" selamat pagi awak" sapa Lily yang sedang sibuk di dapur
" selamat pagi, awal awak bangun" ujar Reza
" saje, saya nak siapkan sarapan awak sebelum pergi office" ujar Lily yang sedang fokus dengan masakannya di dapur
" terima kasih, sediakan sarapan untuk saya" ujar Reza
" sama-sama, saya pun nak ucapkan terima kasih kat awak untuk kalung bentuk hati ni" ujar Lily sambil memegang loket hati tersebut
" sama-sama, jomlah makan sekali" ujar Reza sambil menarik kerusi untuk Lily
" ok, meh saya letakkan makanan awak kat pinggan" ujar Lily
" awak balik jam berapa hari ini" tanya Reza lalu menyuakan makanan ke mulutnya
" jam 5 rasanya Reza, itupun kalau takde pelanggan, kalau ramai pelanggan saya balik lambat sikit dalam 6.50" ujar Lily
"ok, kalau lambat awak mesej saya tau" ujar Reza
"ok, saya gerak dulu ye Reza, Assalamualaikum " pamit Lily sambil menghulurkan tangan untuk bersalam
" waalaikumussalam, bawa kereta elok-elok tau" ujar Reza lalu menyambut huluran tangan Lily
................................
" Siti, saya nak jadual aktiviti saya untuk hari ini" ujar Lily setelah melabuhkan punggung di kerusinya
" baik puan, sebentar saya amik buku saya dulu" ujar Siti lalu berlari mendapatkan buku notanya
" cepat sikit" ujar Lily dengan tegas
" saya nak tahu jam mula jadual sampai waktu balik" ujar Lily
" puan, untuk hari ini, jadual puan dari jam 9 sampai jam 5.30 petang puan" ujar Siti sambil melihat buku catatannya
" apa jadualnya untuk hari ini" tanya Lily
" jam 9 puan perlu berjumpa dengan datin Wan Badariah, jam 1.30 petang puan perlu berjumpa dengan datin Fizati, jam 3 pula, mesyuarat dengan staff untuk maklumat lanjut perjumpaan dengan datin-datin tadi, last, jam 4 hingga 5.30 pula, puan ada jadual dengan pemilik kedai di Terengganu itu sahaja puan" ujar siti
" ok, terima kasih siti" ujar Lily yang berpuas hati dengan jadual tersebut
" sama-sama puan, saya keluar dulu ye" pamit Siti
" ok" balas Lily
" Assalamualaikum Reza, hari ni saya balik jam 5.30 petang" ujar Lily di dalam mesejnya
" waalaikumussalam baik, saya tunggu awak kat rumah ye" ujar Reza sambil memberi emoji flying kiss di chatnya
" ok awak " ujar Lily kemudian menghantar emoji muka mata berbentuk hati
......................
" Assalamualaikum, lama awak tunggu saya " tanya Lily, apabila sudah melangkah masuk ke dalam rumah
" tak lama pun, awak duduklah dulu, saya ada masak lauk special untuk awak tau" ujar Reza lalu menghidangkan masakannya di atas meja
" wow, sambal udang petai dengan ayam masak lemak cili padi" ujar Lily dengan teruja
" haah, lauk kegemaran awakkan" ujar Reza dengan gembira
" betul, mana awak tahu" tanya Lily lalu melabuhkan punggung di kerusi
" ibu yang bagitahu saya, jom kita makan dulu" ujar Reza yang sudah bersedia untuk memenuhkan perutnya
" ok, jom kita makan, tak sabar saya nak rasa masakan awak" ujar Lily sambil menyendukkan nasi dan lauk ke pinggan Reza terlebih dahulu, lalu baru menghidangkan ke pinggannya
" macam mana, ok tak" tanya Reza sambil menambah nasi ke dalam mulutnya
" sedap gila lauk awak masak ni, esok biar saya masak untuk awak pula ye" ujar Lily yang masih menikmati kelazatan masakan reza
" ok, nanti kita masak bergilir-gilir ok" ujar Reza memberi cadangan
" boleh, saya setuju sangat dengan cadangan awak tu" ujar Lily yang menambah lauk ke dalam pinggannya
.....................
" ibu, rasanya Along tu ok tak dengan suami dia" tanya Wadi yang saje mencari topik untuk berborak
" Along mesti ok je dengan suami dia tu" ujar puan Sarimah dengan penuh yakin
" kalau ibu cakap ok, angah pun rasa macam ok juga" balas Wadi lalu bersiap untuk keluar
" yelah, kamu bersiap nak kemana ngah" tanya puan Sarimah
" angah nak ke pekan sekejap, nak cari bahan untuk kerja sekolah " ujar Wadi sambil memakai kasut
" ok, hati-hati pergi sana, jangan lama-lama pula" ujar puan Sarimah mengingatkan wadi
" ok ibu, Assalamualaikum " pamit Wadi lalu bersalam dengan puan Sarimah
" waalaikumussalam " balas puan Sarimah sambil menyambut huluran tangan wadi
............................
" awak, nak tak kita pergi bali atau paris ke awak ada cadangan nak pergi mana" tanya Reza
" saya tak kesah, tapi lebih baik kita pergi bali sebab dekat sikit " ujar Lily
" ok, kalau macam tu, lagi sebulan kita akan ke bali, setuju " ujar Reza
" ok, saya ikut je" balas Lily
" majlis belah saya, lagi 3 bulan dari sekarang, so.... kita bercuti dulu baru buat persiapan majlis belah saya " ujar Reza
" haah juga, awak ada cakap kat saya majlis belah awak lagi 3 bulan dari sekarang, sempat ke kita nak buat persiapan" ujar Lily
" sempat, kita nak pergi honeymoon dulu awak, sebelum majlis belah saya siap" ujar Reza
" awak dah pilih warna baju ke" soal Lily
" belum, tapi ada warna yang dah disenaraikan, antaranya warna biru, merah dengan krim, awak nak warna apa" ujar Reza
" saya nak warna merah tapi nak campur dengan warna hitam sekali boleh tak" balas Lily
" boleh awak, nanti lepas kita balik dari honeymoon, kita pergi tengok baju, dewan dengan makanan, semua tu pekerja awak yang tolong majlis kita tau" ujar Reza dengan tersenyum
" ohhh.... patutlah awak macam tak risau, budak saya rupanya yang tolong siapkan majlis kita ye" ujar Lily dengan bercekak pinggang
" sebab tu saya kata, sempat majlis kita tu nanti " ujar Reza sambil melemparkan senyuman yang manis untuk Lily
" yelah, saya dah letih ni, saya tidur dulu ye Assalamualaikum dan selamat malam" ujar Lily sambil menarik selimut
" waalaikumussalam, selamat malam" balas reza lalu menutup suis lampu biliknya
.......................
" kamu semua ni, rahsiakan dari saya untuk siapkan majlis saya ye " ujar Lily sambil bercekak pinggang
" itu semua permintaan suami boss, kami ikut je" ujar Aswadi
" yelah, sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih kat awak semua ni, sebab awak semua sudi nak siapkan majlis saya" ujar Lily yang terharu dengan sikap pekerjanya
" untuk boss, kitaorang sanggup tak tidur untuk siapkan majlis puan" ujar Camelia dengan bersemangat
" ok, saya nak tengok semua cadangan majlis saya lepas ni, and esok saya akan tentukan yang mana kamu semua perlu siapkan " ujar Lily yang ingin memudahkan pekerjaan anak buahnya
" baik boss, lepas makan tengahari kami akan bentangkan cadangan tersebut" ujar siti
" ok saya tunggu pembentangan tersebut ye" ujar Lily lalu berjalan masuk bilik kerjanya
" baik boss" ujar semua pekerja Lily lalu berlari menyiapkan cadangan tersebut
...................................................
selamat membaca semua ^_^
Share this novel