BAB 3

Romantic Comedy Series 8341

SEJAK DITEGUR AIMAN tempoh hari. banyak juga perubahan pada Shahira yang aku nampak. dari seorang gadis yang serba-serbi tak kena, berubah menjadi yang paling bagus. sistem tubuhnya bergerak sendiri tanpa perlu ulang arahan berpuluh kali, tanpa dikerah beratus kali.

sebab tu aku suka kalau Aiman dah mula naik sheikh. dia kalau dah buka pentas motivasi, auto semua orang tunduk. baik lelaki, apatah lagi wanita... semua seperti mampu menghadam walau bicaranya sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.

pedulilah jika ada yang kata, Shahira gatal.

ditegur lelaki kacak baru mahu berubah.

tak apa. yang penting dia berubah. dari ada segelintir manusia tu, sudah ditegur tuhan juga masih belum sedar diri.

sekejap?

lelaki kacak?

tak, tak...

aku tak memaksudkan dia kacak, namun... setiap lelaki ada kekacakan sendiri. ada yang kacak dimata setiap para wanita. malah, ada yang kacak di mata emaknya sahaja.

contohnya, Aiman. dia hanya kacak di mata intern saja.

walhal ramai lagi kacak dari dia. di dapur ini, 97 peratus kru terdiri dari lelaki. masih ramai yang berupa. lebih-lebih lagi lelaki yang sedang makan fine dinning diruang makan. lebih jauh kacaknya. kaya pula tu!

setakat muka si Aiman tu, memang boleh jual. tapi pendapatan sama banyak je dengan aku, mungkin kurang sikit, atau aku lebih sikit. jadi, tak sibuklah aku nak masuk queue waiting list dia.

sibuk menyusun hidangan satu persatu, tiba-tiba suara lengkingan yang datang dari ruang makan menarik perhatian kami.

sambil tangan sibuk menyiapkan pesanan, kepala masing-masing menoleh ke arah pintu separa kaca, mahu ikut tahu apa berlaku. aku juga tak terkecuali.

namun tiada penampakkan. hanya suara yang sampai pada kami, itu juga dalam butir yang tak pasti. sedikit sebanyak, timbul juga rasa cuak aku.

"kenapa tu?" soalku spontan. seketika, pandangan aku bertemu dengan Aiman yang sedang mengurus protein.

"biar je. dorang boleh settle tu." jawapannya mungkin sekadar menjawab rasa ingin tahu aku yang mungkin juga dianggap menyibuk olehnya.

namun penerimaan bagi hati aku, jawapan singkat dengan riak dinginnya seolah penenang jiwa yang mula gundah.

aku belagak. aku cakap besar. aku gila kuasa. tapi...

jujur dari hati, aku takut untuk menghadap masalah. apalagi masalah berkaitan kemarahan manusia. jauh di sudut hati yang paling dalam, hati aku sudah menghantar signal pada otak supaya aku segera melarikan diri.

namun, otak yang sama juga menghantar signal pada tubuh supaya tetap teguh. bertahan, tempuh dan hadap.

aku kembali menyambung kerja. jika tadi mulut aku menghantar arahan sama laju dengan tangan yang menyusun hidangan. kini, aku membisu. hanya tangan yang bergerak perlahan dengan detak jantung yang mula tak beraturan.

"Nada, table D34, complaint. carbonara tak authentic. dia nak jumpa." rahang aku sempat jatuh sekejap. wajah Chef Majid, aku pandang minta kepastian.

"Aiman, sini." Chef majid panggil Aiman.

"kau orang sibuk berebut CDP kan? pergi handle customer tu." aku makin menganga.

Aiman?

"baik Chef." segampang itu dia terima. nak tercabar, tapi takut aku untuk hadap pelanggan melebihi segala rasa yang ada.

masalahnyakan...

authentic yang macam mana dia nak? authentic ni banyak maksud. nak yang original macam dekat itali ke?

kalau nak original itali, pergi itali lah.

lagipun ini malaysia maaaa!

restoran halal pula. mana boleh dapat yang sebiji original. halah, nangislah macam ni!

"THIS IS NOT an authentic carbonara!" bergema suara itu ke serata restoran membuat beberapa pasang mata menoleh ke arah kami. sebab Aiman yang duduk depan, jadi Aiman mengangguk. aku jadi tikus dekat belakang dia.

takut!

"Yes… this is not an authentic carbonara. We’ve adjusted the recipe to suit the preferences of most non-Italian diners." jawab Aiman, tersenyum manis. manisnya macam buah kiwi. yang kenal, tahu kelatnya.

mana tak pahit. dengan muka kekwat, si pelanggan wanita tersebut siap tolak pinggan konon jijik tak mahu makan carbonara kacuk.

aku yang pengecut ni pun rasa nak celupkan saja kepala wanita itu ke dalam pinggan spegeti. apa lagi Aiman yang tak handsome ni. mesti dia rasa nak hantar wanita itu terus ke bulan.

"I would like to taste the authentic version. I want the original one. I hate cream based carbonara!" buntang-butang mata pelanggan itu. mahu kami tahu, dia benar-benar tidak sukannya.

wohooo. I hate eh? dia dah habis fikir ke belum masa bercakap ni?

pinggan yang sudah menjauh, di tolak lagi. hujung mata aku kerling Aiman. masih dengan senyuman. walaupun Aiman yang tengah hadap, tapi terbakarnya rasa sampai belakang. aku pula rasa baran.

"we apologize for the inconvenience. we will remake your dish immediately. Within ten minutes, we will personally bring it to your table." Aiman kekal profesional. walhal aku tahu, sekejap lagi dia meletup.

"aku buat. kau pegilah station kau balik. thank you..." arah aku sebaik kami masuk ke dapur semula.

bahagian Aiman dah selesai. kini bahagian aku pula. jiwa pengecut aku dah runtuh perlahan-perlahan.

original carbonara? fire!

dua biji telur aku pecahkan di bekas berasingan. aku campurkan satu biji telur kuning. di salah satu bekas. aku turut membuang 'tali pusat' sebelum aku campakkan 50 gram pecorino romano parut. sedikit garam juga sedikit lada hitam aku campak sekali sebelum aku sebatikan semua bahan yang aku campur tadi.

sebiji pan aku capai. memandangkan tiada guanciale atau pancetta, maka hirisan daging ayam bacon menjadi pengganti. akan ada jurang perbezaan rasa memandangkan tiada daging yang dapat melawan rasa umami daging babi. namun masih tidak menjadi masalah.

beberapa hirisan bacon ayam aku goreng sedikit diatas pan. setelah garing, aku keluarkan dan ke tepikan di bekas lain sebentar. 200 gram spegeti yang sudah lembut aku masukkan ke dalam pan panas.

menutup api, pan tadi aku angkat lalu aku curahkan 'sos' kedalam pan. kemahiran aku akan diuji ketika ini. pan panas sangat atau buat kerja beralun sangat... bancuhan tadi boleh jadi scramble egg.

tapi... jika tangan aku sepantas tangan bayi, maka spegeti aku akan diadun sebati dengan sempurna.

sebatang sudu bersih aku capai, lalu ku celup separuh sebelum dibawa kepada Aiman.

"tolong rasa." pintaku sambil tayang muka jerry minta simpati. dengan tawa besar, laju Aiman menggeleng. aku ikut tertawa sebab aku faham apa yang bermain difikirannya.

"tolonglah..."

"tak nak. dah banyak dah aku tolong kau." mengungkit. yang ini, kalau tak mengungkit agak boleh demam keesokkannya harinya.

"takkan aku masak, aku juga kena QC. tak ikut soplah macam tu."

"kau betul-betul buat teknik ori carbonara ke?" Aku mengangguk polos. lagi kuat tawa Aiman. lagi laju dia menggeleng.

"yelah... kang tak buat yang original, elok-elok dia hate kan cream carbonara je. japgi, dia hate kan muka aku pula."

"kau pergi minta chef je lah QC. aku cannot."

"eii.. telur mentah je pun. bukan suruh makan sampah."

"eh, kalau jepun, kau rasalah sendiri. apa kejadah nak suruh aku rasa? kau nak naik pangkatkan? takkan masakan sendiripun tak confident lagi."

"eh, kau ni tak faham bahasa ke?" lengannya aku hempuk dengan papan pemotong. "aku suruh rasa untuk QC ngok. QC! mana boleh fire tanpa QC." ada aku seligi juga mamat ni.

"engkau tu yang bongok. kau ingat QC boleh main tembak ikut sedap tekak kau ke nak suruh siapa? bilik Chef tak jauhpun. ada depan tu je. ke nak aku dukung?"

dengan renungan jijik memandang dia atas bawah, herot berot mulut aku mahu meludah makian. mujur depan makanan!

malas mahu terus berdebat, aku membawa langkah menuju ke bilik Chef majid. kurang dua minit, hidangan aku mendapat kelulusan.

dari masak sehingga plating semua aku buat sendiri. tiada siapapun aku beri sentuh. meskipun sekadar meletakkan sudu ditepi dulangnya.

yang dijanjikan oleh Aiman, kurang sepuluh minit. tetapi aku terlajak dua minit untuk aku kembali mendapatkan wanita tersebut bersama sepinggan authentic carbonara.

dua minit aje, tak apa kan?

lagipun, salah Aimanlah. kalau dia mudahkan urusan aku tadi, mesti aku tak lajak masa.

tak dapat hidang sebiji seperti original kerana pemilik restoran aku orang islam. guanciale dan seangkatan dengannya takkan pernah dapat masuk dalam dapur kami. tetapi teknik pembuatannya tiada satupun yang aku derhaka.

"Here is an authentic carbonara, freshly prepared for you. While we are unable to replicate the original exactly due to the unavailability of pancetta or guanciale, we have substituted bacon chicken to achieve a flavor as close as possible. Please enjoy your meal." lantaklah kalau orang kata aku speaking google pun. sebab memang aku google dulu. aku yang lidah lumur belacan ni nak speaking time otak tengah shut down. memang kirim salam!

tak ada satu perkataan pun yang lalu.

masih berdiri di sisi meja, aku menunggu tetamu tersebut menyuap spegeti.

satu suap, aku nampak muka wanita tadi dah jem. sambil terkulat-kulat mengunyah, aku juga nampak dia termenung. mungkin sedang merindui kenangan di itali. siapa tahu?

dengan senyum aku menunduk meminta diri. saat kaki hampir ke dapur, makin tajam senyuman mengejek aku. nak sangka baik, tapi tak boleh.

seperti mana wajah marahnya terlakar jelas saat dia berbicara dengan Aiman, begitu juga riak bahawa rasa authentic carbonara itu tak kena pada tekaknya terlakar jelas pada mata aku.

hah tulah, minta lagi bukan-bukan!

memanglah orang malaysia ni lidah serba boleh. tapi bukan semua malaysia macam tu. dah tahu tekak kau tak ada kacuk, makan ajelah carbonara kacuk tu. jangan gatal-gatal minta authentic.

haii semorang?? berjumpa lagi kita. untuk kelahiran kali ini, jutaan terima kasih buat semua yang menunggu. terharulah kita auchh? terimalah karya yang mungkin tak berapa gempak konfliknya, tp percayalah... cukup memeningkan kepala para pembaca dengan peel dua ketul ni. maklumlah, asbab tekanan kerja berlebihan... masing2 jadi kurang empuk.. jemputlah baca. terima kasih.. semoga terhibur dan selamat berhibur??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience