" wow banyaknya buah kat sini Lily" ujar Zahira dengan teruja
" haah, kalau kau nak tahu, kebun ni ada macam-macam buah tau" ujar Lily
" kita amik semua sikit-sikitlah, untuk bawa balik, aku nak makan kat sini, mana pondok " ujar Zahira
" tu hah, kat depan tu, pisau ada kat bakul yang kita bawa ni" ujar Lily sambil menunjukkan arah pondok di dusun itu
" jomlah kita duduk dulu, lepas tu baru kita pergi kutip buah, ok"ujar Zahira
" ok jomlah, kita duduk dulu kat pondok tu" ujar Lily
" kebun yang besar ni, memang arwah ayah kau punyalah ye Lily" tanya Zahira
" haah, mak aku cakap, ayah aku memang suka menanam pokok, lepas tu, dia dapat idea untuk buat dusun ni sebagai hasil pendapatan keluarga " ujar Lily bercerita sambil berjalan melihat pokok buah
" ohh, patutlah kau suka makan buah-buahan ye" ujar Zahira
" family aku, memang sukakan buah-buahan " ujar Lily
" ohhh" balas Zahira
" dah, jom kita kait buah yang ada ni"bujar Lily sambil mengambil pengait yang berdekatan dengan pokok rambutan
" ok, lepastu kita makan kat pondok sini ye" ujar Zahira sambil
" Lily, banyak dah ni" ujar Zahira sedikit kelelahan
" ok, jom kita makan sikit buah kat sini, lepastu kita gerak balik" ujar Lily memberi cadangan
" ok jom, lapar dah ni " balas Zahira
...................................
" Assalamualaikum ibu, kitorang dah sampai ni" ujar Lily memberi salam kepada puan Sarimah
" waalaikumussalam, hah kejap, ibu panggil angah angkat buah tu" balas puan Sarimah
" ok ibu, buah ada kat dalam bonet tau" ujar Lily sambil terjerit kecil
" banyaknya long buah kau amik ni" ujar Wadi selepas bonet kereta terangkat luas
" yelah, Along nak bawa balik kuala lumpur sekali" ujar Lily mengipas mukanya
" yelah long, awak tu dah nak jadi bini, nanti kena bagi sikit kat bakal suami tu" ujar Wadi
" yelah, nanti aku bagi kat dia sekali, ngah, bilik aku tu siapa yang hias cantik tu" tanya Lily yang melihat dari arah tingkap biliknya
" ibu yang hiaskan, kenapa " balas wadi
" ohhh, patutlah cantik" balas Lily
" kejap lagi, bakal mertua kamu datang tau Lily" ujar puan Sarimah
" ok, ibu dah masak ke" tanya Lily
" dah, lauk untuk tetamu pun dah siap" ujar puan Sarimah
" ok, Along masuk bilik dulu ye ibu, nak bersihkan diri" ujar Lily kemudian berlalu masuk bilik
" dia ada sekali ke, harap takde" ujar Lily
" Lily, bancuh air untuk tetamu " jerit puan Sarimah
" ok ibu" balas Lily
..................................
" Assalamualaikum" ujar Jamal dan Aminah serentak memberi salam
" waalaikumussalam, masuklah" balas puan Sarimah di pintu
" terima kasih, sudi terima kedatangan kami ni " ujar puan Aminah
" korang ni, buat macam tak biasa pula datang rumah aku ni" ujar puan Sarimah
" alah saje gurau" balas puan Aminah
" kejap tau, Lily tengah buat air" ujar puan Sarimah
" jemputlah minum pakcik dengan makcik" ujar Lily sambil menuangkan air ke dalam cawan
" inilah bakal pengantin nye " ujar Pak Jamal
" cantik dan manis orangnya" ujar puan Aminah pula
" tengok pula siapa mak dia" ujar puan Sarimah
" kitaorang datang ni ada benda nak bincangkan, kitaorang nak anjakan tarikh nikah nye boleh" ujar Pak Jamal
" boleh je, tapi bila tarikhnya " tanya puan Sarimah
" esok kita buat tunang, lusa kita buat nikah, sebab aku nak dia rasa masa bertunang biarlah satu hari je pun" ujar Pak Jamal
" aku ok je" ujar puan Sarimah
" alhamdulillah " balas pak Jamal dan puan Aminah serentak
" jomlah makan dulu" ajak puan Sarimah
" Lily, pak Jamal dengan makcik min, dia nak anjakan hari nikah tu kepada lusa, esok tunang je, kamu ok" ujar puan Sarimah
" Lily ok je ibu" balas Lily
" kalau kamu ok, alhamdulillah, maaf pakcik anjakan tarikh kamu nikah" ujar Pak Jamal
" takpe pakcik, Lily ok je" balas Lily
" Lily, esok anak makcik dia datang sini, kamu kenal-kenallah ye" ujar puan Aminah
" baiklah makcik " balas Lily
" senang-senang nanti datanglah sini" ujar puan Sarimah
" insyaallah, kalau ada waktu lapang kitorang singgah ye" ujar puan Aminah
" makcik, ni ada buah sikit, tadi saya singgah kebun" ujar Lily menghulurkan bakul buah
" terima kasih Lily" ujar puan Aminah menyambut bakul buah kemudian diberi kepada pakcik Jamal
" sama-sama makcik, hati-hati kat jalan" ujar Lily kemudian menghulurkan tangan untuk bersalam
" ialah, kamu jaga diri baik-baik juga, maklumlah darah manis" ujar puan Aminah sambil menyambut huluran tangan Lily
" baik makcik" balas Lily dengan ramah
" aku gerak dulu ye Ima" ujar puan Aminah sambil menghulurkan tangan
" ialah" balas puan Sarimah kemudian menyambut huluran tangan puan Aminah
........................
" ibu, kenapa tak mintak anjakkan jauh sikit" ujar Lily
" benda baik kena cepatkan Lily" balas puan Sarimah
" betul tu makcik, saya kalau boleh nak tengok Lily nikah esok juga" ujar Zahira pula
" kamu tengok, Ira pun nak cepat tau" ujar puan Sarimah sambil mengunyah biskut
" yelah, esok anak makcik tu datang kul berapa ibu" tanya Lily
" lepas sarapan kut" ujar puan Sarimah
" kalau Lily dengan Ira nak jalan-jalan kejap boleh kan ibu" ujar Lily
" boleh lepas anak makcik Aminah sampai ok" ujar puan Sarimah
" ok..." balas Lily dengan perlahan
" makcik, pernah jumpa ke anak makcik Aminah tu" tanya Zahira
" pernah, orang nya baik, rajin pula tu" ujar puan Sarimah memuji bakal menantunya
" ialah ibu, puji lagi bakal menantu tu" ujar Lily
" ibu puji benda betul Lily" ujar puan Sarimah
" sebab ibu cakap macam tu lah, Lily setuju je tau, sebab Lily tahu pilihan ibu adalah yang terbaik " ujar Lily sambil memeluk puan Sarimah
" insyaallah, Lily tahukan doa ibu tu tiada hijab " ujar puan Sarimah
" betul tu ibu" balas Lily
" dah-dah pergi masuk tidur " ujar puan Sarimah
" ok selamat malam ibu" ujar Lily
" selamat malam makcik" ujar Zahira pula
" selamat malam kamu berdua" ujar puan Sarimah
" Lily kau nak pergi mana je esok" tanya Zahira
" aku rasa macam nak pusing-pusing kampung je" ujar Lily
" ok juga tu" balas Zahira
" kita ajak adik aku sekali boleh" tanya Lily
" lagi bagus, kau ajak adik kau tu, takde lah bakal laki kau senyap je" ujar Zahira
" esok aku ajak adik aku sekali pastu, boleh makan kat warung tepi kampung ni" ujar Lily
" cun, esok kita rancang menu makan pula" ujar Zahira
harap bakal laki aku tu hensem lah, kalau tak hensem janji ada rupa pun dah ok, amin.......
....................................................
selamat membaca semua ^_^
Share this novel