BAB 4

Drama Series 4381

BAB 4

PESANAN daripada Najda mengundang senyum di wajah Aariz.

Apa kemahuan you. Tentu sekali I akan penuhi.

Pesanan dihantar.

Lama Aariz menunggu.. Dia mula hilang sabar. Rasa ingin tahu yang membuak-buak mendorongnya untuk terus membuat panggilan.

" Hmm..nak apa..", soal Najda malas apabila melihat nama Aariz terpapar di skrin telefon.

" Apa kemahuan you?", soal Aariz lagi.

" Malam dah Aariz. I mengantuk. Esok je lah kita bincang", mata Najda dipejam semula. Dia mahu segera menamatkan panggilan itu.

" Nanti..", cepat Aariz menahan supaya Najda tidak terus mematikan talian.

" Apa lagi Dr Aariz.", Najda membuka mata.

" Luka you dah okay?", soal Aariz mendatar.

" Hmm..",

" Betul you tak nak buat laporan?",

" Kalau Abang Nas ulang lagi apa yang dia buat pada. I takkan diam diri lagi. Dengan you sekali I heret", balas Najda, suaranya keras. Rasa mengantuk yang tadi mencengkam kini hilang entah ke mana dan diganti dengan amarah yang perlahan-lahan membara. Dia sudah mengantuk tetapi Aariz sengaja melengahkan masa tidur dan rehatnya.

" Kenapa dengan I..", ternyata Aariz tidak berpuas hati apabila dirinya dilibatkan.

" You mengganggu ketenteraman I dan I rasa I tak selamat" ,

Bicara itu bikin Aariz ketawa geli hati. " Tak selamat sebab you tak tinggal dengan I. Kalau you stay dengan I mesti you akan rasa selamat. Jadi bila nak pindah masuk sini. Tak perlu bawa apa-apa. Bawa diri you je",

" I akan tinggal dengan you jika you berjanji untuk lepaskan I selepas satu bulan usia pernikahan kita" ,

" Tentu sekali I tak nak lepaskan you. Isteri cantik macam you tak mungkin I akan lepaskan. Rugilah I kalau I buat macam tu" , terlayar di kepalanya wajah cantik Najda. Dia akui bekas gurunya itu lebih cantik berbanding bertahun dulu.

Mendengar itu talian diputuskan Najda.

" Hmm..macam tu je?", Aariz melihat skrin yang sudah ditamatkan panggilannya.

Aariz mengeluh perlahan. Telefonnya diletakkan di atas meja. Matanya merenung siling. Fikirannya jauh melayang memikirkan Najda. Perempuan itu memang degil dan keras kepala. Tetapi dalam hatinya Aariz tahu Najda cuma sedang melindungi diri. Dia nampak air wajah Najda setiap kali berhadapan dengan wanita itu.

“Aku takkan lepaskan kau, Najda…” bisiknya penuh tekad.

Sementara itu Najda masih menggenggam telefon di tangan. Nafasnya turun naik. Bukan kerana marah tetapi kerana bingung. Setiap kali Aariz menghubunginya hatinya jadi celaru dan bingung. Lelaki itu pelik. Sekejap ambil berat sekejap menyakitkan hati.

Dia bangkit dari katil, melangkah ke jendela bilik. Malam gelap hanya lampu jalan yang samar menerangi ruang luar.

“Kenapa dengan Aariz? Serius ke dia atau dia hanya mahu bermain-main sahaja dengan aku? Dia menolak pernikahan ini. Tapi..sekarang..” soalnya perlahan.

Ingatannya melayang pada malam mereka bernikah. Pernikahan tanpa rela. Dipaksa dan sangat menjerut hati.

Telefon Najda berbunyi lagi. Satu mesej masuk.

Najda, I serius. I tak nak lepaskan you. Satu bulan tak cukup, I nak dengan you seumur hidup I.

Najda menggigit bibir. Jantungnya seolah terhenti seketika. Dia padam mesej itu tanpa membalas. Malas mahu melayan!

***

PUNAT alat kawalan pintu pagar ditekan. Saat pintu pagar terbuka Najda terkejut apabila tiba-tiba satu kereta berhenti di belakang keretanya. Melihat seseorang yang keluar dari kereta itu buat Najda mendengus kasar.

" Pak cik ni nak apa pagi-pagi ni. Aku nak pergi kerjalah", bebel Najda lalu keluar dari perut kereta.

" Dah nak pergi kerja ke?", soal Aariz mempamer senyuman sambil mendekati Najda yang berdiri di sisi kereta dengan pintu yang terbuka. Kedua tangannya menyembunyikan sesuatu di belakang.

" Taklah. Nak pergi mati",

" Haish! Apa cakap macam tu? Cakap tu doa. Lagipun I tak nak jadi duda lagi",

" Lagi? Lepas ni pun you tetap akan jadi duda juga",

" Tak nak cakap benda-benda buruk pagi-pagi ni. I doa baik-baik untuk you dan I masa solat Subuh tadi" ,

" You nak apa ni Aariz. I nak pergi kerjalah",

" Breakfast", menghulurkan bungkusan makanan yang disembunyikan di belakang tubuhnya tadi.

" I dah breakfastlah..",

" Ala..ambillah. Nanti boleh makan di pejabat. Ini nafkah I untuk you tahu. I kena pastikan kecukupan makanan untuk you",

" You tak ada pun I cukup makanlah", malas memanjangkan hal itu Najda mengambil juga makanan itu. " Baliklah..", merenung tajam wajah Aariz yang nampak sangat bersahaja.

" Okay. Makan ya. Jangan buang. I ada letak cip dalam makanan tu. I tahu kalau you buang atau orang lain yang makan makanan tu",

" Dahlah. I nak pergi kerja", malas terus melayan karenah lelaki itu Najda segera masuk ke dalam kereta lalu segera mengunci pintu keretanya.

Aariz seakan menyerah.

Mata Najda memerhati cermin sisi kereta dan melihat langkah Aariz yang bergerak ke keretanya. Aariz sempat membunyikan hon sebelum meninggalkan kawasan itu.

" Mimpi apa entah pagi-pagi hantar makanan. Nafkah konon. Kecukupan makanan? Dia ingat aku tak cukup makan ke? Letak cip dalam makanan? Waras ke tidak dia tu. Dia ingat aku nak makan. Kirim salam", bebel Najda sambil mengundurkan keretanya keluar dari garaj.

Pemanduannya sederhana dan cukup berhati-hati apabila melihat ada anak-anak yang berpakaian seragam sekolah menunggang motorsikal di laluan itu. Pengalaman pernah dilanggar penunggang yang beruniform sekolah beberapa tahun lalu membuatkan dia begitu berhati-hati apabila berhadapan situasi tersebut.

Beberapa kali juga dia turun naik mahkamah kerana penjaga kepada penunggang tersebut membuat tuntutan ganti rugi. Rezekinya dia tidak perlu menjelaskan ganti rugi yang dituntut kerana ada saksi yang melihat kejadian dia dilanggar. Apatahlagi dengan bukti video rakaman daripada keretanya dan kereta lain yang ada di situ. Ada bukti motorsikal itu dipandu begitu laju dan sebenarnya dia sedang berlumba dengan rakannya yang lain.

" Bawa motor elok-elok budak..",

***

MASUK ke dalam pejabat Najda terus menuju ke meja kerjanya. Dengan ramah dia menyapa rakan sekerjanya yang tiba lebih awal. Bungkusan makanan yang diberikan oleh Aariz tadi diletakkan di atas meja.

Duduk.

Matanya melirik jam di tangan. Belum lagi waktu bekerja. HP Zbook dibuka. Dia mahu menyambung kerjanya yang masih belum selesai kerana malam tadi dia tidur lebih awal daripada biasa.

Namun seketika dia bangun dan menuju ke pantri. Jag dicapai. Kopi dibancuh lalu dituang secawan untuknya. Lebihan bancuhan kopi di dalam jag ditinggalkan sahaja di atas meja. Dia tahu sebentar lagi rakan sekerjanya yang lain akan tolong menghabiskannya. Jika sehari Najda tidak membancuh kopi ada sahaja teman sekerjanya yang datang membawa jag kosong kepadanya. Minta dibancuhkan kopi!

Ingat aku tea lady.

Tiada tea lady di pejabat itu. Siapa mahu minum bancuh sendiri. Boss pun bancuh minuman sendiri!

Langkahnya diatur semula ke meja kerjanya. Duduk lalu menghidu haruman kopi yang sedang berasap. Seketika barulah dia mencicip perlahan.

" I dah bancuh. Jangan minta I bawa untuk you pula", ujarnya apabila Masitah melihat sahaja dia mencicip minuman itu.

" Yalah. Nak bermanja sikit pun tak boleh", Masitah bangun juga menuju ke pantri.

Meletakkan kopi di meja. Tangannya mula bekerja. Cekap menekan, melakar, mengatur tekstur rumput digital, bayangan pokok, pancuran air dan batu hiasan.

Najda leka dengan kerjanya dan dia tidak peduli dengan keadaan keliling. Puas hati. Dia bersandar seketika memerhatikan hasil kerjanya.

Hijau. Natural. Cantik dan nampak begitu nyaman dan tenang.

Andai hatinya juga boleh seaman dan setenang itu.

" Hmm", suara deheman seseorang buat Najda berpaling.

" Untuk you..", satu kuntum ros merah dihulur.

" Apa ni Paan..", Najda memusingkan kerusinya mengadap Farhan.

" Untuk you",

" I tak suka bunga", namun tangannya tetap juga menyambut huluran bunga itu

" Habis you suka apa. Cakaplah. I akan belikan", teruja suara Farhan.

Mengalih posiisi. Wajahnya mendongak mencari wajah Farhan. I nak rumah banglo RM5 juta. Sport car RM5 juta. Jongkong emas RM5 juta" ,

" Hmm. I tahu you bukan orang macam tu Naj..", Farhan segera meninggalkan wanita itu.

Najda hanya memandang langkah Farhan yang segera berlalu dari meja kerjanya.

" Masa orang nak jangan jual mahal. Nanti jadi anak dara tua macam aku", Kamariah yang melihat sejak tadi mula bersuara.

" Anak dara tua bukan kosong Amai. Ada kerjaya. Ada maruah diri. Daripada jadi isteri orang tapi tak pandai jaga maruah diri. Jadi isteri orang mendukung biawak hidup. Sara suami pemalas. Lagilah. Seksa diri. Seksa mental. Seksa fizikal", Najda langsung tidak memandang wajah Kamariah.

" Siapa yang seksa mental dan fizikal kau ni? Cakap dengan aku. Biar aku ajar sikit. Aku pun dah lama tak guna seni silat aku ni. Asyik berlatih je tapi tak guna dalam dunia realiti rugi juga", Kamalia terus bergerak merapatkan kerusinya dengan tempat duduk Najda.

" Bukan aku. Orang lain di luar sana lah. Kau nak apa ni?",

" Kau nak apa ni?” Najda mengalihkan pandangan ke arah Kamariah yang sudah mengangkat kaki bersila santai di atas kerusi.

“Nak tengok drama kehidupan kau secara live. Tak payah Netflix, tengok kau pun dah cukup penuh plot twist.” Kamariah tersengih sambil membelek-belek bunga ros yang ditinggalkan Farhan tadi. “Lelaki macam ni kau tolak, kau nak yang macam mana lagi?”

“Aku tak nak lelaki sebab aku tak perlukan lelaki untuk bahagia.” suara Najda tenang tapi bagai ada kelukaan yang terselindung.

Kamariah tidak membalas. Sebaliknya dia hanya memerhati wajah sahabatnya itu lama dalam-dalam. Seolah-olah cuba membaca isi hati yang telah lama tertutup rapat.

“Naj... kau tak boleh tutup pintu hati kau selama-lamanya. Bukan semua lelaki tu jahat. Bukan semua lelaki tu racun.”

“Tapi semua lelaki ada potensi untuk jadi racun, Amai. Kau sendiri tahu, kan”

Sunyi. Hanya bunyi penghawa dingin yang berdengung lembut di antara mereka.

“Tapi kan Naj... bukan ke kita hidup ni bukan untuk tutup semua kemungkinan? Cuba kau fikir. Kalau semua lelaki tu bahaya, kenapa Allah ciptakan Adam dulu, bukan Hawa?”

Najda diam.

Kamariah merenung wajah Najda. “Aku tak paksa kau terima dia. Tapi jangan biar luka lama buat kau buta pada kasih sayang yang tulus. Kadang, orang yang paling kau tolak, itulah yang sebenarnya paling ikhlas.”

Dia mula bergerak menjauh tapi sempat menoleh. “Dan tentang permintaan kau tadi. Banglo RM5 juta, sport car RM5 juta, jongkong emas RM5 juta. Kalau dia usahakan semua tu sebab nak dapatkan kau, kau akan tolak?”

Najda tunduk merenung bunga ros merah yang masih di situ.

" Kau jangan main-main dengan Paan Naj. Kau pun tahu dia anak siapa. Esok dia bawa kunci banglo 5 juta tu. Kunci kereta 5 juta dengan jongkong emas 5 juta mana kau mahu lari. Eh silap. Larilah jauh-jauh. Biar aku yang rembat semuanya..", Kamariah ketawa lepas.

" Ambillah. Aku tak hairanlah dengan harta dunia ni Amai..",

" Rugilah kau..",

Najda malas mahu melayan.

" Amai. Kau nak nasi lemak?",

" Nak..",

***

JAM di dinding menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Najda masih terpaku di hadapan skrin meneliti pelan landskap yang terbentang dalam perisian Lumion.

Cahaya dari skrin laptop bikin mata Najda keletihan. Cermin mata ditanggalkan lalu ditiup dan dibersihkan menggunakan hujung bajunya. Seketika dipakai semula. Rambutnya diikat. Matanya mula terasa pedih kerana tidak cukup tidur. Esok dia perlu membentangkan rekaan sebuah taman kontemporari yang direka untuk projek perumahan seorang pelanggannya.

Najda tersandar sejenak. Tangannya berhenti melakar. Dia menarik nafas dalam-dalam. Reka bentuk itu cantik. Tenang. Itu yang dia cuba cipta untuk orang lain. Suasana yang harmoni untuk penghuninya. Tapi dalam dirinya sendiri semuanya berkecamuk.

Telefon bimbit berkelip. Satu notifikasi mesej masuk. Nama itu muncul lagi.

Aariz.

You masih berjaga? Tidur lambat tak elok untuk kesihatan you.

Huh! Doktor sangat kan. Ketus Najda sendiri.

Seketika pesanan masuk lagi.

Makan tak nasi lemak I masak tadi? I masak dengan penuh kasih sayang. Jangan cakap tak rasa kasih sayang I dalam nasi lemak tu

Najda tidak membalas.

" Ingat aku akan cair dengan nasi lemak kasih sayang dia tu",

Seketika Najda ketawa sendiri. Teringat pula Kamariah memuji akan kesedapan makanan itu pagi tadi.

Amai. Kau dah kena kasih sayang Aariz nampaknya.

Dia cuba kembali fokus dengan kerjanya Tetapi fikirannya mula mengembara. Aariz. Lelaki itu hadir dalam hidupnya tanpa dijemput dan sukar pula untuk dia bebas.

Najda bangun dan membuka pintu gelangsar yang menghadap balkoni kecil rumahnya. Angin malam menyapa lembut. Dari tingkat dua dia melihat pohon-pohon palma yang bergoyang perlahan ditiup angin. Cahaya lampu jalan di bawah menimbulkan bayang-bayang seperti corak dalam reka bentuk taman sedang disiapkannya tadi.

Dia memejam mata seketika. Cuba menikmati hembusan angin malam. Sejuk dan mendamaikan.

“Kalau taman pun perlukan pelan kenapa hidup aku rasa macam tak ada hala? Nikah dengan Aariz bukan perancangan dan hala hidup aku. Apakah memang benar jodoh untuk aku Ya Allah..",

Seketika.

Jantung Najda berderau melihat susuk tubuh yang berjalan menghampiri pagar rumahnya.

Siapa? Najda cuba bertenang.

Happy reading semua..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience