BAB 4

Romantic Comedy Series 8341

"AKU ADA PENDING lagi ni. beef steak mana?" laungku lalu meletak semula chit order diatas dulang yang masih kosong.

pan pesto aku capai untuk di isi ke dalam pinggan.

"table B02 boleh keluar dulu." arah aku sebaik meletakkan pinggan pesto diatas dulang. beberapa hidangan turut berada diatas dulang tersebut untuk dibawa keluar sama.

"A10 dengan D23 kosong lagi ni." laung aku lagi sebaik melepaskan satu dulang berisi hidangan pergi.

soalan aku tadi tidak berjawab, membuat aku menoleh ke arah protien stesen. aku tak nak marah, tapi tengok Aiman yang berdiri dekat situ, tiba-tiba rasa nak meradang.

"Aiman!"

"dah siaplah tadi. kan kau dah minta." balas Aiman turut meninggi suara. benar, ini kali kedua aku minta padanya.

"kau buat pakai niat ke? kalau dah siap mesti ada."

"kau tu yang mata letak kat kepala lutut."

"tak ada lah!" aku pula yang salah? aku yang jaga hidangan keluar masuk, aku tahulah tak ada.

"dah keluar dah. depan mata kau aku letak atas dulang." Aiman tak mahu kalah.

"kalau dah hantar, mesti dah tak ada order ni. ini kosong lagi dulang dia." dulang yang kosong aku hempas perlahan. geram bila dia tak percaya aku.

"engkau yang terlepas pandang kut." lagi-lagi aku salah!

tidak betah terus dituduh, aku membawa chit itu merapatinya lalu aku hempuk ke dadanya. ikut hati nak aje aku tampal atas dahi dia. mujurlah dia jenis tak pegang perempuan.

tanpa memandang, Aiman menyambut kertas itu sebelum jatuh ke lantai. lama dia perhati, sebelum matanya memandang aku silih berganti.

aku jungkit kening. menandakan aku tak salah. dia lupa ke dia berlawan dengan manusia yang tak pernah salah dalam dunia. kalau aku cakap tak ada, memang betullah tak ada.

"chit ni baru keluar dua minit lepas. ada 3 lagi order berbaris depan dia. bukan aku yang pending, kau yang tak reti baca. kau nak aku starlight dahi kau ke, bengong?" elok je dia ketuk kepala aku dengan belakang penyepit. sebab tu aku cakap dia biadab!

aku rampas chit ditangannya. sekali lagi aku baca. kali ini nombor meja menjadi carianku. aku pandang Aiman, telunjuk dia lekat pada chit yang berbaris dihadapannya. aku baca lagi untuk memastikan dia tak game aku.

sama!

tiba-tiba sel otak aku macam baru berhubung. aku baru teringat, chit ni aku yang tarik tadi. malah nombor meja juga tak sama dengan tempahan yang sepatutnya aku terima.

pesanan mereka sama, sehingga aku tak perasan ini adalah pesanan lain. aku ingat nombor meja untuk order tersebut kerana satu saja hidangan untuk meja itu. sama sebiji dengan tempahan yang ada pada tangan aku.

tapi mana pergi order yang kami sedang bahaskan? Aiman dah arahkan untuk bawa keluar ke? tanpa kelulusan dari aku?

"siapa bagi kebenaran kau keluarkan makanan? kau siapa?" apa-apa makanan yang mahu dihidangkan, sepatutnya perlu lalu aku dulu.

"siapa pula ada keberanian keluarkan makanan tanpa pass dekat kau? aku yang pass sendiri depan mata kau tadi. kau tidur mata terbuka sambil berdiri ke sampai tak perasan makanan dah keluar. penat sangat eh jadi CDP? kalau macam tu, lupuskan je la angan-angan mat jenin kau tu. belum layak lagi..." tatapannya, suaranya, wajahnya dinginnya... semua buat aku bertambah benci.

"KAU TUNGGU SAMPAI mak datin tu makan ke?" Aiman menyoal saat anak mata kami bertentang sejenak. aku mengangguk.

jarang sekali nampak dia pegang kuali untuk masakan melayu. tapi malam ini, disaat dapur sudah sunyi, kitchen crew semua dah beransur pulang, Aiman berdiri seorang diri didepan dapur gas. dari bau tumisan, aku mencebik.

sambal tumis? apa yang nak diolahkan sangat sambal tumis tu. takkan nak diwesternkan? mentang-mentang pasta boleh dimelayukan.

aku bukan tak nak tanya, tapi aku dah tak ada tenaga nak gaduh. jadi aku abaikan. sebelum balik, biarlah kami harmoni sekejap.

"kau kena tengok muka customer tu tadi. macam kena lumur budu." aku intai bilik Chef Majid, masih terang menandakan lelaki itu masih belum pulang. suara tawa Aiman kedengaran.

"budu sedap ooo. pecah cili, perah limau. makan dengan nasi panas-panas. kalau pekena balik rumah ni, terus menyandar tidur." kecur pula liur aku dibuatnya.

"Man, stop Man. aku tengah lapar ni." Aiman ni, kalau dah masuk mood describe, memang kena cari jam tu juga. tidak, meleleh air liur dok teringat.

"kau nak terus balik ke?" soalannya buat hujung bibir aku ternaik spontan.

"kenapa? kau nak ajak aku makan ke?" habis aku melontar soalan, elok je dia pandang slek dekat aku.

"makan pun nak kena ajak, kau tak boleh nak makan sendiri ke?" eh eh dia ni!

tak sempat aku balas, mulut aku seakan terkunci apabila mata aku menangkap bilik Chef gelap. tak lama kemudian, lelaki awal 50-an itu keluar sambil membimbit beg ditangan.

"You all tak balik lagi?" tegurnya membuat kami menoleh serentak.

"belum, Chef..." jawab kami hampir serentak.

"you ada nak buat apa-apa lagi, Nada?" laju aku menggeleng. aku pun dah tukar dari uniform ke baju santai.

"saya pun dah nak balik, Chef..."

sambil mengangguk, lelaki itu kembali menoleh ke arah Aiman yang masih khusyuk menyiapkan percubaan masakan melayunya.

"sambal tumis?" seperti aku, aku rasa Chef Majid pun pelik.

"haah Chef."

"what's unique about this sambal tumis?" sambil berpeluk tubuh, Chef majid kini memandang tepat ke arah Aiman. dari duduk goyang kaki dibelakangnya, aku turut berdiri sebelah Aiman.

nak dengar juga apa benda special sangat memandangkan aku pun tertanya-tanya juga tadi.

"tak ada yang unik sangatpun, I cuma remake sambal ni macam nenek moyang kita dulu-dulu. pecahkan minyak sambal tanpa guna minyak." kening aku terjungkit. tak sempat Chef majid buka mulut, aku lebih dulu bertanya.

"dah tu pecah minyak pakai butter ke?" aku nampak Aiman jeling. tapi peduli apa aku!

"menyibuk je. pergi baliklah sana!" sekelip mata kami boleh baik. namun, tak sempat kelip mata kami dah bercakaran semula.

aku jelir lidah. tapi seincipun aku tak beranjak. depan sesiapapun kami memang berani bergaduh. tak ada adab?

salah!

adab yang tak mahu dekat dengan kami...

"you pakai santan, ke?" soalan Chef Majid buat aku melirik mata Aiman. melihat Aiman mengangguk, aku jadi kagum sekejap.

"how?" soal Chef Majid.

dua lelaki dihadapan aku pandang silih berganti. Chef Majid dengan riak ingin tahu. Aiman kekal dengan riak dingin, sebeku antartika yang dah nak cair tu.

"boleh saya explain esok tak, Chef? dekat sini ada orang tak layak dengar. dahlah gila pangkat. kang, mudah-mudah je dia curi resepi saya untuk jadi bahan kenaikkan pangkat dia. bukan dia kisahpun berkat tak berkat gaji dia dapat. janji ada nama je. memang jenis yang pentingkan duniawi." Chef Majid gelak. aku blur, tapi beberapa saat kemudian aku seakan tersedar.

akulah manusia yang pentingkan duniawi tu?

biadab!

"hoi!" tepi telinga dia aku jeritkan. aku siap jingkit kaki, punya nak bagitahu aku sakit hati. pekakpun biarlah. puas sikit hati aku!

"saya tunggu, esok..." bahu Aiman ditepuk lembut sebelum berlalu pergi meninggalkan kami. aku masih merenung tajam wajah lelaki itu.

"baliklah. berdiri lama-lama dekat sini, bukan boleh dapat resepipun." dia saja eh?

"kau ingat aku desperate sangat ke nak resepi kau?" aku memutar bola mata. sambil bercekak pinggang, mata lurus ke arah sambal yang sedang mendidih elok.

wangi tumisan minyak kelapa yang naik sedikit sebanyak buat liurku kecur lagi dan lagi. dari bau saja dapat aku bayang bagaimana rasanya. bumbu yang ditumis dengan minyak kepala, aroma lemak manis dari santan yang naik membelai deria, ditambah lagi dengan bauan manis bawang yang memenuhi ruang dapur.

laparnya ya Allah!

"kalau tak desperate, tak adalah jadi actingpun belagak macam dah naik head." Aiman tutup api lalu dibekaskan sambal itu.

"hey!"

"apa hey? salah ke aku cakap?" dia dengan muka minta kena pijak bagai aur dan tebing. bagai isi dengan kuku. bagai belangkas.

ah, apa apa je la!

"actingpun memang kena belagak head. kau ingat kerja dapur kerja yang boleh buat main lat talilat ke? ingat macam kau budak-budak tadika dulu? bentuk karipap dengan tanah liat? hidang dekat memberpun member cakap sedap. macam tu ke?" Aiman jungkit bahu. sengaja buat aku tambah sebal.

"tak adalah macam tu. aku pun tak bodoh untuk anggap benda main-main. tapi setakat depan aku? kau boleh releks je kut. be calm okay? kau beria-beia tunjuk kau boleh naik CDP depan Chef, tiba-tiba ending dia, aku yang naik dulu dan kau kekal dekat posisi kau. kan malu tu. malu je belagak depan aku." eiii, bencinya tengok muka dia ni!

"dah kau tak beria ke? try resepi by resepi setiap hari. acah-acah rajin. konon cool train orang." semua yang aku hamburkan padanya, semua aku buat juga. cumanya, aku tak ada topik balas balik.

bukan sebab dia tiada kekurangan. hanya saja kekurangannya terlalu mininum. segala kekejian yang aku gembar gemburkan selama ini, memang berlaku bila dengan aku saja. dia bermulut puaka dan bersifat dengki macam ni, memang dengan aku je. entah apa masalah dia, aku tak tahulah!

dengan orang lain eloklah pula!

Aiman gelak. tawanya jelas mengejek buat darah aku tersirap. dari berdiri dengan tangan dimasuk ke dalam saku apron, kini setapak demi setapak dia ambil untuk merapatiku.

"sekurang-kurangnya, masa kena complaint aku tak sorok belakang orang macam bacul." ujar perlahan, terlalu perlahan. sinis, keji, kejam!

aku ketap bibir. hampir separuh tubuh aku menggeletar saking menahan dari ledakan amarah.

"overconfident takkan buat kau naik, Nada." bisiknya tepat ditelinga aku. turun naik nafas aku dengan amarah yang berkecamuk. aku benar-benar mati kata apabila dia petik kelemahan aku.

dia menunduk sehingga ketinggian kami hampir sejajar membuat paras mata kami hampir sebaris. renungan tajam aku dibalas tajam. ikut buas dalaman aku ni, nak aja aku cungkil biji matanya. namun personaliti aku sendiripun dah cukup redflag untuk jadi penjenayah.

"I hate you!" perlahan namun tajam. hujung bibirnya yang tersungging menyapa mata aku.

"I hate you too..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience