PPT BAB 1: (SOFIA!)

Romance Series 2780

MALAM itu, Gabriel terduduk di sudut bilik, memandang kosong ke arah gambar kecil yang terletak di tangannya. Gambar itu sudah lusuh, hujungnya berlipat, tetapi wajah Sofia masih jelas terpancar di sana. Senyum manis adiknya yang dulu menjadi cahaya dalam hidupnya kini hanya tinggal kenangan.

Dia memejamkan mata, tetapi setiap kali kelopak matanya tertutup, bayangan Sofia muncul, dan suara tawa riangnya menggema dalam fikirannya. Hatinya seperti disayat sembilu.

"Kenapa... kenapa aku tak ada untuk kau, Sof?" bisiknya dalam gelap, suaranya serak seperti batu menggesek kaca.

Sejak pemergian Sofia, rumah yang dulu penuh dengan gelak tawa kini sunyi seperti kuburan.Yang tinggal hanya kesunyian dan kekosongan yang menyesakkan.

Dia bangkit, berjalan terhuyung-hayang ke arah meja di ruang tamu. Botol-botol kosong bertaburan di atas meja. Dia mencapai satu botol, tetapi tangannya terhenti di tengah jalan. Tangannya menggeletar. Dia menghempaskan botol itu ke dinding, menghancurkannya menjadi serpihan kecil.


"Apa gunanya semua ini?!" jeritnya, suaranya bergema dalam kesepian.

Gabriel memukul dadanya dengan tangan, seolah-olah ingin mengeluarkan rasa bersalah yang menghimpitnya. Dia tahu dia tidak ada di sisi Sofia ketika dia memerlukan. Malah, dia terlalu sibuk mengejar kejayaan, terlalu asyik dalam dunia gelap yang telah menelannya bulat-bulat.


"Sofia, maafkan aku," katanya berulang kali, seperti seorang pendosa yang merintih kepada Tuhan.

***

Hari-hari selepas pemergian Sofia terasa seperti penjara yang tidak berpenghujung. Gabriel tidak lagi bekerja, tidak lagi keluar malam. Para pelanggan yang dulu memuja-mujinya kini hanya menjadi beban ingatan. Tawaran demi tawaran datang, tetapi semuanya dia tolak.

Dia mula merasa jijik dengan dirinya sendiri. Wajahnya yang dulu selalu disanjung kini terasa seperti topeng yang menipu. Setiap kali dia melihat cermin, dia melihat seorang lelaki yang telah kehilangan segala-galanya — bukan hanya Sofia, tetapi juga jiwanya sendiri.

"Kalau aku tak pilih jalan ini... mungkin kau masih ada, Sof," katanya perlahan, sambil memandang ke arah siling. Matanya merah, air mata tidak berhenti mengalir.

Namun, bukan hanya rasa bersalah yang menghantuinya. Rasa rindu kepada Sofia menambah deritanya. Dia teringat bagaimana Sofia selalu menenangkannya saat dia berada di titik rendah.

"Abang, apa pun yang berlaku, Sofia percaya abang boleh berubah," kata Sofia suatu malam ketika Gabriel sedang tertekan. Kata-kata itu kini terngiang-ngiang dalam kepalanya, seolah-olah Sofia masih di situ, memegang tangannya.

***

Kesedihan itu akhirnya membawa Gabriel ke tempat yang tidak pernah dia bayangkan — sebuah gereja kecil di hujung jalan. Dia tidak pernah memijakkan kaki di sana sebelum ini. Tetapi malam itu, kakinya seolah-olah membawa dirinya tanpa arahan.

Dia duduk di bangku kayu, sendirian. Tidak ada orang lain di situ, hanya lilin-lilin yang menyala redup dan keheningan yang menenangkan. Gabriel memandang ke arah salib yang tergantung di dinding.

"Kalau Kau dengar aku, tolong... tolong aku, Tuhan. Aku dah tak tahu apa yang aku nak buat," katanya dengan suara yang hampir tidak terdengar.

Air mata sekali lagi mengalir, tetapi kali ini, dia merasa sedikit ringan. Untuk pertama kalinya dalam hidupnya, Gabriel mula mencari sesuatu yang lebih besar daripada dirinya sendiri.

Gabriel memandang ke arah bilik tidur ibunya, pintu sedikit terbuka. Bunyi mesin pernafasan yang berirama mengisi keheningan malam. Wajah ibunya yang pucat sentiasa membayang di fikirannya. Wanita itu adalah satu-satunya sokongan hidupnya selepas ayah mereka pergi tanpa jejak. Runtuhan bangunan di tapak pembinaan itu menguburkan sekaligus ayahnya. Kini, keadaan ibunya semakin kritikal, dan kos rawatan yang tinggi menghimpit keluarga kecil mereka.

Di ruang tamu, Gabriel duduk bersama dua adiknya, Lisa dan Mia. Kedua-dua mereka masih muda, penuh semangat dan harapan untuk melanjutkan pelajaran di universiti terbaik di luar negara. Tetapi keinginan mereka seperti satu impian yang hampir mustahil dicapai.

"Abang, keputusan Lisa dan Mia dah keluar. Kami diterima masuk ke universiti luar negara," kata Mia, matanya bersinar-sinar.

Gabriel hanya mengangguk kecil, cuba menyembunyikan gelombang keresahan yang memukul hatinya. Dia tahu Lisa dan Mia layak mendapat pendidikan terbaik, tetapi kos untuk itu… dari mana dia mahu mendapatkan wang?

"Lisa, Mia, abang akan fikirkan cara. Jangan risau," katanya, dengan suara yang dibuat-buat yakin.

Namun, dalam hati, Gabriel tahu dia sudah kehabisan pilihan. Simpanan yang sedikit sudah habis untuk membayar bil hospital dan keperluan rumah. Sejak dia berhenti menjadi gigolo, sumber pendapatannya terhenti. Tawaran kerja biasa sukar diterima, kerana latar belakangnya yang gelap.

Malam itu, Gabriel duduk di beranda kecil rumah mereka, matanya menatap ke arah bintang-bintang. Fikiran gelap mula merayap ke dalam mindanya.

"Aku boleh kembali. Pelanggan lama pasti masih mencari aku. Dalam masa sebulan, aku boleh selesaikan semua hutang ini. Ibu boleh dapat rawatan yang lebih baik, Lisa dan Mia boleh ke universiti..."

Namun, bayangan Sofia muncul di kepalanya, wajah adik bongsunya yang penuh harapan dan cinta. Dia teringat bagaimana Sofia selalu percaya dia mampu berubah.


"Tapi kalau aku kembali, aku menghancurkan segala usaha aku selama ini. Aku menghancurkan janji aku pada Sofia..."

Gabriel menunduk, wajahnya tenggelam dalam tangan. Perang dalam dirinya semakin sengit.

***

Pagi itu, telefon Gabriel berbunyi. Nama yang tertera di skrin membuatkan jantungnya berdegup kencang. Henry. Pengurus lamanya, lelaki yang membuka jalan untuk Gabriel menjadi salah satu gigolo paling diingini di kota.

"Gabriel. Lama tak dengar berita kau. Aku dengar kau dalam kesusahan. Aku boleh bantu," suara Henry kedengaran licik seperti biasa.

Gabriel tidak menjawab. Namun, Henry tahu cara bermain dengan emosinya.


"Aku ada pelanggan lama yang sanggup bayar sepuluh kali ganda dari kadar biasa kau. Satu malam, Gabriel. Kau boleh selesaikan semua masalah kau."

Gabriel merasakan tangannya menggenggam telefon terlalu kuat. Tawaran itu menggodanya. Ia kelihatan seperti jalan keluar yang mudah, tetapi ia juga jalan yang akan membawanya kembali ke jurang gelap yang telah dia cuba keluar.


"Aku tak buat kerja itu lagi," jawab Gabriel, suaranya tegas tetapi penuh kegelisahan.

"Kau kata kau sayang keluarga kau, kan? Fikirkan ibu kau. Fikirkan adik-adik kau. Jangan bodoh, Gabriel," balas Henry sebelum memutuskan talian.

***

Hari-hari berikutnya adalah neraka bagi Gabriel. Setiap kali dia memandang wajah ibunya yang lemah, setiap kali dia mendengar Lisa dan Mia berbicara tentang impian mereka, dia merasa dirinya gagal sebagai abang dan anak.

Dia mula mengelak dari keluarga, takut mereka akan melihat keresahan yang menghantuinya. Malam-malamnya dihabiskan di gereja kecil, memohon petunjuk. Tetapi jawapan tidak kunjung tiba, hanya keheningan yang menyelubungi dirinya.

Suatu malam, Lisa menemuinya di ruang tamu.

"Abang, kenapa abang tak pernah bercakap dengan kami? Apa pun yang kita lalui, kita boleh hadap sama-sama," katanya.

Gabriel memandang Lisa, mata adiknya yang penuh kasih sayang itu hampir membuatkan dia runtuh. Tetapi dia hanya menggelengkan kepala.

"Lisa, abang tak mahu kau dan Mia tahu apa yang abang lalui. Abang akan cari jalan, percayalah," katanya sebelum bangkit meninggalkan adiknya dalam kebingungan.

***

Gabriel memutuskan untuk mencari pekerjaan dengan cara yang sah, walaupun bermula dari bawah. Dia mengambil kerja-kerja kasar di tapak pembinaan, bekerja siang malam demi memastikan ibunya mendapatkan rawatan dan adik-adiknya dapat terus belajar.

Walaupun wang yang dikumpul tidak cukup untuk menyelesaikan semua masalah, dia merasa sedikit ketenangan. Walaupun jalannya perlahan dan penuh kesukaran, dia tahu dia tidak mengkhianati janji kepada Sofia.

Setiap malam, dia memandang ke arah bintang-bintang, seolah-olah berbicara dengan adik bongsunya yang telah tiada.

"Sofia, abang sedang cuba. Abang tak tahu kalau abang boleh buat cukup cepat, tapi abang takkan patah balik," bisiknya perlahan.

***

Namun, keadaan setiap hari semakin menekan. Hujan renyai menyelimuti bandar metropolitan, seperti turut meratapi jiwa Gabriel Nuveera yang semakin hancur. Sudah dua minggu berlalu sejak doktor memberikan berita pahit tentang ibunya, Gina Maria Nuveera. Kanser payudara tahap akhir itu seperti satu hukuman yang tak pernah diduga. Gabriel memandang ubat-ubatan di atas meja. Setiap botol seolah-olah berteriak tentang waktu yang semakin singkat untuk ibunya.

Namun, seperti duri yang mencucuk hatinya, dompetnya kosong. Dia sudah menjual semua yang dimiliki—kereta usang, barang kemas ibunya, malah rumah peninggalan mendiang ayahnya turut digadai. Semua ini belum cukup untuk menampung rawatan dan perbelanjaan ubat yang semakin mendesak.

Malam itu, suara Sofia, mendiang adik bongsunya, bermain-main di telinga. "Abang, janji ya? Jangan pernah kembali ke dunia itu, walau apa pun yang terjadi." Sofia pergi tiga tahun lalu, meninggalkan Gabriel dengan janji yang dia genggam erat—janji untuk berubah, untuk menjadi lelaki yang lebih baik.

Namun kini, hidupnya di persimpangan.

Lisa dan Mia, dua gadis remaja yang menjadi tanggungannya selepas kematian Sofia, turut memerlukan bantuan kewangan. Surat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara mereka tiba serentak dengan bil hospital ibunya. Gabriel terperangkap dalam dilema yang mengoyak jiwanya.

Malam itu, setelah mematikan panggilan dari Lisa yang mengalirkan air mata kerana tiada wang pendaftaran, Gabriel berdiri di depan cermin di apartmen kecilnya. Mata coklatnya yang biasanya hangat kini terlihat gelap, penuh keletihan dan rasa bersalah.

Dia menarik nafas panjang. Dalam diam, dia membuka laci mejanya dan mengeluarkan telefon lama. Jarinya menggigil saat dia mendail nombor yang sudah lama dia hindari. Sebuah suara lelaki yang serak menyahut di hujung talian.

"Gabriel? Lama tak dengar khabar. Kau masih ingat jalan ke sini, kan?"

Seperti ada batu besar menghempap dada Gabriel. Dia menggenggam telefon erat-erat.

"Ya. Aku... Aku perlukan kerja."

***

Kelab malam itu berdenyut dengan muzik dan lampu neon yang menggila. Gabriel melangkah masuk dengan langkah berat, namun penuh keazaman. Di sekelilingnya, dunia yang pernah dia tinggalkan menyambutnya semula dengan wajah-wajah penuh kepura-puraan.

Dia tahu apa yang akan terjadi selepas ini—bukan sekadar menyerahkan tubuhnya kepada wanita-wanita kaya yang kesepian, tetapi juga kehilangan sebahagian jiwanya setiap kali. Dunia gigolo adalah lubang hitam yang tidak berkesudahan, dan dia pernah hampir mati di dalamnya.


"Gabriel," suara Andres, lelaki yang memperkenalkannya ke dunia ini dahulu, menyapa. "Aku tahu kau akan kembali. Dunia ini tak pernah lepaskan sesiapa."

Gabriel tidak membalas. Matanya mencari mangsa pertama malam itu—wanita yang mampu membayar harga yang cukup untuk menyelamatkan ibunya, untuk masa depan Lisa dan Mia.

Namun di sebalik wajah tenangnya, hatinya menjerit. Sofia, maafkan abang!

"Maafkan, abang.... Sof!!!" jeritan itu bergema di ruang hatinya yang sempit.

Tanpa banyak bicara, Gabriel menjalankan tugasnya. Walaupun hatinya tidak mampu lagi untuk menanggung segala bebanan rasa bersalah pada Sofia. Namun dia tiada pilihan. Demi ibu, Lisa dan Mia, Gabriel sanggup. Wang keutamaannya kini.

Sebuah bilik hotel mewah dihiasi cahaya temaram dari lampu meja, menciptakan aura kehangatan dan privasi. Gabriel berdiri di tepi katil, memandang ke luar tingkap yang memaparkan pemandangan kota malam. Dia kelihatan resah, walaupun senyumannya tetap terukir seperti topeng yang tak boleh ditanggalkan.

Di belakangnya, seorang wanita dalam usia lewat 30-an, berpakaian gaun tidur satin, tersandar santai di katil besar. Wajahnya terpancar kepuasan yang mendalam, seperti seorang yang akhirnya menemukan sesuatu yang telah lama dirindui.

"Gabriel, tonight was… perfect. You have a gift, you know that?"

Gabriel menoleh perlahan, menyembunyikan kebingungan yang bermain di hatinya di sebalik pandangan yang penuh ketenangan. Dia tersenyum tipis, mengangguk sambil memijak keheningan.

"I’m glad I could make you happy, ma’am. That’s all that matters."

Wanita itu mengangkat segelas wain dari meja kecil di sebelahnya, menikmati setiap tegukan seolah-olah malam itu tiada akhirnya.

"Happy? No. You’ve done more than that, Gabriel. For the first time in years, I feel… seen. Like I matter. You have no idea how much that means to someone like me."

Kata-kata itu menikam hati Gabriel. Sesuatu di dalam dirinya meronta. Dia tahu tugasnya adalah mencipta kebahagiaan sementara untuk orang lain, tetapi pada malam itu, ia terasa lebih berat daripada biasa.

"If that’s how you feel, then I’ve done my job."

Namun, dalam hatinya, Gabriel tidak dapat melawan perasaan kosong yang menyelimuti dirinya. Dia berpaling kembali ke tingkap, matanya terpaku pada pantulan dirinya di kaca. Wajahnya kelihatan tenang, tetapi jiwa di sebaliknya berkecamuk.

Wanita itu bangkit perlahan, melangkah ke arah Gabriel. Dia menyentuh bahunya dengan lembut, membuatkan Gabriel menoleh sekali lagi.

"You’re more than just a job, Gabriel. Don’t let anyone make you feel otherwise."

Gabriel tersenyum lagi, kali ini lebih tulus walaupun diselubungi kesedihan. Kata-katanya tersekat di kerongkong, dan dia hanya mengangguk. Ketika wanita itu kembali ke katil, Gabriel menarik nafas panjang, cuba memujuk dirinya untuk meneruskan malam yang sudah menjadi sebahagian dari rutinnya.

Namun, untuk sejenak, dia bertanya kepada dirinya sendiri—berapa lama dia mampu bertahan sebagai pemimpi kebahagiaan orang lain sementara dirinya sendiri terperangkap dalam kehampaan?

Done..Alhamdulillah , dapat siapkan new chapter.. jemput gaiss, chapter masih free...jgn lupa follow and comment...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience