menyusun rencana

Fantasy Series 345

Bab 4

Sara Martin yang bergaya anggun dan mewah memeluk Vina dengan erat. Dia terus memanggil anak perempuannya dengan suara yang serak dan tersedu-sedu kerana telalu banyak menangis.

Untuk sesaat, dunia seakan berhenti berpusing.

Terutama Rachiel yang baru saja datang dengan para anak buahnya. Mereka semua terkejut dan tidak percaya.

Baru-baru ini, tersebar khabar angin bahawa keluarga Robert, keluarga terkaya di kota Linxia, mengirim banyak orang untuk mencari dimana keberadaan anak perempuan kandung mereka yang hilang. Ternyata anak perempuan yang hilang itu adalah Vina!

Para anak buah Rachiel tidak tahu mahu berbuat apa. Mereka pun bertanya, "Bang Rach, macam mana ini? Perlukah kita menangkapnya?"

Tentu saja mereka perlu pergi dengan segera. Rachiel mendengus kesal, tetapi tatapan matanya yang miang masih tertuju ke setiap tubuh badan Vina. Dia membalas, "kita pergi dan lihat keadaan dulu. Kalau dia betul anak perempuan keluarga Robert, ini lebih menarik. Orang yang kusukai tidak akan pernah ku lepaskan."

"jom pergi!" tambah Rachiel.

Sementara tiada yang memperhatikan, Rachiel senyap-senyap pergi bersama anak buahnya.

Di sisi lain, Sara Martin masih lagi menangis sehingga matanya sembam dan merah. Meskipun usianya sudah mencecah angka 50 tahun, wajahnya yang dibasahi airmata masih tetap kelihatan cantik dan awet muda.

Dia mengulurkan tangannya dengan hati yang hiba. Ingin menyentuh pipi Vina. Tetapi, vina yang sedar akan hal itu dengan cepat mengelak sentuhannya.

Berbeza dengan perasaan dan emosi yang dirasakan oleh Sara Martin, Vina sangat tenang. Raut wajahnya sama sekali tidak menunjukkan perubahan. Seolah-olah bukan dia yang berada di situasi ini.

Tangan Sara terhenti seketika, sesaat kemudian dia teringat bahawa Vina belum tahu apa pun. Dia segera menjelaskan identiti Vina yang sebenarnya.

"Vina, aku adalah ibumu, ibu kandungmu. Aku baru tahu kalau anak perempuan ku yang kulahirkan dengan mempertaruhkan nyawa ternyata tertukar. Tapi tatkala mengetahui hal yang sebenarnya, aku langsung mencarimu. Sekarang akhirnya aku menemukanmu."

Sambil berbicara airmata Sara Martin mengalir lagi.

Mata yang sebam akibat terlalu banyak menangis itu Seolah-olah mengandung kesedihan dan rasa bersalah, menunjukkan perasaan tulus seorang ibu.

Baik di kehidupan sebelumnya ataupun kehidupan ini, Vina tidak pernah meragui ketulusan Sara saat ini.

Ketika ini, kata-kata ibunya tulus adanya. Kesedihannya tulus. Perasaan bersalahnya juga bukan pura-pura. Namun, pilih kasih dan kebenciaan sara juga nyata.

Setiap kali sara harus memilih antara dia dan Arlyka, selalu dia yang dikecewakan.

Selalu seperti itu. Contohnya seperti saat Arlyka pura-pura meninggal kerana terjatuh ke laut di kehidupan lalunya. Sara menamparnya dengan kuat dan berkata, "Vina, hal yang paling aku sesali dalam hidup ini adalah mengakuimu sebagai anakku!"

Vina memejamkan mata. Seluruh tubunya bergetar hebat. Semua memori itu masih jelas terbayang di benaknya. Kesedihan dan ketidakadilan yang dia rasakan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Vina perlahan melepaskan pelukan Sara. Dia melepaskan nya dengan lembut dan berkata "Maaf, kamu salah orang."

"Vina.." sara terlihat sedih, tapi dia segera mengawal perasaannya. Sambil airmata mengalir, dia memaksa untuk tersenyum dan berkata, "tidak apa, anakku. Ibu faham kamu masih tidak menerima kenyataan ini. Tapi darah lebih kental dari air. Ibu yakin suatu hari nanti kamu akan bersedia mengakui ibu."

Vina tidak bereaksi.

Sara memujuknya lagi dengan lembut, "Vina, sekarang sudah larut malam. Pulanglah dulu dengan ibu, ya? Ibu risau membiarkanmu sendirian di luar."

Sejak mengetahui bahawa anak perempuannya tertukar, Sara segera menyuruh orang untuk mencari maklumat dan keberadaan anak kandungnya.

Dia juga tahu sedikit tentang latar belakang keluarga angkat Vina.

Ibu angkatnya seorang pengangguran yang selalu bergaduh dengan jiran. Ayah angkatnya pula seorang pencuri dan penipu. Abangnya pula seorang penjudi yang selalu dikejar ahlong.

Sara tentu saja memandang serong keluarga seperti ini.

Dia bimbang Vina terpengaruh dengan persekitarannya yang buruk kerana dia membesar di dalam keluarga seperti itu.

Tidak apa-apa kalau dirinya tidak tahu. Namun sekarang anak perempuannya ada di depan mata, darah dagingnya sendiri. Bagaimana dia sanggup membiarkan anaknya kembali ke tempat seperti itu?

"Vina, naik kereta ibu, ya?" pujuk Sara.

Vina yang dihadapkan dengan permintaan tulus dan ikhlas Sara tidak menjawab. Ekor matanya melirik Jemmy yang tercengang di tanah.

Riak wajah Jemmy terlihat sangat terkejut. Dia tidak menyangka bahawa Vina adalah anak kandung keluarga Robert yang kaya raya di kota Linxia.

Ini berita gembira untuknya!

Dengan begini dia boleh menggunakan Vina sebagai alat untuk memeras ugut keluarga Robert. Hutang judinya beribu-ribu juga akan selesai dalam sekejap.

Lagi pula, keluarganya telah bersusah payah membesarkan Vina selama ini. Wajar kalau mereka meminta pampasan beberapa ribu atau beberapa puluh ribu, kan?

Ketika memikirkan tentang ini, mata Jemmy langsung bersinar dengan senyuman lebar terukir di bibirnya.

Vina tidak mungkin kembali ke keluarga Hugo. Tempat yang lebih bahaya dari kandang harimau itu sama sekali tidak layak disebut rumah. Apalagi, Jemmy dan Rachiel tidak mungkin melepaskannya dengan mudah.

Pilihan terbaik untuk melepaskan diri daripada bangsat ini adalah kembali ke keluarga Robert bersama Sara.

Setelah memikirkan ini, Vina melihat Sara dengan wajah yang sayu. Seperti seorang budak kecil yang dahagakan kasih sayang, ada semangat dan harapan di matanya. Tatapan itu melunakkan hati Sara dan airmatanya pun kembali mengalir.

"Vina, kita pulang ya" pinta Sara.

Vina membiarkan Sara mendekati dan menuntunnya naik ke kereta.

Setelah duduk di kerusi belakang, Vina menundukkan kepalanya. Sinar terharu dan kelembutan di matanya menghilang, digantikan dengan pandangan meluat dan merendahkan.

Sekejap lagi dia akan kembali bertemu Arlyka.

Kereta mewah itu perlahan-lahan meluncur laju menuju rumah keluarga Robert.

Jemmy yang masih terbaring di tanah melihat ke arah Vina. Dia melihat gadis itu melakukan gerakan seperti memotong leher dengan selamba.

Jemmy terkejut, lalu marah. Perempuan sombong! Baru naik status, tapi dia suda berani mengancamnya.

Jemmy lekas berdiri, kemudian mengambil telefon dan menghubungi orang tuanya. Dia berkata di telefon, "Ayah, ibu, Vina dibawa pergi oleh keluarga Robert! Cepat datang ke sini sekarang, kita harus ke sana untuk memints penjelasan. Kita tidak mungkin membesarkan anak mereka selama 18 tahun secara percuma!"

"Dan, kita juga pergi menjemput seseorang" tambahnya.

Dia teringat ucapan Sara tadi. Anak perempuan yang dia lahirkan dengan mempertaruhkan nyawa ternyata tertukar dengan bayi lain. Mata Jemmy bersinar. Jika Vina adalah bahagian dari keluarga Robert yang asli, maka Arlyka adalah adik kandungnya.

Mohon maaf kalau ada yang kurang. Saya baru belajar menulis. Kisah ini adalah fiction dari drama china????. Hope u alls enjoy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience