BAB 1

Romantic Comedy Series 8341

SUASANA TENANG DI RUANG makan, ditemani alunan muzik lembut pada setiap suapan pelanggan. bersilih ganti pelanggan masuk sesekali berpampasan dengan pelayan yang menghantar makanan yang sudah siap dimasak. sesekali bunyi dentingan sudu berlaga dengan pinggan. namun suasana masih aman damai.

namun siapa sangka, ketenangan itu tidak berlaku didalam dapur. huru hara kami meyiapkan setiap hidangan penuh dengan hiruk pikuk.

mahu bergurau?

tak sempat!

waktu begini, jangan ada siapa tersilap langkah. memang makan maki, minum air mata kau dibuatnya. menjadi kru dapur, kemahiran memasak saja tidak cukup. perlu datang dengan pakej kemahiran tahan maki dan jiwa sekental gunung averest.

aku yang sepatutnya kena settle protein kini menggentel pasta. bahagian protein, CDP nak ambil alih. untungnya, ini adalah posisi yang tepat buat masa sekarang. sebab masing-masing macam baru lepas telan bara api. memetir je tak sudah-sudah. lebih-lebih lagi si Aiman.

macam sekarang...

tangan sibuk melenyek doh pasta, tapi telinga aku terpasang pada suara Aiman yang jauh di belakang aku. sesekali aku tergeleng. entah apa yang marah sangat pada intern tersebut, aku tak tahulah.

pada aku, memang respon budak itu menguji sikit, tapi... apa salahnya kalau dia berlembut sikit. bukan berdosapun!

cuma itulah....

kalau aku diposisi Aiman, akupun naik darah juga. tepatnya, aku dah naik darah dulu sebelum Aiman. sebab, sebelum dia handle... Intern tu aku pegang.

punyalah slow kau buat kerja. orang nak cepat, pelanggan bersilih ganti. pesanan bersusun. dia boleh buat blur ubi depan orang tu. ikut akal setengah empuk si Aiman tu, dah kena celup muka kawan tu dalam grease trap.

"hodoh gila. kau twist pakai tumit ke?" soalan berbaur hinaan yang datang dari arah belakang buat kepala aku pula yang jadi bara api. dia keji hasil seni tangan paling halus aku? biadap betul!

menoleh kebelakang, aku dah agak dah!
mangkuk yang dah lama teringin kena panggang dalam oven. tak lain tak bukan. Aiman!

dia ni, kalau tak merendahkan kredibiliti aku sebagai rakan sepangkat dengan dia memang tak sah.

busuk betul hati dia untuk mengakui aku lebih hebat didapur berbanding dia!

"aku giling pakai telinga kau! menyemak dekat sini buat apa? tadi mengaruk dekat intern macam pekerja contoh dijamin syurga. ni dah curi tulang, tak apa pula." walaupun dia kacak, tapi aku benci tengok muka dia.

lebih-lebih lagi muka sombong angkuh dia. rasa nak lekap aje dengan pan panas!

"kau settle budak intern tu. tangan aku dah gigil rasa nak hempuk orang. sebelum aku kena panggil dayus, baik kau tolong selamatkan aku." dia tolak aku dengan penyepit. lalu mengambil alih tempat aku. mentang-mentang dia juga ada kelayakan untuk menguli pasta, suka-suka dia aja tolak aku.

"kau tak hempuk dia pun, kau memang dah dayus." satu-satunya lelaki tak tercabar dengan perkataan dayus. sebab tu aku cakap, dia ni lahir silap kromosom. "tapi seriuslah kau selembik itu? belum sehari kut." sambung aku sinis. tidak hanya bicara, renungan malah senyuman yang sinis turut aku lemparkan.

sengaja mahu menghinanya dengan cara paling elegen!

selalu dia marah, kali ini... sikitpun riak dia tak tercalar. aku pula yang rasa tercabar. tak sempat aku mahu menyambung, mulut aku dikepit atas bawah. dengan penyepit besi yang berada di tanganya sedari tadi.

dah lah tak sweet langsung, sakit pulak tu!

dari pagi tadi, aku sakit hati dengan mangkuk seketul ni. ngam-ngam pula ditangan aku ada dulang, tanpa berfikir lebih panjang, aku hayun dulang itu dibahunya. dia mengaduh, tapi tidak pula berganjak.

"dengan bergaduh boleh buat order berjalan ke?" suara CDP mengaum membuat aku, terpaksa pura-pura menggentel. walhal, tanganku asyiklah ditepis Aiman.

"sekejap je. sabar aku betul-betul dah limit. bagi aku bertenang kejap. 15 minit. nanti aku ambil balik. please~" makin tinggi senyum sinis aku.

"tak ada benda free dalam dunia ni, Aiman Nuwair."

"aku back up kau seminggu. dah, syuhhh... jangan kacau aku nak buat kerja." sekali lagi dia tolak aku dengan penyepit sebelum penyepit yang dipegang sedari tadi, dia letakkan ke tepi.

makin terbakar pula kepala aku rasa. aku pula dikata menganggu kerja dia. walhal dia yang ambil posisi aku.

sisi wajah Aiman yang bersahaja menyambung kerja aku, aku renung tak puas hati. sakitnya hati aku ya allah!

"pergi kerja cepat. nanti kena tempik lagi dengan abang Mat, aku tak tanggung ye. oh tu, bawa sekali penyepit tu. basuh dulu sebelum guna. dah ada kuman. kena mulut kau, kena baju kau. kut ada penyakit berjangkit, kesian kat customer yang makan." bertimpa-timpa sakit hati dengan mangkuk ayun seorang.

demi tak mahu dimarahi, aku berlalu juga. namun, aku juga tak mahu melepaskan Aiman dengan mudah. jadi...

aku hentak hujung kakinya dengan tumit aku. mendengar erangannya, buat senyum bahagia tak mampu aku sorokkan.

hujung mataku menangkap kerutan tak puas hatinya. tapi, aku tak peduli. masih banyak dendam aku belum terlunas. itu baru sikit!

"MANA??!" serentak suara aku dan Aiman berpacu. jika tadi kami urus intern sendiri. malam ini kami perlu urus berdua. tetapi, budak praktikal ni, betul-betul menguji eh?

aku minta parsley, secebis daun pun tak nampak rupa. walhal tinggal ambil saja. bukan kena petik dekat kebun pun!

"I minta bawang, You bawak muka? You nak I tekap muka..:" Aiman diam. aku agak, adalah tu benda jahat nak keluar dari mulut dia. tapi sebab cakap dengan intern dia tahan. kalau cakap dengan aku, agaknya dia dah hembus tak bersisa.

"elok duduk je lah playschool sampai mati!" habis lembut dah tu. mujur dia tak pegang apa-apa. tidak, melayang dah atas belakang budak tu.

mungkin malas nak sakit hati, aku tengok Aiman berlalu pergi.

yang geramnya, pandai pula si shahira ni tayang muka sedih. sambil tergeleng, aku mengetap gigi. wajah itu aku pandang tajam.

"i don't know and i don't wanna know, what's your problem. tapi... ini dekat dapur. you sorang pending, satu station pending. nak kerja, buat elok-elok. kalau rasa tak boleh adapt dengan situation, you tahu mana You nak pergi. dapur ni tak halau You, tapi dapur ni juga tak jemput You!" sehabis aku melontar hakikat, satu bekas besi terhulur depan aku.

beradanya dia disini, tak hanya memburukkan rekod dia. malah turut mencemarkan rekod yang aku jaga sepanjang dua tahun untuk kenaikan pangkat aku.

dua tahun aku jaga, dimusnahkan kurang dua minggu oleh kehadiran si cemerkap.

bekas berisi parsley cincang Aiman bawa bersama bawang yang dia minta tapi tak dapat. baru nak pergi ambil sendiri. dah ada pari-pari tolong ambilkan.

tapi pari-pari untuk perempuan, kalau lelaki adakah, para-para? ah, ikan pari lebih baik kut!

"get out from my face..." Aiman menghalau. dingin suaranya buat aku ikut kecut perut sama. budak intern itu sudah berlalu. tapi, aku pula yang menikus disebelahnya.

"aku kena pergi juga ke?" mamat kekeliruan jantina ni, biar dia terpekik terlolong. kalau dia tenang macam ni, aku pula yang naik risau!

"alang-alang nak pergi, pergi ke rahmatullah terus." dia tak meradang, tapi mulutnya sejahat kaum jin. itu sudah cukup buat aku lega.

dengan bersahaja, aku kembali menyambung plating.

cukup lembut dah tu. biasanya lagi jahat mulut tu menghembus aku!

"pasta, how long?" suara CDP mengundang dengusan kami serentak. dah lama kami tak ditekan begini. memang senduk betullah!

"aku harap aku dapat taji kepala budak tu. menyusahkan orang betul! tak pasal-pasal rekod aku buruk!" lagi-lagi Aiman merengus.

HARI KEDUA, EMOSI Aiman tampak lebih stabil mengurus shahira yang rajin menambah huru hara kami di dapur. ketenangannya mengurus sikap cemerkap Shahira sedikit sebanyak mencabar keredibiliti aku.

lelaki itu kelihatan sabar meskipun berpuluh kesalahan yang gadis itu lakukan seawal lima minit selepas servis bermula.

meski begitu, panasaran aku terhadap Aiman tak mengangu kosentrasi aku dalam menyiapkan hidangan buat pelanggan tersayang. Aiman memang penyabar. itu aku tak nafikan. cuma personaliti dia je yang buat dia nampak baran.

seperti biasa, permulaan servis, memang aku yang akan duduk di area panas. begitu juga dengan Aiman.

walaupun aku tak mahu mengaku, tapi itu persamaan kami. sukar memberi kepercayaan pada orang lain untuk memeggang pan untuk sejam pertama servis.

bukan sekali, malah berkali-kali, masakan terpaksa dibuang hanya kerana tidak mengikut standart menual. tak ikut tak apa. tak sedap pula tu!

yang boleh terima tukar-tukar resepi ni, Aiman sahaja. sebab dia sendiripun memang suka derhaka resepi. aku tak boleh, dan aku tak suka orang lain buat begitu. sebab tu aku tak suka Aiman. lagi buat aku tak suka dia, sebab CDP tak pernah marah!

"dah macam IC pula You punya pinggan tu. dari jauh dah nampak cap jari. you tak lap ke?" suara Aiman kedengaran lagi. perlahan. sampai aku tak percaya tu Aiman.

aku jeling ke arah pinggan. berminyak-minyak. mujur pakai sarung tangan. tidak, mesti bersepah cap cari.

aku tengok Shahira terkulat-terkulat. dah kena tegur barulah sibuk cari tisu segala mak nenek. padahal itu basic. dekat kolej, itu benda pertama pensyarah kau bagitahu.

satu hal lagi, semasa plating, tiada keperluanpun untuk kerap memegang pinggan.

"cullinary Art tak perlu buat watermark pun. tak ada siapa nak tengok." sekali lagi Aiman menghembus.

aku tertawa kecil lalu, meletakkan pan berisi farfalle creame yang sedia dihidang.

"pergi ambil parmesan. cepat sikit." sekali lagi aku melirik pada bahan garnish dihadapan Aiman. mengintai pada bahan yang sudah susut untuk Shahira bawakan kepadanya.

"ni farfelle ke bubur asyura?" suara Aiman kembali bergema serentak dengan bunyi tumisan pada pan yang sudah kosong.

berdesing telinga aku dengar.

dia nak cakap farfelle aku overcook lah tu. ewah!

"are you serious, boy? belum pernah ada yang complaint lagi farlelle aku. kau jelous ke aku punya farfelle lebih jelita dari yang kau masak?" suara aku lontar sinis. "sekurang-kurangnya, pasta aku ikut sop. dari kau kerja derhaka resepi je. empat tahun derhaka, duduk takuk tu juga. tak naik pangkat pun." sambungku mengejek. seperti mana aku, dia juga gemar membakar kegilaan aku.

tawa mengejeknya turut kedengaran. "macam tepuk minyak dalam pan, melecur muka sendiri. kau ikut sop pun, tak ada siapa offer nak naikkan pangkat. esok datang kerja, jadi kuli lagi. pakai uniform sama. kepala still kosong. apa beza kau dengan aku?" aku nak balas, tapi Shahira dah sampai. jadi, terpaksa aku telan walaupun kepala aku terasa hampir pecah.

satu persatu pesanan yang sudah siap masak, aku letak atas station Aiman.

"kau plating ikhlas sikit tak boleh ke? dah macam alas kaki rumah sepuluh tahun tak tukar. tak ada seni langsung!" cantik aje, tetapi semua yang berkaitan dengan Aiman aku memang tak suka. tepatnya, memang aku sendiri yang cari gaduh, dek rasa tak puas hati aku tadi.

"alas kaki rumah aku, walaupun dah sepuluh tahun masih cantik. alas kaki rumah kau ke yang buruk tu? kau cuci pakai lumpur ke?" entahlah, dia ni, nampak muka sipi-sipi pun dah menyakitkan hati aku. apatah lagi kalau dengar dia gelak keji macam ni.

rasa macam nak celup kepala dia dalam roux!

dari aku beradu tenaga melawan cakap dengan dia, baik aku diam dahulu. aku kena fokus, supaya emosi aku tak ganggu masakan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience