terlahir kembali

Fantasy Series 345

Bab 2

Di situasi seperti ini di kehidupan lampaunya, Vina diperangkap oleh abang angkatnya, Jemmy Hugo. Dia diberi minum ubat tidur dan dikurung di dalam bilik hotel untuk dijadikan sebagai alat untuk melangsaikan hutang.

Ketika itu, dia dengan terpaksa melompat keluar melalui tingkap untuk lari. Akan tetapi, Jemmy berjaya mengejarnya dan mematahkan pergelangan tangan kanannya sehingga dia tidak mampu berlatih ilmu kedoktoran lagi.
Sekarang! Di kehidupannya kali ini, dia mesti bertindak lebih dulu dan menciptakan jalan balas dendamnya sendiri.

Pada masa yang sama di depan pintu bilik, Jemmy datang bersama Rachiel si Ah Long. Dia menunduk lalu berkata, " abang Rach, ini biliknya. Seperti perjanjian kita, selepas aku menyerahkan adikku kepadamu, semua hutangku dianggap selesai.
Ah Long yang bernama Rachiel itu melihat ke pintu yang tertutup rapat itu dengan penuh bernafsu. Dia membalas "Jemmy, wa tak percaya lu bagi adik lu untuk selesaikan hutang lu".
"Lagi pula dia bukan adik kandungku" gumam Jemmy. Kemudian, dia berkata, "abang Rach, ini kad biliknya silakan".

Rachiel mengambil kad bilik hotel itu dan terus menggeseknya dengan tidak kesabaran.
Ketika dia pergi menagih hutang beberapa hari yang lalu, dia tidak sengaja melihat Vina. Walaupun gadis itu masih muda, tetapi kecantikannya jelas terpancar. Pada waktu itu, dia sudah mengidamkan gadis itu. Setelah menahan diri selama beberapa hari, kini akhirnya impiannya akan terlaksanakan.

Sekumpulan anak buah Rachiel bersiul seraya berkata "malam ini abang Rach makan besar"
Rachiel tidak menoleh, perutnya yang boroi sampai terlihat ikut bergoncang kerana terlalu bersemangat. Sambil melangkah masuk ke dalam bilik yang gelap itu, dia berkata "lu orang tenang. selepas wa puas, wa bagi rasa lu orang".

Para anak buahnya itu bersorak gembira.

Tanpa diduga, begitu Rachiel melangkah masuk, sebuah pasu bunga mendarat di atas kepalanya dari kegelapan sehingga pandangannya menjadi kabur dan mengalir darah dari kepalanya.
Belum sempat mereka bereaksi, pasu yang menghentam kepala Rachiel tadi telah berpindah ke kepala Jemmy yang berada tidak jauh daripadanya. Suara kesakitan Jemmy menyedarkan anak buah Rachiel yang sedang asyik mengkhayal memikirkan yang mereka akan mendapat tubuh Vina. Mereka serentak menoleh ke arah sesosok tubuh yang berjalan keluar dari dalam bilik.
Lampu di koridor menerangi tubuh Vina. Dia memegang sebuah pasu bunga yang masih lagi terdapat darah dibahagian bawahnya. Riak wajahnya terlihat dingin tanpa ekspresi. Serta pandangan matanya yang tajam membuatkan aura dirinya seperti pembunuh berantai.

Jemmy memegang kepalanya yang berdarah sambil memandang Vina dengan perasaan terkejut. Entah mengapa, adiknya itu berubah drastik seperti bukan dirinya. Dari sebelumnya seorang yang patuh, kini berubah begitu kejam. Tatapan matanya seperti seekor harimau yang ingin membaham mangsanya.

"Sial!" Jerit Rachiel yang kesakitan kerana dihentak menggunakan pasu. " Bodoh! Lu orang ikat ni perempuan, malam ini wa kasih dia pelajaran!" Perintah Rachiel.

Mendengar arahan itu, anak buahnya pun bergegas maju untuk menangkap Vina.
Vina tersenyum sinis, tidak mungkin dia memberi mereka peluang. Dia melemparkan pasu bunga yang berada ditangannya sambil mengelak dari serangan seseorang dari arah belakang. Selepas itu, dia menendang lutut orang yang berada di hadapannya sehingga orang itu jatuh tersungkur. Kemudian, dia mengambil satu pecahan pasu dan mengacukan. Refleks semua anak buah Rachiel berundur kebelakang untuk mengelak. Vina memanfaatkan keadaan ini segera berlari menuju hujung koridor. Di hujung koridor itu terdapat lif dan sampingnya adalah pintu kecemasan. Sebelum Vina masuk ke pintu kecemasan dia menoleh ke belakang. Rachiel dan Jemmy yang berlumuran darah datang mengejarnya bersama anak buah Rachiel. Mereka semua terlihat sangat marah, seolah-olah ingin memakannya.
Vina tersenyum sinis lalu mengacukan jari tengahnya kepada mereka.

Merah padam muka Rachiel kerana terlalu marah. Oleh kerana terlalu sakit hati dia memerintahkan anak buahnya untuk menangkap vina, "tangkap dia!" Teriak Rachiel.

Anak-anak buah Rachiel pun bekerjasama untuk menangkapnya. Beberapa orang terus mengejar, yang selebihnya mengambil jalan potong untuk menghalang Vina.
Mata Rachiel merenung Jemmy dengan tajam seraya berkata "kalau dia terlepas, wa tidak cuma tagih hutang lu tapi juga memotong satu jari lu!"
Mendengar itu, riak wajah Jemmy berubah pucat kerana takut dengan ugutan. Dia tahu betul sikap Rachiel itu, lelaki itu memiliki banyak kenalan yang hebat dan selalu mengotakan janjinya. Di dalam hatinya dia menyumpah Vina. Kalau bukan sebab gadis itu, dia tidak mungkin akan diancam seperti ini.
"Santai bang Rach, aku janji mengheretnya ke hadapanmu" selepas dia mengatakan itu Jemmy bergegas mengejar Vina dengan hati yang menggelegak seakan-akan hendak meletup. Dia sama sekali tak menghiraukan luka dikepalanya. "Setelah dia dapat tangkap gadis itu, dia akan mematahkan tangan dan kakinya. Dia akan memastikan Vina tidak dapat lari lagi" gerutunya.

Hotel ini terletak di persimpangan jalan raya menuju ke bandar. Disaat Vina sedang melarikan diri, dia tiba-tiba berhenti. Jalan di depan dan di kedua arah sisi sudah dihadang oleh sekumpulan anak buah Rachiel.
Tiada jalan untuknya!
Jemmy yang baru datang tersenyum puas dan berkata "Vina, larilah kalau kau mampu. walaupun kau lari ke pelusuk dunia sekalipun, aku pasti dapat menangkapmu! Kau tidak akan pernah lepas dari genggamanku!"

Riak muka Vina terlihat biasa, langsung sama sekali tidak kelihatan takut. Dia sama sekali tiada jalan untuk melarikan diri lagi. Di depan, belakang, kiri dan kanan sudah dikerumuni oleh anak-anak buah Rachiel. Melihat situasi seperti itu, para pejalan kaki juga menghindari dari tempat tersebut dan tidak berani ikut campur.

Vina sendirian tanpa pertolongan.

Sambil mengesat darah dikepalanya. Jemmy melangkah laju mendekati Vina. Dia mengambil satu kayu pemukul dari salah satu anak buah Rachiel dan menghayun ke arah kaki Vina.
Dengan nada yang marah dia bertanya, " kau mahu lari? Hah? Jadi ku pukul kau sampai tidak dapat berjalan lagi".

Peristiwa di kehidupan lampaunya seakan terimbau kembali. Cuma bezanya, dulu Jemmy hanya mematahkan pergelangan tangan kanan Vina. Sedangkan sekarang dia ingin mematahkan kaki Vina.

Tatkala kayu itu hampir mengena kaki Vina. Pandangan mata Vina berubah tajam. Dia mengelak dan menangkap pergelangan tangan Jemmy. Lalu menekan tulang sendinya lalu dia melakukan pergerakan menterbalikkan badan Jemmy dan menekannya ke tanah dengan kuat.

Lengan Jemmy dilipat secara tidak betul. Serentak dengan itu terdengar bunyi tulang patah. Jemmy menjerit kerana kesakitan.

"Arhh! Sakit, sakit! Lepaskan aku!"

Vina tidak berganjak dari tempatnya.
Teknik ini dia perolehi dari seorang tahanan ketika dia di penjara di kehidupannya lampau. Teknik bela diri ini diajarkan setelah dia berkali-kali dibuli sewaktu dipenjara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience