Series
1123957
USAI menunaikan solat asar, Hana duduk termenung melihat sekeliling bilik yang kosong itu. Bilik kecil yang akan menjadi dunia barunya. Dia melepaskan keluhan berat.
Apa nak jadi dengan aku ni? Sampai bila semua ni akan berakhir? Baru sehari aku hadap perangai El, aku dah tak tahan! Getus hatinya.
Sikap lelaki itu sangat berbeza ketika bekerja. Jika ikutkan El seorang yang mesra dan baik. Mungkin kerana Azura sentiasa ada bersamanya sebelum ini. Orang kata cinta boleh buat seseorang berubah.
“Aku rasa mungkin sebab Azura tinggalkan dia, dia jadi macam ni. Asyik nak marah. Macam perempuan menopause gayanya,” gumam Hana sendiri.
Setelah agak lama Hana duduk di dalam bilik, dia pun keluar menuju ke ruang tamu. Kelihatan El sedang menonton televisyen sambil melihat telefon bimbitnya berkali-kali. Pasti lelaki itu sedang menanti panggilan telefon daripada Azura. Masih mengharap!
Esok, El akan mengumumkan tentang perkahwinan mereka di pejabat. Entah apa reaksi pekerja-pekerja El nanti. Mereka pasti terkejut kerana setahu mereka, El memang mahu berkahwin. Tetapi dengan Azura, bukan Hana. Pasti pelbagai spekulasi yang akan tersebar di dalam pejabat itu nanti.
Nama Hana akan menjadi bualan hangat. Mereka pasti menuduh Hana perampas. Dengan status Hana sebagai janda, mereka akan memandang serong terhadap Hana.
"Tercegat apa dekat situ? Kalau nak tengok TV, duduk je lah. Tak kena bayar pun," kata El setelah terpandang Hana tercegat tidak jauh dari ruang tamu.
Aku tak tahulah kenapa aku keluar dari bilik. Memang aku saja meminta kena marah dengan dia ni kut. Hana membebel pada dirinya sendiri di dalam hati. Dan.. tudung masih tersarung dikepalanya. Iyalah, memang meminta sangat.
"Kan I cakap. Tolong tanggal..." belum sempat El menghabiskan ayatnya, Hana terus menarik tudung daripada kepalanya dengan pantas. Rambut ikal mayang melepasi bahu yang menutupi wajahnya dibetulkan dan diikat kemas.
El terpaku seketika saat melihat Hana tanpa tudung buat pertama kalinya.
Cantik! Itu sahaja yang terdetik di hati El tika ini.
No.. No.. No.. Azura more beautiful and sexy then her. Come on El, stay focus on Azura.
Lantas El terus mengalih matanya semula ke arah televisyen.
Nasib baik dia tak perasan aku tengok dia!
"Eemmm... Encik nak saya masak apa?" soal Hana.
Eeiii... Lain betul rasa bila buka tudung depan dia ni. Hana merasa tidak selesa. Tetapi, mahu atau tidak dia terpaksa.
"Tak payah masak. Takda apa pun dalam peti ais tu. Order je," balas El tanpa memandang Hana. Matanya ditumpukan sepenuhnya ke skrin televisyen. Sedaya upaya dia menahan dirinya daripada melihat wanita itu. Walaupun hatinya meronta-ronta untuk menoleh sekali lagi pada Hana. Dia cuba menahan gejolak di dalam hati sendiri.
Tahan El!
"Encik nak saya order kan ke?" soal Hana.
"Please stop calling me encik. Ni bukan office. Ni rumah. Kalau depan mommy dengan abah, takkan nak panggil encik juga? Change it to a better name. El ke, Elyas ke, whatever sounds good," bebel El lagi.
Hana terkedu. Nafas digali dalam-dalam. "What do you prefer me to call you?" soal Hana.
Nanti kalau aku sendiri yang sebut ada je yang tak kena. Dahlah mulut dia hari ni tahap nak membebel je. Macam pop corn. Meletup-meletup dari tadi.
"El better," balas El, ringkas. Hana mengangguk tanda faham.
“Biar I order. You nak makan apa?" soal El sambil membuka aplikasi tempahan makanan.
"Saya tak nak makan," jawab Hana ringkas.
"Kenapa?" soal El sambil membawa matanya ke arah Hana.
Ya, cantik! Detik hati El sekali lagi. El tarik nafas dalam dan cuba untuk kembali fokus pada perbualan mereka.
"Saya dah kenyang. Kalau takda apa-apa, saya masuk bilik dulu," balas Hana. Dia perasaan akan renungan El. Agak berbeza sewaktu mata lelaki itu melekat padanya. Dia jadi tidak selesa untuk berlama-lama di situ. Lebih baik dia angkat kaki masuk ke bilik.
"Kalau macam tu malam nanti baru order makanan," balas El sambil meletak kembali telefon bimbit ke meja.
"Duduk sini kejap. Ada benda I nak cakap dengan you," arah El.
Sudah. Ada je la aku nak kena marah kejap lagi ni. Getus hati Hana. Dengan langkah berat, Hana berjalan menuju ke sofa ruang tamu dan duduk di situ.
"Mommy call tadi. Jumaat after office hour, kita terus balik rumah mommy. Sebab malam tu mommy suruh fitting baju sanding," jelas El dengan mata yang masih melekat ke kaca televisyen. Hana hanya mengangguk-angguk tanda faham.
"Alright. Anything else?" soal Hana. Dia tidak betah berlama-lama di situ.
"And tomorrow. I'll tell all the staff about us. So, prepare yourself mentally. It's going to be your nightmare." El memberi amaran kepada Hana tentang apa yang bakal terjadi esok. Dia mengukir senyum jahat.
"I will," balas Hana cuba berlagak tenang.
Ingat aku takut sangat ke? Mulut orang memang tak boleh tutup. Tapi boleh tumbuk!
"Oh… Memang dah biasa kena kecam la ni? So, tak kisah sangatlah kalau esok ramai mengata you?" El dengan sengaja membangkitkan rasa tidak selesa pada Hana.
Wow, confident... Esok orang dah start kecam kau, menangis nanti! Bisik hati kecil El.
Dia ni kenapa ek? Dalam kereta tadi kau punya mulut kemain berat nak bercakap. Ni kemain ringan lagi. Seringan tangan aku ni nak menyumbat mulut dia dengan penumbuk. Bebel Hana di dalam hati.
"Kalau orang nak mengata, saya tak boleh nak buat apa. Mulut orangkan," selamba Hana membalas. Geram dengan amaran seperti itu.
"Alright. We'll see. Good luck!" Balas El sambil tersenyum sinis.
Tahan ke kau dengan kecaman orang? Staff aku level membawang jenis pro punya! Gerutu hati El lagi.
"Kalau takda apa-apa lagi, saya masuk bilik dulu."
Melihat El diam dan tidak memberi balasan, Hana terus melangkah menuju ke biliknya.
Sebaik sahaja dia berada di ruangan itu, Hana duduk menyandar ke dinding. "Ada ke benda tu yang kau cakap dengan aku. Tanya la pasal bilik ni. Selesa ke tak? Cukup ke barang dalam bilik? Tilam bantal semua ada ke takda?" bebel Hana sendiri. Dia mendengus geram.
"Tak sampai sehari aku duduk dekat sini. Terseksanya rasa. Ya Allah, tolonglah aku," Hana menangis sambil merebahkan kepala ke lantai dengan hanya berbantalkan lengannya.
Hari ini dirasakan sangat panjang buatnya. Tidak pasti bila semuanya akan berakhir. Perjalanan yang sungguh menyeksa dan menyesakkan dada. Dia berharap agar dia mampu bertahan untuk beberapa ketika.
Share this novel
yaaaaaa rindunya ElHanaaaa