segala yang berlaku pasti ada hikmahnya, kita sebagai manusia biasa, pasti akan menghadapi waktu-waktu kesedihan di dalam perjalanan hidup ini, ada juga sinar kegembiraan yang hadir setelah kesedihan dan ia pasti akan dibawa hingga akhir hayat.
" abang, tolong jangan tinggalkan Lily macam ni, apa salah Lily bang " rayu cahaya lily dengan esakan air mata
" Lily tak salah apa-apa pun, tapi abang yang salah, sebab abang dah terlanjur mencintai orang lain" ujar saif tanpa memikirkan perasaan Lily
" abang... tolonglah jangan pergi tinggalkan Lily" rayu Lily untuk entah kali keberapa
" maafkan abang Lily, aku saif bin Arifin ceraikan kau cahaya Lily binti afendi dengan talak 1, kita jumpa kat mahkamah " lafaz saif dan berlaku pergi meninggalkan rumah
" abang!!!!!!!!!!!! " jeritan Lily berkumandang diseluruh ruang tamu
"ibu, tolong datang rumah Lily sekarang" pinta cahaya lily dengan tangisan yang ditahan
" kamu kenapa Lily, kamu nangis ye" ujar puan Sarimah yang mendengar kelainan dari suara Lily
" takpe ibu datang je sekarang" ujar cahaya Lily yang tidak mahu ibunya terlalu risau dengan keadaan dia
" ialah, kamu duduk diam-diam kat situ, jangan buat apa-apa perkara yang buruk" ujar puan Sarimah yang cepat-cepat bergerak keluar
" baik ibu" ujar cahaya lily
" Assalamualaikum lily, ibu ni" jerit puan Sarimah di hadapan pintu rumah
"waalaikumussalam, ibu....." balas Lily yang tidak dapat menahan kesedihannya lagi
" kamu kenapa ni Lily " tanya puan Sarimah dengan sedikit risau tentang keadaan anaknya
" saif ibu.. dia... dia ..." ujar Lily dengan sedu-sedan
"cuba tenangkan diri kamu dulu, dia buat apa kat kamu Lily " soal puan Sarimah
" dia tak buat apa-apa, tapi dia ceraikan Lily " kata Lily dengan sedikit hiba dan air mata yang mengalir deras
" apa!!!!!, kamu kan baru je seminggu nikah, kenapa dia ceraikan kamu" ujar puan Sarimah dengan nada suara tinggi
" Lily pun tak tahu ibu, sejak hari pertama nikah pun, dia dah lain, yang paling penting Lily masih suci tak di sentuh saif pun" ujar Lily masih belum tenang
" baguslah kalau macam tu, dia tak layak sentuh kau Lily " ujar puan Sarimah sambil memeluk Lily
Lily kini berasa sedikit tenang untuk seketika waktu
" esok lily nak ke mahkamah, ibu ikut ye" ajak Lily dengan suaranya yang lemah
" ialah, malam ni ibu tidur sini" ujar puan Sarimah ingin anaknya tenang
" boleh sangat ibu, terima kasih temankan Lily " balas Lily sedikit segar
" apa yang berlaku kat kamu, ibu akan selalu ada di sisi untuk anak-anak ibu" ujar puan Sarimah dengan tegas dan berani
" along sayang ibu" balas Lily dengan terharu
......................
"mahkamah dengan ini, mengesahkan bahawa, talak yang dilafazkan oleh plantif saif bin Ariffin adalah sah, maka dengan itu, cahaya lily binti afendi dan saif bin Ariffin perkahwinan kamu dibubarkan dengan jatuhnya lafaz talak satu, mahkamah kini bersurai" ujar hakim mahkamah
" ibu, terima kasih temankan along hari ni" ujar Lily dengan tenang
" sama-sama long, kamu tak perlu ucap terima kasih, sebab ibu akan tetap berada kat sisi kamu tau" ujar puan Sarimah memberi kekuatan pada Lily
" baik ibu, along sayang ibu" balas Lily sambil memeluk puan Sarimah
.................................
2 tahun sudah berlalu, kini Lily telah membuka kedai menghias barang hantaran yang terkenal di Shah Alam
" selamat datang, boleh saya bantu, puan" ramah Lily
" cik, saya nak tempah untuk hias barang hantaran anak saya, cik ada gambar contoh dan harga tak, untuk saya tengok" tanya wanita berusia itu
" ada, sekejap ye puan... ini dia contoh dan harga sudah dilabel pada gambar " balas Lily sambil membuka album gambar hantaran yang telah disiapkan oleh pekerjanya
" wow cantiknya, patutlah awak boleh terkenal ye" ujar wanita berusia itu
" saya ni biasa-biasa je puan" ujar Lily yang tersipu malu
" saya nak set desain ni ye cik, simple dan menarik" ujar wanita berusia itu sambil menunjukkan gambar hantaran berwarna silver gold
" boleh puan, barang hantarannya beli sendiri ke atau nak kedai kami yang sediakan, kalau kami yang sediakan, puan perlu bayar sekali dengan barang mengikut pilihan puan" ujar Lily
" barangnya sudah ada cik, kalau saya minta cik menghias kat rumah saya boleh " pinta wanita berusia itu
" boleh puan, nanti saya datang dengan team, tapi puan perlu bayar kos untuk kami pergi ke rumah puan" balas Lily
" tentang kos, cik jangan risau, saya akan bayar berapa pun kos yang cik minta" ujar wanita berusia itu
" puan tulis nama, alamat rumah, nombor telefon dan tarikh yang perlu kami datang pada kertas ni" pinta Lily sambil menghulurkan kertas kosong
" baik cik.....ini dia, dah siap cik" ujar wanita berusia itu
" baik, ini nombor saya, puan boleh call atau whatsapp saya tentang konferm tarikh " balas Lily
" baik cik, terima kasih " ujar wanita berusia itu
" sama-sama puan" balas Lily dan wanita berusia itu berlalu pergi
" kak Lily, orang tadi nak kita hias barang hantaran ke" soal Siti
" ye Siti, dia nak kita buat kat rumah dia" balas Lily sambil membelek buku nota
" wow mesti best kan, boss" ujar Siti dengan riang
" best- best juga, pergi panggil team untuk berkumpul, sekarang " arah Lily dan berjalan ke bilik mesyuarat
"sebentar tadi, kita ada pelanggan yang minta hias barang hantaran kat rumah dia, nama dia datin Widad, jadi disini, saya minta Siti dan Aswadi ikut saya ke sana, yang lain kamu siapkan untuk hantaran anak datin Tiara, ok" arah Lily
" baik boss, kami ikut je arahan boss" akur semua pekerja Lily
"bagus, semua boleh bersurai, dah pergi buat kerja masing-masing" ujar Lily lalu meninggalkan meeting tersebut
" baik boss" balas semua dan berlalu keluar melakukan kerja masing-masing
.........................
" Assalamualaikum ibu, apa khabar" tanya Lily
" ibu sihat je along, kau pula macam mana " tanya puan Sarimah
" macam biasa ibu busy, lusa ni Lily balik tau" ujar Lily
" ok, nanti along bawa sekali si Zahira " balas puan Sarimah
" yelah ibu, Assalamualaikum " ujar Lily
" waalaikumussalam " balas puan Sarimah lalu Lily mematikan panggilan
bagus juga bawa Ira, boleh jalan-jalan kat kampung, rindu pula nak pusing-pusing kampung
" Ira, lusa nanti, aku nak balik kampung, pastu, ibu aku ajak kau datang rumah sekali" ajak Lily
" boleh, aku on je Lily" balas Zahira dengan senyuman manis
" jam 8.30 pagi kita gerak , jangan lambat" ujar Lily dengan lantang
" alrigh madam" balas Zahira
..............................
selamat membaca semua, ini novel kedua dari saya ye. :)
Share this novel