PPT BAB 3 : (KEHILANGAN SEKALI LAGI)

Romance Series 2780

MALAM itu, selepas Sofyia akhirnya menceritakan segala-galanya kepada Gabriel, dia mengambil keputusan. Sudah terlalu banyak kehidupan mereka dihancurkan oleh masa lalu, dan kali ini dia tidak akan membiarkan Sofyia menanggung beban seorang diri.

Dengan alamat yang Sofyia berikan, Gabriel memandu ke sebuah bangunan usang di pinggir bandar—tempat Adrian beroperasi. Lampu neon berkelip-kelip di papan tanda yang hampir runtuh, memancarkan suasana kelam yang tidak asing bagi Gabriel. Dia pernah berada di dunia ini, dan kini dia kembali—tetapi kali ini, bukan untuk dirinya.

Dia mengetuk pintu besi besar itu, dan seorang lelaki bertubuh sasa membukanya.


"Apa kau nak?" tanya lelaki itu dengan nada sinis.

"Beritahu Adrian, Gabriel ada di sini," katanya tanpa ragu.

Dalam beberapa minit, Gabriel diiring masuk ke sebuah bilik besar di belakang. Di situ, Adrian sedang duduk di sofa kulit hitam, tersenyum sinis sambil memegang segelas wain merah.

"Ah, Gabriel Nuveera. Nama yang pernah aku dengar tapi tak pernah sangka kau akan muncul di sini."

Gabriel berdiri tegak, pandangannya tajam.

"Aku di sini untuk Sofyia. Apa yang kau nak daripadanya, kau selesaikan dengan aku."

Adrian ketawa kecil, nada suaranya penuh ejekan.

"Sofyia, ya? Perempuan itu berhutang banyak dengan aku. Dia fikir dia boleh lari begitu saja? Dunia ini tak berfungsi seperti itu, Gabriel. Kau sepatutnya tahu."

Gabriel melangkah ke hadapan, berdiri hanya beberapa inci dari Adrian.

"Dia dah keluar dari dunia ini. Kalau kau ada masalah dengan itu, kau hadap aku."

Adrian meneguk wainnya dengan santai, tetapi matanya tidak mengalihkan pandangan dari Gabriel.

"Dan apa yang kau boleh buat? Kau fikir kau boleh lawan aku? Kau hanyalah seorang lelaki yang pernah hanyut dalam dosa, sama seperti Sofyia."

Gabriel mengepalkan penumbuknya, menahan diri daripada bertindak melulu.

"Aku mungkin pernah hanyut, tapi aku dah bangkit. Kalau kau fikir kau boleh gunakan masa lalu untuk menakutkan Sofyia, kau silap besar."

Adrian tersenyum, tetapi kini ada kilauan ancaman di matanya.

"Kau sangat berani, Gabriel. Tapi ingat, aku tak hanya bermain dengan ancaman kosong. Aku ada cara untuk buat hidup kau dan Sofyia lebih sengsara daripada sekarang."

***

Pertemuan itu berakhir tanpa pertumpahan darah, tetapi Gabriel tahu itu hanya permulaan. Adrian tidak akan menyerah begitu sahaja. Keesokan harinya, Gabriel menerima mesej ancaman—gambar Lisa dan Mia di luar universiti mereka. Adrian tahu segala-galanya tentang dia.

Gabriel merasakan kemarahan yang mendidih di dalam dirinya. Kali ini, Adrian telah melangkah terlalu jauh. Dia tahu dia perlu bertindak sebelum sesuatu yang buruk berlaku.

Dia bertemu Sofyia di taman, memberitahu tentang ancaman itu. Sofyia kelihatan ketakutan, tetapi ada kekuatan baru dalam matanya.

"Gabriel, aku tak boleh biarkan kau berjuang seorang diri. Ini tentang masa lalu aku. Aku yang sepatutnya menyelesaikannya."

Gabriel menggeleng. "Kau takkan buat ini seorang diri. Aku akan pastikan kita keluar dari semua ini, bersama-sama."

***

Dengan bantuan Sofyia, Gabriel menyusun rancangan. Dia menghubungi seorang kenalan lama dari dunia kelamnya—seorang bekas gigolo bernama Karl yang pernah berhutang budi kepadanya. Karl kini bekerja sebagai seorang perisik polis, dan dia tahu selok-belok operasi Adrian.


"Kau pasti nak buat ini, Gabe?" tanya Karl. "Kalau kau tersilap langkah, kau mungkin takkan keluar hidup-hidup."

Gabriel mengangguk. "Aku tak ada pilihan. Ini bukan tentang aku lagi."

Gabriel dan Sofyia menyelinap masuk ke gudang tempat Adrian menjalankan perniagaan haramnya. Dengan maklumat dari Karl, mereka tahu di mana Adrian menyimpan dokumen-dokumen penting yang boleh digunakan untuk menghancurkan reputasinya.

Namun, sebelum mereka sempat keluar, Adrian dan anak buahnya mengepung mereka. Adrian berdiri di hadapan, wajahnya gelap dengan kemarahan.

"Kau fikir kau boleh masuk ke wilayah aku dan keluar begitu saja?"

Gabriel melangkah ke hadapan, melindungi Sofyia di belakangnya.

"Permainan kau dah tamat, Adrian. Aku takkan biarkan kau terus menyiksa orang lain."

Adrian mengeluarkan pistol, mengacukannya ke arah Gabriel.

"Kau terlalu banyak bercakap, Gabriel. Mungkin ini masanya untuk aku menghapuskan kau, sekali dan untuk selamanya."

Sebelum Adrian sempat menarik picu, Karl muncul bersama sepasukan polis yang telah diberitahu tentang operasi haram Adrian. Tembakan dilepaskan, dan kekacauan berlaku. Gabriel melindungi Sofyia, sementara Adrian cuba melarikan diri.

Akhirnya, Adrian ditangkap, dan operasinya dibongkar sepenuhnya.

***

Selepas semuanya berakhir, Gabriel dan Sofyia berdiri di tepi pantai, angin laut meniup lembut rambut mereka. Untuk pertama kalinya dalam masa yang lama, mereka merasakan beban di bahu mereka mulai hilang.

"Terima kasih, Gabriel," kata Sofyia perlahan. "Kau selamatkan aku, lebih dari sekali."

Gabriel tersenyum, memandang mata Sofyia yang kini penuh dengan harapan.

"Kita selamatkan satu sama lain, Sofyia. Ini bukan tentang siapa yang menyelamatkan siapa. Ini tentang kita berdua belajar untuk hidup semula."

Dan dengan itu, mereka melangkah ke hadapan, meninggalkan kegelapan yang pernah membelenggu mereka, menuju masa depan yang mungkin tidak sempurna, tetapi penuh dengan kemungkinan baru.

***

Hujan turun lebat malam itu, mencurah seakan alam bersuara tentang sesuatu yang akan pergi. Gabriel berdiri di tepi jalan, payung hitam di tangannya gagal melindunginya sepenuhnya daripada dingin air hujan. Tetapi malam itu, dingin yang mencengkamnya bukan dari hujan. Ia datang dari pandangan matanya yang terpaku kepada tubuh Sofyia Carmen, terkulai di tengah jalan raya basah, dikelilingi takungan merah yang menampakkan kontras menyakitkan di atas permukaan hitam kelabu.

“No... no, no, no!” jerit Gabriel. Suaranya parau, melawan suara hon kereta dan rintik hujan yang menggila. Dia meluru ke arah Sofyia, lututnya menghentam jalan tanpa peduli rasa sakit.

“Sofyia... please, look at me. Stay with me!” rayu Gabriel dengan suara yang meluruh.

Tangannya yang bergetar mengangkat wajah gadis kesayangan itu, menyingkap helaian rambut basah yang melekat di pipinya. Mata Sofyia separuh terbuka, nafasnya tersekat-sekat. Darah mengalir dari sudut bibirnya, menyatu dengan hujan yang membasahi wajahnya.

Sebuah kereta mewah berwarna putih meluncur pergi dengan laju, meninggalkan suara geseran tayar di udara. Gabriel sempat memandangnya, tetapi plat nombor kereta itu kabur di sebalik tirai hujan. Wajahnya memutih, bukan kerana dingin, tetapi kerana ketakutan yang membanjiri setiap urat nadinya. Jenis kereta itu—jenama itu—akan melekat dalam ingatannya, menjadi mimpi buruk setiap kali dia cuba tidur selepas malam ini.

“Gabriel...” suara Sofyia kedengaran, lemah tetapi cukup untuk menusuk hatinya yang sudah rapuh.

“I’m here. I’m here, Sofyia,” bisiknya, matanya dipenuhi air mata yang bercampur dengan titisan hujan.

“Don’t crying, let me go... Please... promise me,” katanya sebelum nafas terakhirnya berhenti, seperti lilin yang dipadamkan oleh angin.

Senyap. Dunia terasa berhenti. Hujan, bunyi hon, bahkan degupan jantung Gabriel sendiri seolah-olah membeku. Dia memeluk tubuh Sofyia yang semakin dingin, bibirnya bergetar memanggil nama wanita itu berulang kali, seolah-olah panggilan itu mampu mengembalikannya ke dunia ini.

Gabriel mengangkat wajahnya ke langit. Mata yang basah dengan air mata kini dipenuhi dendam. Jenama kereta itu, warna putih bersihnya, semuanya terpahat dalam fikirannya. Hatinya pecah berkeping-keping, tetapi di dalam serpihan itu, lahir sesuatu yang baru—sebuah trauma yang akan menghantuinya setiap kali dia melihat kereta mewah serupa itu yang akan melintasi jalan raya.

“I will find them,” gumamnya, suara itu perlahan tetapi penuh kepastian.

Dan pada malam itu, di tengah hujan yang menyembunyikan darah Sofyia di atas jalan raya, lahir seorang Gabriel yang baru—seorang lelaki yang membawa luka yang tidak akan pernah sembuh, dan dendam yang hanya menunggu masa untuk dilepaskan.

***

Malam selepas pemergian Sofyia Carmen, Gabriel duduk di tepi katil kecilnya di sebuah bilik hotel murah. Bau tembakau, alkohol basi, dan peluh menjadi sebahagian daripada atmosferanya. Dia memandang kosong ke dinding, botol vodka separuh kosong di tangannya bergetar setiap kali nafas beratnya dilepaskan.

Fikirannya kembali ke saat-saat Sofyia di tangannya—mata sayunya, darah di bibirnya, dan suara terakhirnya yang lemah. Kata-kata terakhir itu berulang seperti gema di dalam kepalanya, menghantui setiap sudut kewarasannya.


"Promise me..."

Gabriel melempar botol itu ke dinding. Dentuman kaca yang pecah mengisi ruang sunyi bilik, tetapi ia tidak cukup untuk membungkam bunyi di dalam jiwanya. Dia menekup wajahnya dengan kedua-dua tangan, menggigit bibir sehingga rasa besi dari darah memenuhi lidahnya.

“I’m nothing without her. Nothing,” bisiknya kepada dirinya sendiri. Tetapi dunia tidak peduli. Malah, dunia kelihatannya sedang mentertawakannya—seorang lelaki yang sudah terlalu patah, terlalu hilang.

Dalam bulan-bulan selepas pemergian Sofyia, Gabriel tenggelam sepenuhnya ke dalam dunia gelap yang sebelum ini dia hanya tempuh dengan separuh hati. Kerja-kerja sebagai gigolo bukan lagi sekadar peranan; ia menjadi pelarian. Di setiap sentuhan kulit yang tidak dikenalnya, di setiap senyuman palsu yang dipakainya, dia cuba menumpaskan rasa sakit yang membara dalam dirinya.

Namun, tidak ada pelukan atau belaian yang dapat memadamkan bayang-bayang Sofyia dari hatinya. Tidak ada pelanggan wanita yang dapat menyentuh jiwanya yang kini kosong, namun dia terus berpura-pura, semakin mahir menyembunyikan retakan dalam dirinya.

Satu malam, selepas bersama seorang wanita kaya yang mabuk cinta sementara, Gabriel termenung sendirian di sebuah bar. Matanya terpaku pada pantulan wajahnya di cermin belakang kaunter. Dia hampir tidak mengenali dirinya sendiri—mata yang kosong, bibir yang tersenyum sinis, dan wajah yang kehilangan sinar kehidupan.

"You look like a man who’s running away," tegur seorang lelaki tua di sebelahnya, yang asyik dengan wiski di tangannya.

Gabriel menoleh perlahan, wajahnya tidak menunjukkan emosi.

"Running away?" tanyanya, suara penuh sinis. "What else is there to run to?"

Lelaki itu mengangkat bahunya. "I don’t know. But the way you’re drowning yourself in this… It won’t bring back what you’ve lost."

Gabriel ketawa kecil, tetapi tawanya penuh dengan kebencian terhadap dirinya sendiri.

"What do you know about loss?"

Lelaki tua itu tidak menjawab. Sebaliknya, dia hanya mengangkat gelasnya seolah-olah meraikan sesuatu, sebelum berlalu pergi.

Kata-kata itu tidak segera memberi makna kepada Gabriel, tetapi ia tetap melekat. Malam itu, dia pulang ke apartmen kecilnya dengan kepala penuh suara-suara yang bertempur di dalamnya. Setiap langkahnya terasa berat, seperti dirinya sedang menyeret bangkai jiwanya sendiri.

Dalam dunia gigolonya, Gabriel semakin liar. Tiada batasan yang mampu menghentikannya kini. Dia menerima sesi dengan pelanggan yang semakin pelik dan semakin gelap, menguji sempadan dirinya sendiri. Ada pelanggan yang mahukan kekerasan, ada yang mahukan ketaatan mutlak, dan Gabriel memenuhi semua itu tanpa ragu. Setiap malam, dia membenarkan dirinya diambil—tidak hanya tubuhnya, tetapi juga serpihan kecil harga dirinya yang masih bersisa.

Tetapi di dalam semua itu, trauma Sofyia tidak pernah pergi. Kereta putih itu muncul di mimpinya setiap malam, tayarnya yang meluncur dengan kejam melanggar kehidupan Sofyia dan mengambilnya dari Gabriel. Setiap kali dia terlihat kereta sejenis di jalan, tubuhnya mengejang, tangannya berpeluh, dan tekaknya terasa mual. Dia sering terhenti di tengah jalan, teringat semula malam itu, mendengar semula suara Sofyia memanggil namanya dalam kepalanya yang penuh suara-suara lain.

“You’re broken, Gabriel,” seorang pelanggan wanita pernah berkata padanya, senyumannya penuh simpati sambil membelai wajahnya selepas malam penuh dosa.

“We’re all broken, aren’t we?” jawab Gabriel, tetapi suaranya kosong.

Dan begitulah kehidupannya, hari demi hari, malam demi malam, hanyut dalam lautan dosa yang dia tahu tidak akan pernah membebaskannya. Tetapi dia tidak peduli lagi. Kerana untuk Gabriel, dunia gigolo itu bukan lagi kerja; ia adalah satu-satunya tempat di mana dia boleh melupakan—walaupun hanya untuk sesaat—bahawa hidupnya sudah lama tidak bermakna.

Namun jauh di sudut hati kecilnya, dia tahu: dia tidak melupakan. Dia hanya menunggu malam di mana semuanya akan runtuh sepenuhnya.

Alahai...baru nak bahagia, kesiannya Gabriel..jemput ya gaiss..masih free sebelum dikunci..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience