BAB 2

Romantic Comedy Series 8341

"WHAT'S YOUR NAME?" soalan Aiman menarik perhatian aku yang sedang menguli doh pasta untuk kegunaan esok hari.

diruang makan sudah lama sepi. restoran sudah setengah jam ditutup. namun didapur, masih hidup. menyelesaikan tugas akhir.

inilah dark side servis food and beverage.

restoran tutup pukul 10, bukan pukul 10 kami terus balik. ada perkara yang kami boleh sediakan esok pagi. tapi ada beberapa perkara, seperti bahan yang perlu diperap kami perlu siapkan sebelum balik.

aku melirik wajah Aiman yang sedang berdiri bersilang kaki, sambil tangan menyeluk saku. wajah bengisnya tertangkap oleh retina mataku.

"Shahira." dari sisi, aku sekadar memasang telinga mahu mendengar perbualan mereka.

"shahira..." suaranya perlahan, tetapi hampir empat tahun aku hadap dia, jadi aku tahu... gunung berapi yang sedang aktif dalam tubuhnya sedang memberi salan perkenalan.

"macam nilah. I tak tahu apa yang you buat sepanjang belajar. I cubalah bersangka baik. maybe you shock tengok kesibukan sebenar sampai otak you shut down atau something else. tapi ni dah dua minggu. sepatutnya, you dah belajar macam mana nak kawal blur you. kita kerja teamwork. kalau You slow, semua akan jadi slow. fnb servis, tak ada seorang yang tak penting. sekecil-kecil perananpun, peranan You tetap penting. kitchen industry bukan macam dapur rumah You. walaupun You praktikal sekadar nak habiskan belajar semata, please do better. with the careless attitude you're bringing in, you're not just damaging your own record. You're afffacting the record of everyone who's guiding You. tak nak buat terbaik untuk diri sendiri, is non of my business. tapi untuk tak cuba buat terbaik adalah masalah besar untuk I. esok, tolong productive sikit. Chef Majid tu, nampak je gelak-gelak. tapi yang perform pun dia boleh bantai bagi fail. inikan pula yang langsung tak perform. hati-hati sikit. dah, pergilah Balik."

aku garu kepala. sembang apa entah panjang sangat. aku yang cekap ni pun tak boleh hadam.

"lukis jelah, Man. cakap panjang-panjang dah tengah malam ni. siapa nak dengar?" omel aku perlahan cukup sekadar untuk pedengarannya saat berpapasan dihadapannya. Shahira juga sudah berlalu.

aku nak pergi simpan doh kat chiller. bukan saja-saja nak lalu depan dia!

"hoi!"

hujung tudung aku kena tarik hingga membuat tubuh aku ikut terdorong ke belakang. mujur tak tercampak doh aku. mujur juga tubuhku tak terlentang ke lantai. mujur juga lagi, tudung aku tak terkeluar dari kepala. dasar!

bergema suara aku membuat satu dapur freeze. tapi dengan santainya, macam orang tiada dosa.. dia berlalu pergi buat kerja dia.

eh, mujur ek?

mujur aku tengah pegang modal syarikat. kalau aku pegang dulang kosong, memang terbang dah atas kepala dia.

dasar plankton!

"GOOD MORNING, CHEF..." sapaan Chef Majid mengundang perhatian kami yang sedang bersedia untuk servis yang bakal bermula sepuluh minit lagi.

"good morning, chef..." hampir serentak kami menyambut sapaannya. ketua segala ketua didalam dapur kami. gemar sungguh memanggil kami Chef walhal antara kami tiad siapa lagi yang layak memikul pangkat tersebut.

katanya, itu kata-kata semangat supaya kami terus berjalan walaupun sesulit apa pancaroba kehidupan industri kami.

kami kembali menyambung tugas sebaik sosok lelaki Awal 50-an itu hilang dari pandangan. lima minit kemudian Chef majid keluar semula.

manis senyuman ketua Chef ketua itu, menghiasi ritena kami.

"harini CDP ada emergency. Nada, harini You lead. apa-apa masalah, boleh direct dengan Nada dulu." satu arahan, cukup buat senyuman aku lebar hingga ke telinga.

Acting CDP.

mata melirik spontan ke wajah dingin Aiman yang berdiri tidak jauh dari aku. restface dia memang macam tu. bukan dengan aku je dia gemar tayang muka bitchy.

mungkin perasan akan pandangan aku, dengan hasadnya, dia balas renungan manja itu dengan riak sebal.

dengki!

tudung sudah terletak elok, aku betulkan dengan tangan. sengaja tayang kebanggaan dihadapan Aiman. tawa yang hampir meletus dengan riak Aiman, aku tahan sebaik mungkin.

entahlah, CDP bukan satu pangkat yang perlu aku banggakanpun sepatutnya. tapi itulah...

aku auto flex bila ada Aiman. dan aku tak rasa bersalah langsung sebab...

dia pun sama je!

"belagak lebih-lebihpun gaji sama je." kutuknya perlahan dan berlalu pergi. aku tak terasa malah, aku tertawa.

tanda ada orang jealous.

"servis start 10 minit lagi." bergema suara aku mengingatkan mereka yang duduk dibawah pantauanku sebaik head chef berlalu pergi.

"protien dah double check?" soalku pada Musa yang sedang membuat mengendalian haiwan import.

"dah..." jawabnya sepatah lalu aku mengangguk. bukan percaya bulat-bulat pada jawapannya. namun aku percaya melalui analisi jawapan dan pemerhatian aku.

selesai di bahagian commis, aku bergerak mendapatkan 'demi-chef de partie' aku.

berdiri menghadap sisi Aiman, sambil berpeluk tubuh. wajah Aiman yang sedang menyisip sos krim, aku pandang dengan hujung bibir tertarik satu senyuman manis.

tanpa sepatah kata, dia mencapai sebatang sudu. mencelup sudu ke dalam sos, sudu tadi dihulur pada aku. lambat-lambat aku sambut. saat mencicip sos tersebut, kening aku terjungkit satu tanpa bicara aku berikan padanya.

masih tanpa sepatah bicara, aku mencapai sudu lain, lalu mencicip pula sos tomato yang baru siap direneh. setiap sos, ada base dia... memandangkan Aiman yang pegang pasta station, jadi dia yang bertanggungjawab.

"cream sauce kau dengan tomato paste kau tawar, reduce lagi." komen aku dingin. ikutkan dah okay, tapi aku harap kelainan pada mangkuk yang suka derhaka resepi ini. entahlah!

aku nampak Aiman ketap bibir. geram barangkali. tapi peduli apa aku. lidah aku, dapur aku. dia kena ikut cakap aku.

"seriously tawar? kau kena covid ke?" dia tak puas hati dengan komen aku. bahu aku jungkit sinis.

"tak boleh terima?" sama ada dia tergeleng atau dia menggeleng, aku tak tahu. yang aku nampak dia menggeleng.

"no power, means you have no say. reduce!" gigi aku ketap rapat. mahu dia ikut cakap aku tanpa sebarang bantahan.

tidak akur pada arahanku, sebaliknya dia mencapai dua biji mangkuk kecil. satu sudu setiap sosnya dia tuang ke dalam mangkuk tersebut lalu di bawa menuju ke bilik Head Chef.

aku mendengus geram lalu dengan langkah sigap aku menyusul rapat dibelakangnya. aku mahu dengar juga apa komen Chef Majid terhadap sosnya. punyalah dia tak percaya pada aku. dia ingat setiap masa aku nak pedajal dia ke?

kami masuk sebaik diberi izin.

"minta tolong Chef rasa. acting CDP harini selsema. hilang deria rasa." mencanak-canak darah aku naik. selamba badak dia aje!

Chef Majid sekadar tertawa. "ada ada aje you all ni. CDP tak ada deria rasalah, apalah. DP tak boleh rasa ke?"

omelnya sambil mencicip dua sos tersebut lalu terangguk-angguk. tak tahu apa dia angguk. dengan Chef majid ni, tak boleh gembira awal. nampak dia seronok dan enjoy mencicip setiap masakan. walhal, sebentar lagi berdesing telinga kena bambu.

suara slow, muka senyum. tapi yang keluar dari mulut, boleh buat depression!
"cream sauce was perfect, but the tomato paste agak flat. siapa buat?"

"cream sos I buat, tomato paste Musa buat." aku menoleh. Musa, commis 1. tak pelik kalau dia buat. yang peliknya, percaya juga dia pada orang. lagi-lagi Chef majid mengangguk.

"bandingkan dengan last time, this time a bit better. cuma... tomato yang sampai kali ni masam kan?" serentak kami mengangguk.

"so... You know what to do. then, buat apa yang kau orang boleh buat. tapi... don't touch the cream sauce." Aiman mengangguk.

"baik Chef. Thank you Chef..." ucap kami hampir serentak sebelum berlalu pergi.

"aku dah cakap, kau tak percaya." suara aku buat Aiman yang berjalan dihadapan aku behenti serta merta. mujur aku jaga jarak semeter. tidak, patah juga batang hidung aku terhentak ke tubuhnya.

"selain post-covid, kau pun ada symptom amnesia nampaknya. alang-alang dah jadi 'Acting CDP' bawa-bawa muhasabah diri. rewind balik apa benda kau cakap dekat aku tadi. cream sos tawar? boleh pergi buat saliva test kut."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience