Bab 1

Romance Series 10912

BEKAL makanan disusun di dalam beg yang disediakan. Terus saja dia masuk ke dalam kereta dan menuju ke pejabat suaminya. Hari ini sengaja dikosongkan jadualnya untuk dia makan tengah hari bersama suaminya.

Kata pembantu kepada suaminya, hari ini suaminya tiada apa-apa mesyuarat yang mustahak dan kebanyakan kerja penting sudah dihabiskan.

“Kak Ameena?” tegur seseorang.

Ah, pembantu suaminya. “Tiara. Taufiq ada kat dalam kan?”

“Ya, tapi…”

Ameena senyum. Tujuan dia datang pada hari ini adalah salah satu usaha dia untuk merapatkan semula hubungannya dengan Taufiq.

Ya, minggu lepas mereka sudah pergi ke pejabat agama untuk meminta nasihat tentang rumah tangga mereka yang semakin hari semakin hambar dan hilang serinya.

Antara mereka tiada orang ketiga.

Cuma, entahlah…

Perkahwinan ini semuanya tentang mengekalkan dua orang untuk sentiasa menuju jalan yang sama hingga ke akhirnya.

Ktak!

Pintu bilik kerja Taufiq dibuka.

Taufqi sedang berbaring dan tidur di atas sofa yang berada di dalam biliknya. Entah kenapa makin hari makin Ameena tidak mengenali suaminya lagi.

Terus saja dia meletakkan bekal makanan perlahan di atas meja dan dia merenung lelaki yang pernah dia gilakan dahulu.

Taufiq Aqasha.

Lelaki yang tidak mahukan anak dan dia yang mahukan anak. Entah kenapa topik ini tidak pernah dibincangkan sebelum kahwin.

Mana mungkin mereka tahu tentang hal ini boleh dibincang sebelum kahwin.

Air mata Ameena menitis sedih. Lelaki ini amat dia cintai, tutur kata yang lembut, penyayang, baik hati dan sangat lembut melayaninya. Entah kenapa semua itu seperti tidak memberi kesan kepadanya.

Lagi-lagi bila lelaki itu berkeras tidak mahukan anak atas sebab-sebab yang baginya tiada alasan yang kukuh.

Entah kenapa Ameena tidak sampai hati nak kejutkan Taufiq, lalu dia keluar dan menutup pintu dengan perlahan.

“Dia tidur kan?” tanya Tiara senyum serba salah.

Ameena mengangguk. “Nanti bagitahu dia, saya datang. Tak nak kejutkan dia.”

Tiara mengangguk.

“Tak nak kejutkan dia ke? Takut Taufiq rasa serba salah pulak nanti,” kata Tiara cuba meminta Ameena untuk kejutkan Taufiq.

Ameena menggelengkan kepalanya.

Entahlah dia juga pelik dengan dirinya sendiri. Hilang mana keterujaan mereka dalam perkahwinan. Begitulah mereka hilang komunikasi sehingga hilang minat antara satu sama lain.

Benarkah perceraian sahaja yang akan hilangkan semua masalah ini?

PERLAHAN matanya dibuka sebelum dia memandang jam di tangannya. Sudah satu jam dia tidur. Kemudian, Taufiq duduk bersandar pada sofa dan menggosok matanya cuba mencari kesegaran pada mata.

Matanya terus menangkap satu beg seperti beg simpanan makanan berada di atas meja kopi yang berada di hadapannya.

Terus saja dia menuju ke pintu dan memandang Tiara. “Tiara?”

“Eh, ya Taufiq?”

“Tadi…”

Tiara mengangguk. “Kak Ameena datang.”

Taufiq mengangguk dan menutup pintu semula. Dia tersenyum melihat bekal makanan yang dihantar oleh isterinya. Baik sungguh isterinya, lauk yang dimasak juga banyak dan menarik semuanya.

Sebagai menyahut apa yang dinasihatkan oleh pegawai di pejabat agama. Taufiq juga kena memainkan peranan yang penting sebagai suami.

Menghargai isteri.

Lantas makanan yang dibekalkan itu diambil dan dibawa keluar untuk makan di pantri.

TING!

Satu mesej masuk.

Ting!

Mesej seterusnya. Terus saja Ameena tersenyum melihat nama pengirim mesej tersebut. Tidak sabar dia mahu membacanya. Ini adalah usaha mereka untuk sama-sama menjayakan hubungan ini.

Buka saja mesej yang berisikan foto. Hati Ameena terus jadi sakit hati. Entahlah apa yang membuatkan Taufiq tidak faham dengan dirinya.

Gambar Taufiq makan bersama Tiara dan seorang lagi staf. Makanan itu dia buatkan khas untuk suaminya. Namun, entahlah kenapa suaminya suka berkongsi apa saja yang dia beri kepada kawan-kawan pejabatnya.

JAM menunjukkan pukul 8.00 malam tapi batang hidung suaminya masih belum nampak. Kenapa entah dia merasakan hanya dia saja yang mempunyai usaha untuk membaik pulih hubungan mereka.

Bunyi enjin kereta dimatikan dan terus saja Ameena maniskan wajahnya. Kata ustaz, sambut suami balik kerja dengan senyuman dan segelas air sejuk.

“Assalammualaikum,” sapa Taufiq dan tersenyum memandang isterinya. Tangannya menunjukkan bekal yang tadi dihantar oleh Ameena.

“Waalaikumusalam. Habis tak?” tanya Ameena sekadar berbasa-basi.

Taufiq angguk. “Habis. Dorang puji masakkan awak.”

Ameena mengangguk. Dia mengekori belakang Taufiq selepas menutup dan mengunci pintu pagar.

“Lambat balik?” tanya Ameena cuba ingin tahu ke mana Taufiq pergi.

Taufiq memandang Ameena dengan hujung matanya. Dia cuba elakkan daripada mengeluh kerana isu balik lambat ada kalanya menjadi punca pergaduhan mereka.

“Singgah rumah mak. Mak mintak tolong tadi,” balas Taufiq.

Okey, Ameena rasa dia perlu luahkan kepada suaminya. “Kenapa tak bagitahu?”

“Isu ni kan boleh buat gaduh,” balas Taufiq selepas melegakan tekaknya dengan satu gelas air sejuk.

“Takkan jadi isu kalau awak bagitahu saya. Taufiq, ingatlah pesan ustaz tu. Kita cuba baiki rumah tangga kita ni. Utamakan saya, saya tanggungjawab awak. Ya, mak awak pun tanggungjawab awak tapi awakkan ada adik-beradik yang lain boleh tengokkan mak,” kata Ameena dengan suara yang sangat lembut.

Mata Taufiq tunak memandang Ameena. “Awak ni memang dah bosan sangat ke duduk rumah?”

Ameena buat muka pelik. “Bosan?”

“Yalah, clingy sangat. Semua benda nak saya ada. Melekap macam tu. Isteri orang lain semua pandai cari kehidupan dorang. Buat aktiviti yang tak bosan. Kalau awak duduk rumah, tengok drama, main masak-masak, menjahit baju siapa-siapa entah. Baik awka keluar rumah cari kawan. Taklah bosan,” kata Taufiq dengan nada yang rendah juga.

“Awak dah bosan dengan saya ke Taufiq?” Air matanya ditahan. Tahan untuk tidak jatuh lagi dan lagi.

Taufiq berdecit. “Kenapa eh perempuan tak pernah faham konteks? Tak faham apa yang saya nak sampaikan?”

Suasana senyap.

“Saya minta maaf sebab pergi rumah mak tak bagitahu awak. Dan balik lambat. Saya bukan pergi rumah perempuan lain pun.” Terus saja Taufiq masuk ke dalam bilik dan menutup pintu bilik.

Air mata Ameena mengalir laju. Inilah contoh pergaduhan mereka. Usia perkahwinan baru saja menginjak ke empat tahun. Tapi masing-masing sudah tiada rasa dan sentiasa makan hati.

Mana lagi tempat seorang isteri kalau bukan di sisi suaminya. Tapi, jika begini kata suaminya. Harus ke mana lagi dia pergi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience