noah yang sedang merenungnya.

“Narnia ni the best childhood series tau tak…” kata Medina dengan gembira.

Noah ketawa.

“Yup.. my favourite series too.” Balas Noah pula.

Medina tersenyum gembira dan membelek-belek buku di situ.

Noah hanya memandang. Entah mengapa, apabila dia bersama dengan Medina segalanya menjadi mudah. Hatinya berasa tenang setelah melihat wajah gadis itu.

Kemudian Noah teringat sesuatu.

“Oh. Let me show your room.” Kata Noah pada Medina.

Medina menoleh.

“My room?” Soal Medina pula.

Noah mengangguk. Dia berdehem.

“Yes. Your room.” Balas Noah.

Medina terdiam seketika. Dia ingin mengenali Noah dengan lebih dalam lagi dan ingin memberi peluang pada hatinya untuk jatuh cinta dengan lelaki itu.

“Why not.. kita share satu bilik aje?” Saol Medina perlahan.

Noah terkedu. Adakah dia salah dengar?

Medina mengetap bibir dan tidak memandang Noah.

“Saya.. okey aje kalau satu bilik dengan awak.. kita kan suami isteri?” Soal Medina perlahan. Namun masih boleh di dengari oleh Noah.

Noah mendekati Medina lalu dia merenung mata gadis itu.

“Apa.. awak cakap tadi?” Soal Noah.

Medina terdiam. Pipinya membahang.

“Are you sure?” Soal Noah.

Medina menelan liur. Dia mengangguk.

“Yes. Hundred percent sure.” Balas Medina berani.

Noah melihat Medina lagi lalu dia mengusap pipi Medina.

“Awak sedar tak apa yang awak cakap ni?” soal Noah

Medina terdiam dan mengangguk.

“Ya.” Balas Medina sepatah. Dia berasa segan untuk memandang wajah Noah.

Noah masih lagi merenung Medina dan perlahan-lahan dia mengangkat dagu gadis itu.

Medina membalas renungan Noah.

Noah mengusap pipi Medina dengan lembut.

“But why?” Soal Noah sambil merenung wajah Medina.

Medina berdehem.

“There’s.. no reason. Saya cuma nak kenal awak lebih dalam lagi.” Kata Medina tanpa melihat Noah.

Noah tersenyum. Dia mengangguk.

“Okey then.. is that what you want.” Ujar Noah lalu dia keluar sambil membawa bagasi Medina.

Medina terus melepaskan nafas lega.

‘Kau ni dah gila lah, Dina!’ Getus hatinya.

Medina meraup wajahnya dan mengikut langkah Noah dari belakang.

Sebaik saja Medina tiba di bilik Noah, dia terpegun lagi. Suaminya itu memang rajin mengemas eh? Rumah dah lah cantik ala-ala english style. Lepastu minimalist dan menenangkan.

“So this our room. Kalau ada apa-apa yang buat awak rasa tak selesa, boleh aje bagitahu saya, okey?” Soal Noah dengan senyuman.

Medina tersenyum segan.

“Eh. Tak lah. Dah cukup selesa sangat ni. Thank you.” Ujar Medina dengan senyuman.

Noah turut tersenyum dengan reaksi gadis itu.

Medina meletakkan beg tanggannya di atas sofa dan melihat hiasan di bilik suaminya itu. Cantik sangat.

Noah berdehem.

“Well, you can take your time.. Saya nak turun bawah kejap.” Ujar Noah.

Medina menoleh. Dia senyum lalu mengangguk.

“Okey.” Balas Medina.

Noah senyum. Dia terus turun ke tingkat bawah dan berjalan di sebuah bilik.

Kini dia berdiri di hadapan bilik itu sambil dia membuka kunci pada tombol pintu.

Sebaik saja dia membuka pintu bilik. Terdapat banyak kanvas serta potret seorang wanita yang semakin samar-samar wajahnya.

“Assalamualaikum, Ibu.. Noah datang.” Ujar Noah sendiri. Dia menarik nafasnya dan melihat potret itu.

Semakin hari, dia semakin lupa bagaimana rupa ibunya. Kerana itulah, dia sering cuba meningati wajah ibunya dan melukis potret ibunya pada kanvas..

Tetapi setiap kali dia cuba.. semakin sukar untuk dia mengingati wajah ibunya.

Noah mengusap potret yang masih tidak siap itu.

“Noah taknak hilang semua memori Noah dengan Ibu.. sebab tu lah Noah cuba lukis semua ni..” kata Noah perlahan.

“Noah rindu Ibu.” Kata Noah. Air matanya menitis sedikit.

Betapa rindunya dia pada arwah ibunya itu. Walaupun sudah hampir 15 kejadian itu berlaku.. Namun dia takkan sesekali melupakan arwah ibunya.

“Noah rindu sangat..” ucap Noah lagi. Dia terduduk pada kerusi sambil termenung jauh.

Dia tidak mahu Medina tahu tentang bilik itu. Kerana bilik itu lah satu-satu tempat untuk dia melepaskan rasa rindunya pada arwah ibunya. Di bilik itu jugalah dia akan menangis sendirian setiap kali dia rindukan arwah ibunya.

“Noah dah kahwin, Ibu..” Noah tersenyum sendiri. Dia melihat potret itu.

“InshaAllah. Bila Noah dah bersedia. Noah akan bawa Puteri jumpa Ibu, ya?” Soal Noah dengan senyuman. Dia mengusap potret itu dengan lembut.

Dia teringat semula kejadian 15 tahun yang lalu. Memang agak sukar untuk dia melupakan semua tragedi itu.. tragedi di mana nyawa ibunya diragut begitu saja oleh suaminya sendiri di depan mata Noah.

Noah memejamkan matanya. Cuba untuk melupakan tragedi itu. Suara Ayahnya mula muncul tiba-tiba..

“Sekarang ni mak kau dah mati! Kau pun nak mati macam dia juga?! Dasar anak tak guna!”

Suara lelaki itu masih lagi terngiang-ngiang di kepala Noah.

Noah menutup kedua-dua telinganya.

“Anak tak guna!”

Noah membuka matanya. Dengan cepat dia terus berdiri.

Semua itu dah lepas! Sekarang ini dia perlu fokus pada hubungannya dengan Medina.

Dia terus meletak kanvas itu dan berjalan keluar dari bilik itu. Ketika dia ingin mendapatkan Medina, kelihatan Medina sudahpun berada di ruang tamu.

Medina menoleh.

“Awak? Awak pergi mana tadi?” Soal Medina risau.

Noah terus memeluk Medina dengan erat.

Medina terkejut dengan tindakan lelaki itu.

“Awak..” Medina mula rasa berdebar.

Noah mengeratkan lagi pelukan.

“Can we just.. stay like this for a while..?” Soal Noah dengan tubuh yang menggeletar.

Medina teringat semula cerita dari ibu mertuanya semalam. Dengan lembut, Medina menepuk-nepuk belakang tubuh Noah.

“It’s okay.. I’m here.” Ujar Medina dengan lembut.

Noah berasa sangat tenang ketika dalam dakapan Medina. Dia berasa sangat bersyukur dengan kehadiran gadis itu.

“Thank you, Puteri.. For being here.” Ucap Noah.

Medina mengangguk. Dia turut memeluk Noah. Memberi semangat pada lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience