BAB 2
" TAK guna! Berani perempuan ni kata aku tak guna!", matanya merenung skrin yang sudah gelap.
Aariz menghubungi Najda lagi. Dan lagi. Biarpun telah beberapa kali menghubungi nombor wanita itu taliannya tetap tidak berjawab.
Dia mula hilang sabar lalu mematikan enjin dan keluar dari perut kereta. Berdiri di hadapan pagar sambil matanya melingas memerhati kawasan sekitar. Sunyi. Tiada kenderaan yang melalui jalan itu pada waktu ini. Mungkin kerana hujung minggu, petang-petang begini penduduk hanya berehat di dalam rumah atau keluar berjalan bersama keluarga.
Mesej suara dihantar kerana dia tahu Najda sengaja mengabaikan pangglannya.
Kalau you tak buka pagar ni. I panjat pagar ni Najda. Jangan cabar I.
Mesej suaranya jelas bernada ugutan.
Lama berdiri di situ sambil menanti mesejnya dibalas. Namun tetap tiada balasan daripada Najda. Tangannya juga sudah beberapa kali menekan punat loceng.
" Aku call sekali lagi. Kalau kau tak angkat memang aku panjat pagar ni Najda" Aariz berbicara sendiri sambil menggeser skrin telefonnya.
Najda di dalam rumah sengaja memekakkan telinganya saat mendengar bunyi loceng serta panggilan masuk daripada lelaki itu. Badannya masih belum benar-benar kuat. Dia sangat memerlukan rehat. Namun ada pula gangguan yang datang.
Bosan dengan bunyi yang membingit masuk ke telinganya Najda mencapai telefon. Namun telefonnya senyap tanpa sempat diangkat. Najda membuka peti mesej suara daripada Aariz. Demi mendengar mesej itu dia terus mendekati tingkap bilik. Jelas di matanya Aariz sedang berdiri di hadapan pagar.
Bagai ada suara yang memanggil Aariz mendongak ke tingkat dua. Sedar akan kemunculan Najda di tingkap bilik dia segera berlagak seperti mahu memanjat pagar. Bersusah payah dia cuba untuk mengangkat tubuhnya.
Najda yang melihat tingkah gila Aariz segera menekan punat pintu pagar. Saat pintu pagar mula terbuka cepat pula Aariz melompat turun. Dia bukan benar-benar mahu memanjat pagar itu. Niatnya hanya mahu menggertak Najda.
Sambil berjalan turun ke tingkat bawah, mulut Najda tidak henti mengkritik tindakan lelaki itu. Dia tahu tak guna jika dia mengelak bertemu muka dengan lelaki itu sekarang. Aariz sudah datang mencarinya. Jadi dia juga mahu membuat perhitungan! Biar sama-sama puas hati!
***
MATA Najda menumpu pada tubuh yang sedang bersandar di sisi keretanya. Riak wajah lelaki itu tidak setegang suaranya tadi.
" Nak apa?", serius suara Najda saat bertentang mata dengan lelaki itu.
" Siapa pukul you?", tiada basa basi untuk bertanya khabar akan kesihatan wanita itu Aariz terus menyoal. Wajahnya merenung wajah pucat Najda.
" Bukan urusan you", Najda yang bersandar di jenang pintu mengalih pandang dari memandang wajah lelaki itu.
" Tentu dah jadi urusan I. You lupa siapa I?", suara Aariz juga keras dan tegas.
" You nak apa Aariz. Cakaplah. I banyak lagi kerja nak buat", kali ini suara Najda mula mengendur. Dia penat dan perlukan rehat.
" I nak tahu siapa pukul you? Kenapa tak nak buat laporan polis?", dia mahu tahu apa yang telah berlaku kepada wanita itu sebenarnya.
" Abang Nasrul pukul I sebab I tak nak kahwin dengan you. Puas hati?", malas mahu memanjangkan tanda tanya lelaki itu dia terus memberitahu apa yang telah berlaku. Lagipun dia tidak mahu Aariz berlama-lama di sini. Jiran-jiran belum tahu status lelaki itu dengannya.
" Abang Nas? Gila ke apa abang you tu?", kutuk Aariz.
" Dia. You dua-dua gila", selamba sahaja Najda mengutuk Aariz.
" Sini I nak tengok luka you?", Aariz mendekati Najda. Langsung tidak ambil hati dengan bicara Najda.
" No! Jangan you berani dekat dengan I", cepat Najda menjauh bergerak masuk ke rumah.
" I nak tengok luka you. Kawan satu tempat kerja I cakap luka you boleh tahan teruk..", Aariz pula berdiri di muka pintu yang masih terbuka.
" I dah masuk hospital dan I pun dah dirawat oleh doktor dengan sangat baik. So you tak perlu nak sibuk-sibuk hal I",
Nak tunjuk prihatin konon. Berhari-hari aku di hospital tidak pula dia mahu bertanya khabar. Siap buat tak kenal lagi adalah!
" Jom ikut I balik rumah I",
" Tak ingin!",
" Siapa lelaki tadi?",
" Bakal tunang I",
" You dah gila ke? You tu isteri I. You belajar agama di mana Isteri orang boleh jadi tunang orang", terbayang di kepalanya akan kemesraan Najda dengan lelaki itu. Dia tahu lelaki itu yang membantu membawa Najda ke hospital.
" Ajaran I. Dahlah. Baliklah",
Tidak peduli dengan bicara Najda yang menghalaunya pergi Aariz laju melangkah masuk dan menutup pintu.
" Aariz. You jangan nak buat hal ya!", tegas suara Najda langsung tidak dihiraukan Aariz.
Aariz tidak peduli malah langkahnya makin mendekati Najda.
Terasa dirinya seperti diancam Najda cepat berundur lalu mencapai pasu seramik di atas meja konsol tepi tangga.
" Kalau you nak sangat cari penyakit. Cubalah datang dekat", ugut Najda keras mengawal rasa debar kerana kepalanya sudah berfikir yang bukan-bukan.
Manusia sekarang ramai hilang akal dan pertimbangan biarpun berpendidikan tinggi!
Aariz sengaja mengukir senyum dan makin mendekat. Menunjukkan yang dia langsung tidak terkesan dengan ugutan Najda.
Najda mula mengangkat pasu seramik tadi lebih tinggi. Lagaknya seperti mahu melemparkan pasu itu ke wajah Aariz " I tak main-main Aariz", ugutnya keras.
Aariz mula berundur. Bimbang juga jika Najda benar-benar nekad dengan ugutannya. Buatnya kena muka boleh berparut wajah kacaknya nanti. Huh!
" Keluar!",
Aariz berundur hingga ke pintu. Tangan kanan Aariz memegang tombol pintu namun tubuhnya masih bersandar di daun pintu.
" Keluarlah!",
" Okay.. Okay..", Aariz membuka pintu. Sejengkal luasnya.
Tanpa dijangka Aariz meluru ke arah Najda lalu meraih pinggang wanita itu, merampas pasu seramik di tangan Najda dan melempar ke sofa. Najda mengasak untuk melepaskan diri dan terus melawan tubuh sasa lelaki itu.
" Lepas!", kali ini suaranya tidak ditahan-tahan.
" Syhh..I nak tengok luka you je..", tubuh Najda cuba ditawan..
" I tak nak! Lepaskan I", terus mengasak kerana tidak mahu tubuhnya terus disentuh lelaki itu.
Mata Aariz memerhati ruang rumah lalu mencempung tubuh itu masuk ke bilik biarpun Najda tidak berhenti mengasak mahu melepaskan diri. Tubuh itu dihempas ke dada katil.
" You memang gila! Aariz" pekik Najda.
" Buka baju you!",
Najda mendengus kasar. " You ingat I ni perempuan murah nak buka baju depan you", dia bangun dan merenung tajam wajah Aariz dengan penuh benci.
" I bukan nak buat benda tak senonoh dengan you. I nak tengok luka you je..", memang itu tujuan dia ke sini. Dia tiada niat lain. Nak pula apabila teringat kekasarannya kepada Najda selepas majlis akad nikah mereka beberapa hari lalu.
Teringat dia menolak kasar tubuh itu ke dinding dan wanita itu menyeringai kesakitan. Mungkin bukan sakit kerana tindakannya tetapi kerana menahan sakit luka sedia ada.
" Jangan nak tunjuk ambil beratlah Aariz. You dah berkasar dengan I tadi. I tak suka. Baliklah. Lagi dua minggu I akan cari you dan kita akan selesaikan semuanya nanti. Bukan hari ni. Bukan sekarang. I penat..Tolong faham boleh tak..",
" Okay.. Lagi dua minggu", Aariz juga bersetuju apabila melihat wajah penat Najda.
" Baliklah..",
Entah kenapa suara lemah Najda buat Aariz menurut.
***
MELIHAT kereta Aariz yang telah berlalu meninggalkan kediamannya Najda menutup pintu. Keluhan kasar terlepas dari bibir Najda. Hidupnya berubah tiba-tiba. Daripada aman damai menjadi kacau bilau begini.
Tubuhnya dilepaskan ke dada katil. Berbaring merenung kipas yang sedang berputar. Fikirannya juga berputar teringat hal yang telah berlaku beberapa hari lepas.
" Siapa?", tegur satu suara dari dalam bilik.
" Naj ni..", biarpun terasa pelik dengan suara itu Najda tetap melangkah masuk apatahlagi kerana pintu yang terbuka luas.
" Atuk ni boleh biar je pintu terbuka luas macam tu. Mengundang dan mengalukan kedatangan pencuri betul. Banyak harta boleh curi ni..", bebelnya sendiri.
Bungkusan makanan yang dibawa diletakkan di atas meja lalu melabuhkan punggung ke kerusi. Buku -buku ilmiah di atas meja kopi menarik perhatiannya. Siapa lagi yang membacanya jika bukan datuknya. Guru pencen yang hobinya membaca.
" You siapa?",
Kaget dengan suara yang begitu asing Najda bingkas bangun.
" Cikgu..", tegur suara itu dengan wajah yang juga begitu terkejut.
Mata Najda membulat. Mana mungkin dia boleh lupa pada lelaki berani ini!
" Ke..kenapa awak ada di sini. Mana atuk?", masih terkejut dengan lelaki asing di rumah ini.. Dan lagi terkejut lelaki itu adalah bekas pelajar semasa dia menjadi guru ganti di sekolah atuknya dulu. Bertahun-tahun dulu.
" A..Atuk keluar", suara Aariz juga tebata-bata.
Najda mahu segera keluar apatahlagi apabila melihat keadaan lelaki itu yang hanya berseluar pendek tanpa memakai baju dan tuala tersangkut di bahu.
Elok sahaja dia berdiri di pintu utama tubuh Yusof terjegul di hadapan mata.
" Atuk..Atuk pergi mana tak ada dalam rumah", nadanya seperti menyalahkan lelaki itu kerana ketiadaan lelaki itu tadi.
" Keluar..",
" Kau buat apa Naj berdua-duaan kat sini?", suara Nasrul dari belakang Yusof bagaikan dentuman guruh. Wajahnya tegang seolah badai akan melanda. Perangai baran Nasrul sukar dijangka tindakannya.
" Naj datang cari atuk. Mana tahu ada lelaki ni kat sini", Najda mahu keluar dari ruang itu tapi tangannya sempat diraih kasar oleh Nasrul.
" Sakitlah Abang Nas", cuba melepaskan genggaman tangan Nasrul.
" Kau tak tahu malu ke berdua-dua dengan lelaki. Kau nak orang kampung tahu perangai tak senonoh kau?", lantang suara Nasrul menampar telinga Najda.
" Nasrul..", tegur Yusof dengan suara agak menekan.
" Kami tak buat apa-apa pun..", Aariz mempertahankan dirinya apabila Nasrul seakan sedang menuduhnya melakukan perkara tidak bermoral.
" Ingat aku percaya? Berdua-dua. Dengan kau tak berbajunya. Kau ingat aku bodoh?", tempelak Nasrul.
" Abang Nas! Naj tak buat apa-apalah. Jangan tuduh sembarangan!", Najda juga mempertahankan dirinya sambil terus cuba meleraikan pegangan tangan Nasrul.
Benci betul dengan perangai kasar Nasrul! Perangai baran dan memang jenis tak mahu dengar kata orang!
" Kita kahwinkan je la atuk budak berdua ni!", tegang dan tegas suara Nasrul.
" Abang Nas jangan suka hati nak tentukan hidup Naj", kali ini tangannya direntap kuat dari genggaman Nasrul.
Pang!
Satu tamparan hinggap di pipi Najda. Dia terhuyung. Aariz dan Yusof pula tergamam dengan tindakan kasar Nasrul.
Mata Najda mencerlung tajam memandang wajah Nasrul. Jika ikutkan hatinya mahu sahaja dia menumbuk muka Nasrul kerana melayannya begini di hadapan Aariz dan Yusof.
Yusof mendekati Najda. Cuba menenangkan cucunya.
" Mereka dah kata tak buat apa-apa kan..", Yusof tidak bersetuju dengan tuduhan dan tindakan Nasrul tanpa usul periksa. Malah suka hati sahaja membuat keputusan tanpa perbincangan yang matang.
" Abang. Saya tak nak kahwin dengan adik abang. Lagipun kami tak buat apa-apa pun. Semuanya salah faham je. Dia datang dan masuk rumah duduk dekat kerusi tu. Saya keluar bilik. Dia nampak saya dia pun keluar dan atuk dan abang sampai", bersungguh-sungguh Aariz memberi penjelasan.
Sungguh dia tidak mahu dipaksa kahwin! Dia perlu mempertahankan dirinya. Dia tak salah!
" Ya. Naj pun tak nak kahwin dengan dia. Kami tak salah apa pun!", suara Najda mula meninggi.
" Dah kalau duduk berdua-dua dengan tak berbajunya tak buat apa-apa?",
" Nasrul! Mereka dah kata kan tak buat apa-apa. Naj pergi balik. Kau Riz pergi pakai baju", arah Yusof cuba menenangkan keadaan.
" Atuk nak biar je ke cucu atuk ni lepas macam tu je. Nak tunggu bunting dulu. baru nak nikahkan?", langsung tidak bertapis mulutnya menuduh itu ini.
Langkah Najda terhenti.
" Jangan melampau Abang Nas", dada Najda mengepam laju. Tangan yang menggigil dikepal kemas. Jika ikutkan hatinya mahu sahaja dia menerkam abangnya itu.
Satu persatu peristiwa itu terlayar di ingatannya. Sedar sahaja air matanya mengalir laju. Sedih. Dan tentu sekali dia kecewa. Kecewa dengan keputusan gila dan bodoh abangnya. Dan dia pula orang yang perlu menanggung keputusan itu.
Kalau Aariz tak lafaz akad tu aku takkan terhimpit dengan keadaan ni. Semua sama. Abang Nas baran. Aariz baran! Apa hidup aku ni kena hadap orang baran ke? Aku pun ada baran aku Abang Nas. Aku pun ada baran aku Aariz.
Khayalnya terganggu dengan bunyi panggilan masuk.
Aariz.
Langsung dibiarkan panggilan itu tanpa dijawab. Seketika bunyi mesej masuk. Suara dibuka.
Dua minggu lagi I akan cari you! Dan akan bawa balik you ke rumah kita. Tempat isteri di sisi suami..
Najda mendengus lalu melemparkan telefonnya.
Tengkingan Aariz sebelum akad nikah malam itu masih terngiang di ingatannya.
" Aku tak nak kahwin dengan kau!", melemgking suara Aariz.
Awalnya lelaki itu nekad tidak mahu meneruskan permintaan Nasrul. Oh! Bukan permintaan tetapi arahan! Namun persetujuan Aariz yang tiba-tiba mungkin ada agendanya.
Seorang lelaki yang pernah mengungkap sayang tapi tidak berbalas. Jika Aariz setuju untuk melepaskan dendam kisah lalu itu adalah satu kebodoham!
Jangan biar diri kau sakit Naj! Aariz aku datang...
Share this novel
menarik.... harap bukam unlock chapter... tak sabar tgu cerita selanjutnya