DARI jauh Ameena melihat Taufiq mendekati, tersenyum saja wajahnya pada hari ini. Manakan tidak, Taufiq laju saja bersetuju untuk membawanya ke pasar malam. Ya, dia memilih pasar malam kerana lebih seronok memilih makanan yang dia mahu pilih. “Lama tunggu?” tanya Taufiq sambil turun dari motosikal dan mengambil helmet di boks belakang motosikal. “Taklah. Baru jugak tunggu,” sambut Ameena sambil memakai helmet dibantu oleh Taufiq. “Ketat sangat tak?” tanya Taufiq prihatin. Ameena menggelengkan kepalanya. Terus dia memanjat motosikal, lalu pinggang Taufiq dirangkul dari belakang dan Taufiq mengusap lembut tangannya sebelum memulakan perjalanan. Hati Ameena terusik. Begitulah tiap kali kalau Ameena menaiki ...